I Love My Followers

Blog ini adalah blog peribadi yang berkisar tentang kehidupan seperti usaha untuk hamil, kehamilan, kelahiran, penjagaan semasa pantang, penjagaan dan pendidikan anak, kesihatan dan kecantikan, keibubapaan dan perkahwinan.
Topik-topik lain juga ada mengikut keselesaan penulis.

Sunday, June 30, 2013

Jumpa 3 Orang Doktor Untuk Sahkan Kehamilan

Sambungan daripada entry INI.


Kami berdua bersyukur sanga-sangat tentang apa yang kami lihat di awal pagi tu. Mata ni terus rasa segar bugar, tak rasa mengantuk sikit pun. Tapi memikirkan masa tu baru pukul 4 am dan taknak tanggung risiko mengantuk di tempat kerja, kami pun sambung tidur.


Esok harinya, lepas balik kerja, kami terus singgah ke Poliklinik Hijrah di Taman Mawar, Pasir Gudang untuk buat test urin. Masa tu doktor lelaki. Masuk je bilik doktor, saya cakapla yang period saya dah lewat, so saya nak buat test urin nak pastikan saya pregnant atau tak. Doktor tu cakap ok, dia tanya bila saya last period. Saya cakap last period pada 10 November 2009.


Bila saya dah pass urin, dia terus cek guna pregnancy test kit. Keluar double line, saya dan suami senyum, tapi kami control-control senyum, taknaklah nampak macam over excited gitu. Lepas tu doktor cek guna pregnancy calendar, pusing punya pusing, dia cakap, ye positif pregnant, dan usia kehamilan sekarang dijangka pada usia 4 ke 5 minggu.


Masa doktor cakap tu, fuh, rasa lega sangat kat dada. Yelah, sebelum ni, nak excited sebab pregnant pun kitorang takut, bukan apa, takut salah, takut pregnancy test kit yang kitorang guna bagi result yang salah. Tapi bila dah jumpa doktor dan disahkan hamil, memang rasa lega sangat. Doktor tu siap cakap tahniah kat suami saya, dah saya rasa macam kat drama swasta la pulak. :)


Lepas tu doktor terus berikan saya asid folik. Tablet kecil warna kuning makan 1 biji sehari.


Day by day by day, walaupun dah disahkan hamil, kami berdua masih rasa perlu untuk buat lagi pengesahan dengan doktor kat klinik lain. Jadinya kami pergi pulak ke Poliklinik Rozikin Permas Jaya untuk sahkan kehamilan. Kat situ doktor perempuan. Cek punya cek, ye memang sah pregnant 7 minggu. Punyelah terang benderang double line tu. Cek kat pregnancy calendar, doktor cakap estimated due date (EDD) (jangkaan tarikh kelahiran) ialah pada 17 Ogos 2010. Masa tu kitorang rasa kagum, wah boleh terus tau bila tarikh bersalin eh? (Kelakar pulak kalau diingatkan saat ni, memanglah doktor tau tarikh jangkaan bersalin...)


Sejak kali kedua jumpa doktor tu, family sebelah saya pun taulah yang saya dah pregnant. Masa tu rasa happy dan bahagia sangat, sebab ayah saya, mak saya dan adik beradik semua ucap tahniah. Siap cakap wah bestnya kita lepas ni ada baby kat rumah ni (saya dan suami tinggal di rumah mak saya selepas kami berkahwin dan saya anak sulung). Saya senyum je sepanjang masa, tapi sentiasa ingatkan diri taknak over excited sangat sebab saya tau kehamilan ni ialah satu perjalanan yang panjang, macam-macam boleh jadi, apatah lagi di peringkat awal kehamilan ni ada risiko untuk keguguran.


Then minggu depannya nak balik ke rumah mertua pulak. Boleh pulak kami singgah kat satu klinik kat Kota Tinggi tu lagi untuk sahkan kehamilan. Agak-agak korang faham tak kenapa kami buat pregnancy test sampai 3 kali? Beginilah ye. Saya dah berkahwin selama 1 tahun 9 bulan sebelum disahkan hamil. Sepanjang tempoh 9 bulan tu (masa ni baru betul-betul fikir nak get pregnant), berapa banyak kali saya buat urin test tapi semuanya hampa. Saya pernah menangis kat bilik air, pernah berkurung kat bilik air, pernah tidur sambil tutup muka dengan bantal dan menangis senyap-senyap dan macam-macam lagilah yang saya buat bila setiap kali saya buat urin test dan resultnya keluar satu line. Pernah rasa down sangat-sangat dengan diri sendiri bila still tak hamil-hamil lagi.


Jadi bila doktor cakap saya pregnant, saya macam antara percaya dengan tak percaya je, sebab takut test kit tu bagi result false positive. Kang saya nangis lagi dalam bilik air. Itulah sebabnya saya pergi cek sampai dengan 3 orang doktor untuk sahkan kehamilan saya kali ni.


Ok kat Kota Tinggi tu, kami pergi ke Klinik Hussain (kalau tak silaplah). Kat situ doktor lelaki yang dah agak berumur. Dia confirmkan saya pregnant dan itu je. Takde pulak suggest asid folik ke apa-apa vitamin ke. Kelakar pulak, sempoi je doktor ni. Tapi masa tu kami tak pedulilah sebab kalau setakat asid folik tu boleh cari sendiri kat klinik lain / farmasi kan.


Lepas dah cek tu, terus balik ke rumah mertua. Kebetulan masa kami balik, semua ipar-ipar saya pun ada balik jugak. So memang meriah lah masa tu. So tak lama lepas tu masa semua orang ada kat family hall, suami saya pun buat annoucement :


"OK, bawak bertenang semua mak, abah, kakak-kakak, abang-abang, adik-adik. Duduk diam-diam. Abang ada benda nak cakap ni" Masa tu muka suami saya serius gila. Saya pun maintain serius la. Takde senyum-senyum.


"Hah, kenapa bang?" Mak mertua dah resah. Dia memang cepat resah gelisah bila melibatkan hal anak menantu dan cucu ni. Hehehe.


"OK abang nak bagitau, setelah kami berdua jumpa 3 orang doktor, semua doktor dah mengesahkan yang Uni dah hamil 8 minggu"


"Haaaahhh!!!!!!"


TEMASYA! PESTA! KARNIVAL! JOM HEBOH! STADIUM BOLA SEPAK!


Sekelip mata mata suasana yang senyap tadi tu terus meriah macam kat 5 tempat yang saya cakap tadi. Meriah sangat, semua siap cakap Alhamdulillah. Pastu semua bertepuk tangan (dah rasa macam sambut birthday la pulak... hehehehe). Saya rasa sungguh terharu, terasa diri ini diraikan.


Mak mertua terus peluk cium saya. Terus keluar macam-macam pesanan penajanya,


"Alhamdulillah, tengok, kalau kita sabar Allah akan makbulkan doa kita" bisiknya di telinga saya.


Kakak-kakak ipar pulak,


"Tahniah!. Pasni jangan buat keje berat-berat. Biar Abang je yang buat semua"


Abang saya pulak,


"Orang tak kisah. Biar Uni rehat je sepanjang pregnant. Orang sanggup buat semua kerja rumah".


Adik-adik ipar pulak,


"Kak Uni! Tahniah! Bertambahkah anak sedare kite. Sayang Kak Uni!"


Anak-anak sedare pulak,


"Cik Uni, kite pun nak salam jugaklah, sebab semua orang salam Cik Uni. Nak peluk jugaklah sebab semua orang peluk cium Cik Uni".


Hahahahaa... Oh anak-anak, kamu memang jujur!



****************



Ok, begitulah kisahnya pengesahan kehamilan saya yang pertama dahulu. :)


Lepas ni, saya akan ceritakan pulak bab nak scan perut untuk kehamilan. Itu pun ada ceritanya juga. Memang dugaan untuk saya bila doktor cakap, kehamilan saya tak berjaya. Sedih kan. Nanti saya cerita kay.

Sunday, June 23, 2013

Cara Mudah Tingkatkan Trafik : Letakkkan Link Entry di Ruangan Komen

Malam ni saya nak share satu cara mudah untuk tingkatkan trafik ke blog kita, iaitu dengan meletakkan link entry blog kita di ruangan komen blog orang lain.


Caranya mudah sangat-sangat. Gunakan ayat dan kod html seperti di bawah :


Ayat untuk menarik perhatian : <a href="Link entry blog kita"><b>Tajuk entry</b></a>


 Jom tengok tutorial bergambar ni untuk memudahkan pemahaman :


1) Klik di bahagian Comment.


2) Taip komen.



3) Buka satu lagi tab untuk link entry blog korang yang korang rasa best untuk dibaca. Copy link tersebut.



4) Taip ayat untuk menarik perhatian dan kod html. Paste link entry tadi dan taip tajuk entry. Klik "Publish" apabila selesai.



5) Dah siap!!!


Mudah kan tutorial ni? Kalau korang faham, sila tinggalkan komen di bawah beserta dengan link entry juga. :)

Monday, June 17, 2013

Baca Dulu Sebelum Sign

Pagi tadi saya pegi jumpa seorang manager. Saya namakan die Mr. E. Tujuan saya jumpa die untuk serahkan survey form yang telah siap sebagai persediaan untuk program syarikat pada hari esok.


Dah sudah bagi tu, saya beritahu dia yang saya sudah follow up dengan Ms. N berkenaan hadiah kepada para peserta untuk program esok, seperti yang Mr. E suruh saya follow up. Dalam meeting minggu lepas, Mr. E cakap yg dia sendiri sudah beritahu Ms. N, dia cuma nak saya follow-up sahaja. Tapi, Ms. N pula bagitau saya yang dia tak tahu langsung pasal hadiah untuk program tu dan Mr. E takde cakap pape pun kat dia.


Saya beritahulah Mr. E pasal Ms. N tu. Tup-tup dia cakap macam ni :

"Uni, yang awak pegi tanye kat Ms. N tu kenape? Sape suruh awak pegi tanye? (Mase ni muka dia dah menyinga).

"Kan Mr. E yang suruh saya? So saya pegi tanya lah"

"Eiii awak ni. Awak pegi tanye Ms. N tu kenape? Memanglah die tak tau apa-apa. Hadiah tu ade kat saya ni haa..."

"Oklah kalau macam tu" (Saya malas nak panjang cerita).

"Tak payah tanye Ms. N tu. Dia memang tak tau pape. Awak ni...."


Eh dia ni. Dah sudah tu dahla. Tapi lagi nak salahkan saya. Saya pulak, kalau orang nak terus salahkan saya walhal saya amat pasti yang saya tak bersalah, terus cakap :


"Mr. E yang cakap dalam meeting suruh saya follow up. Saya ada tulis dalam minutes meeting dan Mr. E sendiri yang sign minutes tu. Tapi mase tu takde pulak Mr. E cakap benda tu salah atau cakap kena betulkan apa-apa".

"Awak tak sepatutnye jumpa Ms. N tu".

"Ok, small matter je ni. Kalau Mr. E baca minutes dulu sebelum sign, saya rasa takdelah jadi macam ni". 

"Alah, minutes awak tu saya pakai sign aje"

"Oh, maksudnya Mr. E sign minutes tanpa baca terlebih dahulu?"

"Saya tak sempat nak baca minutes tu. Terus je sign"

"Ok, I guess it's done". Saya senyum sahaja.


Tak lama pastu, dia mula bertenang, suaranya mula mendatar,


"Ye, saya tak sempat baca, saya terus sign je".

"Maaflah, saya takleh buat apa-apa dah.  Minutes dah diedarkan kepada semua orang yang berkenaan".

"Ok, thanks Uni".


Saya senyum sahaja.


Lesson to learn pada hari ini :


1) Sebelum sign apa-apa, baik minutes, surat perjanjian, surat nak beli rumah, beli kereta, pendaftaran sekolah anak-anak, etc., sila BACA dan FAHAMI semua benda yang tertulis terlebih dahulu.

2) Sekiranya korang dah baca, dah faham dan takde sebarang kemusykilan, barulah SIGN. Kalau ada yang tak faham, sila tanya dan tanya sampai korang puas hati.

3) Jangan nak letak kesalahan diri sendiri ke atas bahu orang lain, apatah lagi bile orang lain tu berjawatan lebih rendah.


Bila bekerja makan gaji ni, kenalah berani bersuara, kalau tak, selamanya akan dipijak. Kalau tak berani bersuara tapi taknak dipijak, sila berhenti kerja dan kerja sendiri. :)

Sunday, June 16, 2013

Seminar Empayar Perniagaan Internet

Hari ini saya menghadiri satu majlis ilmu iaitu Seminar Empayar Perniagaan Internet by Ammar Zahar. Sebenarnya, saya tak pernah dengar pun nama Ammar Zahar sebelum ni. Nama yang selalu saya dengar berkenaan internet business atau internet marketing ni ialah Irfan Khairi. Nama yang dah memang famous.


Tup-tup hari tu mase tengah baca suratkhabar Harian Metro, ternampak pulak iklan Seminar Empayar Perniagaan Internet by Ammar Zahar ni. Baca punya baca, eh, rasa nak pergilah. Terus ajak suami pegi. Sebelum tu tanya babysitter dulu boleh tak tolong jaga anak-anak 16 Jun ni. Dia cakap boleh, so saya teruslah pergi beli tiket.


Waktu seminar ni singkat sahaja, bermula jam 9 am-1.30 pm. Banyak daripada informasi yang diterangkan dalam seminar ni saya memang dah tau (saya dah mula terlibat dalam online business sejak tahun 2008), tetapi ada juga info-info baru yang saya peroleh daripada seminar ni. Ilmu kan sentiasa berkembang, ilmu yang kita perolehi pada tahun dulu mungkin dah tak relevan pada tahun ini, itulah sebabnya saya pergi menghadiri seminar ni.


Ok, jom saya share sikit apa yang saya belajar pada hari ini :

1)  Kita sendiri yang menentukan apa yang kita nak jadi, berapa banyak income yang kita nak untuk satu bulan, 4 angka? 5 angka? 6 angka? Kita perlu ada azam, ilmu dan semangat.

2)  Di internet, produk yang paling senang nak dibuat dan paling menguntungkan ialah produk affiliate.

3)  Saya secara peribadi kurang minat nak involve dalam produk affiliate, tapi saya suka kepada produk informasi dan produk fizikal. En. Ammar Zahar juga share tentang cara bagaimana nak jadi "Instant Expert". Wah, memang senang caranya. Idea saya terus keluar mencurah-curah.

4)  3 jenis produk informasi di internet yang orang sentiasa cari setiap masa. Tak pernah luput dek zaman (evergreen). Kita pun boleh buat 3 jenis produk informasi ni. Memang senang!

5)  Sapa yang suka buat dropshipping? Teknik, tips dan trick pasal dropshipping juga diajar.

6)  Rahsia mudah promosi di FB guna strategi 3P.

7)  Strategi pemasaran di FB - cara post status dan gambar yang betul yang boleh tingkatkan jualan.

8)  Rahsia kenapa tak boleh letak harga di ruangan status di FB.

9)  Masa dan duit - bagaimana ia boleh membantu anda menghasilkan jualan di internet

10)  Nak promosi barang tapi taknak keluar duit untuk buat promosi. Ada caranya.


Haa, itulah dia serba sedikit ilmu yang telah saya perolehi pada hari ini. Seminar ni memang fun dan penuh gelak ketawa. En. Ammar Zahar tu pandai buat lawak, pandai selitkan humor dan pada masa yang sama ada isi penting yang dia nak sampaikan. Orangnya muda sangat lagi, baru je umur 26 tahun tapi dah jadi jutawan. Wah hebat betul!


Masa dalam seminar ni, ada satu sesi untuk para peserta yang dah ada bisnes, untuk bangun dan pergi promote bisnes masing-masing kepada para peserta yang lain. Mula-mula saya malulah nak bangun, tapi suami saya cakap, apa nak malu kan, bangun je, so saya pergi la bangun dan pergi promote bisnes saya dengan meminta para peserta yang lain tu untuk LIKE Fan Page saya. Hahahaha...serius nervous mase tu. Disebabkan saya tak bawak name card, maka saya tulis nama Fan Page saya kat kertas, dan edarkan pada peserta yang lain. Haa, memang ada yang terus Like Fan Page saya. Seronok betul!


Memang berbaloi meluangkan masa di hari Ahad untuk majlis ilmu seperti ini. :)

Seminar ni memang BEST!

Wednesday, June 12, 2013

Mari Urut Kaki di Thai Odyssey

Salah satu kegemaran saya ialah pergi urut kaki. Pada saya, bila saya pergi urut kaki ni, rasa seronok sangat, sebab itulah masanya saya dapat merasakan diri kaki dibelai dan menghilangkan penat lelah bekerja.


Saya memang suka pergi urut kaki. Dulu, boleh dikatakan setiap bulan mesti saya pergi urut kaki tapi sekarang ni tidak lagi. Rasanya daripada mula mengandungkan Aimi sampailah sekarang Aimi dah umur 4 bulan, sekali pun saya tak pergi urut kaki. Bukan ape, orang cakap, kalau time hamil pergi urut kaki, takut risiko keguguran. Sebab bila kaki kita diurut takut salah tekan kat saraf mana, boleh efek kepada kandungan. Wallahualam. Entah betul entah tidak.


Baru-baru ini saya pergi urut kaki di Thai Odyssey. Lokasinya dalam Jusco Tebrau City, Johor. Sekali tengok tempat ni dari luar macam eksklusif gitu kan. Takdelah macam tempat urut kaki kat Giant atau Tesco tu. Open area macam tu je. Takde privacy langsung. Takkan lah nak kasi semua pengunjung Giant / Tesco tengok kaki saya yang halus mulus bak padi bunting penuh babat ni kan. Hehehe...


Thai Odyssey di Jusco Tebrau City

Masuk je dalam tempat ni, disambut dengan senyuman mesra penyambut tetamu yang buat action "Sawadikap". Saya pun balas "Sawadikap" jugak. Pastu that lady speaking omputeh la. Dia tanye, pernah datang sini ke, nak urut kaki ke badan ke. Saya pun reply omputeh la. Siap fikir, wah kellas bebenor tempat ni sampai speaking bagai. Takkan tak reti cakap Melayu kot.


So saya cakapla,


"I would like to have foot massage"

"How many minutes you want?"

"60 minutes would be great"

"Ok, you will really enjoy that 60 minutes"


Saya pun senyum meleret la. Hamboi, orang layan kita bagus, kita pun happy lah.


"Miss, have you ever come to Thai Odyssey before?"

"No, this is my first time"

"Ok, sila tulis details cik dalam buku ni ye. Nama, nombor telefon....."

"Eh?"


Saya rasa macam nak gelak guling-guling kat situ. Ler, retipun cakap Melayu! Hahahaha...


Lepas dah tulis segala details, teruslah buat bayaran. 60 minutes bersamaan RM60. Mak hoii!! Mahal bebenor! Tekejut mak tau. Tapi demi nak enjoy that 60 minutes tu, pejam mata jelah. Yang lagi rasa nak pejam mata rapat-rapat, sebab kene bayar service charge. So total RM63.60. Harap maklum.


Pastu dia bagi selipar kat saya. Kiranya ganti lah pakai selipar dia. Then orang tu cuci kaki saya. Pergh, rasa macam orang besar gitu bila orang cuci kaki kita. Ishh, tak baik, riak dan takbur la pulak. Astaghfirullahazimmmmmm.....


Pabila kaki dicuci, saya feeling sayalah puteri.

Ok ok, sambung citer, lepas dah sudah cuci kaki tu, saya dibawa ke satu bilik. Ada 4 kerusi urut kat situ. Gelap semacam je. Tapi biasalah, tempat-tempat macam ni, memang suram dan gelap gitu. Konon-kononnya nak kasi kita feeling relax.


Bilik tempat urut kaki. 

Urut punya urut, saya betul-betul rasa best. Apa taknya, bukan sekadar urut kaki, dia urut sampai ke peha. Rasa hilang semua sakit-sakit yang selama ni tak rasa pun sakitnya. Memang syok la. Orang yang urut tu namanye Rung. Senyum aje sepanjang 60 minit tu. Hebat kan? Saya tak mampu senyum selama tu. Korang mampu? Cer try.


Start urut kul 11.15am. So sepatutnya abis urut kul 12.15pm lah kan. Tengok-tengok, kul 12.00 pm dia dah stop. Saya, macam, eh cik Rung lagi 15 minit tu camno? "err Ms. Rung, I think we have another 15 minutes to go?"


"Yes, I massage your back"

"My back? But I only paid for foot"

Tapi Cik Rung Ms. Rung senyum lagi. Maka saya pun senyum jelah dalam kesuraman lampu bilik itu. Walhal konfius, apsal dia ni nak urut belakang saya pulak. 


Rupa-rupanya, dia urut kat bahu dan lengan ni haaa. Wahhhhhhh!!! Best giler. Kat bahu saya ni memang keras ketung (urat keras), so bila die urut, saya rasa macam syok sangatlah. Dia urut jari jemari ni semua, lengan gebu ni dan kat belakang badan. Kepala pun dia urut jugak. Fuh! Memang best best best best best best best best!!!


Tanpa disedari 15 minit telah berlalu. Tau-tau je, Ms. Rung tu cakap "Thank you miss" dan buat action sawadikap tu. Saya pulak macam, hah, dah tamat ke, mulalah rasa nak kuar lagi RM63.60 nak urut lagi sejam. Hahahaha...Melampau punya keinginan. Tapi cepat-cepat kembali ke alam realiti. Anak-anak dah menunggu Mamanya pulang.


Thai Odyssey, I will definitely appear in front of your door next month! :)

Monday, June 10, 2013

Testing Update Blog Guna Application Blogger from Play Store

Hai. Selamat tengahari. Da lunch ke belum? Saya belum lunch lagi, tengah mengepam ni.

Sekarang ni saya tengah update entry ni guna application blogger from play store. Setakat ni rase macam best.

Ari tu saya tak tau pasal adanye application ni. Bile testing update blog, kene sign in thru mozilla. Yang tak bestnye sebab takleh nak tekan enter pon. Jadi lah entry tu satu perenggan je.

Tapi bile update entry guna application blogger untuk mobile fon, rase best sbb ia mudah sesangat. Yang tak bestnye, skrin mobile saya ni kecik, macam tak puas gitu. Hihihi..

P/s : tetiba rasa nak buat tutorial tentang cara update blog bile guna mobile. ;-)

Sunday, June 9, 2013

Quick Update

Rindunye nak berblogging & blogwalking! Bilalah akan ada masa untuk diri sendiri ye untuk buat apa yang saya suka? Setakat ni, belum ada lagi. Kebanyakannya, curi masa ada lah. Hehe...


Disebabkan sekarang setiap minit saat adalah berharga, saya akan ceritakan quick update tentang kehidupan saya sekarang. Sekurang-kurangnya, blog ni takdelah tinggal bersawang dan penuh habuk-habuk kan...


Diri Saya Sendiri

  • Berat saya sekarang sudah mencecah ke angka 56 kg. Selera makan makin menggebu-gebu nampaknya. Saya dah mula diet sikit-sikit, makan nasi sekali sehari je, tapi risau kot-kot saya kena gastrik pulak nanti. Bukan ape, baru dua minggu lepas saya diserang gastrik time keje sampai rushing ke klinik untuk dapatkan injection. 
  • Disebabkan saya ingin diet dengan cara yang sihat dan lengkap nutrisi, saya telah membuat keputusan untuk memulakan program diet saya secara betul dalam masa 2 minggu daripada sekarang. Saya telah memilih Herbalife. Kenapa? Sebab saya dah lihat 2 orang yang dekat dengan saya telah kurus. Seorang kawan saya kat ofis turun beratnya daripada 74 kg ke 50 kg dalam masa 11 bulan selepas mengambil Herbalife. Adik ipar saya juga telah kurus, nampak perubahan badannya cuma saya tak pasti dari berapa kg turun ke berapa kg. Untuk saya pulak, saya target nak turun ke 50 kg terlebih dahulu. 
  • Saya dah bf (breastfeeding) Aimi selama 4 bulan dan masih berterusan, alhamdulillah. Saya anggap ini satu kejayaan untuk saya disebabkan dulu saya kurang berjaya bf Haziq. Sekarang ini saya masih berjaga malam, kejap tido kejap bangun sebab nak df (direct feed) Aimi. Ada satu ari tu pukul 4am baru tido dan bangun pukul 6.15am. Alhamdulillah, saya tak mengantuk sikitpun kat ofis. Thank to my vitamin Shaklee, memang berkesan!
  • Memikirkan saya ni seorang ibu berkerjaya, saya cuba seboleh mungkin untuk tidak naikkan suara kat anak bila saya ada di rumah. Saya selalu ingatkan diri sendiri, anak-anak saya datangnya daripada saya, saya bersyukur saya ada anak, jadi jangan senang-senang nak marah anak je. Saya keje dari pagi sampai petang, balik rumah pong pang pong pang, kul 10 /11 pm dah nak tido, takkanlah waktu sekejap tu pun nak marah anak bila diorang buat perangai sikit-sikit kan. Dah tentu anak kecik lagi, itu jelah cara diorang berkomunikasi dengan saya. Saya ajar diri saya untuk lebih bersabar.
  • Sekarang ni saya perasan hati saya mudah tersentuh bila melibatkan bab anak. Ada satu hari tu suami saya naik suara sikit kat Haziq, saya yang sedih sampai bergenang air mata. Hai anak, Mama kamu ni memang sentimental lah!
  • Saya dah mula latih Haziq untuk buat kerja rumah lagi, iaitu tolong saya angkat kain baju kat ampaian dan masukkan baju kotor dalam bakul.

Haziq
  • Satu perkara yang buat saya kagum dengan Haziq bila dah ada Aimi ni ialah, dia tak pernah marah/pukul/dengki atau apa-apa jelah dengan adik dia tu. Haziq cukup sayang dengan Aimi, kejap-kejap nak cium pipi. Bukan pipi aje, kaki dan tangan Aimi pun siap diciumnya (tapi saya selalu larang dia cium kaki dan tangan Aimi). Kalau Aimi nangis, dia pujuk Aimi. Memang nampak yang dia sangat sayang dengan adik dia.
  • Tapi saya pernah perasan, bila balik keje, saya kan df Aimi, dia akan tengok dengan 1001 perasaan perlakuan saya tu. Bila nak tido pun, saya df Aimi lagi, dia akan tengok lagi. Saya faham perasaan Haziq, yelah dulu 100% masa untuk Haziq, sekarang harus dibahagi dua. Kene pulak sekarang saya bf Aimi, tau-tau jelah anak yang menyusu badan ni, setiap masa nak dengan Mama dia je. Dulu time nak tido, saya akan layan Haziq, gosok-gosok belakang dia sampai dia tertido. Tapi sekarang, dah tak sempat buat macam tu sebab Aimi dah melalak nak df. Kalau suami saya yang gosok belakang Haziq, belum apa-apa dia dah tido dulu, kesian Haziq terkebil-kebil sorang-sorang. Sungguh, saya rindu masa bersama Haziq. Jadi bila Aimi dah tido lena, saya akan beralih pada Haziq pulak, layan dia sampai dia tertido. Bila saya baru je nak lelapkan mata, suami pulak bangun. Haih.. keje seorang pompuan ni tak pernah habis kan. :)
  • Haziq dah jadi PA (personal assistant saya). Kalau handphone saya berbunyi, dia yang tolong jawabkan, siap borak lagi dengan caller tu. Bila dia dah habis cakap, baru dia pas fon tu kat saya.
  • Bila nak keluar rumah (nak gi keje / nak gi jalan), Haziq pandai tutup tv dan kipas dan tunggu depan pintu. So cute!

Aimi
  • Aimi sekarang dah umur 4 bulan. Pandai meniarap, gostan ke belakang, banyak cakap in baby language (sebab mamanya pun banyak bercakap tak berhenti-henti), dah reti cabut stokin sendiri, tarik tudung Mama, baju Mama sebab nak df.
  • Suka main air liur sampai basah baju. Anak suka main air liur, makin banyak rambut mamanya yang gugur. Haishhh...
  • Tepat jam 10.40 malam setiap malam, akan menangis kuat melalak, tandanya nak tido dengan Mama. Kalau suami saya dukung dia, makin kuat nangis. Bila pas kat saya, terus senyap. Hahahaha...Suami saya jeles. Saya cakap, itulah the power of comel mom like me! :)
  • Kalau tengok saya, mata tak berkelip langsung. Bestnye jadi mak ni kan, anak-anak memang tak jemu-jemu tengok kita.

Work Life
  • Takyah citerlah. :)

Ok itu je dulu buat masa ni. Nanti kita jumpa lagi ye.

Tuesday, June 4, 2013

Mei 2013 : Total Unique Visitors dan Keyword Paling Hit

Alang-alang dah update entry pasal April 2013, apa kata kita teruskan dengan bulan Mei 2013 pulak. Jom jom jom!



Bulan Mei yang baru sahaja berlalu ni telah mencatatkan sebanyak 6607 total unique visitors dan 13,083 total page views. Peningkatan sebanyak 44% berbanding bulan April 2013.


Apa yang buat saya happy sangat kali ni ialah, total unique visitors ke blog saya untuk satu-satu hari dah jejak ke angka 200 dan 300++. Happynye!! Dengan itu saya nak ucapkan terima kasih banyak-banyak kat semua followers, silent readers dan juga mereka yang jumpa blog saya melalui enjin carian (google, yahoo, bing, etc.) Tanpa anda semua, siapalah saya. Tanpa anda semua yang membaca blog saya, maka akan jadilah saya sendiri tulis, saya sendiri baca, jadi total unique visitor hanyalah 1. Hahahaha...



Keyword paling hit tetap jugak pasal persiapan bersalin dan set bersalin. Saya bersyukur sebab entry saya pasal persiapan bersalin tu jadi rujukan untuk kebanyakan mommies to be. Alhamdulillah, gembira rasa hati apabila dapat menolong orang lain kan. In Shaa Allah, banyak lagi perkara yang akan saya kongsikan, dengan harapan ia akan memberi manfaat kepada anda semua. :)

April 2013 : Total Unique Visitors dan Keyword Paling Hit

Baru jap tadi saya tengok semula post list saya. Cek punye cek, baru terperasan yang saya dah tertinggal nak update pasal Total Unique Visitors dan Keyword Paling Hit bagi bulan April 2013. Haiyaaa....Macamana boleh terlupa pulak ni. Ok takpe takpe, membebel citer banyak tak guna, kita terus straight to the point ye.



Tu dia! Bulan April 2013 mencatatkan sebanyak 4584 total unique visitors dan 9383 total page views. Peningkatan sebanyak 31% kalau dibandingkan dengan bulan Mac yang lepas. Waaawiiii seronoknya saya! Bila tengok angka-angka tu, rasa macam usaha selama ni dah mula menunjukkan hasil.


Tapi yang pastinya, saya tak boleh cepat berpuas hati. Saya harus teruskan berblogging sebab ia memberi kepuasan maksima kepada saya apabila saya dapat meluahkan cerita saya di platform ni. Ada orang niat blogging sebab nak jana income, tapi saya pulak berblogging untuk capai kepuasan diri sendiri terlebih dahulu, lepas tu baru fikir nak jana income. Saya percaya bila kita buat sesuatu benda yang kita suka dan cinta, secara tak langsung ia akan menarik segala kelebihan-kelebihan yang lain, yang mana salah satunya ialah menjana pendapatan. Betul tak?


Untuk bulan ini, keyword paling hit masih sama iaitu persiapan bersalin dan set bersalin tanamera.


Betullah, bab bersalin ni mana ada cerita secara detail kat buku-buku atau majalah kan. Sebab apa yang diceritakan kat sana tu hanyalah fakta, yang tidak disertai dengan perasaan. Macam kat blog ni, saya cerita semua perasaan saya apabila melalui satu-satu perkara, agaknya sebab tulah keyword persiapan bersalin ni jadi keyword yang paling hits. Wallahualam... :)

Pemenang : Top Commentator bulan Mei 2013

Sori ye. Kali ni agak lambat sikit nak umumkan siapakah pemenang untuk bulan lepas.


Wow! Kita ada orang baru la. Rasanya sebelum ni belum pernah lagi dapat komen daripada saudari ni, tup-tup kali ni terus jadi pemenang Top Commentator. Tahniah kepadaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa................


MAWAR BERDURI
(URL blog tak dapat dikesan)



Untuk Mawar Berduri, sila hantarkan details anda ke z.munirah@gmail.com. Saya perlukan nama penuh, alamat dan nombor telefon. Harap dapat emelkan kepada saya sebelum 7 Jun 2013 (Jumaat).


Nak tau lebih lanjut pasal segmen Top Commentator? Sila klik SINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like Page Kedai Vitamin Bandar Seri Alam :)

Like Page Love Natuwrel :)

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *