I Love My Followers

Blog ini adalah blog peribadi yang berkisar tentang kehidupan seperti usaha untuk hamil, kehamilan, kelahiran, penjagaan semasa pantang, penjagaan dan pendidikan anak, kesihatan dan kecantikan, keibubapaan dan perkahwinan.
Topik-topik lain juga ada mengikut keselesaan penulis.

Thursday, April 25, 2013

Emel Daripada Seorang Suami Yang Prihatin

Boleh dikatakan setiap hari inbox saya penuh dengan emel-emel yang bertanyakan tentang Mak Aji. Siapa itu Mak Aji? Beliau adalah orang yang saya temui dalam usaha saya untuk mendapatkan anak. Senang cakap, urut untuk hamil.


Dalam banyak-banyak emel yang saya terima, baru-baru ini ada satu emel yang menarik perhatian saya. Selalunya banyak emel yang saya terima datangnya daripada orang perempuan iaitu pihak isteri. Tapi kali ini, emel ini datangnya daripada seorang lelaki iaitu pihak suami. Bila saya membaca emel En. D (bukan nama sebenar), saya rasa terharu. Beliau amat prihatin untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Mak Aji.


Kat sini saya ingin kongsikan emel daripada En. D. Beliau sudah memberi kebenaran untuk memaparkan emelnya di blog saya.


Urut untuk hamil
"Selamat sejahtera Pn. Munirah...

Firstly, saya nak ucapkan tahniah atas berita gembira yang Pn. Munirah dah terima..semoga menimang cahayamata terbaik.. Alhamdulillah atas kurniaan rezeki..

Secondly, saya dah beberapa bulan berkahwin..sebagai suami, saya kesian jugak pada isteri yang menunggu dan mengharap tiap-tiap bulan kot-kot dah ada hasil.. ada jugak bersembang dengan makcik pakcik saya.. diorang bagitau untuk pergi mengurut untuk hamil..bile saya google, terjumpa blog Pn. Munirah ni.. dan selepas habis baca kisah yang berkaitan, saya sendiri yang rasa excited.. memang kita mengharapkan dikurnia cahayamata terutama sekali kaum isterilah sebab naluri nak merasa jadi seorang ibu..

Jadi, tujuan saya hantar emel pada Pn. Munirah ni kalau boleh nak mintak tolong kot-kot boleh share dengan saya, macamana saya dan isteri boleh merujuk pada Mak Aji tu..

Mudah-mudahan dengan usaha yang dilakukan, doa yang berterusan, dapat pulak kami merasa apa yang Pn. Munirah dan suami rasa.

Terima kasih banyak-banyak untuk perkongsian".



Buat En. D dan isteri, saya berharap moga Allah s.w.t. mempermudahkan urusan anda berdua... In Shaa Allah.

5 comments:

fifi said...

Uni..mak aji ni..mak aji yg tinggal kat area kpg melayu tu ye?

Uni said...

Bukan. Dia tinggal kat tempat lain.

Cikgu Wafi said...

Assalamualaikum... maaf sis.. boleh saya tau siapa mak aji ni? Saya dh 1 thun berkhwin, masih mnggu menimang chya mata.. dlm usaha nk pergi mengurut... terima ksh

Uni said...

Waalaikumussalam Cikgu Wafi, harap boleh emel kepada saya dulu ye di z.munirah@gmail.com. Nanti saya reply kat emel.

saira othman said...

Hurm saya pown ada rekemon blog title akak sal urut ni gak..nnti akak detail la k...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like Page Superb Vitamin For Life :)

Like Page Love Natuwrel :)

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *