I Love My Followers

Blog ini adalah blog peribadi yang berkisar tentang kehidupan seperti usaha untuk hamil, kehamilan, kelahiran, penjagaan semasa pantang, penjagaan dan pendidikan anak, kesihatan dan kecantikan, keibubapaan dan perkahwinan.
Topik-topik lain juga ada mengikut keselesaan penulis.

Sunday, June 30, 2013

Jumpa 3 Orang Doktor Untuk Sahkan Kehamilan

Sambungan daripada entry INI.


Kami berdua bersyukur sanga-sangat tentang apa yang kami lihat di awal pagi tu. Mata ni terus rasa segar bugar, tak rasa mengantuk sikit pun. Tapi memikirkan masa tu baru pukul 4 am dan taknak tanggung risiko mengantuk di tempat kerja, kami pun sambung tidur.


Esok harinya, lepas balik kerja, kami terus singgah ke Poliklinik Hijrah di Taman Mawar, Pasir Gudang untuk buat test urin. Masa tu doktor lelaki. Masuk je bilik doktor, saya cakapla yang period saya dah lewat, so saya nak buat test urin nak pastikan saya pregnant atau tak. Doktor tu cakap ok, dia tanya bila saya last period. Saya cakap last period pada 10 November 2009.


Bila saya dah pass urin, dia terus cek guna pregnancy test kit. Keluar double line, saya dan suami senyum, tapi kami control-control senyum, taknaklah nampak macam over excited gitu. Lepas tu doktor cek guna pregnancy calendar, pusing punya pusing, dia cakap, ye positif pregnant, dan usia kehamilan sekarang dijangka pada usia 4 ke 5 minggu.


Masa doktor cakap tu, fuh, rasa lega sangat kat dada. Yelah, sebelum ni, nak excited sebab pregnant pun kitorang takut, bukan apa, takut salah, takut pregnancy test kit yang kitorang guna bagi result yang salah. Tapi bila dah jumpa doktor dan disahkan hamil, memang rasa lega sangat. Doktor tu siap cakap tahniah kat suami saya, dah saya rasa macam kat drama swasta la pulak. :)


Lepas tu doktor terus berikan saya asid folik. Tablet kecil warna kuning makan 1 biji sehari.


Day by day by day, walaupun dah disahkan hamil, kami berdua masih rasa perlu untuk buat lagi pengesahan dengan doktor kat klinik lain. Jadinya kami pergi pulak ke Poliklinik Rozikin Permas Jaya untuk sahkan kehamilan. Kat situ doktor perempuan. Cek punya cek, ye memang sah pregnant 7 minggu. Punyelah terang benderang double line tu. Cek kat pregnancy calendar, doktor cakap estimated due date (EDD) (jangkaan tarikh kelahiran) ialah pada 17 Ogos 2010. Masa tu kitorang rasa kagum, wah boleh terus tau bila tarikh bersalin eh? (Kelakar pulak kalau diingatkan saat ni, memanglah doktor tau tarikh jangkaan bersalin...)


Sejak kali kedua jumpa doktor tu, family sebelah saya pun taulah yang saya dah pregnant. Masa tu rasa happy dan bahagia sangat, sebab ayah saya, mak saya dan adik beradik semua ucap tahniah. Siap cakap wah bestnya kita lepas ni ada baby kat rumah ni (saya dan suami tinggal di rumah mak saya selepas kami berkahwin dan saya anak sulung). Saya senyum je sepanjang masa, tapi sentiasa ingatkan diri taknak over excited sangat sebab saya tau kehamilan ni ialah satu perjalanan yang panjang, macam-macam boleh jadi, apatah lagi di peringkat awal kehamilan ni ada risiko untuk keguguran.


Then minggu depannya nak balik ke rumah mertua pulak. Boleh pulak kami singgah kat satu klinik kat Kota Tinggi tu lagi untuk sahkan kehamilan. Agak-agak korang faham tak kenapa kami buat pregnancy test sampai 3 kali? Beginilah ye. Saya dah berkahwin selama 1 tahun 9 bulan sebelum disahkan hamil. Sepanjang tempoh 9 bulan tu (masa ni baru betul-betul fikir nak get pregnant), berapa banyak kali saya buat urin test tapi semuanya hampa. Saya pernah menangis kat bilik air, pernah berkurung kat bilik air, pernah tidur sambil tutup muka dengan bantal dan menangis senyap-senyap dan macam-macam lagilah yang saya buat bila setiap kali saya buat urin test dan resultnya keluar satu line. Pernah rasa down sangat-sangat dengan diri sendiri bila still tak hamil-hamil lagi.


Jadi bila doktor cakap saya pregnant, saya macam antara percaya dengan tak percaya je, sebab takut test kit tu bagi result false positive. Kang saya nangis lagi dalam bilik air. Itulah sebabnya saya pergi cek sampai dengan 3 orang doktor untuk sahkan kehamilan saya kali ni.


Ok kat Kota Tinggi tu, kami pergi ke Klinik Hussain (kalau tak silaplah). Kat situ doktor lelaki yang dah agak berumur. Dia confirmkan saya pregnant dan itu je. Takde pulak suggest asid folik ke apa-apa vitamin ke. Kelakar pulak, sempoi je doktor ni. Tapi masa tu kami tak pedulilah sebab kalau setakat asid folik tu boleh cari sendiri kat klinik lain / farmasi kan.


Lepas dah cek tu, terus balik ke rumah mertua. Kebetulan masa kami balik, semua ipar-ipar saya pun ada balik jugak. So memang meriah lah masa tu. So tak lama lepas tu masa semua orang ada kat family hall, suami saya pun buat annoucement :


"OK, bawak bertenang semua mak, abah, kakak-kakak, abang-abang, adik-adik. Duduk diam-diam. Abang ada benda nak cakap ni" Masa tu muka suami saya serius gila. Saya pun maintain serius la. Takde senyum-senyum.


"Hah, kenapa bang?" Mak mertua dah resah. Dia memang cepat resah gelisah bila melibatkan hal anak menantu dan cucu ni. Hehehe.


"OK abang nak bagitau, setelah kami berdua jumpa 3 orang doktor, semua doktor dah mengesahkan yang Uni dah hamil 8 minggu"


"Haaaahhh!!!!!!"


TEMASYA! PESTA! KARNIVAL! JOM HEBOH! STADIUM BOLA SEPAK!


Sekelip mata mata suasana yang senyap tadi tu terus meriah macam kat 5 tempat yang saya cakap tadi. Meriah sangat, semua siap cakap Alhamdulillah. Pastu semua bertepuk tangan (dah rasa macam sambut birthday la pulak... hehehehe). Saya rasa sungguh terharu, terasa diri ini diraikan.


Mak mertua terus peluk cium saya. Terus keluar macam-macam pesanan penajanya,


"Alhamdulillah, tengok, kalau kita sabar Allah akan makbulkan doa kita" bisiknya di telinga saya.


Kakak-kakak ipar pulak,


"Tahniah!. Pasni jangan buat keje berat-berat. Biar Abang je yang buat semua"


Abang saya pulak,


"Orang tak kisah. Biar Uni rehat je sepanjang pregnant. Orang sanggup buat semua kerja rumah".


Adik-adik ipar pulak,


"Kak Uni! Tahniah! Bertambahkah anak sedare kite. Sayang Kak Uni!"


Anak-anak sedare pulak,


"Cik Uni, kite pun nak salam jugaklah, sebab semua orang salam Cik Uni. Nak peluk jugaklah sebab semua orang peluk cium Cik Uni".


Hahahahaa... Oh anak-anak, kamu memang jujur!



****************



Ok, begitulah kisahnya pengesahan kehamilan saya yang pertama dahulu. :)


Lepas ni, saya akan ceritakan pulak bab nak scan perut untuk kehamilan. Itu pun ada ceritanya juga. Memang dugaan untuk saya bila doktor cakap, kehamilan saya tak berjaya. Sedih kan. Nanti saya cerita kay.

19 comments:

fifi said...

Ingatkan peknen lagi.hehehe..

saira othman said...

Ish wat suspen ja...
ingatkan da ada junior lagi 1...huhu...
Tingin nak peknen..hehe

Rinah said...

mesti terharu sangat kan bila keluarga reramai wish + sama excited..

mawar yus said...

Kisah kita lebih kurang sama...lama tunggu baru ngandung..macam2 doctor dah jumpa nak bg lekat..tup...tup...1 thn 5 bulan baru ngandung..sekarang ni tgh expecting...nak masuk 36minggu dah...sy fhm bila awak kata tersangatttttt down bila check upt and the result negative....muka ni asyik gi beli upt kit je kat farmasi..sampai dah naik segan ngan org farmasi..tp...itulah..sabar,...doa...n tawakal tu resipi dia......Alhamdulillah...

Uni said...

Oh tidak!!! Hahahaha...

Uni said...

Nak rehat dulu... hihihi...

Uni said...

Memang terharu sangat Rinah. Sebak pun ye jugak.

Uni said...

I've been through the same situation like u!!! Samelah kite. Yang penting jangan putus asa, kan.

mya~azham said...

Seronok membaca perjalanan ttc kak uni....spnjg tmpoh bkhwin (3thn ++) rasanya 3x je kot test...sbb cik p sntiasa mnjengah dlu sblm smpt nk test...nk dpt double line mpi la kot...huhu...(mood xnk blk kg,,,mls jwb soalan cpu mas)....

mya~azham said...

Seronok n exited mbaca kisah perjalanan ttc kak uni...spnjg tmpoh perkahwinan (3thn++) ada la kot 3x test upt...mana x nya cik p mnjengah dlu sblm smpt sy test...nk double line...mpi la kot... (mood xnk blk kg...) 2thn ptma mgkn sy msih steady lg...msk thn ni..jiwa teramat sensitif.....

Uni said...

Hai Mya. Jangan sedih-sedih k. Mungkin lum tiba masanya. Allah akan beri pada masa dan keadaan yang sesuai untuk Mya dan suami. Never give up ok. :)

fumi said...

kak uni, ms week 6 tu mmg doktor bg folic asid je eh? ade bg vit ln x...

Uni said...

Hai Fumi, ye, memang doktor bagi folic acid sahaja. Takde bagi vitamin lain.

Sheila Salim said...

Assalamualaikum kak uni, menangis sheila baca entri2 kak uni pasal mengandung ni (Berjaya Hamil Apabila Diurut (Part 1 - 3). Allahuakbar. Teringat sheila setahun 3 bulan baru disahkan mengandung.. gembira campur sedih.. tak percaya rasanya Allah beri rezeki ni. Allahuabkar.. T________T"

Rimbun majumas said...

Salam akak, sy anis..sy da email akak.. lau xkeberatan boleh x akak bg no telefon mak aji arini..sbb sy tggl di kl..lau dpt arini, insyallah sy blik johor esok

prog muten said...

UPT tester murah(rm1.00) dan OPK tester murah(rm1.20/pc), boleh pm atau layari blog saya kit-ujian-kehamilan-murah.blogspot.com/
(cara penggunaan pun diberi sekali), produk sy ini menguji adakah anda hamil-(upt) dan mengetahui masa subur anda dalam usaha mendapat zuriat(opk) secara amnya,(0148004302)

Mizs acu said...

Slam uni pless send alamt mak aji dan no tel nyer sekali

Iemal 3677 said...

Kos di klinik hijrah taman mawar berapa kak uni

Siti Munirah said...

Iemal 3677 - sori sangat dah tak ingat dah berapa kosnya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like Page Superb Vitamin For Life :)

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *