I Love My Followers

Blog ini adalah blog peribadi yang berkisar tentang kehidupan seperti usaha untuk hamil, kehamilan, kelahiran, penjagaan semasa pantang, penjagaan dan pendidikan anak, kesihatan dan kecantikan, keibubapaan dan perkahwinan.
Topik-topik lain juga ada mengikut keselesaan penulis.

Friday, May 31, 2013

Jangan Lupa 3S Bila Dah Dapat Gaji

This entry was inspired by my friend Murni Zuriati 


Hari ni dah 31 Mei. Saya rasa kebanyakan daripada kita sudahpun mendapat gaji, betul tak? $$$$


Bila dapat gaji tu, pertama sekali apa yang korang buat? Terus pergi shopping ke? Bayar hutang rumah dan kereta ke? Pergi makan-makan ke? Bagi duit kat mak ayah ke? Atau apa?


Saya ada sesuatu yang menarik untuk dikongsikan dengan korang semua, iaitu bila dah dapat gaji, jangan lupa untuk buat 3S ini. Apa 3S tu?


1) SAVING

Ye, perkara pertama yang perlu dibuat bila dapat gaji ialah saving, simpan sedikit daripada duit gaji itu. Sedikit tu berapa % ye?


Sebaik-baiknya, simpanlah 10% daripada jumlah gaji bersih yang korang dapat. Contohnya, kalau gaji bersih RM2500, simpanlah RM250. Duit yang disimpan tu, memang untuk disimpan dan bukan untuk dikeluarkan masa tengah bulan atau hujung bulan nanti. Kenapa perlu simpan? Ye, untuk jaminan masa hadapan. :)


2) SEDEKAH

Antara perkara yang menambahkan rezeki kita ialah dengan bersedekah. Pernah tak korang rasa, ala, macamana aku nak sedekah kat orang, aku ni pun tak cukup / aku ni pun cukup-cukup makan je. Haa...pernah tak korang rasa macam tu?


Kalau pernah, saya nasihatkan, buanglah perasaan macam tu dari dalam diri kita. Apa yang kita bagi kat orang, Allah akan bagi semula kat kita, mungkin dengan cara yang sama atau dengan cara yang lain. Contohnya, kita sedekah kat orang RM1, maybe lah kita tak dapat semula RM1 tu tapi Allah balas dengan anak kita dapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan. Haaa, suka tak?


Sedekah ni selalu kita ingat, kene sedekah duit je, Duit, duit, duit. Kawan-kawan, sedekah ni tak semestinya duit. Korang ingat macam ni, apa sahaja pemberian korang pada orang lain yang korang niat ikhlas, itupun dikira sebagai sedekah tau.


Dan, cara paling mudah nak bersedekah, yang ni memang takde alasan untuk korang tak buat, iaitu, bersedekah kepada ibu bapa yang tersayang.


3) SELF REWARD

Kita dah kerja selama sebulan, penat, harung jem masa pergi balik, dengan macam-macam hal kat tempat kerja, siapkan tugas, kejar deadline, buat paperwork, buat presentation, etc. bila dah dapat gaji tu, takde salahnya kita bagi ganjaran untuk diri kita sendiri sebab dah bekerja berpenat lelah mencari rezeki. Jadi cara nak self reward ialah, kita pergi makan kat restorang yang sedap, ataupun belilah sehelai dua blaus baru. atau apa-apa jelah yang kita rasakan boleh membuat diri kita sendiri happy. Yang penting, jangan over bajet sudah.


Sebenarnya, beri ganjaran untuk diri sendiri ni sangat penting demi memastikan kita sentiasa bermotivasi dan bersemangat untuk bekerja dengan lebih gigih lagi.



Oklah, itu dia perkara yang saya nak sharing dengan kawan-kawan semua. Harap ianya bermanfaat.


p/s : Gaji dah masuk 2 hari lepas. Tapi saya belum sempat pegi cucuk kat ATM. Mak busy dik!!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like Page Superb Vitamin For Life :)

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *