I Love My Followers

Blog ini adalah blog peribadi yang berkisar tentang kehidupan seperti usaha untuk hamil, kehamilan, kelahiran, penjagaan semasa pantang, penjagaan dan pendidikan anak, kesihatan dan kecantikan, keibubapaan dan perkahwinan.
Topik-topik lain juga ada mengikut keselesaan penulis.

Sunday, April 28, 2013

Review Tentang Set Berpantang Shaklee

Untuk berpantang kali kedua ni, saya amik set berpantang jenama Shaklee. Sebenarnya, saya tak pernah tahu pun pasal produk ni, cuma masa kecik-kecik dulu pernah dengar namanye aje. Sekarang saya tahu pasal produk ni masa google kat internet dan kemudiannya jumpa banyak blog yang jual produk Shaklee. Bila dah baca begitu banyak info yang berkenaan, saya rasa tertarik nak mencubanya.


Hari ni saya nak cerita pengalaman saya menggunakan set berpantang Shaklee.


Set Berpantang Shaklee

Disebabkan saya ni baru pertama kali nak mencuba produk Shaklee, saya beli trial set dulu. Trial set ni dibungkus dalam botol-botol kecil warna putih, boleh tengok contohnya dalam gambar di atas. Means daripada botol besar tu, diorg transfer ke botol kecil, khas untuk kegunaan 40 hari semasa dalam pantang sahaja. Harga satu set berpantang tu tak silap saya RM75 / RM80 (lupelah pulak!)


Masa dalam pantang, lepas siap mandi semua, saya akan minum ESP (RM121 untuk satu bekas). Caranya, saya ambil bekas minuman, masukkan ESP dua sudu besar, masukkan horlicks satu sudu besar, lepas tu saya shake bekas minuman tu then minum. Rasanya, nak kata sedap sangat tu taklah, biasa-biasa sahaja. Yang penting, ia kurang manis. I like.


Tak lama lepas tu, saya ambil sarapan. Lepas sarapan pagi saya akan ambil 1 biji Vitalea, 1 biji B-Complex dan 1 biji Vitamin C. Yang Vitamin C tu saya beli jenama Kordel's kat D'Apotic Pharmacy (sebab masa ni Shaklee kehabisan stok vitamin C). Kemudian, waktu malam sebelum tidur, saya akan ambil 4 biji Ostematrix (RM49 satu botol).


Saya memang standby set berpantang ni kat dalam bakul yang bawa pergi bersalin tu. Sebabnya, mengikut dealer yang jual Shaklee tu, lepas je bersalin, saya boleh terus makan semua vitamin ni. Tapi, yang jadi adalah sebaliknya. Nurse selalu round kat katil pesakit. Jadi saya tak berani nak makan vitamin Shaklee ni semua, sebab selagi kat hospital, memang diorang bagi vitamin untuk kita makan. Siap letak vitamin kat tapak tangan kita dan suruh kita telan time tu jugak. Jadi, kalau dah makan vitamin yang hospital bagi, takkan la nak makan yang Shaklee ni pulak kan. Berapa banyak vitamin nak makan at one time kan.


Jadinya, yang saya betul-betul makan vitamin Shaklee ni adalah masa kat rumah, masa Aimi dah keluar hospital (sebelumnya kene tahan kat wad sebab jaundice). Itupun ada on off.


In overall, memang saya rasa lebih bertenaga bila makan vitamin ni. Walaupun bf Aimi setiap sejam sekali, waktu malam berjaga lagi, badan saya masih lagi rasa segar. Dari segi luka jahitan pulak, condition sama macam bersalin yang dulu tapi dari segi pemulihan tu lebih cepat berbanding dulu. Rambut pulak takde gugur sebab saya makan vitamin zinc.


Sejak minum ESP, susu saya memang jadi pekat. Itu memang saya notice lah dan yang paling tak disangka-sangka, parut-parut bekas jerawat kat muka ni makin pudar. Itu saya sendiri yang perasanlah. Hahaha... Sekarang ni, saya minum ESP dah masuk bekas yang ketiga. Yang paling best, saya tengok stretch marks kat perut, peha dan pinggang saya dah semakin pudar. Suka sangat!!!


Yang ostematrix pulak, bila saya makan sebelum tidur, esok paginya dalam pukul 8 - 9 pagi tu, konfem pergi membuang punya. Pastu tak payah teran-teran, memang akan keluar sendiri. Jadi takde masalah takut jahitan terbuka. Tapinya, saya tetap mengalami masalah sembelit. Sebab saya makan ostematrix tu on off. Kejap makan kejap tak makan. Kadang-kadang terlupa. Ini masalah kurang disiplin ye. ;)


Secara keseluruhannya, saya memang berpuas hati sangat dengan set berpantang Shaklee. Oleh sebab itulah saya teruskan lagi pengambilannya sehingga kini. :)


Rating : 4 bintang daripada 5 bintang.

19 comments:

erna said...

Assalammualaikum..dalam perkenalan.

saya blog walking baca-baca review rumble tuff.
Sebab pam Ameda saya baru je jatuh, rosak dan tak dapat di baiki.

Saya terjumpa entry ini. Saya rasa seronok sangat baca testimoni awak ni..kalau di izinkan saya nak sharing testimoni awak ni di blog saya :)

jemput singgah http://ummierna.blogspot.com/

Uni said...

Waalaikumussalam Erna,

Ye boleh, silakan sharing testimoni saya di blog Erna. Terima kasih ye. :)

aqeefsmom said...

Set pantang ni awak ambik dgn set bersalin tanamera jugak ke?

Uni said...

Ye, saya amik set berpantang Shaklee dan set bersalin Tanamera pada masa yang sama.

lyzsmktls said...

Saya pn guna shaklee...sgt best...

Mazni Azmi said...

Assalamu'alaikum Wrmbth, Memang best ya puan guna set bersalin Shaklee.

Selepas baca perkongsian puan, saya sangat teruja dengan set bersalin shaklee. Tak sangka kulit boleh jadi lebih cantik selepas minum ESP. ESP pun buatkan kita yang tak selera makan kerana bersalin terasa kenyang lebih lama kan.

Lepas tu puan ada kata susu jadi lebih pekat ya. Dari pembacaan saya, susu pekat mungkin kerana kita tak cukup air. Ada ibu yang dapat susu berbondong bondong tu sebab minum air yang banyak. Minimum 3 liter sehari.Lagipun bila kita makan vitamin memang digalakkan minum air lebih kan.

Hospital kerajaan ke puan? Nurse strict sampai paksa makan vitamin ya. Hehe. Dah macam perintah berkurung ya.

Rosmawati said...

Assalam.saya skrg tgh menunggu hari nk bersalin.
dh beli dh set shaklee ni utk masa berpantang nanti.
Dealer yg saya beli tu kata saya dh blh start ambik ESP
skrg sbg persediaan.so saya pun minumlah pagi td.
Mlm ni rasa breast mcm bengkak skit.persoalannya...blh ke
Minum ESP ni sblm bersalin?

Uni said...

Saya tak pasti pulak, sebab saya sendiri consume ESP hanya selepas bersalin. Tapi saya pernah terbaca kat blog-blog, memang ramai preggy mommy yang minum ESP, cuma tak pasti diorang ade masalah breast bengkak atau tak. Sori ye.

smsm said...

Bengkak mungkin sbb susu.set ibu hamil shaklee pon ade disediakan Esp utk para ibu minum.menambahkan tenaga.dan mencantikkan kulit jugak..

mimi rohana said...

boleh saya share untuk blog saya.
http://mimirohana.blogspot

Uni_HAZ said...

Silakan.

Xeea said...

omaiiiii sibuk buat research Set Berpantang Shaklee, termasuk blog ni. Sekali pandang gambar kat bannner tu, dalam hati dah terdetik, "macam familiar je.."

Sekali tengok kat profile, mmg kenal pun, Kak Uniiiii!!!! Ziha here, your junior back in SAKTI.

What a small world, kan. hee

Neway, thanx for the review, help a lot!

Uni_HAZ said...

Zihaaaaaaa!!!! Dah jadi blogger dah rupenye kite-kite ni kan! Hehehehe... bestnye!! Lepas ni kak uni nak folow blog ziha la. :)

Thanks again. Memang tulis review sebagai panduan bersama. :)

Kert Nellyda said...

seronok saya membaca testimoni puan..blh sy share dgn kwn2 pengalaman puan ni?

Uni Aqilah said...

Boleh, silakan. Cuma saya harap ia dikongsi secara berhemah ye (tanpa manipulasi maklumat dan sumber).

Raihan Ramli said...

Salam.... Puan boleh sy tau dekat ol shop mne yg boleh bg set bersalin sheklee untuk 40 hr je macam puan....... ??? Sebab ramai yg jual tak boleh harus semua ... Biasa puan bajet sana sini tak cukup hihihihi

aina amin said...

mohon share ye pasal rview set pantang shaklee. jemput datang ke blog saya:

ainaez.blogspot.com ^_^

Farha IbuCergas said...

Salam,

Mohon share ya testimonial ni. Seronok membaca pengalaman u berpantang dengan set berpantang Shaklee
ni.

Semoga u sihat dan anak pon membesar dengan sihat. Amin2..

IbuCergas

Nor Mawardah Ab Rahman said...

Mohon share testimoni ye ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like Page Superb Vitamin For Life :)

Like Page Love Natuwrel :)

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *