I Love My Followers

Blog ini adalah blog peribadi yang berkisar tentang kehidupan seperti usaha untuk hamil, kehamilan, kelahiran, penjagaan semasa pantang, penjagaan dan pendidikan anak, kesihatan dan kecantikan, keibubapaan dan perkahwinan.
Topik-topik lain juga ada mengikut keselesaan penulis.

Friday, August 23, 2013

Bateri Tesco Lebih Bagus

Korang tau kan saya cuma pam sekali sahaja dalam sehari, iaitu pada waktu lunch.


Setiap kali pam, saya akan guna bateri AA 4 bijik. Memang breast pump Rumble Tuff ni boleh pakai letrik gak, tp kat surau ofis tu plug letrik rosak tapi tak dibaiki, jadi saya pakai bateri AA jela. Agi idup agi ngelaban. Hihihi...


Citer pasal bateri, saya ingatkan kalaulah saya cuma pam sehari sekali, mestilah bateri 4 bijik tu leh tahan lama. Saya bajet tahan sebulan ke..


Tapi rupa-rupanya salah! Bateri yang saya beli paling lama tahan selama 4 hari je, means 4 kali pam. Pening kepala saya masa tu, takkanlah asyik nak beli bateri je kan. Harga pun bole tahan tu. Woooo...


Saya try macam2 jenis bateri. Pernah try Eveready dan Energizer. Pernah juga try bateri cap Tesco yang putih tu. Sume tak tahan lame.


Ade tu masuk hari keempat dah terus takleh on pam saya tu. Mase tu tak terpikir langsung yang bateri akan habis. Bateri spare pun takde. Jadinya tak dapat nak pam.


Sudahnya, saya buat kaedah Marmet, tapi sekejap saja sebab rasa sakit buat macam tu. Mungkin sebab tak tau kaedah yang betul agaknya.


Sebagai penyelesaian, saya try bateri Tesco jugak. Tapi kali ni yang kaler biru silver. Setakat ni dah masuk 15 hari guna, baru abis baterinya. 15 hari ok. Suka sangat!

Bateri Tesco yang sangat best!

Bile dah suka tu, apelagi, saya terus beli yg 1 paket ade 8 bijik bateri tu. Haa puas hati. Nak pam pun rase tenang je, takyah takut tetiba bateri abis, sebab tau ia tahan lama dan juga sebab dah standby bateri spare.


Selamat mengepam! ^_^

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like Page Superb Vitamin For Life :)

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *