I Love My Followers

Blog ini adalah blog peribadi yang berkisar tentang kehidupan seperti usaha untuk hamil, kehamilan, kelahiran, penjagaan semasa pantang, penjagaan dan pendidikan anak, kesihatan dan kecantikan, keibubapaan dan perkahwinan.
Topik-topik lain juga ada mengikut keselesaan penulis.

Thursday, April 11, 2013

Review Tentang Breast Pump Jenama Rumble Tuff

Pejam celik pejam celik, dah 2 bulan lebih saya guna breast pump Rumble Tuff ni (RT). Punyelah cepat masa berlalu, sampai saya lupa nak buat review tentang pam ni. Nasib baik Rinah ingatkan saya, so apa lagi, teruslah saya menaip pantas kat keyboard comel ni. Thanks Rinah! :)


Rumble Tuff Set
OK, ini die rupa paras pam tu. Motornya sangat comel. Sebesar tapak tangan saya saje.

Camne nak buat review ni yek? Saya buat point-point je ye supaya senang baca.

1) Harga

  • Harga pam ni yang murah berbanding medela - itulah faktor utama saya beli. Harganya RM400++, siap dapat macam-macam barang lagi. Boleh baca kat SINI.
  • Dapat 2 set botol dan corong tu.

2) Ciri-ciri
  • Pam ni boleh digunakan secara manual, guna bateri dan guna elektrik. 
  • Boleh digunakan secara single pumping dan double pumping. Tapi saya selalu guna single pumping je atas sebab, boleh guna pam tu 2 kali. Means, contoh kul 10am, saya pam sekali guna single pumping. Then botol tu saya tak basuh pun. Kul 1pm saya pam lagi guna botol yang satu lagi. Dah sudah, terus simpan. Balik rumah baru basuh. Jadi kalau kul 10 am, saya buat double pumping, nanti kul 1pm saya nak pam macamana? Sebab botol tu dah digunakan, kan?

3) Stimulation Cycle dan Expression Cycle
  • Saya dah pernah update pasal ni. Boleh baca kat SINI.
  • Stimulation Cycle selama 2 minit. Masa ni, susu saya pun dah mula keluar. 
  • Expression Cycle - saya selalu pam 10 minit untuk satu belah. 
  • Suction level ada sehingga 8 level. Saya selalu guna level 3 je, kadang-kadang je pergi level 4. Pernah try sampai level 5, tapi lepas tu miss b sakit sampai 2 hari. Tobat mak!!

4) Bising
  • Satu benda yang saya kureng sikit pasal pam ni ialah, ia bising!!! Bayangkanlah, masa saya pam susu kat hospital dulu, orang sebelah dengar sampai tegur "Awak tengah pam susu ye, saya dengar ada bunyi". Segan pulak saya masa tu. Pam selama 20 minit dengan bunyi bising amatlah tidak best kalau ada orang di sekeliling. Saya cover motor tu dengan sweater tebal, but still, tetap bising. 
  • Sekarang kat tempat kerja saya pam kat surau. Kat surau ade karpet. Walaupun karpet serap bunyi, tapi tetap bising. Kadang-kadang segan kalau ada kawan yang rehat dan nak tido kat surau time lunch hour sebab diorang letih. Rasa macam ganggu diorang je. Saya ada mintak maaf kat diorg, tapi alhamdulillah, semua kawan-kawan cakap tak kisah. Diorang faham tanggungjawab saya sebagai ibu yang menyusukan anak. Terharunya saya...
  • Saya tak pernah pam susu di tempat keje (tempat duduk saya) pada waktu kerja. Saya pernah pam kat tempat duduk saya masa lepas waktu kerja. Mase tu ramai orang dah balik. Jadi orang lain yang tinggal tak kisahpun dengan bunyi bising. Takde orang tegur pun.
  • Tapi saya tak suka pam kat tempat duduk saya sebab tak syokla. Tempat saya tu open, takde cubicle bagai. Kang tak pasal-pasal orang nampak aurat saya tu.

5) Bahagian-bahagian pam (parts)
  • Senang ditanggalkan dan senang dipasang semula.
  • Mula-mula tu saya confuse la, tapi sekarang dah hari-hari pam, sambil pejam mata pun saya boleh pasang parts tu balik. Alah bisa tegal biasa, kan.

6) Kuantiti susu yang dipam
  • Sebenarnya, saya tak percaya kalau orang cakap, bila kita guna pam yang mahal, susu kita banyak keluar. Kalau guna pam murah, susu sikit je keluar. Yang saya percaya ialah, banyak atau sikit susu yang diperah tu bergantung kepada ibu itu sendiri. Keadaan kesihatannya, cara pemakanannya, cara pemikirannya, positifkah dia, negatifkah dia, kesungguhan dia, itu yang sebenarnya mempengaruhi kuantiti susu yang dipam. 
  • Sama juga dengan saiz tubuh badan ibu. Kalau ibu gemuk, susu banyak, kalau ibu kurus, susu sikit. Saya tak percaya benda tu.
  • Melihat contoh diri saya sendiri, masa mula-mula saya pam dulu, apa pun tarak. Takde satu titis susu pun yang keluar, umpama macam saya pam angin je. Lepas tu lama-lama meningkat, keluar 2-3 titis, then pergi kepada 0.5 oz, 1 oz, 2 oz, 3 oz dan sekarang paling banyak yang saya dapat untuk satu sesi pam ialah 4.5 oz. 
  • Jadi kat sini, kuantiti susu bergantung kepada ibu, bukan kepada pam.

7) Macamana nak buat double pumping?
  • Saya tak boleh nak jawab soalan ni. Saya pernah buat double pumping guna pam ni. Pam selama 10 minit. Selama 10 minit tu, kedua-dua tangan saya dok pegang botol. Saya rasa cara tu tak best.
  • Kalau Medela Freestyle, rasenye ade sangkut khas untuk botol pam tu melekat kat miss b kita. Namapun freestyle kan.

8) So far, puas hati tak guna pam ni?
  • Saya puas hati. Semua ok kecuali bab bising tu jelah. Jadinya saya bagi 4 bintang untuk pam ini.

Rating : 4 bintang daripada 5 bintang.


Ok itulah dia review saya tentang pam ni.


Kalau ada yang korang nak tau lagi, just drop a comment ye? Saya akan cuba jawab sebaik mungkin. :)

16 comments:

Rinah said...

Oh, bising ya. huhu
Tempat duduk saya pun open. Kalau takde orang kat opis atau masa time lunch hour baru berani pam.
Kalau ada orang, pam kat tandas je lah.
Terima kasih untuk review nie :) Appreciate sangat.

p/s :: napa sis Uni tak bawa extra bottle?

Uni said...

Rasa Rinah salah faham ni. Bottle yang saya maksudkan ialah bottle rumble tuff tu. Yang attach skali dengan corong tu, mase saya beli pam dapat 2 corong dan 2 bottle. Bila saya pam, susu masuk dalam bottle rumble tuff. Bila dah sudah pam, saya tanggalkan corong semua, then tuang susu daripada bottle rumble tuff ke bottle storage - mcm bumble bee ke, jingle jungle ke.

Pam rumble tuff ni, botolnye jenis wide neck (macam botol susu jenama avent). Saya tak boleh pasang storage bottle kat pam ni sebab storage bottle tu standard neck. Takleh ngam dengan pam tu. :)

Maryam Irdina Mohd Irwan said...

botol brand lovi (ada jual dkt anakku) muat sgt dgn pam ni

Uni said...

Oh yeke. Thanks for the info. Harus pegi kedai Anakku lepas ni. :)

elle said...

salam,

thanx for sharing. saya baru lahirkan sorg baby boy 9 julai 2013 yg lepas, anak kedua. anak pertama susu badan mmg takde masalah. banyak, sy bf smpai 6 bulan tp takde kekuatan nak teruskan bf jadi lame2 susu berkurangan. anak kedua ni situasi sama mcm puan. susu takde smapai hari ke 3. pam susu pun dapat sikit sangat... asyik dapat 1 oz. nak dapat 2 oz pun susah sgt. tp selepas amalkan shaklee, minum susu anmum lacta n pelbagai2 makanan yg bnykkan susu mcm lobak putih, oat, nestum alhamdulillah dapek lah 4 oz camtu yg paling banyak...tp smpai sekarang masih takde rezeki nak buat stok.
kesimpulannya mcm puan cakapla, lain orang, lain rezekinye pasal susu ni. lain anak, lain susunye jugak! jadi buat sementara ni sy bersyukur la ade jgk susu walaupun topup dgn FM. yg penting ade jugak n tak give up!

tq for the info, love your blog. happy fasting

Uni said...

Salam Elle. Tq for the comment.

Saya rasa 1 je kita perlu ingat, DNA setiap orang takkan mungkin ada yang sama, so perjalanan kita bf anak pun takkan mungkin ada yang sama dengan orang lain.

We are unique in our own way. Kita buatlah yang terbaik dan yang termampu kita lakukan. Tak kisahlah topup dengan FM pun, FM tu susu jugak, bukannya racun serangga. :)

fiza said...

hummm sy pnyla teruja nk pakai RT lepas bc blog ni tp smpai skrang xdapat sbb shoping online kat littlebabyville.com. Duit abis tp barang xdapat...terpaksa guna pam spectra yang suction dah xkuat ni

Uni Aqilah said...

Kesiannya!!! Sabar tau!

win mn said...

Hi..just nak komen sikit, kalau nak bt double pumping tu awak kena guna hands free pumping bra.. bra tu awak boleh tengok kat sini www.simplewishes.com

NinaAz said...

Nina skg dlm dilema nk beli breastpump. Hehee. Tq review nih

Uni Aqilah said...

Macam kat oversea je tu.

Uni Aqilah said...

Survey, jgn tak survey. Good luck! :)

Kenari Putih said...

tq atas review ni.. tapi dari segi harga ok la kan... wpon bunyi tu bising sikit..yg penting servis yg rumble tuff berikan.. alhamdulillah

Marjiana Sani said...

Salam. saya baru jer pakai pump ni. Tapi susu keluar dlm 1oz jer each side. Tapi bila saya buat marmet, lagi banyak keluar. Any suggestion?

NORFATINLAILY BINTI KHALIL said...

marmet tu ape ye? saya pn cm nk Cuba RT ni 1st baby dpt bf samp umur 2 thn 2nd 2bln je. klu pump gak2 cm Ade x. nk tny pndapat sekrg ni tgh prgy ank no 3 ank no 2bru 6bln.... agak2 Ade mslh x bf. klu saya pump susu BG ank no 2 skrg ni.kesian sgt

Tootsie Joy Collection said...

Assalamualaikum puan. Puan boleh pakai dgn freemie cup puan sebab memang tak berapa selesa kalau nak kena pegang 2 botol time mengepam susu. Freemie cup lebih selesa dari handsfree bra 😊

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like Page Superb Vitamin For Life :)

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *