I Love My Followers

Blog ini adalah blog peribadi yang berkisar tentang kehidupan seperti usaha untuk hamil, kehamilan, kelahiran, penjagaan semasa pantang, penjagaan dan pendidikan anak, kesihatan dan kecantikan, keibubapaan dan perkahwinan.
Topik-topik lain juga ada mengikut keselesaan penulis.

Saturday, April 27, 2013

Period Pertama Selepas Bersalin

Setelah "enjoy" tak period selama hampir 3 bulan (dikira dari tarikh bersalin), maka hari ini secara rasminya period saya telah datang. Macamana saya tau itu period?


Pagi tadi kat ofis, masuk ke toilet, saya tengok ada darah sikit. Saya agak terkejut, rasa macam, ala dah period ke, sebab setahu saya, kalau kita dah start period lepas bersalin ni, maka pengeluaran susu kita akan mula berkurangan. Wallahualam, tak taulah betul ke tak sebab belum sempat nak mengkaji lagi.


Petang tadi kat rumah, saya tengok darah makin banyak. So secara rasminya, period pertama saya sudah datang! Mmmm...dalam hati tertanya sendiri, susu aku akan jadi kurang ke... Tapi saya taknak fikir sangat. Nak tengok dulu macamana.


Untuk first time mommy, mungkin akan konfius sikit atau tak faham apa yang saya ceritakan ni. Ok takpe, biar saya jelaskan.


Lepas bersalin, kita akan keluar darah yang dipanggil darah nifas. Darah ni akan keluar selama 40-60 hari. So selama itu kita kene lah pakai pad sepanjang masa. Lepas darah nifas dah berhenti, sila mandi wajib ye.


Untuk mommy yang tak bf anak, period pertama akan datang dalam masa lebih kurang sebulan atau dua bulan.


Untuk mommy yang bf anak, perlu diketahui bahawa proses menyusukan anak itu merupakan satu kaedah merancang keluarga yang semulajadi. Ini bermakna, semasa kita bf anak, rahim kita tidak berada dalam keadaan subur dan tiada proses ovulasi berlaku. Bila tiada ovulasi, maka kita tidak akan mengalami period (untuk penjelasan yang lebih saintifik, sila google / tanya doktor ye kawan-kawan). 


Saya pun baru tau yang bile kita bf anak, kita takkan period, atau mungkin period akan datang lambat. Yelah, baru kali ni saya bf anak betul-betul kan. :)


p/s : Dah lama tak beli pad. So lepas ni kene pergi beli pad la pulak.. :)

6 comments:

Rinah said...

still belum period.. hehe

Uni said...

Wah bestnye.

.:mUnies:. said...

Saya ari tu dekat setahun tak period lepas bersalin..bahagia jugak laa..hihi -muni-

Uni said...

Setahun tak period? Wow!

Miss Moon said...

haha sama cam munies ...akak pun anak dah setahun nih tapi lom peyed lagi .

eamy milea said...

assalam dan salam perkenalan, saya terjumpa entry awak, saya sedang mencari info pasal period selepas bersalin. Sekarang anak dah masuk 14 bulan baru saya period, tapi secoet je (macam spotting ). COnfius adekah period atau apekah? huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like Page Superb Vitamin For Life :)

Like Page Love Natuwrel :)

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *