I Love My Followers

Blog ini adalah blog peribadi yang berkisar tentang kehidupan seperti usaha untuk hamil, kehamilan, kelahiran, penjagaan semasa pantang, penjagaan dan pendidikan anak, kesihatan dan kecantikan, keibubapaan dan perkahwinan.
Topik-topik lain juga ada mengikut keselesaan penulis.

Tuesday, July 30, 2013

Saya Suka "Misiku Kuza"!

Malam tadi episod terakhir cerita Misiku Kuza di Astro Ria channel 104 jam 10-11pm.


Saya follow cerita ni sebab suka dengan ceritanya. Kalau diingatkan balik, cerita ni takde mesej apa sangat pun, pusing-pusing kat situ je, tapi saya follow sebab ceritanya kelakar sangat. Alah, korang taulah, dengan kesibukan kerja dan menguruskan keluarga dan anak-anak, sesekali dapat tengok cerita yang boleh buat kita gelak sakan, memang akan hilang rasa penat lelah bekerja kan.

Pic : Kredit to Google

Kenapa saya suka cerita Misiku Kuza :


1) Pelakon sume best dan kelakar. Tengok muka diorang je pun dah rasa nak gelak. Hahahahaa...


2) Lagu tema cerita ni memang catchy & fun sangat. Dah jadi ringtone saya dah. Hihihihi..


3) Arja Lee - rasanya dia ni pelakon citer Anu Dalam Botol tu kan. Dalam citer Misiku Kuza, dia jadi Dr. Aaron. Smart bila pakai kemeja dan tie.


4) Erin Malek - saya memang minat dia berlakon.


5) Hairul Azleen - OMG hensemnya!!!! suka pelakon baru ni!! Sapa suka dia ni jugak sila angkat tangan!


6) Papa & Mak We - diorang ni memang kelakar. Saya tengok diorang je pun dah gelak. Mak We tu orang Pasir Gudang tau, dia dok kat Taman Air Biru. ^_^


7) Sister Nani - yang gempal sikit tu. Saya minat dia dari dulu. Ada satu citer tu die berlakon jadi penjaga tandas, kumpul duit 20 sen dari sesapa yang nak masuk tandas. Satu hari kerjanya duduk jela kat situ. Tapi macam-macam topik yang dia dok bercerita dengan penjaga tandas lelaki. Memang lawak giler. Hahahaha...


Pic : Kredit to Google
Pic : Kredit to Google

Agal-agak apa citer lepas ni yang ganti citer Misiku Kuza? Harap-harap cerita kelakar lah jugak! :)

Monday, July 29, 2013

Nak Pandai Cakap BI?

Kalau korang tengok orang-orang yang reti cakap BI (English) tu, agak-agak macamana dia reti cakap BI?


Memang dia dilahirkan pandai cakap BI ke? Atau kat rumah dia family dia sume cakap BI? Atau persekitaran kat sekolah / kolej / kawasan perumahan semua cakap BI? Atau sebab dia sendiri gigih belajar nak cakap BI? Atau mungkin sebab dia belajar kat oversea, nak tak nak kenalah reti cakap BI, ye tak?


Walau apa pun sebabnya, dalam dunia yang amat canggih manggih sekarang ni, kalau kita tak reti cakap BI, memanglah agak kesian. Kalau saya kenangkan semula macamana perjalanan saya nak cakap BI ni, fuh, macam-macam story tau, so hari ni nak storymory pulak pasal cakap BI ni.


**********

Kat rumah, keluarga saya memang bercakap guna bahasa Melayu je. Kadang-kadang keluar juga bahasa Kelantan / Terengganu (parents orang sana). Tapi rasanya takde sangatlah kami sekeluarga cakap BI kat rumah.


Cuma kadang-kadang bila ada nak buat presentation kat sekolah ke, ada English Week kat sekolah ke, maka terikut-ikutlah cakap BI kat rumah pulak. Pulaknya, cakap pun broken-broken aje. Sebab, saya susah betul nak fahamkan past perfect tense dan segala macam tenses BI ni. Yang saya reti cuma present dan past tense je. Hahahaha.


Kat sekolah rendah, dulu saya sekolah kat Kelantan sampai darjah 2. Haaa, memang cakap kelate jelah. Masa nak masuk darjah 3, pindah sekolah ke JB. Punyalah susah nak menyesuaikan diri, sebab kawan-kawan cakap bahasa standard, saya pulak speaking kelate. Masa tu takdenye nak cakap BI, sebab cakap bahasa standard kat Johor ni pun saya tak reti! Hihihihi...


Masuk ke sekolah menengah, haaa, masa ni permulaan nak cakap BI, sebab saya masuk sekolah asrama. Kagum tengok kawan-kawan yang reti cakap BI, steady je diorang, dengan mak bapak pun cakap BI jugak. Hebat!!!


Saya pernah tanya seorang bff (best friend forever) - macamana nak reti cakap BI? Dia cakap bila kita baca satu-satu ayat dalam BI, dan ada perkataan yang kita tak faham, kita jangan terus bukak kamus. Kita teka dulu, agak-agak apa maksud perkataan tu dan sesuaikan dengan ayat.


Lepas kita dah pasti dengan tekaan tu, baru bukak kamus. Baru cari makna yang sebenar. So daripada situ, sekiranya tekaan kita tadi salah, kita akan ingat makna perkataan yang sebenar mengikut kamus. Kalau tekaan kita tadi betul, maksudnya, kita dah pandai BI sikit-sikit (gitu eh ayat budak sekolah menengah...hihihihi..)


Pastu ada seorang kawan lagi bagitau, nak pandai cakap BI - belajar je menerusi lirik lagu. Dulu masa sekolah menengah, saya suka sangat lagu "Truly, Madly, Deeply", sampai gigih cari lirik lagu, nyanyi dan hafal. Siap fahamkan setiap perkataan dalam lirik lagu menggunakan teknik yang bff cakap tadi. Memang berkesan!


Pastu kat universiti, biasa je. Masuk final year kene buat project, masa tu yang supervise project saya ialah seorang pensyarah berpangkat Prof. Dr.


Saya ingat biasa je, tapi dia rupanya supervise ramai student Master dan PHD kaum Cina dan India, dan mereka semua cakap BI. Saya jelah sorang budak Melayu yang dok cakap bahasa Melayu dengan Prof tu.


Then satu hari, masa kat bilik Prof tu, saya ada benda nak discuss dengan dia. Dalam bilik tu jugak ada 2 orang student Master kaum Cina. Masa discuss tu, saya cakap bahasa Melayu lah (Prof saya tu keturunan cam mamak gitu).


Tiba-tiba je dia cakap,


"My dear Munirah, if you continue speaking in Malay which I have reminded you many times to speak in English, I have to say it today, I will not help you in your project".


"Prof, saya....."


"No Munirah. You may leave my room now".


OMG!!! Saya dihalau keluar dari bilik Prof atas sebab saya tak cakap BI!!! Yang buat saya lagi malu, sebab ada 2 orang student Master kat situ. Malu kat diorang. Huhuhuhu...


"Prof, saya..."


"Please, Munirah..."


Hoi, aku rasa nak menangis kat situ jugak!!! Terus kepala ligat cari idea nak setelkan masalah ni!


"OK Prof. I really need your help in my project. I will speak English, but if broken please don't get angry".


"Mmmm...this sounds better to me".


"Prof, I cannot speak English good like other students. But I will try and I hope you can support me" (punyalah tunggang langgang bahasaku - direct translate daripada bahasa Melayu!)


"OK, let's continue".


Masa tu saya rasa lega bebenor. Kalau Prof tu tak nak tolong saya, kang tak grad pulak saya nanti!


Itulah permulaannya saya berani cakap BI secara terbuka walaupun broken. 


Yang best lagi, masa viva (project presentation) final year tu, Prof saya suruh saya present in English. Saya siap praktis depan dia beberapa kali. Suka! Rasa satu kejayaan untuk saya. ^_^


Bila dah grad, saya rilek dulu 2 bulan. Tapi bukan duk rilek termenung je, ibu bapa saya daftarkan saya ke kelas intensif BI untuk tempoh 2 bulan tu. Memang berbaloi sangat join kelas ni, sebab student dia daripada negara lain yang juga nak belajar BI. Pendedahan tentang kepentingan bercakap BI amat ditekankan.


Lepas 2 bulan, saya terus dapat kerja. Masa interview, saya dah boleh cakap BI dengan konfiden (padahal broken je pun) sebab dah cukup persediaan.


Bila dah kerja pulak, antara kerja yang saya kena buat adalah minit mesyurat - in English. Hoyahoi, punyalah terabur saya punya grammar dan tenses tu semua, percaya tak, bos saya dulu pernah campak minit mesyuarat yang saya taip tu ke lantai begitu sahaja. Terkejut saya tau!


"Your English is not just bad. It's very bad".


"But I've joined English intensive class for 2 months before I start work. I am sure my English is better". (Punyelah meng-upkan diri, rasa macam hebat bebenor dah pergi kelas intensif bahasa hinggeris!)


"You have to improve Munirah. Improve everything about your English writing and speaking. If not, you'll be nowhere in your career path".


Tipah terkedu dik. Terkedu, ternganga dan terkelip-kelip di situ. Terasa diri ni macam bo**h giler! Terus ucap "thank you boss" dan amik minit mesyuarat yang dah kena campak kat lantai. Perbaiki apa yang tak betul, tingkatkan penguasaan Bahasa Inggeris. Mana taknya, kat tempat kerja, semua cakap BI!


Lama kelamaan, alah bisa tegal biasa. Dah reti la cakap BI sikit-sikit. Dah reti tulis proper in English. Hihihihi...


Dan baru-baru ni, ada kawan kat ofis mintak tolong saya cek draft report dia. Saya tolong. Dan apa yang buat saya terharu, ini emel daripada kawan tersebut.




Sejujurnya, bukan mudah nak sampai ke tahap ini. Macam-macam yang saya lalui hanya kerana BI saya tak bagus. Tapi terima kasih untuk Prof & ex-boss saya yang tak jemu-jemu bantu saya untuk pandai cakap BI. Sampai bila pun saya takkan lupa jasa dan kebaikan mereka.


Kesimpulannya, nak pandai cakap BI? Ada banyak cara, tak perlu buat semua, pilihlah mana cara yang sesuai dengan keupayaan diri masing-masing. In Shaa Allah, pasti berjaya! :)

Friday, July 26, 2013

[Widget] "Contact Form" Yang Ditukar Kepada "Ask Me"

Hari ni saya dah add satu widget baru kat blog ni. Asalnya nama widget ni ialah "Contact Form", tapi saya tukar namanya kepada "Ask Me".


Kenapa letak widget ni ye?


Tujuannya supaya korang boleh guna widget ni untuk bagi cadangan tentang topik apa yang ingin saya kongsikan untuk next entry. Contohnya :


"Hai Sis Uni, saya ni baru pertama kali nak pergi interview kerja. Nervouslah. Boleh tak Sis Uni share apa tips supaya interview ni sukses dan saya dapat kerja tu?"


Haaaa, gitulah contohnya. Short & simple. So daripada situ, saya akan buatlah satu entry (contoh) berkenaan dengan "Tips Menghadiri Interview dan Pastikan Anda Dapat Kerja Yang Anda Nak" sebagai respon kepada cik adik yang bertanya tadi.


Kat mana widget ni? Tak nampak pun?


Widget ni ada kat bahagian bawah blog ni kat belah kiri. Korang scroll down sampai habis, pasti jumpa widget "Ask Me" ni.


p/s : Kalau korang rasa segan pasal entry tu, just mention, this is personal, tolong reply kat emel saya sahaja, ok? Jangan lupa tinggalkan nama dan emel address ya! ^_^

Thursday, July 25, 2013

Kasihnya Pada Anak

Malam tadi saya menangis sebab sakit digigit. Korang tau kan, anak yang bf, apatah lagi sekarang dah tumbuh 2 batang gigi kat bawah. Itulah puncanya saya menangis.


Maybe it sounds funny or mungkin korang fikir, ek eleh, kene gigit sikit pun menangis. Tak kisahla apa yang korang fikir, tapi pada saya ia amat menyakitkan. Masa Aimi gigit tu, saya terjerit kuat. Then, saya terus beralih daripada Aimi (masa tu tengah mengiring belah kiri) dan terus mengiring ke belah kanan. Saya jauhkan sedikit badan saya daripada Aimi dan menangis sepuas-puasnya, dalam diam. Saya menangis senyap-senyap sebab taknak Haziq dengar saya menangis. Rasanya dia baru nak tidur (baru tutup lampu).


Dalam saya menangis tu, saya harap suami akan bangun datang tenangkan saya. Yelah, lampu pun baru je ditutup kan, takkan dah tidur. Tapi apa yang diharap tak menjadi, tau-tau je saya dengar bunyi berdengkur.


Frustnya. Nangis lagi.


Tiba-tiba saya terasa Aimi mendekati saya. Rupa-rupanya anak kecil saya ni mengesot perlahan-lahan mencari bau saya di dalam gelap malam itu. Saya rasa hangat badannya menyentuh badan saya. Terus hati ini jadi cair. Terus saya berhenti menangis.


Saya berpusing ke kiri semula menghadap Aimi. Kesian saya tengok dia. Sambil mata terpejam, mulutnya sibuk mencari puting Mamanya. Huhuhu. Serta merta saya ubah posisi, kali ini saya baringkan Aimi kat sebelah kanan saya dan saya terus mengiring dan berikan apa yang dia mahu.


Laparnya. Hausnya anak Mama minum susu Mama.


Tak lama lepas tu, Aimi diam. Lena dalam keadaan dia masih rapat dengan saya dan tangan kanannya memeluk lengan saya. Puas hati dia dapat tidur dengan memperolehi apa yang dia nak.


Kasihnya saya pada anak. Saya ketepikan sakit digigit. Kasih saya pada Aimi mengatasi segalanya.


Dan kemudian Haziq datang menghampiri saya, "Mama, Ajiq nak tidur dengan Mama..."


Perlahan-lahan saya keluarkan miss n daripada mulut Aimi. Beralih pula ke kiri, memeluk cium Haziq yang menunggu saya mengusap-usap belakang badannya. Itulah yang saya lakukan setiap malam untuknya sehinggalah dia tertidur lena.


"Mama..."


"Ye Ajiq. Napa Ajiq?"


"Ajiq sayang Mama...Ajiq nak tido ni..."


"Mama sayang Ajiq juga. Banyak-banyak sayang..."


Kasihnya saya pada anak. Hanya Allah yang tahu.

Monday, July 22, 2013

Insiden Yang Membuatkan Jantungku Seakan Berhenti Berdegup

Jantung seakan berhenti berdegup. Pernah tak korang rasa macam ni?


Saya tak pernah rasa macam ni sebelum ni. Tapi pertama kali saya merasainya, semalam. 21 Julai 2013.


Semalam kami shopping kat Jusco Tebrau City. Sampai-sampai je, tengok kat bahagian baby and kids kat 2nd floor tu dah penuh dengan umat manusia. Semua sibuk dengan anak-anak masing. Alah, korang taulah camne rasa dan rupanya shopping kat tempat banyak budak ni kan. Macam-macam ragam ada.


Bila dah sarat sangat dengan orang tu, saya tetiba lak rasa takde feel nak shopping. Orang terlalu ramai, que kat kaunter bayaran pun dah panjang. Ikutkan hati, nak je balik, tapi fikir, nanti bila pulak nak shopping kan. Haih, jangan ikutkan perasaan sangat.


First thing first, saya dan suami saling mengingatkan yang Haziq tak boleh hilang daripada pandangan mata kami. Saya do the shopping job, suami jaga Haziq dan Aimi. Aimi dalam stroller. Tido. Saya pulak shopping laju-laju je, kene kejar masa sementara anak-anak masih in good mood. 


Seterusnya, kami shopping baju Haziq pulak. Masa ni suami saya dukung Aimi, sebab dia dah meragam dalam stroller. See? Budak kecik punya good mood tu kejap je hoccay. Saya pulak dok cari baju baru untuk Haziq. Korang bayangkanlah camne nak shopping dengan keadaan Haziq berlari ke sana ke mari. Masa tu dia main lari-lari kat bahagian gift cards dan bahagian baju kids. Sangat dekat dengan saya.


Ada masa tu, saya sampai lari kejar Haziq semata-mata nak pakaikan dia baju baru. Penat mak ok!! Budak lelaki yang keje kat Jusco tu pun siap tergelak kecil tengok saya berlari mengejar anak. Takpelah dik, akak sanggup berlari berpenat lelah kejar dia daripada dia hilang dari mata akak. Dan nak tahu tak, saya cuma shopping kat bahagian Kiki Lala aje, tak sempat nak ke bahagian jenama yang lain sempat Haziq amat gigih berlari ke sana ke mari. Laju tau. Dah sekolah nanti Haziq masuk lumba lari gerenti jadi juara bertahan ye sayang.


Next, kami turun ke tingkat bawah.


Dan inilah saatnya di mana jantung saya seakan berhenti berdegup.


Ground Floor Jusco Tebrau City kat bahagian Center ada booth jual baju budak.


Masa tu suami saya dukung Aimi, saya pegang tangan Haziq dan tangan sebelah lagi dok belek legging. Kami berempat di tempat yang sama.


Lepas tu entah bila masanya, Haziq main lari-lari dekat kami berdua. Saya dan suami masih nampak dia.


Lepas dah sudah pilih lengging tu, orang kiosk tu bawaklah pergi ke kaunter bayaran. Saya pun ikutlah sebab nak gi bayar. Saya cakap dengan suami "Abg tengok Haziq ye"


Suami cakap "Haziq dengan B kan?"


Saya macam "Oh no"


Hati saya dah mula resah. Saya pandang keliling. Kiri kanan semua sekali. HAZIQ TAKDE!!!!!!!!!!!


Orang punyalah ramai. Mata saya melilau cari Haziq yang berbaju biru belang kuning dan berseluar jeans.


Takde!!!!


Saya cuba bertenang, taknak kecoh-kecoh. Try to be calm and cool.


Saya bayar harga legging. Cepat-cepat. Ambil duit baki dan terus masukkan dalam kocek seluar. Saya cari Haziq. Suami pulak maintain kat tempat tadi dengan Aimi, in case Haziq datang semula ke tempat tu.


Saya cari kat luar booth tu. Cari kat booth sebelah. Cari kat kedai-kedai dekat situ. Cari kat celah budak-budak lain. Haziq takde. TAKDE. Masa tulah, saya terasa jantung saya seakan berhenti berdegup. Berhenti sendiri. ----------------------


Saya mula rasa panik. Pada masa yang sama, saya cuba menahan diri saya daripada berfikir yang bukan-bukan.


Allah. Allah. Allah. Tolonglah aku!


Dah sudah cari kat luar booth, saya kembali semula kat suami. Bila saya tengok je muka dia, saya tau yang dia pun tak nampak Haziq.


Korang, saya sangat takut masa tu. Saya takut Haziq hilang!!!


Allah. Allah. Allah. Tolonglah aku!


Tak semena-menanya, Haziq muncul berlari-lari sambil tersengih riang, ucapnya, "Mamaaaaaaaaaa!!!!"


Allahuakbar!


Saya peluk Haziq. Peluk seeratnya. Cium sepuasnya. Anakku....



************



Insiden ini berlaku dalam masa tak sampai 4 minit. Tapi saya rasa ia tempoh yang cukup panjang apabila Haziq hilang daripada pandangan mata saya.


Lihatlah, sedaya upaya kami suami isteri menjaga anak-anak semasa shopping, shopping pun cepat-cepat je, takde beriya compare harga, compare itu ini, etc.  tapi Allah tetap uji kami. Kami terima. Kami tau kami mesti lebih berhati-hati di kemudian hari.


Kalau saya perlu lari beribu batu untuk mengejar Haziq, saya akan lari. Biarlah diketawakan orang sebab mengejar anak, tapi itu tanggungjawab saya. Itu tanda cinta dan kasih sayang saya. I'm a mom. Seorang ibu yang sanggup buat apa saja untuk anaknya. Apatah lagi Haziq sekarang tengah lincah, tengah ligat, kadang-kadang rasa semput jugak dibuatnya, tapi demi anak saya sanggup buat apa saja.


Saya takkan lupa detik ini. Pabila jantungku seakan berhenti berdegup. :(


p/s : Gambar ni masa kami berhenti rehat di Daily Fresh sebelum turun ke ground floor. Haziq nak makan jagung.

Haziq yang petah bercakap


Widget Top Commentator Muncul Semula

Memang macam biskut chipsmore. Kejap ada kejap takde. Baru jap tadi saya cek, eh muncul pulak widget ni. Hari tu terus hilang taknak muncul-muncul lagi.


Baguslah kalau widget ni dah kembali berfungsi seperti sedia kala.


Lega hatiku. :)

Sunday, July 21, 2013

Betul Ke Nak Bf Anak?

16 Julai 2013 - genaplah 6 bulan saya bf Aimi. Ini adalah pengalaman baru yang indah untuk saya, Banyak perkara baru yang saya pelajari dalam proses menyusukan anak ini. Ada yang suka, ada juga yang duka, apapun itu semua lebih mematangkan saya sebagai seorang wanita, isteri dan ibu.


Semasa saya mengandung, saya buat banyak pembacaan dan research tentang breastfeeding (bf). Dengan hasil pembacaan tu, saya nyatakan hasrat pada suami yang saya ingin menyusukan anak sepenuhnya (exclusive breastfeeding) apabila dia dilahirkan nanti. Suami saya tidak menghalang, tidak juga menyokong beriya-iya, tetapi dia cakap beberapa perkara yang harus saya fikirkan sebelum saya nekad untuk bf anak nanti. Apa yang dia cakap adalah berdasarkan kepada ibunya (my MIL) yang bf kesemua 7 orang anak.


Ini apa yang suami cakap dan dia suruh saya fikirkan :


1)  Bf is a tough job di mana, apabila anak lapar nak susu, hanya saya seorang yang boleh bf anak. Only me. Kalau minum susu botol, dia boleh tolong buat susu dan susukan anak, tapi bila fully bf, hanya saya yang boleh buat kerja tu. Dan tak kira dalam keadaan macamana sekalipun, saya tetap kena bagi anak susu (bf) bila dia lapar.


2) Saya ibu bekerja. Ada masanya saya balik lambat ke rumah. Kalau anak nak susu, macamana? Bila saya balik kerja dalam keadaan letih dan anak nak susu, saya tetap kena bangun nak susukan anak. No excuse walau letih macamana sekalipun.


3) Bf mom cepat lapar dan makan banyak. Suami saya tau yang saya ni jenis yang amat prihatin dengan bentuk badan saya. Nak maintain slim, taknak gemuk, taknak buncit. Tapi katanya bila ibu tu menyusu, lepas menyusu gerenti akan lapar, pastu akan makan banyak sebab apa yang ibu makan, itu jugak yang pergi kat anak. Kalau saya nak slim, benda ni akan jadi penghalang untuk saya.


4) Anak dihantar ke babysitter. So macamana nak buat kalau anak tu minum susu badan sahaja?


OK, bila suami cakap macam tu, saya tergamam. Terdiam. Kaku. Sungguh, saya tak fikir tentang semua itu. Daripada apa yang saya baca dan research selama ni, saya rasa yang saya takde masalah nak bf anak. Tapi apa suami saya cakap tu, is a real life situation. Dia kenal diri saya. Dia tahu tentang bf sebab ibunya bf dia dan adik beradiknya. Yang bezanya, ibunya tidak bekerja. Suri rumah. Kerja sendiri. Dan ibunya tidak kisah tentang bentuk badan (tak macam saya, kesah sangat!).


Well, saya ambil masa selama lebih kurang 2 minggu untuk memikirkan perkara ni. Betul ke saya nak bf anak? Betul ke saya tak kisah jadi gemuk? Betul ke apa yang saya nak buat ni?


Selepas dah fikir sedalam-dalamnya, saya nekad. Nekad. Nekad nak menyusukan anak kedua saya ini sebab saya nak perbaiki diri saya setelah tak berjaya bf Haziq dulu kerana kekurangan ilmu. Nekad nak beri anak saya sesuatu yang takkan ade orang lain pun boleh beri, iaitu susu badan saya sendiri. Nekad nak tengok anak sihat dan membesar dengan susu ibunya.


Nekad.


Dan ini penerangan saya kepada suami :


1) Saya bersedia untuk bangun malam untuk bf anak. Saya bersedia untuk memikul tanggungjawab itu, yang mana hanya saya yang boleh menyusukan anak. Saya bersedia untuk bf anak apabila anak lapar dan memerlukan saya.


2) Saya bersedia untuk bf anak walau dalam keadaan saya letih macamana sekalipun. Mungkin pada mulanya akan jadi sedikit sukar dan saya juga perlu masa untuk menyesuaikan diri, tapi saya yakin saya boleh melaluinya.


3) Bab gemuk dan buncit ni memang kritikal pada saya. Kalaupun saya gemuk dan buncit nanti, saya akan cari jalan penyelesaian untuk kembali ke berat badan yang ideal.


4) Melalui pembacaan saya, susu ibu perahan boleh disimpan dalam peti sejuk dan boleh dihantar ke babysitter. Ada caranya.


Sudahnya, suami saya cakap sekiranya saya betul-betuk nak bf anak, dia akan beri sokongan 100%.


Maka daripada situ, suami temankan saya pergi dapatkan maklumat tentang breastpump dan juga beli breastpump.


Saya betul-betul nak bf anak. Saya pasti. Dan alhamdulillah, saya berjaya bf Aimi untuk 6 bulan yang pertama dan sekarang masih meneruskan penyusuan ini.


Aimi dalam dakapanku

Nak Shopping Raya? Baca Dulu Tips Ini

Hari ni saya bersahur di rumah Mama. Yang bagusnya, lepas bersahur, anak-anak masih tidur lena, jadi saya sempatlah update blog.


Semalam suami saya bagitau, hari ni nak ajak saya pergi shopping raya. Saya pulak macam, eh dah nak shopping ke? Takde rasa pulak nak shopping lagi. Tapi katanya, baik shopping sekarang sebab kalau tunggu dah nak dekat raya ni, takut kita sibuk ke apa ke, so sementara ada masa ni kita buat dulu apa yang patut.


So kat sini saya nak share sikit tips yang saya dan suami amalkan setiap kali kami nak pergi shopping bermula daripada awal perkahwinan dan diperbaharui bila bertambahnya ahli keluarga. Hehehe. Mungkin tips ni agak panjang berjela, tapi itulah amalan kami. :)


1) Buat senarai shopping untuk setiap orang - Selalunya sayalah orang yang paling rajin buat list barang untuk dibeli ni. Saya akan senaraikan (brainstorming) untuk setiap orang, contohnya suami, barang apa yang dia nak beli. Untuk saya, untuk Haziq dan untuk Aimi. Lepas tu, filter semula list tu, kensel mana yang tak perlu dan hanya tinggalkan barang yang memang mesti dibeli aje. Dengan cara ini, dapat mengawal nafsu semasa nak shopping nanti (dan mengawal duit di tangan juga!)


2) Siapkan barang keperluan anak - Maksudnya diaper beg anak-anak. Selalunya kami bawak termos kecil, air masak 1 liter, kompartmen susu dan botol susu. Antara barang lain yang mesti ada ialah pampers 2-3 pcs, cot sheet, wet wipes, spray air , tuala kecil dan baju spare untuk anak-anak.


3) Keluar rumah awal untuk dapatkan parking lot dekat dengan pintu masuk dan tak payah que panjang-panjang time nak bayar - Kalau Jusco tu bukak kul 10.30 am, pukul 10.30 am lah kami sampai. Nak jadi orang pertama yang masuk Jusco lepas Jusco dibuka. Nanti nak shopping dan bayar barang pun senang. Saya sangat tak suka beratur lama time nak bayar.


4) Tetapkan siapa jaga siapa (keselamatan anak) - Dulu masa ada anak seorang, kami tetapkan yang saya yang do the shopping job, beli barang ikut list. Suami saya akan ikut sekali, tapi tau jelah kan kalau ada anak kecil, sekejap je dia dah bosan dan nak pergi masuk kat tempat main game tu. So suami akan bawa anak ke situ. Tapi bila dah ada anak 2 orang, kami tetapkan saya yang kene jaga Aimi dan suami akan jaga Haziq. Maksudnya, saya akan bawak stroller Aimi dan suami akan handle Haziq sebab sekarang Haziq dah lari laju, haruslah abahnya yang handle dia kan. Benda ni amatlah penting sebab kami nak mengelakkan terjadinya masalah anak hilang kat shopping complex.


5) Handphone mesti ada bateri, ada kredit dan boleh dihubungi - Peraturan ni saya yang tetapkan. Jadi sebelum shopping tu kene pastikan handphone dah fully charged dan ada kredit.


6) Belanja ikut list yang dah dibuat - List itu dah ditulis mengikut bajet. Jadi kami kene belanja ikut bajet sahaja. Tapi kadang-kadang biasalah, timbul keinginan beli barang yang takde dalam list, jadi ade masanya terbeli jugak!


7) Berapa lama nak shopping - Tentukan masa berapa jam nak shopping. Contohnya kat Jusco 3 jam, kat Plaza Pelangi 2 jam. Nak lunch kat mana (kalau bukan bulan puasa). Dan pukul berapa mesti bertolak balik ke rumah.


8) Jangan lupa ganti pampers anak - Haaaa, kalau dah sakan sangat shopping tu, ade kemungkinan akan terlupa nak ganti pampers anak. Jangan macam tu lah ye, se excited mana pun kita shopping, anak tetap diutamakan. Kalau dia dah habis uuk, cepat-cepat ganti pampersnya, kalau tak, kesian dia ada uuk kat belakang dia. Rimas ok! Pampers harus diganti setiap 4-5 jam sekali. Kalau tak sampai 4-5 jam kita tengok pampersnya dah berat, terus cepat ganti. Jangan nanti kita balik rumah dengan perasaan puas bershopping, sekali bukak pampers anak, hah tu dia dah naik ruam!


9) Beri anak minum susu atau makan - Untuk anak yang masih menyusu, jangan lupa beri dia minum susu. Kalau anak yang dah reti makan, jangan lupa beri dia makan. Berhenti untuk beli snek yang sihat ataupun beli roti gardenia yang 60 sen tu (Haziq suka perisa vanila). Jangan biarkan perut anak-anak kosong macam tu je. Kalau rajin, bawak bekal dari rumah. Lagi mudah dan menjimatkan!


10) Paling penting, jangan belanja sampai terlebih bajet (RM). Kang diri sendiri yang gigit jari!!!


Eh, Aimi dah bangunlah... So kene offline dulu. Tata!


Semoga perancangan hari ini dipermudahkan dan dilancarkan semuanya. Amin. :)

Friday, July 19, 2013

Merah Sedondon Anak Beranak

Hari ni rasa nak kongsi gambar saya bersama anak-anak. Gambar ni diambil pada 29 Jun 2013 yang lalu. :)


Haziq (2y 10m) & Aimi (5m)

Masa ni, majlis perkahwinan adik lelaki saya. Warna tema baju kami sekeluarga (belah lelaki) ialah warna merah maroon macam dalam gambar ni. Untuk Haziq, bajunya baju melayu sama kain dengan abahnya.


Untuk Aimi pulak, saya beli baju skirt kaler merah sleeveless dengan lengging kaler hitam. Pada saya, untuk baby ni, tak perlulah kita beriya-iya nak pakaikan baju kurung ke apa ke, sebab rimas pulak menengoknya (ini pendapat peribadi saya je ye). Tapi yang penting, baju tu mestilah diperbuat daripada kain cotton, selesa (tak ketat) dan memudahkan kita untuk ganti pampers baby apabila perlu.


Nampak tak headband bunga kaler pink setompok besar kat kepala Aimi tu? Hahahaha... Saya ni sebenarnye bukan reti nak berhias berdandan bagai. So memang tak reti nak beli headband ke, sepit rambut ke, ribbon ke, sebab hakikatnya saya kat rumah cuma pakai cekak rambut biasa tu je. Hahahaha...


Tapi saya memang sangat suka tengok mommies lain yang hias anak perempuan mereka dengan segala macam aksesori, cuma saya sendiri tak reti nak buat. Hahahaha... Nampaknya, kena belajar sikit-sikitlah lepas ni yek. Ok, berbalik semula kepada kisah headband Aimi tu, punyalah lama saya pilih headband yang nak dipadankan dengan baju merah dia tu. Pilih punya pilih, kaler pink ni je yang ok. So belilah headband ni. Bila dah pakai kat Aimi, rasa matching pulak kan? Hehehhe...


Haziq & Aimi, will always be my babies... :)

Thursday, July 18, 2013

Kisah Terkini

Pejam celik pejam celik, dah 17 hari blog ni sunyi sepi tanpa sebarang update. Isk..isk..isk...


Perasaan saya membuak-buak sangat-sangat nak update blog, terlalu banyak kisah hidup yang ingin saya ceritakan di blog ini. Tapi apalah daya, jadual waktu saya sekarang ini teramatlah padat dan mampat. Sungguh, saya dah tak punya masa untuk diri sendiri. Sampaikan, sambil df Aimi sambil tu jugak saya tepek krim muka dan bedak dan lipstik bersiap-siap nak gi kerja. Takdenye dah mengadap cermin feeling cun, cukup sekadar mengadap cermin kat compact powder tu. Boleh bayangkan tak situasi ni? Pakai bedak sambil df anak? Hahahaha....


Haziq. Haziq sekarang sangat petah bercakap. Bercakap je kerja dia 24 jam. Memang seronok bila layan dia sekarang ni, tambah lagi dia sangat suka nak tolong saya buat kerja rumah. Tolong angkat kain kat ampaian, tolong buat milo, tolong jaga adik, tolong buka tv, tolong tutup kipas, boleh bayangkan tak budak umur nak masuk 3 tahun buat semua tu? Comel kan, dengan jalan terkedek-kedek pakai pampers, mulut pulak asyik bercakap dan tangan buat kerja itu ini. Haziq oh Haziq, setiap saat Mama rindu kat Haziq tau!


Aimi. Aimi dah umur 6 bulan, dah start makan solid food. Yeay!!! Makanan pertama yang saya bagi ialah bubur nasi. Seronok prepare bubur untuk Aimi sebab saya dah ade pengalaman terdahulu dan dah tau apa yang perlu disediakan dan dibuat. Suami saya yang paling excited masa kali pertama nak bagi Aimi makan, sampai dia sendiri yang tapis bubur tu dan sibuk nak suapkan. Hahahaha...


Blog. Saya perasan yang UV untuk blog kesayangan saya ni dah menurun sikit. Kejap naik kejap turun. Haihh...apelah nasib. Terpaksa redho jelah. Almaklumlah blog dah lama tak update kan. Satu lagi masalah, widget Top Commentator saya pukak buat hal. Dah 2 hari saya cuba godek dan buat apa yang patut, tapi rasanya memang takde harapan. Huhuhu...


CPUV. Dalam pada UV dok naik turun ni, alhamdulillah masih ada rezeki untuk saya. Buat masa ini ada 7 CPUV yang senang running di blog saya ini. Rasa gembira dan bersyukur sangat, terima kasih kepada para pengiklan yang telah memilih blog saya. Rezeki Ramadhan. Rezeki anak-anak. Alhamdulillah.


Breastfeeding. Alhamdulillah, masih diberikan kekuatan untuk bf Aimi. Dah 6 bulan dah umurnya, means saya dah berjaya bf Aimi untuk 6 bulan yang pertama. So sekarang saya target untuk terus bf sehingga Aimi umur 9 bulan. Moga berjaya hingga ke umurnya 2 tahun. Moga Aimi sentiasa sihat dan bijak ye sayang.


Gemuk dan buncit. Hahahaha. Ini memang masalah besar untuk saya. Tapi berita baiknya, berat saya sekarang dah turun sebanyak 3 kg dalam tempoh sebulan yang lepas!! Which means, I am 53 kg now! Haaa, apa saya buat? Saya amalkan cara pemakanan yang sihat je. Dan yang lagi best, susu badan untuk Aimi tetap ada. Alhamdulillah.


Shopping raya. Haihh, shopping apanya. Belum fikir pasal shopping pun lagi. Maybe tunggu dekat-dekat nak raya ke nanti baru shopping, boleh gitu?


p/s : Tahun ini kami beraya berempat, dengan Aimi! Lain kan rasanya bila ada anak perempuan, apatah lagi macam Aimi, yang sentiasa nak dok berdempek dengan saya 24 jam, yang sentiasa excited setiap kali dia nampak saya. Perasaan teruja kami tu terasa sangat. Oh Aimi, terima kasih sayang kerana hadir dalam hidup kami! :)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like Page Superb Vitamin For Life :)

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *