I Love My Followers

Blog ini adalah blog peribadi yang berkisar tentang kehidupan seperti usaha untuk hamil, kehamilan, kelahiran, penjagaan semasa pantang, penjagaan dan pendidikan anak, kesihatan dan kecantikan, keibubapaan dan perkahwinan.
Topik-topik lain juga ada mengikut keselesaan penulis.

Sunday, April 21, 2013

Jangan Sedih Atau Risau Kalau Dah Pam Susu Tapi Tak Banyak

Saya bersalin pada 16 Januari 2013 (Rabu).


Sepanjang hari tu, saya tak bf Aimi even setitis pun, sebab Aimi dimasukkan ke Special Care Nursery (SCN) sebab dilahirkan lewat 4 hari daripada due date.


Saya keluar hospital pada 17 Januari 2013 (Day 2). Sebelum keluar hospital, saya bf Aimi sekejap. Tak taulah ada susu ke tak.


18 Januari 2013 (Day 3), saya mula pam. Untuk kali pertamanya, tiada apa yang keluar. Saya pam angin je rupa-rupanya!!!


Pam kali kedua, ade susu keluar tapi setitis 2 je, sampai kat corong je, tak masuk pun kat botol yang tadah susu tu. Masa tu dah frust sikit, tapi rasa ok lagi sebab miss b pun tak rasa sakit lagi.


19 Januari 2013 (Day 4), miss b mula rasa sakit sikit. Bila saya pam, ini hasilnya :

Susu yang dipam pada Day 4 selepas bersalin

Masa ni, saya rasa seronok sangat dah, walaupun susu saya sikit je dan cair pulak tu. Rasa makin semangat nak pam lagi. Terus kuatkan semangat dan bersikap positif.


20 Januari 2013 (Day 5), ini hasil pam :

Susu yang dipam pada Day 5 selepas bersalin.
Dah bertambah compare dengan hari sebelumnya.
Dah mula pekat dan kuning. Colostrum. Yeayy!!!


Saya teruskan mengepam. Ini hasilnya:

Hasil pam semasa dalam pantang


Stok terkini pada 6 April 2013

Dari pam angin, hingga ke setitis dua, hinggalah ke berbotol-botol seperti gambar kat atas ni. Bukan saya nak menunjuk ke apa, tapi apa yang saya nak tekankan ialah - bf mother harus KUAT SEMANGAT. Bf ni memang banyak cabarannya.


Apa yang saya buat untuk dapatkan hasil susu macam ni :

1) Masa pantang, saya mula pam susu seawal hari ketiga selepas bersalin.

2) Teruskan mengepam walaupun susu yang keluar itu cair atau sikit. Pam akan rangsang breast untuk keluarkan susu dan hasilkan banyak susu lagi.

3) Mesti kerap bf baby. Masa pantang, saya bf Aimi setiap sejam sekali. Penat? Memang penat! :)

4) Susu yang dipam saya buat sebagai stok. Saya tak guna stok ni masa dalam pantang (Saya hanya guna beberapa botol yang mengandungi colostrum masa Aimi warded due to jaundice)

5) Aimi kene jaundis. Disebabkan dia perlu minum susu dalam kuantiti yang banyak, doktor advise untuk top up dengan formula milk (fm). Saya a bit frustrated sebab asalnya nak fully bf, tapi kepentingan Aimi haruslah didahulukan. Saya bf dan juga bagi fm.

6) Bila masa saya letih dan betul-betul tak larat, saya bagi fm. Try to be flexible as much as possible.

7) Saya pantang minum air sejuk dari bersalin sampailah sekarang.

8) Idealnya perlu pam susu setiap 3 jam sekali. But, being a working mother yang berada di satu tempat kerja yang bukan nursing-mother-friendly, saya hanya boleh pam time lunch hour je. Itu yang terbaik yang saya boleh buat di tempat kerja.

9) Saya minum ESP dan few other vitamins from Shaklee. Susu saya jadi pekat dan makin bertambah. Saya juga minum susu Anmum Lacta dan minum banyak air iaitu 3 liter sehari.

10) Setiap kali sembahyang, saya berdoa moga Allah terus bagi saya peluang dan rezeki untuk bf Aimi. Biarlah susu sikit, asalkan ia cukup untuk Aimi, mengenyangkan dan menyihatkan dia. Saya hanya boleh merancang, tapi Allah jua yang menentukan, dan pastinya perancangan Allah adalah yang terbaik. :)


Jadi kawan-kawan, jangan sedih atau risau kalau dah pam susu tapi tak banyak. Setiap ibu tak sama. Kita semua adalah unik dan berbeza antara satu sama lain. Jangan sibuk nak bandingkan stok susu kite dengan orang lain yang stok susunya sampai penuh satu botol atau sampai penuh peti sejuk dan deep freezer.


Yang penting, kita sentiasa berusaha untuk meningkatkan usaha serta menambahkan ilmu bf dan mempraktikkannya.


Buat perbandingan dengan diri sendiri yang dahulu, jika kita menuju ke arah yang lebih baik berbanding sebelumnya, itulah kehebatan diri kita!! :)

16 comments:

Rinah said...

Sama-sama usaha untuk teruskan penyusuan susu ibu sehingga 2 tahun..

Uni said...

Moga usaha ini dipermudahkan selalu. Amin.

DrNurolSainuri said...

susu yang dipam tu mmg tak boleh campur ke? tgk akak punye botol susu smpai penuh peti sejuk, kena readykan banyak storage bottle la ye untuk persediaan bersalin ni?

Uni said...

1) Susu yang dipam pada waktu yang berlainan boleh dicampur dalam satu botol. Tapi ada banyak syaratnya.
2) Banyak tu banyak jugakla. Saya ada 56 botol untuk susu. Ada lagi satu kotak (dalamnya ada 10 botol), belum buka lagi. :)

BAIZURA NATASHA said...

Betul. Bnyk cbrn nk bf. saya pn slh sorg yg di uji. Sy msh strugle ne

aimihasba said...

Apa syarat kalo campur susu yg dipam pd masa berlainan?
Sy tgh usaha utk fully bf tp xdpt lg sbb susu xbyk n bila dh pam, xdpt nk bf baby dah, susu xde n baby akan marah. Smpi dh pecah nipple sy. .Huhu. .

Uni said...

Hai Aimihasba,

Syarat untuk campur susu pada masa yang berlainan :

1) Pastikan susu yang diperah dalam botol pertama disejukkan (chill) terlebih dahulu.
2) Pam susu ke dalam botol kedua dan sejukkan (chill).
3) Bila kedua-dua botol dah sejuk sekata dengan suhu yang sama, campurkan susu dalam botol kedua ke dalam botol pertama.
4) Label tarikh dan masa haruslah mengikut kepada tarikh dan masa susu yang dipam ke dalam botol pertama.

Harap jawapan ini dapat membantu anda.

aimihasba said...

Thanks :)
satu lg nk ty, pada apa yg sy baca, susu elok pam lps baby menyusu utk rangsang susu keluar lebih byk. .Tp setiap kali sy cuba buat mcm tu, susu yg dipam sgt sikit, xsmpi stgh oz pun. .sbnrnya bila masa sesuai utk start pam susu utk storage utk ditinggalkan masa gi kerja? Sy br 2wks bersalin.

Uni said...

Hai Aimihasba,

Ye, memang betul elok pam susu selepas baby menyusu untuk rangsang susu keluar lebih banyak selepas itu.
Dan juga memang betul susu yang dipam masa tu akan keluar sikit saja. Saya pun melalui keadaan yang sama.
Tapi jangan risau, teruskan saja seperti itu. Lama-kelamaan, body kita akan adjust dengan keadaan pam selepas baby df, dan lepas tu memang susu akan banyak keluar bila kita pam di lain kali.

Uni said...

Yang paling penting, sokongan daripada suami. Kalau suami Baizura menyokong usaha anda untuk bf, In Shaa Allah, usaha untuk bf akan menjadi lebih mudah. Anda juga harus kuatkan semangat. Bf is our choice, be firm with our decision to bf our baby and don't be influenced by others. :)

nurul azierra said...

blog ni sgt membntu mommies utk bf...tq

FF said...

Puan masa puan pam tu berapa kerap ye?

son cho said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Unknown said...

Anak sy pon jaundice lebih 20 hr..still xhilang2 kuning dia..bole sy tau brp jam skali awk bg susu fm dan selang selikan dgn bf?berat bdn anak pon makin susut pdhal sejam skali sy bf

Siti Munirah said...

Reply to @FF

Kat tempat kerja saya pam pukul 10.30am, 12.30pm, 3.30 pm
tapi kadang-kadang tak dapat patuhi jadual ni sebab tuntutan kerja.

Siti Munirah said...

Reply to @Unknown,

Saya bf sejam sekali
bila pam, saya tukar jadual

jadinya

setiap sejam bf
setiap sejam pam

cth
10am bf
11am pam
12pm bf
1pm pam
dan begitu seterusnya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like Page Superb Vitamin For Life :)

Like Page Love Natuwrel :)

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *