I Love My Followers

Blog ini adalah blog peribadi yang berkisar tentang kehidupan seperti usaha untuk hamil, kehamilan, kelahiran, penjagaan semasa pantang, penjagaan dan pendidikan anak, kesihatan dan kecantikan, keibubapaan dan perkahwinan.
Topik-topik lain juga ada mengikut keselesaan penulis.

Wednesday, May 8, 2013

Kematian

Balik dari sembahyang Zohor tadi, saya berselisih dengan seseorang. Pekerja di company tempat saya bekerja. Dia bagitau yang saudara A (namanya saya rahsiakan), terlibat dalam kemalangan jalanraya pagi tadi selepas menghantar anak ke sekolah.


Saya terkejut. Saya tanya, teruk ke eksiden nye? Pekerja tu cakap, teruk, dia dah takde.


Saya 2 kali ganda terkejut. Saudara A meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya. Motosikalnya bertembung dengan lori besar. Ah, tau-taulah jelah kawasan perindustrian Pasir Gudang ni. :(


Sampai kat ofis, macam-macam versi cerita saya dengar, sampai tak tau yang mana satu yang betul. Tapi saya tak fikirkan versi cerita tu sangat, yang saya fikirkan, saudara A sudah meninggal dunia. Dah mati. Dah tinggalkan anak dan isteri. Tinggalkan keluarga. Tinggalkan dunia. Tinggalkan segala-galanya....


Betullah, ajal maut itu semua kuasa Allah. Bila dah ditetapkan tiba masanya kita pergi, sesaat pun takkan tercepat atau terlambat. Apakah cukup amal ibadat dan bekalan saya di dunia ini untuk saya bawa menghadap Pencipta saya nanti?


Takut.


Rasa takut, rasa tak cukup amal ibadat saya ni, rasa macam terlalu banyak dosa saya selama ini...


Betullah... dengan mengingati mati, kita akan lebih menginsafi diri....


Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosaku...


1 comment:

mawar berduri said...

ajal maut semua ketentuannya..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like Page Superb Vitamin For Life :)

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *