I Love My Followers

Blog ini adalah blog peribadi yang berkisar tentang kehidupan seperti usaha untuk hamil, kehamilan, kelahiran, penjagaan semasa pantang, penjagaan dan pendidikan anak, kesihatan dan kecantikan, keibubapaan dan perkahwinan.
Topik-topik lain juga ada mengikut keselesaan penulis.

Monday, April 22, 2013

Penyebab Kurang Pendengaran



Gambar poster kat atas ni saya snap masa saya berada di HSI tempohari.


Tajuk poster ni "Penyebab Kurang Pendengaran". Sekali imbas, macam biasa je. Takde apa yang luar biasa. Kat hospital kan memang ada macam-macam jenis poster. Tapi, bila saya baca, ada satu benda yang sangat menarik perhatian saya. Sesuatu yang saya tidak tahu selama ini. Apa tu?


Penyakit kuning yang teruk semasa bayi (Jaundice Neonatal).


Oh, saya tak tau penyakit kuning yang teruk boleh beri kesan kepada pendengaran bayi. Serius, saya tak pernah tahu!


Dan kini, barulah saya tahu kenapa Aimi perlu datang ke HSI untuk follow-up ujian pendengaran. Ini kerana Aimi kene penyakit kuning yang agak tinggi lepas lahir sampai kami kena "berkampung" di HSI selama 3 hari 2 malam! Nasib baiklah doktor mengesahkan yang pendengaran Aimi normal dan  tiada sebarang masalah selepas dibuat ujian pendengaran di telinganya.


Poster kat atas ni tak cukup terang ye? OK, mari kita baca sama-sama :


Penyebab Kurang Pendengaran Yang Boleh Dicegah :

  • Kelahiran tidak cukup bulan (pramatang)
  • Penyakit kuning yang teruk semasa bayi (Jaundice Neonatal)
  • Jangkitan semasa dalam kandungan
  • Jangkitan Haemophilus Influenza B & Mumps (Beguk)
  • Lemas semasa lahir (kelahiran Asfiksia)
  • Jangkitan telinga tengah (Otitis media)
  • Pendedahan kepada bunyi bising
  • Serumen padat (tahi telinga padat)
  • Sumbatan oleh bendasing

Penyebab Kurang Pendengaran Yang Tidak Boleh Dicegah :
  • Faktor keturunan / sejarah keluarga (inherited, familial)
  • Faktor penuaan
  • Tidak diketahui sebabnya (idiopatik)
  • Ketumbuhan malignan

Boleh Dirawat :
  • Jangkitan telinga tengah (Otitis media)
  • Serumen telinga padat 
  • Gegendang telinga berlubang (perforated tympanic membrane)
  • Efusi telinga tengah (cecair di dalam kaviti telinga tengah)
  • Kolesteatoma
  • Sumbatan oleh bendasing

4 comments:

Fiza Rahman said...

Good info.

Uni said...

Thanks.

Rinah said...

Rinah pun tak tahu.. patutlah bila check up di KKIA, nampak kuning ckit terus refer ke klinik / hospital untuk check tahap kuning.. bahaya rupanya..

Uni said...

Ye. Doktor ade cakap, mana-mana baby yang kena sakit kuning ni, perlu dipantau perkembangannya sehingga umur 2 tahun.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like Page Superb Vitamin For Life :)

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *