I Love My Followers

Blog ini adalah blog peribadi yang berkisar tentang kehidupan seperti usaha untuk hamil, kehamilan, kelahiran, penjagaan semasa pantang, penjagaan dan pendidikan anak, kesihatan dan kecantikan, keibubapaan dan perkahwinan.
Topik-topik lain juga ada mengikut keselesaan penulis.

Thursday, May 30, 2013

Kedai Repair Seluar Jeans

Sambungan daripada kisah beli seluar jeans sebelum ini.


Disebabkan seluar jeans yang saya beli tu agak longgar kat pinggang dan juga labuh (panjang), saya decide untuk repair seluar jeans tersebut. Cari punya cari, rupanya ada satu kedai repair seluar jeans di Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang. Itupun, biras saya yang rekemen kedai tu kat saya. Dia dah banyak kali hantar repair jeans kat situ. Katanya, servis bagus dan harga berpatutan. Apa lagi, saya pun teruslah pegi ke kedai tu.


Saya pergi ke kedai tersebut masa lunch hour. Memula dia suruh saya pakai dulu seluar jeans kat dalam fitting room dan kejap lagi dia datang. Masa kat dalam fitting room, saya pun fikirlah jenis repair yang macamana saya nak. Jeans tu nak dipotong banyak ke, sikit ke kan. Dalam masa 5 minit gitu, orang kedai tu pun masuk fitting room tu.


Bincang punye bincang, dia cakap dia akan kecikkan 2 inci bahagian kanan dan 2 inci bahagian kiri, ikut seperti yang saya nak. (Jadinya 33 inci saiz seluar tolak 4 inci bersamaan 29 inci, eh, pinggang aku saiz 29 inci rupanya). Yang panjang jeans pulak saya cakap nak potong just nice je, kiranya sampai bahagian tumitlah, sebab saya taknak lipat jeans masa pakai.


Dah sudah tu, die isi details kat kad kecik, dan saya request untuk ambil pukul 6pm hari tu jugak. Dia cakap okay.


So balik keje, terus singgah ke kedai tu lagi, sebelum bayar saya try dulu jeans tu. Wah, memang puas hati!! Jeans tu fit betul-betul kat pinggang saya (tak perlu pakai belt lagi) dan panjang jeans pun just nice, memang macam yang saya nak. Dah sudah tu, saya terus bayar. Harga semua sekali RM17. So dicampur dengan harga asal jeans iaitu RM69, means saya cuma habis RM86 untuk sehelai jeans. Considered ok.


Kalau kawan-kawan ada nak repair jeans, saya rekeman hantarlah jeans uols ke kedai ni. Harga untuk repair pun saya ada ambil jugak. Tengok kat gambar ye.


Kedai Repair Seluar Jeans

Harga Repair Seluar Jeans

4 comments:

mawar berduri said...

jauhnya nak ngantar kat pasir gudang..hehe

Uni said...

Hehehe...

Rinah Sha said...

bagus kedai nie.. siap letak harga.. senang customer..

Uni said...

Senang kan macam ni, kita sebagai customer boleh bajet berapa yang perlu dibayar.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like Page Superb Vitamin For Life :)

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *