I Love My Followers

Blog ini adalah blog peribadi yang berkisar tentang kehidupan seperti usaha untuk hamil, kehamilan, kelahiran, penjagaan semasa pantang, penjagaan dan pendidikan anak, kesihatan dan kecantikan, keibubapaan dan perkahwinan.
Topik-topik lain juga ada mengikut keselesaan penulis.

Wednesday, May 8, 2013

Masalah Gemuk dan Buncit Selepas Bersalin

Masalah besar. Saya sudah gemuk. Sudah buncit. Dah ada 3 orang tegur saya "Eh Uni pregnant lagi ke?"


Sob...sob...sob....uwaaaaaa!!!!


Bila dah gemuk dan buncit ni, antara masalahnya ialah bab seluar jeans. Seluar jeans yang sedia ada kat rumah tu, masih boleh dipakai lagi. Tapi yang harunya, tak boleh zip dan tak boleh kancing. Saya punyalah memaksa diri untuk zip dan kancing, akhirnye berjaya, tapi tak boleh tahan lama. Sakit perut ni sebab jeansnye dah ketat sangat!


Untuk menyelesaikan masalah besar ni, selepas selesai mengundi Ahad lepas, suami saya yang prihatin tu ajak saya pegi beli jeans baru. Kesian agaknya dia tengok wife dia yang dah mengalami perubahan badan yang ketara sejak beranak dua ni. Huhuhu. Pergi try jeans, hanya mampu lihat je saiz 25/26/27, hakikatnya itu adalah saiz jeans saya dulu-dulu. Dah tak muat dah nak disarung kat kaki saya yang comel ni, sebab tak muat nak sarung kat bahagian peha. Ye, badan saya macam buah pear. Gemuk kat bahagian bawah. Huhuhu..


Try punya try, dapatlah satu jeans ni, Goggle punye brand. Memang boleh masuk kat peha ni, tapi tau tak saiz ape? Saiz 33 hoccayy!!! Adoi stress mak!! Rase macam nak nangis kat fitting room tu. Rase frust sangat. Saya taknak gemuk. Saya taknak buncit. Saya nak slim melim macam dulu dengan berat 45-48 kg sahaja. Tapi sekarang berat saya dah jejak 53 kg dah. Uwaaaa!!!!


Suami saya cakap, takpe, yang penting jeans tu boleh masuk kat peha dan tak ketat sangat. Yang kat pinggang tu memanglah longgar habis. Jeans saiz 33, peha ok, tapi pinggang longgar. Kalau beli saiz 25/26/27, kat peha takleh masuk, macamana pulak nak sampai kat pinggang kan. So haruslah beli yang saiz 33.


Walaupun sedih sebab dah gemuk dan buncit, tapi saya bersyukur sebab dapat gak beli seluar jeans baru yang muat dengan peha saya ni. Cumanya, nanti saya kene hantar jeans tu untuk repair, nak kecikkan bahagian pinggang dan potong sikit kat bahagian bawah jeans tu. Harap-harap tak mahal sangat.


p/s : Saya target mesti kurus sebelum Hari Raya bulan 8 nanti!


12 comments:

fifi said...

Erk..besar gak 33 tu..sy pun buncit gak lepas bsalin..sedehhhh!!

Uni said...

33 memang sangat besar. Tapi bila dah repair jeans tu, jadi kecik semula... :)

Rinah said...

Rinah pun sama.. gemuk tang paha.. nsb baik jeans dedulu still bole pakai.. hehe :)

Uni said...

kalau macam tu maksudnye Rinah masih slim lah.. :)

Rinah said...

Tak gak slim sis.. ada baby fat lg d perut nie.. hehe ;)

mawar berduri said...

wah..risau juga macam nie..badan elok kecik pas bersalin elok pulak mmbesar kan..

Rai Ourkizuna said...

hai cik uni..saya skoolmate awak..hihi..

mawar berduri said...

wah jmpa mmber school lah nie.

Uni said...

tau takpe...risau setiap kali tengok cermin...tapi tetap jugak cakap, "oh sikit je ni..tak gemuk sangat pun" (alasan nak sedapkan ati sendiri..hihihi..)

Uni said...

hai cik rai... (wah name glemer kat blog ye?)
ye, sayapun skoolmate awak gak...hehehe...

Hamidah Burham said...

Assalamualaikum Uni dan kwn2.

Saya Hamidah ingin berkongsi pengalaman meng kurus kan suami yg mengandung bertaun2.hehe

Berat asal suami 97kg. Sekarang alhamdulillah lepas saya jaga pengambilan karbo dan dibantu dengan supplement set kurus shaklee, Suami saya dah turun berat kepada 94kg dlm masa seminggu. Memang tak percaya pada mulanya tapi bila tengok dia terlebih lawas mungkin ada benarnya.

Jika kwn2 nak cari produk kurus carilah yg selamat halal dan berkesan. Jgn dah 10 tahun makan baru tau produk kene tarik dr pasaran.
Supplement kurus shaklee telah stabil di pasaran sejak 1956 lgi. Ramai yg dah berjaya.

Jika berminat boleh hubungi 0163385790. Ok take care semua..

Azlin Jaafar said...

Saya tak pernah ada masalah buncit tp slps anak ke 5 ni, aduhai...makin naik plak. Byk faktor gak selain umur yg meningkat (metabolisme dh kureng ler tuu), byk mkn (maklum ler sblm ni bb bf so mkn leh selamba jer)& kurang exercise. Tahun ni tengah berazam nak kuruskan semula diri ini...plz wish me LUCK!!

JOM KURUS SECARA SIHAT

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like Page Superb Vitamin For Life :)

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *