I Love My Followers

Blog ini adalah blog peribadi yang berkisar tentang kehidupan seperti usaha untuk hamil, kehamilan, kelahiran, penjagaan semasa pantang, penjagaan dan pendidikan anak, kesihatan dan kecantikan, keibubapaan dan perkahwinan.
Topik-topik lain juga ada mengikut keselesaan penulis.

Thursday, July 25, 2013

Kasihnya Pada Anak

Malam tadi saya menangis sebab sakit digigit. Korang tau kan, anak yang bf, apatah lagi sekarang dah tumbuh 2 batang gigi kat bawah. Itulah puncanya saya menangis.


Maybe it sounds funny or mungkin korang fikir, ek eleh, kene gigit sikit pun menangis. Tak kisahla apa yang korang fikir, tapi pada saya ia amat menyakitkan. Masa Aimi gigit tu, saya terjerit kuat. Then, saya terus beralih daripada Aimi (masa tu tengah mengiring belah kiri) dan terus mengiring ke belah kanan. Saya jauhkan sedikit badan saya daripada Aimi dan menangis sepuas-puasnya, dalam diam. Saya menangis senyap-senyap sebab taknak Haziq dengar saya menangis. Rasanya dia baru nak tidur (baru tutup lampu).


Dalam saya menangis tu, saya harap suami akan bangun datang tenangkan saya. Yelah, lampu pun baru je ditutup kan, takkan dah tidur. Tapi apa yang diharap tak menjadi, tau-tau je saya dengar bunyi berdengkur.


Frustnya. Nangis lagi.


Tiba-tiba saya terasa Aimi mendekati saya. Rupa-rupanya anak kecil saya ni mengesot perlahan-lahan mencari bau saya di dalam gelap malam itu. Saya rasa hangat badannya menyentuh badan saya. Terus hati ini jadi cair. Terus saya berhenti menangis.


Saya berpusing ke kiri semula menghadap Aimi. Kesian saya tengok dia. Sambil mata terpejam, mulutnya sibuk mencari puting Mamanya. Huhuhu. Serta merta saya ubah posisi, kali ini saya baringkan Aimi kat sebelah kanan saya dan saya terus mengiring dan berikan apa yang dia mahu.


Laparnya. Hausnya anak Mama minum susu Mama.


Tak lama lepas tu, Aimi diam. Lena dalam keadaan dia masih rapat dengan saya dan tangan kanannya memeluk lengan saya. Puas hati dia dapat tidur dengan memperolehi apa yang dia nak.


Kasihnya saya pada anak. Saya ketepikan sakit digigit. Kasih saya pada Aimi mengatasi segalanya.


Dan kemudian Haziq datang menghampiri saya, "Mama, Ajiq nak tidur dengan Mama..."


Perlahan-lahan saya keluarkan miss n daripada mulut Aimi. Beralih pula ke kiri, memeluk cium Haziq yang menunggu saya mengusap-usap belakang badannya. Itulah yang saya lakukan setiap malam untuknya sehinggalah dia tertidur lena.


"Mama..."


"Ye Ajiq. Napa Ajiq?"


"Ajiq sayang Mama...Ajiq nak tido ni..."


"Mama sayang Ajiq juga. Banyak-banyak sayang..."


Kasihnya saya pada anak. Hanya Allah yang tahu.

4 comments:

Rinah said...

Terharu baca.. betapa besarnya pengorbanan seorang ibu kan..

saira othman said...

Hurm
Hebatnya kasih sayang ibu...
SubhanaAllah

Uni said...

Semoga kita juga akan menghargai pengorbanan ibu kita sendiri.

Uni said...

Sebab tu syurga terletak di bawah telapak kaki ibu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like Page Superb Vitamin For Life :)

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *