I Love My Followers

Blog ini adalah blog peribadi yang berkisar tentang kehidupan seperti usaha untuk hamil, kehamilan, kelahiran, penjagaan semasa pantang, penjagaan dan pendidikan anak, kesihatan dan kecantikan, keibubapaan dan perkahwinan.
Topik-topik lain juga ada mengikut keselesaan penulis.

Thursday, August 29, 2013

Apa Yang Boleh Dibuat Semasa Mengepam Susu?

Mengaji. Baca Al-Quran.


Satu benda yang saya tak pernah terfikir nak buat ialah mengaji ketika pam susu. Tapi Alhamdulillah, baru-baru ini Allah telah gerakkan hati saya untuk melakukannya.


Aplikasi Quran di smartphone digunakan sebaiknya.


Bermula hari Selasa (27/08/13) - saya baca Surah Al Mulk semasa pam di sebelah kanan, dan baca Surah Luqman semasa pam di sebelah kiri.


Hari Rabu (28/08/13) - saya baca Surah Al Mulk semasa pam di sebelah kanan, dan baca Surah Al Baqarah ayat 135 hingga 163 semasa pam di sebelah kiri.


Dan hari ini Khamis (29/08/13) - saya baca Surah Al Baqarah ayat 164 hingga 186 semasa sesi mengepam 20 minit itu.


Rasa sebak apabila selesai mengepam, selesai juga membaca ayat-ayat suci Al-Quran. Terima kasih Ya Allah.


Beberapa hari sebelumnya, hati saya amat terkesan setelah melihat video kekejaman yang berlaku di Mesir sekarang ini. Dalam banyak-banyak video yang saya lihat tu, yang paling meninggalkan kesan di hati saya ialah, tentang seorang lelaki yang sedang menerima rawatan. Tengok macam takde sakit apa pun, tapi akhirnya saya nampak...


Tangan kirinya patah terkulai, kulit tersiat, darah mengalir banyak. Merah semuanya. Dia terbaring, doktor buat rawatan tapi lelaki ini tidak mengerang kesakitan.


Dia tidak mengerang kesakitan. Dia tidak menangis.


Tapi dia mengalunkan ayat-ayat suci Al-Quran dengan begitu lancar, seolah-olah tak terkesan langsung dengan kesakitan yang sedang ditanggungnya. Suaranya begitu sayu, saya kira dia sedang memohon belas kasihan dan pertolongan daripada Yang Maha Esa.


Air mata saya terus mengalir laju. Orang ini tidak menangis pun. Malah, masih kuat untuk mengalunkan ayat suci Al-Quran. Orang ini sedang sakit pun masih ada masa untuk baca ayat suci Allah, sedangkan saya yang sihat walafiat ni, pun dah terlupa bila last saya baca Quran. Rasanya, minggu lepas? Atau 2 minggu lepas?


Ya Allah, ampunkan aku. Insafnya aku dengan apa yang aku lihat.


Ya Allah, jagalah aku supaya aku terus istiqamah dengan apa yang sedang aku lakukan. Terlalu kerdil diriku dibandingkan dengan lelaki itu. Ya Allah... bantulah aku....


Di sudut kecil hati saya, saya berdoa moga saya akan terus istiqamah melakukannya. Bukan apa, seharian saya sibuk di tempat kerja, balik ke rumah sibuk dengan urusan rumahtangga dan anak-anak. Memang langsung takde masa nak mengaji macam dulu-dulu, selalunya saya mengaji selepas Subuh / selepas Magrib / selepas Isyak.


Bila sekarang waktu dah terhad, saya gunakan waktu mengepam sebagai waktu saya mengaji. 20 minit pun cukuplah dulu untuk permulaan. Moga selepas ini akan lebih bertambah masa saya bersama Al-Quran. Amin...


p/s : Ini bukan entry nak menunjuk-nunjuk. Sila baca sebagai seorang dewasa yang matang, rasional yang sentiasa mengharap redha dan keampunan Allah pada setiap masa.


Wednesday, August 28, 2013

Berapa CPUV Setakat Ini?

Saya mula-mula sekali dapat CPUV pada bulan Mac 2013. Punyalah seronok masa tu, Tuhan jer lah yang tau.


Hari ni rajin pulak nak mengira berapa sebenarnya CPUV yang saya dah dapat setakat ni - untuk blog My Story, My Life. Jom tengok sama-sama.


March 2013
#1 - March 2013
#2 - Women March 2013
#3 - Olay Big Bang
#4 - Libresse Salute Her IMV


April 2013
#5 - Sharp Workshop Part 2
#6 - Project Breeze Pop Pop
#7 - TM Mencari Ramli 2


May 2013
#8 - Women Channels


June 2013
#9 - Xaxis May
#10 - Kotex Fresh Liners


July 2013
#11 - Kanebo Kate SS Collection
#12 - Coke Ramadan 2013
#13 - Drypers Quality Story
#14 - Sunsilf CNF
#15 - Ford MCA Launch
#16 - KL Sogo Raya 2013 Online
#17 - Coke Ramadan 2013 (value)
#18 - Digi Prepaid Rider
#19 - Twisties Traxxobeats


August 2013
#20 - The Smurfs 2
#21 - Dove Samson D


Wowowowowowo!!! 21 CPUV setakat ini! Alhamdulillah, tercapai satu hasrat di hati. Walaupun earning untuk setiap CPUV ni ada yang biasa-biasa je, saya tetap bersyukur, sebab ini adalah salah satu pencapaian peribadi saya bila berblogging.


CPUV yang sedang running di blog ini

 Terima kasih Nuffnang dan pihak pengiklan! ^_^

Tips Menyediakan Spageti Yang Lembut Dan Tidak Melekat

Tengok punya tengok, eh rupanya tak pernah saya share bab masak memasak kat blog ni yek! Hehehehe... Bukan apa, saya ni bukannya cekap sangat kat dapur, sekadar masak yang biasa-biasa tu bolehla. Rasa segan lak nak sharing, tapi tolak tepilah, ini semua untuk ingatan di masa hadapan.


Biasanya, lepas saya dah sediakan bahan, terus masak. Dah siap masak, terus makan. Dah siap makan, terus basuh pinggan dan setelkan dapur. Belah mana pulak nak amik gambar makanan bagai? Tak reti la pulak. Kampung style kan saya ni? Hihihihi...


Hujung minggu lepas, saya masak spageti. Tapi sorry, jangan korang berharap dapat tengok gambar makanan final itu kat entry ni ye. Macam saya cakap tadi, dah siap masak, terus makan. Dah siap makan, terus basuh pinggan. Bila dah basuh pinggan, baru teringat - ala, patutnya nak amik gambar makanan yang dah siap dimasak. Tapi, dah terlupa kan. Yang saya ingat, gambar time memasak tu adelah saya amik. ^_^


Ok, hari ni nak share Tips Menyediakan Spageti Yang Lembut dan Tidak Melekat. Pada sesiapa yang tak pernah tau tu, lepas ni boleh cuba. Pada yang dah tahu tu, kalau ada tips yang lebih bagus dan mudah, silakan share ye.


1) Rebus air dalam periuk. Takde sebarang sukatan. Main agak-agak je.

2) Letak beberapa titis olive oil. Saya guna brand Naturel Extra Virgin Olive Oil. Harga RM9++ kat Tesco.

3) Letak sikittttttttttttt je garam.

4) Masukkan spageti. Ikut sukala korang nak pakai brand apa. Ari tu saya masak spageti brand San Remo jenis Linguine (eh, ini dipanggil pasta ke spageti? Ah, hentam jelah, yang saya tau cuma spageti dan makaroni jer. Hehehehe..)

5) Susun spageti elok-elok dalam periuk. Untuk orang macam saya ni, asal masuk je, so jadilah rupanya macam ni.

Spageti yang keras yang bakal melalui proses pelembutan

6) Sambil tunggu spageti tu lembut, sila buat kerja lain yang patut contohnya : kemas barang kat kabinet dapur ke, kupas bawang untuk buat stok ke, masak bubur anak ke, basuh pinggan ke, tengok katalog Tupperware ke. Heeeheee.. Kita ibu-ibu harus multitasking ok. Everytime, everywhere.

7) Tapi walaupun sibuk buat kerja lain, jangan lupa menjenguk periuk kita. 

8) Ok, ini dia rupa spageti yang sedang direbus.

Ini belum siap lagi. So jangan tutup api.

9) Teruskan merebus. Sambil tu amik garpu dan angkat sehelai dua spageti tu. Cuba patahkan. Kalau keras, rebus lagi, kalau dah lembut, boleh matikan api dan toskan.

10) Nak senang, bila tengok warna spageti dah kuning pucat, boleh matikan api.

11) Toskan spageti. Pastikan takde air.

12) Dah sudah tu, amik sikit butter dan gaulkan kat spageti yang dah ditoskan. Tujuannya supaya spageti tak melekat-melekat sesama mereka. 

13) Akhirnya, inilah rupa spagetinya :

Spageti yang lembut, tak melekat, bau pun sedap dek sudah digaulkan dengan butter

14) Boleh dimakan bersama sosnya. Untuk sos yang saya sediakan, nanti saya cerita kat next entry ye.

Tuesday, August 27, 2013

Sampel Susu Gain Kid Eye Q

Masa birthday Haziq yang ketiga baru-baru ini iaitu pada 15 Ogos 2013, dapat sampel susu Gain Kid Eye Q. Bagus betul Abbott ni eh, pandai jaga customer diorang. ^_^

Susu Gain Kid Eye Q - Untuk 3 tahun ke atas

Susu Gain Kid ni cover depan dia kaler hijau. Saya dah survey kat kedai ubat cina, harganya RM90++ untuk 1.8 kg. Consider murah sikitlah dari susu Gain Plus yang Haziq minum sekarang.


Sebenarnya, saya masih berkira-kira nak beri Haziq satu jenis susu lain bermula tahun hadapan. Tapi belum buat pembacaan yang secukupnya tentang susu ni. Tambahan lagi, harganya lebih mahal daripada susu Gain Kid, mahupun susu Gain Plus. Terfikir berbaloikah kalau saya tukar susu nanti?


Anyway, saya belum buat apa-apa keputusan. Buat masa ni, masih lagi bagi Haziq minum susu Gain Plus, plannya biarlah sehingga ke akhir tahun ni. Untuk tahun depan nak bagi susu apa, akan saya fikirkan kemudian.

Susu Similac (hijau) keluaran Abbott

Untuk makluman, Aimi ialah breast milk (bm) + formula milk (fm) baby. ^_^


Masa saya dalam pantang lagi, lepas Aimi keluar daripada hospital (kerana jaundis), saya sambung bagi Aimi susu Enfalac A+. (Sebab masa Aimi kena tahan kat hospital, dia diberi susu Enfalac). Dengarnya, susu ni bagus, dan harganya pun mahal bagus juga. Rasanya satu tin kecik tu dalam RM88 kah? Sori saya dah lupa harga sebenar.


Aimi sempat minum beberapa tin Enfalac A+ sahaja dan berhenti. Sebab, kami tak mampu nak belikan Aimi susu yang begitu mahal. Walaupun susu ni bagus, means Aimi takde masalah sembelit ke apa ke, tapi kami terpaksa stop sebab pada masa tu sebab kewangan tak begitu mengizinkan. Huhuhu...


Lepas tu, kami beri Aimi susu Dulac Langkah 1. Susu ni cair sesangat, Aimi minum macam tak puas. Kami beli tin yang kecik tu je. Harga baru RM9 lebih. Murah sangat. Tapi kami perasan yang Aimi minum tak sekencang dia minum Enfalac A+, mungkin sebab susu ni cair kot. Jadinya, kami cari alternatif lain.


Survey punya survey, kami beli susu S26 Langkah 1 0-12 bulan. Alhamdulillah. Harga susu ni dalam lingkungan bajet kami. Aimi minum susu ni pun ok, poo-poo bagus (ditambah sebab Aimi masih minum bm, jadi poo-poo nya masih warna kuning mustard gitu). Bila masuk 6 bulan, kami tukar ke Langkah 2 Promil pula.

Susu S26 Langkah 2

Baru-baru ni masa Aimi umur 6 bulan, kami bawa Aimi untuk follow-up check up kat Hospital Sultan Ismail (HSI). Doktor cakap, berat dan tinggi Aimi ok, cuma dia ni lebih kepada kurang berat secara puratanya (underweight). Jadi kami tanya doktor, kene tukar susu lain ke? Susu apa yang bagus?


Doktor suggest kami tukar susu tapi dia takde suggest mana-mana brand susu yang bagus. Dia kata kene try and error dan tengok juga kepada bajet ibu bapanya. So, bermula daripada situ, kami pun survey susu lain yang kami rasakan bagus. Dan akhirnya kami beli susu Similac hijau keluaran Abbott.


Reason kenapa kami beli susu ni, sebab Haziq minum susu Gain Plus keluaran Abbott dan kami sangat berpuas hati dengan perkembangannya. Sebab tu lah kami pilih susu keluaran Abbott juga juga untuk Aimi.


Susu Similac (hijau) keluaran Abbott

Berapa harga susu ni?


Harganya RM42.50 untuk 400g. Beli kat kedai ubat cina. Harga pun boleh tahan jugak kan. Hehehe. Tapi takpe ini percubaan dulu. 


Abah Aimi siap cakap, "Mahal-mahal semua susu anak". 

Mama Aimi cakap, "Susu mahal takpe, kita jimat yang lain. Pakai baju murah pun takpe, mainan murah pun takpe, kasut dan selipar murah pun takpe. Yang penting susu dan pampers mesti yang bagus, jadi mahal sikit pun takpe"

Senyum jelah Abah Aimi mendengarnya. Hehehehe...


Aimi mula minum susu ni pada 17 Ogos 2013. Kiranya masa tu Aimi dah umur 7 bulan.


Setakat seminggu lebih minum susu ni, ini yang saya dapat perhatikan :

1) Poo poo ok. Masih poo poo macam biasa sekurang-kurangnya sekali sehari. Ada juga tu 2 kali sehari.
2) Aimi macam tak berapa suka minum susu ni. Sangat lambat nak habiskan 6 oz untuk satu sesi penyusuan. Tapi kalau dia tengah lapar sangat, memang boleh terus habis 6 oz.
3) Ruam - takde sebarang ruam / perubahan pada kulit Aimi lepas minum susu ni. Lega.
4) Pee pee - ini tak tau ade kaitan dengan susu ke tak. Memang tukar pampers setiap 4 atau 5 jam. Lagipun sekarang saya dah bagi Aimi minum air masak. 


Saya tak pasti sama ada nak teruskan susu ni lagi untuk Aimi atau tak. Maybe bila dah habis susu ni, saya akan cari susu lain pulak. Mungkin S26 gold ke. Tengoklah dulu macamana.


Mmm... mommies semua bagi fm brand apa ye untuk anak yang umur 7 bulan? (Sape yang fully bf tu saya memang respek habis. Tapi saya perlu info from other mommies yang bagi fm. Harap faham ye. ^_^)

Friday, August 23, 2013

Haziq 3 Tahun & Aimi 7 Bulan

15 Ogos 2013 - Genap Haziq 3 tahun.
16 Ogos 2013 - Genap Aimi 7 bulan.


2 orang anak. Macam-macam ragam. Macam-macam keletah. Macam-macam cerita. Semuanya jadi penghibur saya pada setiap masa, di kala suka dan di kala duka.


Haziq sangat petah bercakap. Dia hanya senyap bila dia tido. Bila bangun tido, soalan pertama yang mesti dia tanya,


"Ma, Aimi mana?"


Oh, so sweet. Seorang abang yang sangat sayangkan adiknya.

Abang Haziq dah keletihan. Tilam ada, tapi tido atas bantal golek. ^_^

Aimi pulak, langsung takleh berenggang dengan saya. Kalau dia nampak macam saya nak bangun pergi dapur ke, dia akan membulatkan matanya, pastu dia akan mula mencebik bibir dan lepas tu terus menangis melalak! ^_^


Perkembangan terkini - Aimi dah meniarap dan mengesot dengan sangat laju, rambut dah panjang, dah pandai senyum lebar-lebar dan gelak kuat-kuat. Gigi masih lagi 2 batang kat bawah. Sekarang tengah belajar nak duduk dan berdiri.


Sedang busy mengeksplorasi dunia. ^_^

Bateri Tesco Lebih Bagus

Korang tau kan saya cuma pam sekali sahaja dalam sehari, iaitu pada waktu lunch.


Setiap kali pam, saya akan guna bateri AA 4 bijik. Memang breast pump Rumble Tuff ni boleh pakai letrik gak, tp kat surau ofis tu plug letrik rosak tapi tak dibaiki, jadi saya pakai bateri AA jela. Agi idup agi ngelaban. Hihihi...


Citer pasal bateri, saya ingatkan kalaulah saya cuma pam sehari sekali, mestilah bateri 4 bijik tu leh tahan lama. Saya bajet tahan sebulan ke..


Tapi rupa-rupanya salah! Bateri yang saya beli paling lama tahan selama 4 hari je, means 4 kali pam. Pening kepala saya masa tu, takkanlah asyik nak beli bateri je kan. Harga pun bole tahan tu. Woooo...


Saya try macam2 jenis bateri. Pernah try Eveready dan Energizer. Pernah juga try bateri cap Tesco yang putih tu. Sume tak tahan lame.


Ade tu masuk hari keempat dah terus takleh on pam saya tu. Mase tu tak terpikir langsung yang bateri akan habis. Bateri spare pun takde. Jadinya tak dapat nak pam.


Sudahnya, saya buat kaedah Marmet, tapi sekejap saja sebab rasa sakit buat macam tu. Mungkin sebab tak tau kaedah yang betul agaknya.


Sebagai penyelesaian, saya try bateri Tesco jugak. Tapi kali ni yang kaler biru silver. Setakat ni dah masuk 15 hari guna, baru abis baterinya. 15 hari ok. Suka sangat!

Bateri Tesco yang sangat best!

Bile dah suka tu, apelagi, saya terus beli yg 1 paket ade 8 bijik bateri tu. Haa puas hati. Nak pam pun rase tenang je, takyah takut tetiba bateri abis, sebab tau ia tahan lama dan juga sebab dah standby bateri spare.


Selamat mengepam! ^_^

Tuesday, August 20, 2013

Gambar Raya 2013

Selamat Hari Rayaaaaaaaaaaaaa!!!!!


Dah 13 Syawal baru nak ucapkan selamat hari raya ye? Hehehehe.. Jangan marah ye, saya ada je kat sini, tak ke mana-mana pun, cuma biasalah, sibuk dengan urusan seharian.


Amacam raya korang tahun ni? Seronok tak? Harap-harap seronoklah ye, sebagaimana seronoknya saya berhari raya di rumah mertua tahun ini, ditambah pula dengan kehadiran Nur Aimi Aqilah dalam keluarga kecil saya. ^_^


Ok ini dia gambar raya keluarga saya tahun ini. Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah atas segala kurniaan-Mu.

Raya tahun keenam - diserikan dengan kehadiran Nur Aimi Aqilah.

Tuesday, August 6, 2013

Pertama Kali Pam Dapat 5 oz

Aimi dah umur 6 bulan lebih dan baru sekali ni saya pam susu dapat 5 oz. Happy tak terkata!


Hasil 5 oz tu dapat tengahari semalam. Bila diingatkan semula, apa yang saya dah makan atau minum ye hingga dapat banyak tu? (Selalu dapat 3-4 oz je). 


Nak kata minum ESP? Rasanya tak. Dah 3-4 malam saya terlupa minum ESP. Busy sangat.


Nak kata minum milo? Ye jugak. Sekurang-kurangnya minum milo sehari sekali.


Fikir punya fikir, baru saya ingat. Saya minum air masak 3 liter!!!


Ye, itulah rahsianya. Sepanjang berpuasa ni, paling banyak saya minum air masak cuma 2 liter je antara waktu berbuka hingga ke waktu sahur. Tak larat nak minum air masak banyak-banyak. Tapi masa Ahad malam Isnin lepas tu, apsal entah, saya larat pulak minum air sampai 3 liter.


Dan hasilnya, 5 oz susu berjaya dipam keluar pada hari Isnin!


Alhamdulillah, ini rezeki untuk Aimi. ^_^

Monday, August 5, 2013

Giliran Beraya dan Warna Tema Baju Raya

Sejak dari awal kahwin lagi, saya dah bagitau suami yang kami mesti bergilir-gilir raya di kampung bila tiba Hari Raya Puasa. Tak boleh ada istilah, beraya kat kampung suami sahaja, atau beraya kat kampung saya sahaja. Bile tiba Hari Raya Haji, pun kena bergilir-gilir jugak. Biar adil dan saksama.


Amalan kami adalah, contohnya kalau tahun ni raya puasa belah saya, nanti masa raya haji belah suami pula. Tahun depan raya puasa belah suami, nanti raya haji belah saya pulak. Setakat 5 tahun usia perkahwinan, tak pernah timbul masalah bab nak raya ni, harap-harap moga persefahaman antara kami ini akan terus berkekalan. ^_^


Bersempena lagi beberapa hari nak raya ni In Shaa Allah, hari ni nak mengimbau kembali giliran beraya dan warna tema baju raya kami sekeluarga.


1) Tahun 2008 - Kali pertama sambut hari raya sebagai suami isteri. ^_^ Baju raya kami kaler gold ikut warna baju raya keluarga saya. Warna je sama / lebih kurang sama, tapi corak ikut pilihan hati masing-masing.


Masa ni raya kat belah saya. Suami dah tetapkan begitu. Katanya, nak buat saya happy dapat beraya belah saya dulu. Hehehehe. Thanks sayang.


Tengoklah, muka suci murni suami isteri. :)

Raya tahun pertama, mood pengantin baru

2) Tahun 2009 - raya belah suami. Keluarga suami tetapkan warna kuning air cair gitu. Bila dah kahwin ni, barulah saya tau, baju raya belah suami semua satu warna satu pattern. Maksudnya, kalau yang perempuan tu, baju semua sepattern dari roll kain (kat kedai) yang sama.


Terkejut jugak saya masa tu. Kalau time kenduri kahwin nak sepattern, saya tak kisah. Tapi kalau hari raya nak sepattern, saya agak kisah. Jadinya, saya beli kain warna kuning cair air bunga purple pattern sendiri yang tak sama dengan keluarga mertua. Boleh gitu? Hahahaha...

Raya tahun kedua, masih berdua

3) Tahun 2010 - Raya belah saya. Haziq dilahirkan masa bulan puasa. Sudahnya, tahun tu saya sambut raya masa dalam pantang. Memang takde fikir nak cari baju raya atau apa-apa. Suami pun sama.


Jadinya, baju raya kami bertiga tahun tu ditaja sepenuhnya oleh Mama. Segan pulak rasanya, tapi Mama cakap takpelah sebab saya tengah dalam pantang. Mama cakap anggap ni hadiah daripada Mama. Thanks Mama, Uni sayang Mama. So tahun tu baju raya kami kaler bronze, pilihan Mama. Ikut warna keluarga saya.

Raya tahun ketiga, bertiga. Meraikan anak yang dinanti.

4) Tahun 2011 - Raya belah suami. Tahun tu keluarga mertua saya pilih warna merah maroon untuk warna tema baju raya. Saya pulak melawan arus. Saya tak rasa nak pakai warna tu. Saya nak sangat pakai warna biru. Suami saya ok je. Hehehe. So inilah baju raya kami.

Raya tahun keempat, anak makin ligat

5) Tahun 2012 - Raya belah saya. Kami balik beraya di Terengganu. Inilah raya yang paling bajet sebab kami tak buat baju raya pun. Kami recycle baju yang digunakan masa majlis perkahwinan adik bulan Februari 2012. Baju warna kelabu.

Raya tahun kelima, semua pakai baju recycle

6) Tahun 2013 - Raya belah suami. Tahun ni warna tema warna biru muda cair air. Actually family mertua amat suka warna cair-cair air gitu. And guess what? Tahun ni saya mengikut arus pulak. ^_^


Saya akan pakai baju raya yang sepattern dengan family mertua. Hehehehe...


Baju raya tahun ni? Dah raya nanti saya upload ye. Teruskan berpuasa! ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like Page Superb Vitamin For Life :)

Like Page Love Natuwrel :)

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *