I Love My Followers

Blog ini adalah blog peribadi yang berkisar tentang kehidupan seperti usaha untuk hamil, kehamilan, kelahiran, penjagaan semasa pantang, penjagaan dan pendidikan anak, kesihatan dan kecantikan, keibubapaan dan perkahwinan.
Topik-topik lain juga ada mengikut keselesaan penulis.

Monday, July 29, 2013

Nak Pandai Cakap BI?

Kalau korang tengok orang-orang yang reti cakap BI (English) tu, agak-agak macamana dia reti cakap BI?


Memang dia dilahirkan pandai cakap BI ke? Atau kat rumah dia family dia sume cakap BI? Atau persekitaran kat sekolah / kolej / kawasan perumahan semua cakap BI? Atau sebab dia sendiri gigih belajar nak cakap BI? Atau mungkin sebab dia belajar kat oversea, nak tak nak kenalah reti cakap BI, ye tak?


Walau apa pun sebabnya, dalam dunia yang amat canggih manggih sekarang ni, kalau kita tak reti cakap BI, memanglah agak kesian. Kalau saya kenangkan semula macamana perjalanan saya nak cakap BI ni, fuh, macam-macam story tau, so hari ni nak storymory pulak pasal cakap BI ni.


**********

Kat rumah, keluarga saya memang bercakap guna bahasa Melayu je. Kadang-kadang keluar juga bahasa Kelantan / Terengganu (parents orang sana). Tapi rasanya takde sangatlah kami sekeluarga cakap BI kat rumah.


Cuma kadang-kadang bila ada nak buat presentation kat sekolah ke, ada English Week kat sekolah ke, maka terikut-ikutlah cakap BI kat rumah pulak. Pulaknya, cakap pun broken-broken aje. Sebab, saya susah betul nak fahamkan past perfect tense dan segala macam tenses BI ni. Yang saya reti cuma present dan past tense je. Hahahaha.


Kat sekolah rendah, dulu saya sekolah kat Kelantan sampai darjah 2. Haaa, memang cakap kelate jelah. Masa nak masuk darjah 3, pindah sekolah ke JB. Punyalah susah nak menyesuaikan diri, sebab kawan-kawan cakap bahasa standard, saya pulak speaking kelate. Masa tu takdenye nak cakap BI, sebab cakap bahasa standard kat Johor ni pun saya tak reti! Hihihihi...


Masuk ke sekolah menengah, haaa, masa ni permulaan nak cakap BI, sebab saya masuk sekolah asrama. Kagum tengok kawan-kawan yang reti cakap BI, steady je diorang, dengan mak bapak pun cakap BI jugak. Hebat!!!


Saya pernah tanya seorang bff (best friend forever) - macamana nak reti cakap BI? Dia cakap bila kita baca satu-satu ayat dalam BI, dan ada perkataan yang kita tak faham, kita jangan terus bukak kamus. Kita teka dulu, agak-agak apa maksud perkataan tu dan sesuaikan dengan ayat.


Lepas kita dah pasti dengan tekaan tu, baru bukak kamus. Baru cari makna yang sebenar. So daripada situ, sekiranya tekaan kita tadi salah, kita akan ingat makna perkataan yang sebenar mengikut kamus. Kalau tekaan kita tadi betul, maksudnya, kita dah pandai BI sikit-sikit (gitu eh ayat budak sekolah menengah...hihihihi..)


Pastu ada seorang kawan lagi bagitau, nak pandai cakap BI - belajar je menerusi lirik lagu. Dulu masa sekolah menengah, saya suka sangat lagu "Truly, Madly, Deeply", sampai gigih cari lirik lagu, nyanyi dan hafal. Siap fahamkan setiap perkataan dalam lirik lagu menggunakan teknik yang bff cakap tadi. Memang berkesan!


Pastu kat universiti, biasa je. Masuk final year kene buat project, masa tu yang supervise project saya ialah seorang pensyarah berpangkat Prof. Dr.


Saya ingat biasa je, tapi dia rupanya supervise ramai student Master dan PHD kaum Cina dan India, dan mereka semua cakap BI. Saya jelah sorang budak Melayu yang dok cakap bahasa Melayu dengan Prof tu.


Then satu hari, masa kat bilik Prof tu, saya ada benda nak discuss dengan dia. Dalam bilik tu jugak ada 2 orang student Master kaum Cina. Masa discuss tu, saya cakap bahasa Melayu lah (Prof saya tu keturunan cam mamak gitu).


Tiba-tiba je dia cakap,


"My dear Munirah, if you continue speaking in Malay which I have reminded you many times to speak in English, I have to say it today, I will not help you in your project".


"Prof, saya....."


"No Munirah. You may leave my room now".


OMG!!! Saya dihalau keluar dari bilik Prof atas sebab saya tak cakap BI!!! Yang buat saya lagi malu, sebab ada 2 orang student Master kat situ. Malu kat diorang. Huhuhuhu...


"Prof, saya..."


"Please, Munirah..."


Hoi, aku rasa nak menangis kat situ jugak!!! Terus kepala ligat cari idea nak setelkan masalah ni!


"OK Prof. I really need your help in my project. I will speak English, but if broken please don't get angry".


"Mmmm...this sounds better to me".


"Prof, I cannot speak English good like other students. But I will try and I hope you can support me" (punyalah tunggang langgang bahasaku - direct translate daripada bahasa Melayu!)


"OK, let's continue".


Masa tu saya rasa lega bebenor. Kalau Prof tu tak nak tolong saya, kang tak grad pulak saya nanti!


Itulah permulaannya saya berani cakap BI secara terbuka walaupun broken. 


Yang best lagi, masa viva (project presentation) final year tu, Prof saya suruh saya present in English. Saya siap praktis depan dia beberapa kali. Suka! Rasa satu kejayaan untuk saya. ^_^


Bila dah grad, saya rilek dulu 2 bulan. Tapi bukan duk rilek termenung je, ibu bapa saya daftarkan saya ke kelas intensif BI untuk tempoh 2 bulan tu. Memang berbaloi sangat join kelas ni, sebab student dia daripada negara lain yang juga nak belajar BI. Pendedahan tentang kepentingan bercakap BI amat ditekankan.


Lepas 2 bulan, saya terus dapat kerja. Masa interview, saya dah boleh cakap BI dengan konfiden (padahal broken je pun) sebab dah cukup persediaan.


Bila dah kerja pulak, antara kerja yang saya kena buat adalah minit mesyurat - in English. Hoyahoi, punyalah terabur saya punya grammar dan tenses tu semua, percaya tak, bos saya dulu pernah campak minit mesyuarat yang saya taip tu ke lantai begitu sahaja. Terkejut saya tau!


"Your English is not just bad. It's very bad".


"But I've joined English intensive class for 2 months before I start work. I am sure my English is better". (Punyelah meng-upkan diri, rasa macam hebat bebenor dah pergi kelas intensif bahasa hinggeris!)


"You have to improve Munirah. Improve everything about your English writing and speaking. If not, you'll be nowhere in your career path".


Tipah terkedu dik. Terkedu, ternganga dan terkelip-kelip di situ. Terasa diri ni macam bo**h giler! Terus ucap "thank you boss" dan amik minit mesyuarat yang dah kena campak kat lantai. Perbaiki apa yang tak betul, tingkatkan penguasaan Bahasa Inggeris. Mana taknya, kat tempat kerja, semua cakap BI!


Lama kelamaan, alah bisa tegal biasa. Dah reti la cakap BI sikit-sikit. Dah reti tulis proper in English. Hihihihi...


Dan baru-baru ni, ada kawan kat ofis mintak tolong saya cek draft report dia. Saya tolong. Dan apa yang buat saya terharu, ini emel daripada kawan tersebut.




Sejujurnya, bukan mudah nak sampai ke tahap ini. Macam-macam yang saya lalui hanya kerana BI saya tak bagus. Tapi terima kasih untuk Prof & ex-boss saya yang tak jemu-jemu bantu saya untuk pandai cakap BI. Sampai bila pun saya takkan lupa jasa dan kebaikan mereka.


Kesimpulannya, nak pandai cakap BI? Ada banyak cara, tak perlu buat semua, pilihlah mana cara yang sesuai dengan keupayaan diri masing-masing. In Shaa Allah, pasti berjaya! :)

7 comments:

Rinah said...

segan cakap BI.. tunggang langgang semuanya.. kadang ada sebutan salah.. tapi kerja sekarang ini kena juga lah cakap BI.. tapi mostly cakap melayu sabahan je.. hehe
paling tak best, masa cakap BI tetiba kena correct coz salah sebutan.. omg, malu gila tau! hahaha

Uni said...

Ala Rinah, saya banyak kali kena macam tu. Tengah bercakap BI ni, orang betulkan sebutan saya. Malu tu memang malu lah. Rasa panas dan merah je muka ni. Hihihihi...

Rinah said...

Memang panas dan merah muka.. kalau bole lari dr discussion, terus nak lari menyorok.. hahaha

Cik Raha said...

Saya pun tak reti bercakap BI ni.Tapi sebab pengalaman attend client dari singapore time tu..tetiba je boleh speaking london..memang berterabur at least saya mencuba...heheh

Kiyoko Fukada said...

Ur story was amazing ! I love reading it . Congrats !

Unknown said...

boleh saya tahu awak amek kursus bi dkt mana? maaf saya baru baca blog awak. Saya ada masalah dlm bi 😰

Siti Munirah said...

Reply to @Unknown

Saya ambil kursus English di ELS Centre di Plaza Pelangi, Johor Bahru

Saya ambil untuk tempoh 2 bulan pada Mei-Jun 2015

https://www.els.edu.my/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like Page Superb Vitamin For Life :)

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *