I Love My Followers

Blog ini adalah blog peribadi yang berkisar tentang kehidupan seperti usaha untuk hamil, kehamilan, kelahiran, penjagaan semasa pantang, penjagaan dan pendidikan anak, kesihatan dan kecantikan, keibubapaan dan perkahwinan.
Topik-topik lain juga ada mengikut keselesaan penulis.

Sunday, April 28, 2013

Review Tentang Set Berpantang Shaklee

Untuk berpantang kali kedua ni, saya amik set berpantang jenama Shaklee. Sebenarnya, saya tak pernah tahu pun pasal produk ni, cuma masa kecik-kecik dulu pernah dengar namanye aje. Sekarang saya tahu pasal produk ni masa google kat internet dan kemudiannya jumpa banyak blog yang jual produk Shaklee. Bila dah baca begitu banyak info yang berkenaan, saya rasa tertarik nak mencubanya.


Hari ni saya nak cerita pengalaman saya menggunakan set berpantang Shaklee.


Set Berpantang Shaklee

Disebabkan saya ni baru pertama kali nak mencuba produk Shaklee, saya beli trial set dulu. Trial set ni dibungkus dalam botol-botol kecil warna putih, boleh tengok contohnya dalam gambar di atas. Means daripada botol besar tu, diorg transfer ke botol kecil, khas untuk kegunaan 40 hari semasa dalam pantang sahaja. Harga satu set berpantang tu tak silap saya RM75 / RM80 (lupelah pulak!)


Masa dalam pantang, lepas siap mandi semua, saya akan minum ESP (RM121 untuk satu bekas). Caranya, saya ambil bekas minuman, masukkan ESP dua sudu besar, masukkan horlicks satu sudu besar, lepas tu saya shake bekas minuman tu then minum. Rasanya, nak kata sedap sangat tu taklah, biasa-biasa sahaja. Yang penting, ia kurang manis. I like.


Tak lama lepas tu, saya ambil sarapan. Lepas sarapan pagi saya akan ambil 1 biji Vitalea, 1 biji B-Complex dan 1 biji Vitamin C. Yang Vitamin C tu saya beli jenama Kordel's kat D'Apotic Pharmacy (sebab masa ni Shaklee kehabisan stok vitamin C). Kemudian, waktu malam sebelum tidur, saya akan ambil 4 biji Ostematrix (RM49 satu botol).


Saya memang standby set berpantang ni kat dalam bakul yang bawa pergi bersalin tu. Sebabnya, mengikut dealer yang jual Shaklee tu, lepas je bersalin, saya boleh terus makan semua vitamin ni. Tapi, yang jadi adalah sebaliknya. Nurse selalu round kat katil pesakit. Jadi saya tak berani nak makan vitamin Shaklee ni semua, sebab selagi kat hospital, memang diorang bagi vitamin untuk kita makan. Siap letak vitamin kat tapak tangan kita dan suruh kita telan time tu jugak. Jadi, kalau dah makan vitamin yang hospital bagi, takkan la nak makan yang Shaklee ni pulak kan. Berapa banyak vitamin nak makan at one time kan.


Jadinya, yang saya betul-betul makan vitamin Shaklee ni adalah masa kat rumah, masa Aimi dah keluar hospital (sebelumnya kene tahan kat wad sebab jaundice). Itupun ada on off.


In overall, memang saya rasa lebih bertenaga bila makan vitamin ni. Walaupun bf Aimi setiap sejam sekali, waktu malam berjaga lagi, badan saya masih lagi rasa segar. Dari segi luka jahitan pulak, condition sama macam bersalin yang dulu tapi dari segi pemulihan tu lebih cepat berbanding dulu. Rambut pulak takde gugur sebab saya makan vitamin zinc.


Sejak minum ESP, susu saya memang jadi pekat. Itu memang saya notice lah dan yang paling tak disangka-sangka, parut-parut bekas jerawat kat muka ni makin pudar. Itu saya sendiri yang perasanlah. Hahaha... Sekarang ni, saya minum ESP dah masuk bekas yang ketiga. Yang paling best, saya tengok stretch marks kat perut, peha dan pinggang saya dah semakin pudar. Suka sangat!!!


Yang ostematrix pulak, bila saya makan sebelum tidur, esok paginya dalam pukul 8 - 9 pagi tu, konfem pergi membuang punya. Pastu tak payah teran-teran, memang akan keluar sendiri. Jadi takde masalah takut jahitan terbuka. Tapinya, saya tetap mengalami masalah sembelit. Sebab saya makan ostematrix tu on off. Kejap makan kejap tak makan. Kadang-kadang terlupa. Ini masalah kurang disiplin ye. ;)


Secara keseluruhannya, saya memang berpuas hati sangat dengan set berpantang Shaklee. Oleh sebab itulah saya teruskan lagi pengambilannya sehingga kini. :)


Rating : 4 bintang daripada 5 bintang.

Saturday, April 27, 2013

Period Pertama Selepas Bersalin

Setelah "enjoy" tak period selama hampir 3 bulan (dikira dari tarikh bersalin), maka hari ini secara rasminya period saya telah datang. Macamana saya tau itu period?


Pagi tadi kat ofis, masuk ke toilet, saya tengok ada darah sikit. Saya agak terkejut, rasa macam, ala dah period ke, sebab setahu saya, kalau kita dah start period lepas bersalin ni, maka pengeluaran susu kita akan mula berkurangan. Wallahualam, tak taulah betul ke tak sebab belum sempat nak mengkaji lagi.


Petang tadi kat rumah, saya tengok darah makin banyak. So secara rasminya, period pertama saya sudah datang! Mmmm...dalam hati tertanya sendiri, susu aku akan jadi kurang ke... Tapi saya taknak fikir sangat. Nak tengok dulu macamana.


Untuk first time mommy, mungkin akan konfius sikit atau tak faham apa yang saya ceritakan ni. Ok takpe, biar saya jelaskan.


Lepas bersalin, kita akan keluar darah yang dipanggil darah nifas. Darah ni akan keluar selama 40-60 hari. So selama itu kita kene lah pakai pad sepanjang masa. Lepas darah nifas dah berhenti, sila mandi wajib ye.


Untuk mommy yang tak bf anak, period pertama akan datang dalam masa lebih kurang sebulan atau dua bulan.


Untuk mommy yang bf anak, perlu diketahui bahawa proses menyusukan anak itu merupakan satu kaedah merancang keluarga yang semulajadi. Ini bermakna, semasa kita bf anak, rahim kita tidak berada dalam keadaan subur dan tiada proses ovulasi berlaku. Bila tiada ovulasi, maka kita tidak akan mengalami period (untuk penjelasan yang lebih saintifik, sila google / tanya doktor ye kawan-kawan). 


Saya pun baru tau yang bile kita bf anak, kita takkan period, atau mungkin period akan datang lambat. Yelah, baru kali ni saya bf anak betul-betul kan. :)


p/s : Dah lama tak beli pad. So lepas ni kene pergi beli pad la pulak.. :)

Sekali Pam Dapat 4 oz

Dulu, setiap kali saya pam susu, hasil yang saya dapat untuk setiap satu sesi pam adalah antara 2 ke 3 oz. Kalau pam dapat 3 oz, saya dah happy sangat dah, rasa macam kejayaan besar gitu dalam hidupku. Hahahaha..


Sekarang, bila Aimi dah berusia 3 bulan (pada 16 April 2013 yang lalu), saya perasan yang hasil pam saya dah bertambah kepada 4 oz. Alhamdulillah. Ada masa 3 oz, ada masa 4 oz. Memang betul ikut hasil pembacaan saya, jumlah susu yang dipam akan bertambah mengikut usia bayi.


Hasil susu yang dipam pada pukul 1 pm di surau ofis

Friday, April 26, 2013

Blogging Bukan Sekadar Menaip

Di sebalik kesibukan saya sehari-hari, saya sebenarnya amat rindu untuk berblogging. Rindu untuk menceritakan pengalaman hidup saya, baik tentang diri saya, keluarga mahupun anak-anak. Tapi apakan daya, rutin harian saya kini sudah berubah.


Sejak memegang status "Married with 2 kids" ini, boleh dikatakan kehidupan saya berubah 360 darjah. Tiada lagi masa untuk bersiap lama-lama, ataupun mandi berspa di bilik air, bermalas-malasan dan lain-lain. Setiap saat amat berharga. Kerja rumah tak pernah ada habisnya. Bila dah terlalu sibuk dan penat, saya jadi rindu, rindu nak berblogging!!


Tapi, blogging bukan sekadar menaip. Pada saya, blogging adalah penceritaan sesuatu perjalanan. Bercerita perlu ada suntikan emosi, baru terasa manisnya, masinnya, pahitnya. Oleh sebab itu, saya perlu masa yang sesuai untuk bercerita.


Untuk menjadikan blogging ini lengkap dengan suntikan pahit manisnya, saya selalu mengambil masa di hujung minggu untuk menaip entry. Terus buat stok entry untuk satu minggu. Oklah tu kan. Itu je masa yang ada.


Blogging bukan sekadar menaip. Ia adalah penceritaan perjalanan hidup saya, langkah demi langkah...

Thursday, April 25, 2013

Emel Daripada Seorang Suami Yang Prihatin

Boleh dikatakan setiap hari inbox saya penuh dengan emel-emel yang bertanyakan tentang Mak Aji. Siapa itu Mak Aji? Beliau adalah orang yang saya temui dalam usaha saya untuk mendapatkan anak. Senang cakap, urut untuk hamil.


Dalam banyak-banyak emel yang saya terima, baru-baru ini ada satu emel yang menarik perhatian saya. Selalunya banyak emel yang saya terima datangnya daripada orang perempuan iaitu pihak isteri. Tapi kali ini, emel ini datangnya daripada seorang lelaki iaitu pihak suami. Bila saya membaca emel En. D (bukan nama sebenar), saya rasa terharu. Beliau amat prihatin untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Mak Aji.


Kat sini saya ingin kongsikan emel daripada En. D. Beliau sudah memberi kebenaran untuk memaparkan emelnya di blog saya.


Urut untuk hamil
"Selamat sejahtera Pn. Munirah...

Firstly, saya nak ucapkan tahniah atas berita gembira yang Pn. Munirah dah terima..semoga menimang cahayamata terbaik.. Alhamdulillah atas kurniaan rezeki..

Secondly, saya dah beberapa bulan berkahwin..sebagai suami, saya kesian jugak pada isteri yang menunggu dan mengharap tiap-tiap bulan kot-kot dah ada hasil.. ada jugak bersembang dengan makcik pakcik saya.. diorang bagitau untuk pergi mengurut untuk hamil..bile saya google, terjumpa blog Pn. Munirah ni.. dan selepas habis baca kisah yang berkaitan, saya sendiri yang rasa excited.. memang kita mengharapkan dikurnia cahayamata terutama sekali kaum isterilah sebab naluri nak merasa jadi seorang ibu..

Jadi, tujuan saya hantar emel pada Pn. Munirah ni kalau boleh nak mintak tolong kot-kot boleh share dengan saya, macamana saya dan isteri boleh merujuk pada Mak Aji tu..

Mudah-mudahan dengan usaha yang dilakukan, doa yang berterusan, dapat pulak kami merasa apa yang Pn. Munirah dan suami rasa.

Terima kasih banyak-banyak untuk perkongsian".



Buat En. D dan isteri, saya berharap moga Allah s.w.t. mempermudahkan urusan anda berdua... In Shaa Allah.

Tuesday, April 23, 2013

Cinta Hatiku

Alhamdulillah.  Alhamdulillah. Alhamdulillah.


Sentiasa bersyukur di atas semua nikmat yang Allah berikan kepada saya sekeluarga. Moga rasa kesyukuran ini membuahkan lebih banyak rezeki untuk kami.


Haziq dan Aimi, amanah Allah untuk Mama dan Abah. Moga kami dapat menjaga dan mendidik amanah ini sebaik-baiknya.


Ini gambar saya bersama cinta hati saya - Haziq dan Aimi. Pada masa ini Haziq berumur 2 tahun 7 bulan dan Aimi berumur 2 bulan 7 hari.


Mama sayang Haziq dengan Aimi tau! :)

Cinta hati saya yang seorang lagi tengah ambil gambar. :)

Monday, April 22, 2013

Penyebab Kurang Pendengaran



Gambar poster kat atas ni saya snap masa saya berada di HSI tempohari.


Tajuk poster ni "Penyebab Kurang Pendengaran". Sekali imbas, macam biasa je. Takde apa yang luar biasa. Kat hospital kan memang ada macam-macam jenis poster. Tapi, bila saya baca, ada satu benda yang sangat menarik perhatian saya. Sesuatu yang saya tidak tahu selama ini. Apa tu?


Penyakit kuning yang teruk semasa bayi (Jaundice Neonatal).


Oh, saya tak tau penyakit kuning yang teruk boleh beri kesan kepada pendengaran bayi. Serius, saya tak pernah tahu!


Dan kini, barulah saya tahu kenapa Aimi perlu datang ke HSI untuk follow-up ujian pendengaran. Ini kerana Aimi kene penyakit kuning yang agak tinggi lepas lahir sampai kami kena "berkampung" di HSI selama 3 hari 2 malam! Nasib baiklah doktor mengesahkan yang pendengaran Aimi normal dan  tiada sebarang masalah selepas dibuat ujian pendengaran di telinganya.


Poster kat atas ni tak cukup terang ye? OK, mari kita baca sama-sama :


Penyebab Kurang Pendengaran Yang Boleh Dicegah :

  • Kelahiran tidak cukup bulan (pramatang)
  • Penyakit kuning yang teruk semasa bayi (Jaundice Neonatal)
  • Jangkitan semasa dalam kandungan
  • Jangkitan Haemophilus Influenza B & Mumps (Beguk)
  • Lemas semasa lahir (kelahiran Asfiksia)
  • Jangkitan telinga tengah (Otitis media)
  • Pendedahan kepada bunyi bising
  • Serumen padat (tahi telinga padat)
  • Sumbatan oleh bendasing

Penyebab Kurang Pendengaran Yang Tidak Boleh Dicegah :
  • Faktor keturunan / sejarah keluarga (inherited, familial)
  • Faktor penuaan
  • Tidak diketahui sebabnya (idiopatik)
  • Ketumbuhan malignan

Boleh Dirawat :
  • Jangkitan telinga tengah (Otitis media)
  • Serumen telinga padat 
  • Gegendang telinga berlubang (perforated tympanic membrane)
  • Efusi telinga tengah (cecair di dalam kaviti telinga tengah)
  • Kolesteatoma
  • Sumbatan oleh bendasing

Dah Dapat CPUV!!

Wah, tajuk tak agak-agak kan. Maafkan saya, untuk orang yang baru first time dapat CPUV (Cost-per-unique-visit) macam saya ni, dia punye excited tu lain macam!


Sebelum ni, bila saya baca blog orang lain yang cerita diorang dapat CPUV, saya pun tumpang happy, sambil tertanya-tanya bilalah CPUV ni nak me'landing' kat blog saya ni? Teringin juga nak merasa ape perasaannya bile dah dapat CPUV kan.


Haaa, sekali bila dah dapat, memang seronok dan happy sangat-sangat sampai rasa nak buat announcement ke satu dunia!. :)


Ini dia senarai CPUV yang sedang running (on-going) di blog saya.

Saya suka!!! :)

Saya ada beberapa blog, tapi maaf, saya belum bersedia nak bagitau nama blog saya yang lain tu. Jangan marah ye. :)


Terima kasih Nuffnang dan juga pihak pengiklan iaitu Kleenex, Olay, Libresse, Sharp, Maxis, Project Breeze dan TM yang telah memilih blog saya untuk menyiarkan iklan-iklan mereka. Saya sangat menghargai kepercayaan anda semua. :)



p/s : I love blogging... more and more! :)

Sunday, April 21, 2013

Jangan Sedih Atau Risau Kalau Dah Pam Susu Tapi Tak Banyak

Saya bersalin pada 16 Januari 2013 (Rabu).


Sepanjang hari tu, saya tak bf Aimi even setitis pun, sebab Aimi dimasukkan ke Special Care Nursery (SCN) sebab dilahirkan lewat 4 hari daripada due date.


Saya keluar hospital pada 17 Januari 2013 (Day 2). Sebelum keluar hospital, saya bf Aimi sekejap. Tak taulah ada susu ke tak.


18 Januari 2013 (Day 3), saya mula pam. Untuk kali pertamanya, tiada apa yang keluar. Saya pam angin je rupa-rupanya!!!


Pam kali kedua, ade susu keluar tapi setitis 2 je, sampai kat corong je, tak masuk pun kat botol yang tadah susu tu. Masa tu dah frust sikit, tapi rasa ok lagi sebab miss b pun tak rasa sakit lagi.


19 Januari 2013 (Day 4), miss b mula rasa sakit sikit. Bila saya pam, ini hasilnya :

Susu yang dipam pada Day 4 selepas bersalin

Masa ni, saya rasa seronok sangat dah, walaupun susu saya sikit je dan cair pulak tu. Rasa makin semangat nak pam lagi. Terus kuatkan semangat dan bersikap positif.


20 Januari 2013 (Day 5), ini hasil pam :

Susu yang dipam pada Day 5 selepas bersalin.
Dah bertambah compare dengan hari sebelumnya.
Dah mula pekat dan kuning. Colostrum. Yeayy!!!


Saya teruskan mengepam. Ini hasilnya:

Hasil pam semasa dalam pantang


Stok terkini pada 6 April 2013

Dari pam angin, hingga ke setitis dua, hinggalah ke berbotol-botol seperti gambar kat atas ni. Bukan saya nak menunjuk ke apa, tapi apa yang saya nak tekankan ialah - bf mother harus KUAT SEMANGAT. Bf ni memang banyak cabarannya.


Apa yang saya buat untuk dapatkan hasil susu macam ni :

1) Masa pantang, saya mula pam susu seawal hari ketiga selepas bersalin.

2) Teruskan mengepam walaupun susu yang keluar itu cair atau sikit. Pam akan rangsang breast untuk keluarkan susu dan hasilkan banyak susu lagi.

3) Mesti kerap bf baby. Masa pantang, saya bf Aimi setiap sejam sekali. Penat? Memang penat! :)

4) Susu yang dipam saya buat sebagai stok. Saya tak guna stok ni masa dalam pantang (Saya hanya guna beberapa botol yang mengandungi colostrum masa Aimi warded due to jaundice)

5) Aimi kene jaundis. Disebabkan dia perlu minum susu dalam kuantiti yang banyak, doktor advise untuk top up dengan formula milk (fm). Saya a bit frustrated sebab asalnya nak fully bf, tapi kepentingan Aimi haruslah didahulukan. Saya bf dan juga bagi fm.

6) Bila masa saya letih dan betul-betul tak larat, saya bagi fm. Try to be flexible as much as possible.

7) Saya pantang minum air sejuk dari bersalin sampailah sekarang.

8) Idealnya perlu pam susu setiap 3 jam sekali. But, being a working mother yang berada di satu tempat kerja yang bukan nursing-mother-friendly, saya hanya boleh pam time lunch hour je. Itu yang terbaik yang saya boleh buat di tempat kerja.

9) Saya minum ESP dan few other vitamins from Shaklee. Susu saya jadi pekat dan makin bertambah. Saya juga minum susu Anmum Lacta dan minum banyak air iaitu 3 liter sehari.

10) Setiap kali sembahyang, saya berdoa moga Allah terus bagi saya peluang dan rezeki untuk bf Aimi. Biarlah susu sikit, asalkan ia cukup untuk Aimi, mengenyangkan dan menyihatkan dia. Saya hanya boleh merancang, tapi Allah jua yang menentukan, dan pastinya perancangan Allah adalah yang terbaik. :)


Jadi kawan-kawan, jangan sedih atau risau kalau dah pam susu tapi tak banyak. Setiap ibu tak sama. Kita semua adalah unik dan berbeza antara satu sama lain. Jangan sibuk nak bandingkan stok susu kite dengan orang lain yang stok susunya sampai penuh satu botol atau sampai penuh peti sejuk dan deep freezer.


Yang penting, kita sentiasa berusaha untuk meningkatkan usaha serta menambahkan ilmu bf dan mempraktikkannya.


Buat perbandingan dengan diri sendiri yang dahulu, jika kita menuju ke arah yang lebih baik berbanding sebelumnya, itulah kehebatan diri kita!! :)

Tuesday, April 16, 2013

Is Your Computer Protected?

Walaupun saya ni bolehlah dikatakan dah lame dalam online world ni, rupenye masih banyak benda yang saya tak tau.


To be specific, saya tau yang komputer / laptop ni perlu ada perisian anti virus. Kalau kita guna pendrive / external hard disk cucuk sana cucuk sini, ada kemungkinan virus leh masuk ke laptop kite sebab pendrive tu pun dah tentu guna kat komputer / laptop lain kan. Tu juga sebab kenapa pentingnye untuk scan pendrive / external hard disk sebelum kita guna.


Tapiiiiiiii...saya tak tau yang kalau kita ade akses ke internet, kita pun perlu pasang perisian anti virus untuk internet security. Saya dok ingat, cukuplah laptop aku ni dah ada antivirus, memang protected habislah laptop aku. Rupa-rupanya, saya silap!!! (Tolak 10 markah untuk diri sendiri).


Masa saya beli laptop tahun lepas, barulah saya tau yang kita kena pasang perisian anti virus untuk internet security. Nampak benarlah saya ni tak berapa celik IT. Hihihi... Dipendekkan cerita, saya suruh jurujual tu terus install anti virus tu kat laptop yang tersayang ni. Harganya, RM100!! Mak ai.. mahal jugak ek.


Bila dah install, ingatkan habis cerita. Rupenye anti virus ni perlu diperbaharui (renew) setiap tahun. Means, setahun sekali. Lorr, gitu pulak ye. So, bulan Mac baru-baru ni, saya mengusung laptop saya ke Style Vision di Jusco Tebrau City untuk proses merenew anti virus yang baru. Harga??? RM100 jugak!!!


Saya guna brand Kaspersky.

Model Mama sepanjang waktu

Saya juga upgrade RAM. Sekarang kat laptop cuma 2GB. Saya tambah lagi 4GB, so total sekarang 6GB. Ongkosnya? RM99.




Selesai sudah "belanja" untuk laptop Acer tersayang. Tahun depan kene kuar lagi RM100. :)

Monday, April 15, 2013

Perjuangan Mama Untuk Aimi

Untuk Nur Aimi Aqilah...


Sayang, Mama akan teruskan perjuangan untuk menyusukan Aimi sehingga ke titisan yang terakhir.
Mama sayang Aimi, inilah satu-satunya hadiah dari Mama yang orang lain takkan dapat bagi pada Aimi - iaitu susu Mama.


Mama sentiasa doakan agar Aimi membesar dengan sihat dan bijak dengan susu Mama. Semoga Aimi dijauhkan daripada segala penyakit, semoga Aimi jadi anak yang baik, yang dengar kata, yang solehah, yang cemerlang dalam pelajaran, yang berjaya dalam hidup di dunia dan akhirat dan segala yang terbaik.


Apapun, Mama mintak maaf sebab Mama tak mampu nak menyusukan Aimi secara eksklusif, tapi ini yang Mama mampu buat walaupun terpaksa campur dengan susu formula. Mama akui, breastfeeding sangat mencabar, tapi alhamdullilah, hati Mama masih kuat untuk terus menyusukan Aimi.


Sekarang ni, setiap kali nak tidur, Aimi mesti menangis kuat. Mama bagi susu botol, Aimi taknak. Mama bagi susu Mama, Aimi taknak. Mama bf Aimi, pun Aimi taknak. Bila Mama dah tak tau apa nak buat, Mama akan kejutkan Abah, dan Abah tanpa banyak soal, terus bangun dan dodoikan Aimi. 


Ye, tiada buai untuk Aimi. Kamilah buai Aimi. Kadang-kadang Aimi tido, kadang-kadang Aimi tak tido, tapi menangis lagi kuat. Akhirnya, Mama jumpa dua penyelesaian - Pertamanya, Aimi nak Mama pangku dan dodoikan Aimi sambil alunkan zikir Hasbi Rabbi. Terus Aimi pejam mata dan lena. Keduanya, Aimi nak mengiring kat Mama sambil menyusu sambil Mama tepuk-tepuk lengan Aimi. Terus Aimi pejam mata dan lena.


Terjaga di waktu malam untuk menyusukan Aimi sambil berbaring, itu perkara biasa untuk Mama. Kadang-kadang Aimi taknak baring, Aimi nak di riba, jadi Mama bangun dan duduk untuk menyusukan Aimi. Mama tak kisah sayang, sebab hati Mama rasa puas bila lihat Aimi menyusu dengan lahapnya, dan kemudian Aimi tertidur kekenyangan.


Pagi sebelum pergi kerja, Aimi mesti nak menyusu dengan Mama dulu. Sekarang dah takde dah Mama mandi lama-lama kat bilik air, bersiap lama-lama, semuanya Mama buat dengan cepat sebab Mama nak spend masa 20-30 minit untuk menyusukan Aimi sebelum Mama pergi kerja. Mama akan rasa lega tengok Aimi senyum puas bila dah habis menyusu. Senyuman Aimi tanda Aimi puas. Mama juga gembira sebab Aimi kenyang dengan susu Mama.


Kat ofis, lunch hour pukul 12.30 pm - 1.30 pm. Setengah jam pertama, Mama pam susu dulu untuk Aimi. Masa pam tu, Mama pejamkan mata Mama, Mama bayangkan yang indah-indah tentang keluarga kita, Mama bayangkan senyuman Aimi, Mama bayangkan keletah Abang Haziq, Mama bayangkan Abah yang tak pernah jemu dengar kita semua pot pet pot pet. Semua tu buat Mama rasa happy, dan hasilnya, banyak susu Mama yang keluar. Semua tu untuk Aimi.


Balik rumah, Aimi dah tak sabar-sabar menyusu. Mama akan spend masa dengan Aimi lagi. Abah pula yang ambil alih tugas memasak. Abah tak pernah mengeluh, Abah betul-betul faham yang Aimi sangat memerlukan susu Mama. Ketahuilah olehmu sayang, Abah memang baik, seorang lelaki dan bapa yang sangat baik pada kita semua. Mama takkan mampu balas segala kebaikan Abah, apa yang Mama mampu buat, jaga dan didik Aimi dan Abang Haziq - zuriat Abah dengan sebaik-baiknya.


Menyusukan Aimi ialah satu perjuangan. Apabila Mama buat keputusan untuk menyusukan Aimi, Mama dah bersiap-sedia untuk menghadapi cabarannya.


Mama berjuang untuk menjaga pemakanan Mama, sebab apa yang Mama makan, itu lah yang akan Aimi makan.
Mama berjuang untuk memastikan Mama sentiasa sihat dan cergas, supaya penghasilan susu Mama tidak terganggu.
Mama berjuang untuk memastikan diri Mama sentiasa ceria walaupun dilanda masalah, sebab Mama nak Aimi dapat segala yang baik-baik dari Mama dan bukan sebaliknya.
Mama berjuang untuk mengatur masa Mama, sekarang banyak masa Mama untuk Aimi dan Mama dah korbankan masa untuk diri Mama sendiri.


Setiap hari adalah perjuangan, perjuangan untuk terus memastikan susu Mama sentiasa ada dan mengenyangkan Aimi...


Mama sayang padamu Aimi....


Nur Aimi Aqilah

p/s : Menitis airmata sewaktu meluahkan perasaan ini....

Sape Nak Sampel Susu Gain Plus IQ?

Lai lai lai... Mari rapat, mari dekat.


Sapa sini nak sampel susu Gain Plus IQ? Sila angkat tangan!!


Saya ada 5 kotak sampel susu. Susu ni untuk anak-anak yang berumur 1 hingga 3 tahun.


Setiap kotak mengandungi :
  • 4 peket sampel susu. 1 peket susu untuk 1 kali penyediaan susu.
  • Pororo Learning Game Cards

Semua ni FREE je. 


Anda cuma perlu bayar duit minyak kete saya nak pegi pejabat pos dan juga duit untuk kos penghantaran. 


Siapa nak? Sila emel ke z.munirah@gmail.com dengan segera. :)


Friday, April 12, 2013

ESP Double Layer

Rutin harian saya sebelum keluar rumah pergi kerja ialah, minum ESP yang dicampur horlicks. Itulah permulaan sarapan saya. Sampai ofis, saya terus pergi ke kantin untuk betul-betul sarapan (ade ke ayat betul-betul sarapan?) :)


Tapi kadang-kadang, kalau terbangun lambat, atau pagi tu sibuk dengan urusan lain sampai tak sempat minum ESP, saya akan bancuh ESP + horlicks tu dalam bekas minuman dan terus bawa ke ofis.


Tau-tau jelah kalau dah sampai ofis dan dah buat kerja, lupa pulak kat bancuhan ESP tu. Bila dah teringat nak minum, inilah rupanya :


ESP double layer

Mmm... dah jadi double layer la pulak... So saya terus shake kan botol tu, dan minum. Shedapppnyeee....


Botol purple kat sebelah tu menunjukkan balance air yang tinggal pada jam 9.50 am. Satu botol penuh ialah 1 liter. Mmmm... saya memang kuat minum air masak. :)

Shopping Kain Raya kat Jakel Baru!

Minggu lepas, saya dan Mama pergi shopping kain raya kat jakel. Tau kan, Jakel JB ni sekarang dah pindah dekat Angsana. Bukan dalam Angsana tau, tapi kat bangunan yang dekat dengan Angsana. Excited tau saya nak pergi beli kain ni. Bila sampai sana, tu diaaaaaaa......


Besaarrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr!!!

Shopping kain dengan Mama memang best ever. Walaupun saya ni dah beranak 2, tapi still nak pergi beli kain dengan Mama. Mama pandai pilih kain, pandai nego, pandai tengok kualiti kain, yang jatuh, yang berat, yang terletak, senang cakap, pandai segala-galanya lah. Sayang Mama banyak-banyak. Dan yang lagi best, shopping semua kain tu, Mama yang bayarkan dulu. Sampai rumah baru saya bayar balik kat Mama. Huhuhu.. Uni sayang Mama sangat-sangat...


Tapi kali ni, susah betul sebenarnya nak cari kain yang betul-betul menawan jiwa dan raga saya. Saya mengaku saya memang cerewet. Hahaha... Sebabnya, saya tengok semua kain ade warna asas hitam, HITAM hoccayy... Saya ni pulak tak berapa nak cerah, mana boleh pakai yang ada hitam banyak-banyak ni, alergik tau!


Kenyang perut tengok kain ni. Tapi semua ada base HITAM!!

Shoppping punya shopping, inilah hasil penshoppinganku (marah cikgu BM saya tengok saya tulis perkataan macam ni) :

  • Kain untuk baju melayu - 2 pasang
  • Kain untuk baju saya - 5 pasang

Sebenarnya baju melayu ni nak guna untuk majlis perkahwinan adik saya nanti. Jadi nak jimat, terus guna untuk raya juga. :) (Tahun ni saya raya rumah mertua, kain untuk raya kakak ipar dah belikan. Hehehe...)


Lepas dah shopping kain, haruslah shopping tudung pulak. Apa lagi, saya pergi beli tudung kat Ariani lah. Ariani betul-betul sebelah Jakel je, dalam bangunan yang sama. Best betul masuk kedai Ariani, ada 2 bahagian, 1 bahagian untuk tudung awning, 1 bahagian lagi untuk shawl.


Tudung saya beli 4 helai. Harga boleh tahan jugak. Takperlah, nak guna untuk raya kan. Setahun hanya sekali, merayakan hari yang mulia ini. 


Hari-hari biasa saya pakai tudung murah jer. :)

Thursday, April 11, 2013

Review Tentang Breast Pump Jenama Rumble Tuff

Pejam celik pejam celik, dah 2 bulan lebih saya guna breast pump Rumble Tuff ni (RT). Punyelah cepat masa berlalu, sampai saya lupa nak buat review tentang pam ni. Nasib baik Rinah ingatkan saya, so apa lagi, teruslah saya menaip pantas kat keyboard comel ni. Thanks Rinah! :)


Rumble Tuff Set
OK, ini die rupa paras pam tu. Motornya sangat comel. Sebesar tapak tangan saya saje.

Camne nak buat review ni yek? Saya buat point-point je ye supaya senang baca.

1) Harga

  • Harga pam ni yang murah berbanding medela - itulah faktor utama saya beli. Harganya RM400++, siap dapat macam-macam barang lagi. Boleh baca kat SINI.
  • Dapat 2 set botol dan corong tu.

2) Ciri-ciri
  • Pam ni boleh digunakan secara manual, guna bateri dan guna elektrik. 
  • Boleh digunakan secara single pumping dan double pumping. Tapi saya selalu guna single pumping je atas sebab, boleh guna pam tu 2 kali. Means, contoh kul 10am, saya pam sekali guna single pumping. Then botol tu saya tak basuh pun. Kul 1pm saya pam lagi guna botol yang satu lagi. Dah sudah, terus simpan. Balik rumah baru basuh. Jadi kalau kul 10 am, saya buat double pumping, nanti kul 1pm saya nak pam macamana? Sebab botol tu dah digunakan, kan?

3) Stimulation Cycle dan Expression Cycle
  • Saya dah pernah update pasal ni. Boleh baca kat SINI.
  • Stimulation Cycle selama 2 minit. Masa ni, susu saya pun dah mula keluar. 
  • Expression Cycle - saya selalu pam 10 minit untuk satu belah. 
  • Suction level ada sehingga 8 level. Saya selalu guna level 3 je, kadang-kadang je pergi level 4. Pernah try sampai level 5, tapi lepas tu miss b sakit sampai 2 hari. Tobat mak!!

4) Bising
  • Satu benda yang saya kureng sikit pasal pam ni ialah, ia bising!!! Bayangkanlah, masa saya pam susu kat hospital dulu, orang sebelah dengar sampai tegur "Awak tengah pam susu ye, saya dengar ada bunyi". Segan pulak saya masa tu. Pam selama 20 minit dengan bunyi bising amatlah tidak best kalau ada orang di sekeliling. Saya cover motor tu dengan sweater tebal, but still, tetap bising. 
  • Sekarang kat tempat kerja saya pam kat surau. Kat surau ade karpet. Walaupun karpet serap bunyi, tapi tetap bising. Kadang-kadang segan kalau ada kawan yang rehat dan nak tido kat surau time lunch hour sebab diorang letih. Rasa macam ganggu diorang je. Saya ada mintak maaf kat diorg, tapi alhamdulillah, semua kawan-kawan cakap tak kisah. Diorang faham tanggungjawab saya sebagai ibu yang menyusukan anak. Terharunya saya...
  • Saya tak pernah pam susu di tempat keje (tempat duduk saya) pada waktu kerja. Saya pernah pam kat tempat duduk saya masa lepas waktu kerja. Mase tu ramai orang dah balik. Jadi orang lain yang tinggal tak kisahpun dengan bunyi bising. Takde orang tegur pun.
  • Tapi saya tak suka pam kat tempat duduk saya sebab tak syokla. Tempat saya tu open, takde cubicle bagai. Kang tak pasal-pasal orang nampak aurat saya tu.

5) Bahagian-bahagian pam (parts)
  • Senang ditanggalkan dan senang dipasang semula.
  • Mula-mula tu saya confuse la, tapi sekarang dah hari-hari pam, sambil pejam mata pun saya boleh pasang parts tu balik. Alah bisa tegal biasa, kan.

6) Kuantiti susu yang dipam
  • Sebenarnya, saya tak percaya kalau orang cakap, bila kita guna pam yang mahal, susu kita banyak keluar. Kalau guna pam murah, susu sikit je keluar. Yang saya percaya ialah, banyak atau sikit susu yang diperah tu bergantung kepada ibu itu sendiri. Keadaan kesihatannya, cara pemakanannya, cara pemikirannya, positifkah dia, negatifkah dia, kesungguhan dia, itu yang sebenarnya mempengaruhi kuantiti susu yang dipam. 
  • Sama juga dengan saiz tubuh badan ibu. Kalau ibu gemuk, susu banyak, kalau ibu kurus, susu sikit. Saya tak percaya benda tu.
  • Melihat contoh diri saya sendiri, masa mula-mula saya pam dulu, apa pun tarak. Takde satu titis susu pun yang keluar, umpama macam saya pam angin je. Lepas tu lama-lama meningkat, keluar 2-3 titis, then pergi kepada 0.5 oz, 1 oz, 2 oz, 3 oz dan sekarang paling banyak yang saya dapat untuk satu sesi pam ialah 4.5 oz. 
  • Jadi kat sini, kuantiti susu bergantung kepada ibu, bukan kepada pam.

7) Macamana nak buat double pumping?
  • Saya tak boleh nak jawab soalan ni. Saya pernah buat double pumping guna pam ni. Pam selama 10 minit. Selama 10 minit tu, kedua-dua tangan saya dok pegang botol. Saya rasa cara tu tak best.
  • Kalau Medela Freestyle, rasenye ade sangkut khas untuk botol pam tu melekat kat miss b kita. Namapun freestyle kan.

8) So far, puas hati tak guna pam ni?
  • Saya puas hati. Semua ok kecuali bab bising tu jelah. Jadinya saya bagi 4 bintang untuk pam ini.

Rating : 4 bintang daripada 5 bintang.


Ok itulah dia review saya tentang pam ni.


Kalau ada yang korang nak tau lagi, just drop a comment ye? Saya akan cuba jawab sebaik mungkin. :)

Segmen : Top Commentator of the Month

Bermula bulan ini (April 2013), saya nak buat satu segmen baru, iaitu TOP COMMENTATOR OF THE MONTH. Bagi yang dah biasa dengan dunia blogging, istilah Top Commentator ni diorang dah maklum sangat.


Tapi bagi yang baru je berjinak-jinak dengan dunia blogging, Top Commentator ni bermaksud - pembaca blog yang paling baca bagi komen untuk satu-satu blog yang dia baca.


SESI SOAL JAWAB


Anda Tanya : Uni, kenapa awak rajin bebenor nak buat segmen bagai ni?

Uni Jawab :
  • Saya nak ada komunikasi dua hala dengan pembaca blog saya.
  • Saya nak dapat maklum balas / pendapat / komen / cadangan daripada pembaca blog tentang entry yang saya tulis.
  • Saya nak tau sama ada apa yang saya tulis tu memberi manfaat / penambahbaikan kepada anda yang membaca.
  • Saya nak bagi HADIAH kepada pembaca yang jadi Top Commentator.
  • Saya nak buat orang rasa happy sebab dapat HADIAH. :)

Anda Tanya : Eh, ada hadiah rupanya. Kalau gitu, saya nak jadi Top Commentator lah, sebab cita-cita asal nak jadi America'a Next Top Model tak tercapai. Tapi Uni, macamana caranya nak jadi Top Commentator ni?

Uni Jawab :
  • Baca entry yang anda rasakan menarik di blog saya ini. Kalau nak baca SEMUA entry, lagilah dialu-alukan. Hehehe...
  • Tinggalkan komen anda pada entry yang anda baca (janganlah sekadar tulis "hi" atau "thanks" sahaja walaupun itu tetap dikira sebagai komen).
  • Mana-mana komen yang menyentuh sensitiviti sesuatu agama, kaum dan berbaur politik tidak akan diapprove.
  • Komen daripada "anonymous" tidak akan diapprove. So kena lah ada nama sendiri ok.
  • Siapa yang komen paling banyak pada bulan itu, secara automatikya akan jadi Top Commentator. Sila refer widget di right side bar ni ye.

Anda Tanya : Rasa-rasanya saya dah komen banyak. Tapi Uni, macamana saya nak tau yang saya ni Top Commentator kat blog awak ye?

Uni Jawab :
  • Setiap awal bulan, saya akan umumkan Top Commentator untuk bulan sebelumnya. Contohnya, pada awal bulan Februari, saya akan update satu entry untuk umumkan Top Commentator bagi bulan Januari.
  • Entry itu akan jadi sticky post selama 24 jam.
  • Nama yang jadi Top Commentator itu (nama yang paling atas), haruslah menghubungi saya melalui emel di z.munirah@gmail.com dan berikan nama penuh, alamat dan nombor telefon untuk tujuan penghantaran hadiah. Saya beri masa 3 hari untuk anda menghubungi saya.
  • Saya cadangkan untuk anda follow blog saya supaya anda tak terlepas pengumuman penting itu. :)

Anda Tanya : Uni, saya dah emel kat awak semua detail yang diperlukan. Bila agaknya saya akan terima hadiah saya? Bukan apa, saya ni bab-bab terima hadiah ni memang suka sangat-sangat.

Uni Jawab :
  • Amboi, excited you... OK, lepas saya dapat semua detail, hadiah akan dipos dalam masa 3-4 hari.
  • Walaupun excited, janganlah hari-hari dok tunggu posmen kat pintu pagar ye. Kang dia ingat awak nak ngorat dia pulak, padahal awak tunggu hadiah daripada mystorymory.com

Anda Tanya : Bulan lepas saya dah jadi Top Commentator. Kalau bulan ni atau bulan-bulan seterusnya saya jadi Top Commentator lagi boleh ke? Almaklumlah, saya ni memang rajin tinggalkan komen.

Uni Jawab :
  • Oh, takde masalah. Kalau 12 bulan dalam setahun tu asyik muka awak je yang jadi Top Commentator kat blog saya ni, awak tetap akan dapat hadiah. :)

Jadi, tunggu apa lagi? :)

Wednesday, April 10, 2013

Susahnya Bekerja Dengan Orang Yang Takde Knowledge dan Experience Dalam Bidang Kerja itu

Kalau tak tau, boleh belajar.


Kalau tak tau, bila orang ajar, dengar dan ikutlah.


Tapi ni dahla tak tau, taknak belajar. Bila orang ajar, taknak dengar. Tambah lagi, takde qualification dan knowledge dalam bidang kerja itu, experience pun takde, cuma harapkan ada pangkat sahaja. Bolehkah kerja itu dilaksanakan dengan sebaik-baiknya?


I have qualification, I have knowledge, I have experience and I have skill. The only thing that I don't have is "position". Dealing with "difficult people" like you makes an easy and simple task become harder, because you know nothing about nature of the job. Haihhh....


p/s : Sekadar luahan perasaan....

Mac 2013 : Total Unique Visitors dan Keyword Paling Hit



Bulan Mac 2013 mencatatkan sebanyak 3,497 total unique visitors dan 7,201 total page views. Sekali tengok rasa macam tak percaya je bulan lepas ade 3000 lebih unique visitors datang ke blog saya ni.


Total unique visitor dalam sehari pun dah melonjak. Dulu dalam sehari cuma ada 7-8 unique  visitor je, tapi sekarang ni paling banyak ada 150 unique visitor untuk satu hari. Saya rasa ini adalah satu pencapaian peribadi saya dalam dunia blogging ni. Mungkinlah tak sebanyak bloggers yang lain, tapi saya lebih suka banding dengan diri sendiri yang dulu, daripada bandingkan dengan bloggers yang lain.


Saya pun tertanya-tanya, apa yang sebenarnya orang cari kat blog saya ni? So ini dia keyword paling hit untuk bulan Mac 2013 :


Keyword paling hit ialah "persiapan bersalin" dan "set bersalin tanamera". Kiranya info pasal nak bersalin ni lah yang paling orang cari dan jumpa kat blog saya ni. 


Sebenarnya, banyak lagi info pasal bersalin dan set tanamera yang nak saya kongsikan. So teruskan setia bersama mystorymory.com. Kalau nak jadi follower, amatlah dialu-alukan. Terus saja klik button "Follow" kat atas blog ni ye. ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like Page Kedai Vitamin Bandar Seri Alam :)

Like Page Love Natuwrel :)

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *