I Love My Followers

Blog ini adalah blog peribadi yang berkisar tentang kehidupan seperti usaha untuk hamil, kehamilan, kelahiran, penjagaan semasa pantang, penjagaan dan pendidikan anak, kesihatan dan kecantikan, keibubapaan dan perkahwinan.
Topik-topik lain juga ada mengikut keselesaan penulis.

Friday, July 19, 2013

Merah Sedondon Anak Beranak

Hari ni rasa nak kongsi gambar saya bersama anak-anak. Gambar ni diambil pada 29 Jun 2013 yang lalu. :)


Haziq (2y 10m) & Aimi (5m)

Masa ni, majlis perkahwinan adik lelaki saya. Warna tema baju kami sekeluarga (belah lelaki) ialah warna merah maroon macam dalam gambar ni. Untuk Haziq, bajunya baju melayu sama kain dengan abahnya.


Untuk Aimi pulak, saya beli baju skirt kaler merah sleeveless dengan lengging kaler hitam. Pada saya, untuk baby ni, tak perlulah kita beriya-iya nak pakaikan baju kurung ke apa ke, sebab rimas pulak menengoknya (ini pendapat peribadi saya je ye). Tapi yang penting, baju tu mestilah diperbuat daripada kain cotton, selesa (tak ketat) dan memudahkan kita untuk ganti pampers baby apabila perlu.


Nampak tak headband bunga kaler pink setompok besar kat kepala Aimi tu? Hahahaha... Saya ni sebenarnye bukan reti nak berhias berdandan bagai. So memang tak reti nak beli headband ke, sepit rambut ke, ribbon ke, sebab hakikatnya saya kat rumah cuma pakai cekak rambut biasa tu je. Hahahaha...


Tapi saya memang sangat suka tengok mommies lain yang hias anak perempuan mereka dengan segala macam aksesori, cuma saya sendiri tak reti nak buat. Hahahaha... Nampaknya, kena belajar sikit-sikitlah lepas ni yek. Ok, berbalik semula kepada kisah headband Aimi tu, punyalah lama saya pilih headband yang nak dipadankan dengan baju merah dia tu. Pilih punya pilih, kaler pink ni je yang ok. So belilah headband ni. Bila dah pakai kat Aimi, rasa matching pulak kan? Hehehhe...


Haziq & Aimi, will always be my babies... :)

6 comments:

Rinah said...

merah menyala kak Uni.. nak saing red mummy ke? *gurau je jgn ambil hati :)
headband tue comel.. sesuai dgn Aimi.. nnti beli yg bunga kecik lg.. corak polka dots etc..

Mar Mansor said...

ye sangat betul psal baby xyah beria kai bju melayu @ kurung..he3..
saya pon..br la raya ni nk wat baju utk ank dara (raya nnti in sha Allah setahun 3 bulan) wp mak saya tukang jahit & kena jahit baju melayu & kurung dak2 kecik (atas permintaan cust)..huhuhu

Uni said...

Jauh lagi nak sampai ke tahap macam Red Mummy. Hihihi.
Kalau Rinah perasan, headband pink dalam gambar tu pun ade polka dot tau. Kaler hitam. :)

Uni said...

Mesti comel baby girl pakai baju kurung kan. Kalau dah setahun tu kira ok lah. Kalau baby yang masih kecil dah dipakaikan baju kurung, rasa kesian lak tengok.

saira othman said...

Hurm merah lah...
Ingatkan tadi untuk raya..hehe

Uni said...

Raya kaler lain.
Tapi rasanya raya nanti tetap pakai baju merah ni jugak. Recycle. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like Page Superb Vitamin For Life :)

Like Page Love Natuwrel :)

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *