I Love My Followers

Blog ini adalah blog peribadi yang berkisar tentang kehidupan seperti usaha untuk hamil, kehamilan, kelahiran, penjagaan semasa pantang, penjagaan dan pendidikan anak, kesihatan dan kecantikan, keibubapaan dan perkahwinan.
Topik-topik lain juga ada mengikut keselesaan penulis.

Thursday, August 29, 2013

Apa Yang Boleh Dibuat Semasa Mengepam Susu?

Mengaji. Baca Al-Quran.


Satu benda yang saya tak pernah terfikir nak buat ialah mengaji ketika pam susu. Tapi Alhamdulillah, baru-baru ini Allah telah gerakkan hati saya untuk melakukannya.


Aplikasi Quran di smartphone digunakan sebaiknya.


Bermula hari Selasa (27/08/13) - saya baca Surah Al Mulk semasa pam di sebelah kanan, dan baca Surah Luqman semasa pam di sebelah kiri.


Hari Rabu (28/08/13) - saya baca Surah Al Mulk semasa pam di sebelah kanan, dan baca Surah Al Baqarah ayat 135 hingga 163 semasa pam di sebelah kiri.


Dan hari ini Khamis (29/08/13) - saya baca Surah Al Baqarah ayat 164 hingga 186 semasa sesi mengepam 20 minit itu.


Rasa sebak apabila selesai mengepam, selesai juga membaca ayat-ayat suci Al-Quran. Terima kasih Ya Allah.


Beberapa hari sebelumnya, hati saya amat terkesan setelah melihat video kekejaman yang berlaku di Mesir sekarang ini. Dalam banyak-banyak video yang saya lihat tu, yang paling meninggalkan kesan di hati saya ialah, tentang seorang lelaki yang sedang menerima rawatan. Tengok macam takde sakit apa pun, tapi akhirnya saya nampak...


Tangan kirinya patah terkulai, kulit tersiat, darah mengalir banyak. Merah semuanya. Dia terbaring, doktor buat rawatan tapi lelaki ini tidak mengerang kesakitan.


Dia tidak mengerang kesakitan. Dia tidak menangis.


Tapi dia mengalunkan ayat-ayat suci Al-Quran dengan begitu lancar, seolah-olah tak terkesan langsung dengan kesakitan yang sedang ditanggungnya. Suaranya begitu sayu, saya kira dia sedang memohon belas kasihan dan pertolongan daripada Yang Maha Esa.


Air mata saya terus mengalir laju. Orang ini tidak menangis pun. Malah, masih kuat untuk mengalunkan ayat suci Al-Quran. Orang ini sedang sakit pun masih ada masa untuk baca ayat suci Allah, sedangkan saya yang sihat walafiat ni, pun dah terlupa bila last saya baca Quran. Rasanya, minggu lepas? Atau 2 minggu lepas?


Ya Allah, ampunkan aku. Insafnya aku dengan apa yang aku lihat.


Ya Allah, jagalah aku supaya aku terus istiqamah dengan apa yang sedang aku lakukan. Terlalu kerdil diriku dibandingkan dengan lelaki itu. Ya Allah... bantulah aku....


Di sudut kecil hati saya, saya berdoa moga saya akan terus istiqamah melakukannya. Bukan apa, seharian saya sibuk di tempat kerja, balik ke rumah sibuk dengan urusan rumahtangga dan anak-anak. Memang langsung takde masa nak mengaji macam dulu-dulu, selalunya saya mengaji selepas Subuh / selepas Magrib / selepas Isyak.


Bila sekarang waktu dah terhad, saya gunakan waktu mengepam sebagai waktu saya mengaji. 20 minit pun cukuplah dulu untuk permulaan. Moga selepas ini akan lebih bertambah masa saya bersama Al-Quran. Amin...


p/s : Ini bukan entry nak menunjuk-nunjuk. Sila baca sebagai seorang dewasa yang matang, rasional yang sentiasa mengharap redha dan keampunan Allah pada setiap masa.


4 comments:

Riana said...

betul..rutin ngaji lepas magrib ntah kemana lepas ada anak..sy pun kena mula berubah..tq bagi sy idea.

Rinah said...

Terkesan di hati saya. InsyaAllah lepas ini saya nak amalkan juga.

Uni Aqilah said...

Alhamdulillah.

Uni Aqilah said...

Alhamdulillah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like Page Superb Vitamin For Life :)

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *