I Love My Followers

Blog ini adalah blog peribadi yang berkisar tentang kehidupan seperti usaha untuk hamil, kehamilan, kelahiran, penjagaan semasa pantang, penjagaan dan pendidikan anak, kesihatan dan kecantikan, keibubapaan dan perkahwinan.
Topik-topik lain juga ada mengikut keselesaan penulis.

Monday, August 5, 2013

Giliran Beraya dan Warna Tema Baju Raya

Sejak dari awal kahwin lagi, saya dah bagitau suami yang kami mesti bergilir-gilir raya di kampung bila tiba Hari Raya Puasa. Tak boleh ada istilah, beraya kat kampung suami sahaja, atau beraya kat kampung saya sahaja. Bile tiba Hari Raya Haji, pun kena bergilir-gilir jugak. Biar adil dan saksama.


Amalan kami adalah, contohnya kalau tahun ni raya puasa belah saya, nanti masa raya haji belah suami pula. Tahun depan raya puasa belah suami, nanti raya haji belah saya pulak. Setakat 5 tahun usia perkahwinan, tak pernah timbul masalah bab nak raya ni, harap-harap moga persefahaman antara kami ini akan terus berkekalan. ^_^


Bersempena lagi beberapa hari nak raya ni In Shaa Allah, hari ni nak mengimbau kembali giliran beraya dan warna tema baju raya kami sekeluarga.


1) Tahun 2008 - Kali pertama sambut hari raya sebagai suami isteri. ^_^ Baju raya kami kaler gold ikut warna baju raya keluarga saya. Warna je sama / lebih kurang sama, tapi corak ikut pilihan hati masing-masing.


Masa ni raya kat belah saya. Suami dah tetapkan begitu. Katanya, nak buat saya happy dapat beraya belah saya dulu. Hehehehe. Thanks sayang.


Tengoklah, muka suci murni suami isteri. :)

Raya tahun pertama, mood pengantin baru

2) Tahun 2009 - raya belah suami. Keluarga suami tetapkan warna kuning air cair gitu. Bila dah kahwin ni, barulah saya tau, baju raya belah suami semua satu warna satu pattern. Maksudnya, kalau yang perempuan tu, baju semua sepattern dari roll kain (kat kedai) yang sama.


Terkejut jugak saya masa tu. Kalau time kenduri kahwin nak sepattern, saya tak kisah. Tapi kalau hari raya nak sepattern, saya agak kisah. Jadinya, saya beli kain warna kuning cair air bunga purple pattern sendiri yang tak sama dengan keluarga mertua. Boleh gitu? Hahahaha...

Raya tahun kedua, masih berdua

3) Tahun 2010 - Raya belah saya. Haziq dilahirkan masa bulan puasa. Sudahnya, tahun tu saya sambut raya masa dalam pantang. Memang takde fikir nak cari baju raya atau apa-apa. Suami pun sama.


Jadinya, baju raya kami bertiga tahun tu ditaja sepenuhnya oleh Mama. Segan pulak rasanya, tapi Mama cakap takpelah sebab saya tengah dalam pantang. Mama cakap anggap ni hadiah daripada Mama. Thanks Mama, Uni sayang Mama. So tahun tu baju raya kami kaler bronze, pilihan Mama. Ikut warna keluarga saya.

Raya tahun ketiga, bertiga. Meraikan anak yang dinanti.

4) Tahun 2011 - Raya belah suami. Tahun tu keluarga mertua saya pilih warna merah maroon untuk warna tema baju raya. Saya pulak melawan arus. Saya tak rasa nak pakai warna tu. Saya nak sangat pakai warna biru. Suami saya ok je. Hehehe. So inilah baju raya kami.

Raya tahun keempat, anak makin ligat

5) Tahun 2012 - Raya belah saya. Kami balik beraya di Terengganu. Inilah raya yang paling bajet sebab kami tak buat baju raya pun. Kami recycle baju yang digunakan masa majlis perkahwinan adik bulan Februari 2012. Baju warna kelabu.

Raya tahun kelima, semua pakai baju recycle

6) Tahun 2013 - Raya belah suami. Tahun ni warna tema warna biru muda cair air. Actually family mertua amat suka warna cair-cair air gitu. And guess what? Tahun ni saya mengikut arus pulak. ^_^


Saya akan pakai baju raya yang sepattern dengan family mertua. Hehehehe...


Baju raya tahun ni? Dah raya nanti saya upload ye. Teruskan berpuasa! ^_^

2 comments:

Rinah said...

bestnya Uni setiap tahun sedondon. Rinah tiap tahun tak sedondon. hehe

Uni said...

Dulu masa kecik-kecik warna tema sukahati. Macam warna kaler pensel tu. Sekarang ni je baru nak bertema-tema bagai. Terasa lebih harmoni.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like Page Superb Vitamin For Life :)

Like Page Love Natuwrel :)

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *