I Love My Followers

Blog ini adalah blog peribadi yang berkisar tentang kehidupan seperti usaha untuk hamil, kehamilan, kelahiran, penjagaan semasa pantang, penjagaan dan pendidikan anak, kesihatan dan kecantikan, keibubapaan dan perkahwinan.
Topik-topik lain juga ada mengikut keselesaan penulis.

Monday, April 15, 2013

Perjuangan Mama Untuk Aimi

Untuk Nur Aimi Aqilah...


Sayang, Mama akan teruskan perjuangan untuk menyusukan Aimi sehingga ke titisan yang terakhir.
Mama sayang Aimi, inilah satu-satunya hadiah dari Mama yang orang lain takkan dapat bagi pada Aimi - iaitu susu Mama.


Mama sentiasa doakan agar Aimi membesar dengan sihat dan bijak dengan susu Mama. Semoga Aimi dijauhkan daripada segala penyakit, semoga Aimi jadi anak yang baik, yang dengar kata, yang solehah, yang cemerlang dalam pelajaran, yang berjaya dalam hidup di dunia dan akhirat dan segala yang terbaik.


Apapun, Mama mintak maaf sebab Mama tak mampu nak menyusukan Aimi secara eksklusif, tapi ini yang Mama mampu buat walaupun terpaksa campur dengan susu formula. Mama akui, breastfeeding sangat mencabar, tapi alhamdullilah, hati Mama masih kuat untuk terus menyusukan Aimi.


Sekarang ni, setiap kali nak tidur, Aimi mesti menangis kuat. Mama bagi susu botol, Aimi taknak. Mama bagi susu Mama, Aimi taknak. Mama bf Aimi, pun Aimi taknak. Bila Mama dah tak tau apa nak buat, Mama akan kejutkan Abah, dan Abah tanpa banyak soal, terus bangun dan dodoikan Aimi. 


Ye, tiada buai untuk Aimi. Kamilah buai Aimi. Kadang-kadang Aimi tido, kadang-kadang Aimi tak tido, tapi menangis lagi kuat. Akhirnya, Mama jumpa dua penyelesaian - Pertamanya, Aimi nak Mama pangku dan dodoikan Aimi sambil alunkan zikir Hasbi Rabbi. Terus Aimi pejam mata dan lena. Keduanya, Aimi nak mengiring kat Mama sambil menyusu sambil Mama tepuk-tepuk lengan Aimi. Terus Aimi pejam mata dan lena.


Terjaga di waktu malam untuk menyusukan Aimi sambil berbaring, itu perkara biasa untuk Mama. Kadang-kadang Aimi taknak baring, Aimi nak di riba, jadi Mama bangun dan duduk untuk menyusukan Aimi. Mama tak kisah sayang, sebab hati Mama rasa puas bila lihat Aimi menyusu dengan lahapnya, dan kemudian Aimi tertidur kekenyangan.


Pagi sebelum pergi kerja, Aimi mesti nak menyusu dengan Mama dulu. Sekarang dah takde dah Mama mandi lama-lama kat bilik air, bersiap lama-lama, semuanya Mama buat dengan cepat sebab Mama nak spend masa 20-30 minit untuk menyusukan Aimi sebelum Mama pergi kerja. Mama akan rasa lega tengok Aimi senyum puas bila dah habis menyusu. Senyuman Aimi tanda Aimi puas. Mama juga gembira sebab Aimi kenyang dengan susu Mama.


Kat ofis, lunch hour pukul 12.30 pm - 1.30 pm. Setengah jam pertama, Mama pam susu dulu untuk Aimi. Masa pam tu, Mama pejamkan mata Mama, Mama bayangkan yang indah-indah tentang keluarga kita, Mama bayangkan senyuman Aimi, Mama bayangkan keletah Abang Haziq, Mama bayangkan Abah yang tak pernah jemu dengar kita semua pot pet pot pet. Semua tu buat Mama rasa happy, dan hasilnya, banyak susu Mama yang keluar. Semua tu untuk Aimi.


Balik rumah, Aimi dah tak sabar-sabar menyusu. Mama akan spend masa dengan Aimi lagi. Abah pula yang ambil alih tugas memasak. Abah tak pernah mengeluh, Abah betul-betul faham yang Aimi sangat memerlukan susu Mama. Ketahuilah olehmu sayang, Abah memang baik, seorang lelaki dan bapa yang sangat baik pada kita semua. Mama takkan mampu balas segala kebaikan Abah, apa yang Mama mampu buat, jaga dan didik Aimi dan Abang Haziq - zuriat Abah dengan sebaik-baiknya.


Menyusukan Aimi ialah satu perjuangan. Apabila Mama buat keputusan untuk menyusukan Aimi, Mama dah bersiap-sedia untuk menghadapi cabarannya.


Mama berjuang untuk menjaga pemakanan Mama, sebab apa yang Mama makan, itu lah yang akan Aimi makan.
Mama berjuang untuk memastikan Mama sentiasa sihat dan cergas, supaya penghasilan susu Mama tidak terganggu.
Mama berjuang untuk memastikan diri Mama sentiasa ceria walaupun dilanda masalah, sebab Mama nak Aimi dapat segala yang baik-baik dari Mama dan bukan sebaliknya.
Mama berjuang untuk mengatur masa Mama, sekarang banyak masa Mama untuk Aimi dan Mama dah korbankan masa untuk diri Mama sendiri.


Setiap hari adalah perjuangan, perjuangan untuk terus memastikan susu Mama sentiasa ada dan mengenyangkan Aimi...


Mama sayang padamu Aimi....


Nur Aimi Aqilah

p/s : Menitis airmata sewaktu meluahkan perasaan ini....

9 comments:

Rinah said...

sedihnya baca.. jangan berputus asa sis Uni.. sama2 kita berjuang ya :)

Fiza Rahman said...

Sedih lah plak. Napa uni? Susu tak banyak ker? Be strong yer. Saya masa anak yg 2nd tu dpt fully BF setahun sebulan. Rezeki dia setakat tu jer. Utk yg no 3 ni saya dah simpan azam nak fully BF until 2YO.

Stok susu memang dah habis. Hari2 saya bekalkan qhalif dgn susu fresh. Just think positive yg susu banyak. In shaa allah...banyaklah susu tu.

Smoga aimi mendapat khasiat susu ibu hingga usianya 2 tahun. In shaa allah...

awanungu said...

Comel!! sampaikan salam pada Nur Aimi Aqilah

Uni said...

Thanks Rinah. Moga sentiasa diberi kekuatan. :)

Uni said...

Stok susu ok, rasanya cukup untuk Aimi walaupun saya tak fully bf. Tapi tu lah, kadang-kadang layan blues sendiri bile cakap tentang breastfeeding ni. :)

Uni said...

Dah sampaikan salam dah... Dia sengih je menampakkan gusinya.. :)

saira othman said...

Hehe..nice entry...suka baca...nampak jujurnya...

Ain Ahmad said...

Alamak kak uni...lepas subuh sy baca entri ni meleleh air mata..suami pun terkejut..membayangkan sy jugak akan jd mommy november ni..insyaAllah..doakan sy..skrg nk bersiap2..kjp lg nak checkup 31wks..minta semuanya dipermudahkan..aamiin ;)

Uni Aqilah said...

Jangan takut tau. Doa dan zikir banyak-banyak moga dipermudahkan semua urusan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like Page Superb Vitamin For Life :)

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *