I Love My Followers

Blog ini adalah blog peribadi yang berkisar tentang kehidupan seperti usaha untuk hamil, kehamilan, kelahiran, penjagaan semasa pantang, penjagaan dan pendidikan anak, kesihatan dan kecantikan, keibubapaan dan perkahwinan.
Topik-topik lain juga ada mengikut keselesaan penulis.

Friday, March 29, 2013

Jaundis Tinggi, Kene Check Telinga

Pagi ni saya bawa Aimi ke Hospital Sultan Ismail, Johor (HSI) untuk follow-up ujian pendengaran (telinga). Untuk makluman, beberapa hari selepas dilahirkan, Aimi kene jaundis (kuning) yang agak tinggi hingga perlu warded di hospital selama 3 hari. Masa nak kuar hospital tu, doktor dah tetapkan tarikh temujanji untuk cek telinga pada 29/03/13 dan untuk cek perkembangannya (growth and development) pada bulan April nanti.


(Saya rasa bahasa blogging saya agak tunggang langgang setelah banyak hari tak update blog. Kalau korang baca entry ni tapi susah nak faham, sila baca sebanyak 2-3 kali lagi, lepas tu gerenti korang akan faham... Huwaa...)


Saya sampai di HSI jam 9.20 am. Sampai je kat sana, saya terus pergi ke kaunter pendaftaran yang dikhususkan untuk pesakit yang ada appointment. Dapat nombor 1098, current number 1089. Haih, rasa macam lame je nak tunggu.


But guess what, saya tunggu dalam 10 minit je, lepas tu terus nombor saya dipanggil dan saya daftar kat kaunter. Efisien sungguh HSI ni buat kerja. Baguslah macam ni, sesuai dengan orang yang kurang sabar sibuk macam saya ni. Pastu kene bayar RM5 sebab saya dan suami kerja swasta. Hehehe...


Dah sudah tu, terus turun tangga pergi ke bahagian Ear, Nose and Throat (ENT) clinic. Kat sana, saya tengok macam ramai je orang yang menunggu. Ade juga satu baby ni umur 1 bulan setengah yang datang untuk cek telinga due to jaundice jugak.


Tunggu punya tunggu, Aimi tidur. Mana taknya, suka dia dalam pelukan Mama dia yang comel ni, rasa macam dibuai-buai gitu sebab Mamanya tak reti duduk diam.


Untuk makluman, sesiapa yang bawa baby untuk cek telinga ni, korang kene pastikan baby tido ye semasa ujian tu dijalankan. Kalau baby tak tido, doktor tak boleh cek. Saya pula awal-awal lagi dah bf Aimi dan bagi susu botol biar dia kenyang, sebab nurse dulu dah bagitau yang anak kene tido masa buat ujian pendengaran ni.


Tak lama lepas tu, doktor panggil Aimi untuk cek telinga, masuk kat satu bilik ni, die letak macam headfon kat telinga Aimi dan ada 3 tempat besi yang dia letak gel dan letak kat kepala Aimi. Gel tu sejuk, Aimi terus terjaga dan menangis.


Saya dodoikan dia tapi dia taknak tido. Saya pulak taknaklah sebab Aimi tak tido, saya kena kuar dari bilik tu dan bagi turn saya kat orang lain dan saya kene tunggu lagi. Jadinya saya terus bf Aimi kat situ (nasib baik doktor tu pompuan) dan Aimi terus pejam mata dan tido. Good girl Aimi sayang. Then ujian tu diteruskan semula. Mula-mula kat telinga kiri lepas tu kat telinga kanan. Sekejap je, rase dalam 5-10 minit gitu. Then doktor interpret result, dia cakap semua normal takde masalah. Lega hati saya. Lepas tu saya terus balik.


Ringkasan :

1) Siapa kata anak kene kuning tak bahaya? Takde benda perlu dirisaukan? It's a no no no ok. Doktor cakap, kalau anak kene kuning lepas lahir dan bacaan kuningnya tinggi sampai perlu buat PEMINDAHAN DARAH, itu bermakna something serious yang boleh beri kesan kepada pendengaran anak nanti. Korang nak ke pendengaran anak yang tersayang ade masalah? (Sila jawab dalam hati, sebab hati takkan menipu).


2) Kalau korang nampak mata baby kuning, badannya kuning walaupun SIKIT JE, segeralah buat pemeriksaan di klinik kesihatan / hospital. Jangan memandai-mandai judge "ala, sikit je, takde apa tu". Pergi buat pemeriksaan dan dapatkan result bertulis. Jangan fikirkan diri sendiri aje, tapi fikirkan baby tu.


3) Sistem kat HSI sangat cekap. Staff dan nurse semua memang mesra. Saya suka. Tapi perlu ingat, kalau kita ni muka masam dan asyik nak marah dan komplen je, janganlah kita harap orang akan mesra dengan kita.


4) Semua urusan follow-up hari ini selesai dalam masa 1 jam 40 minit. Pantas dan tuntas. I like.


5) Aimi sangat behave. Mama sayang Aimi... :)

6 comments:

fifi said...

U dah bersalin eh?ketinggalan la kite ni.adoyai.congrats tau.

Uni said...

ye dah selamat dah... thanks fifi.. :)

Rinah said...

memang scary kan klu baby kena jaundis.. mcm2 kena buat.. baby Rinah hari tue pun kena jaundis juga.. tp tak tinggi sangatlah around 250++ kemudian beransur-ansur turun..

Fiza Rahman said...

Alhamdulillah normal.

Uni said...

Ye Rinah. Scary tu takla, tapi lebih kepada stress. Saya dan baby warded selama 3 hari di hospital. Tempoh tu memang rasa stress, macam-macam yang ada dalam fikiran ni pasa masa tu. Huhu...

Uni said...

Alhamdulillah. In Shaa Allah minggu depan pergi check up lagi. Kali ni nak cek baby punye growth and development pulak. Doakan yang baik-baik untuk baby Aimi saya ye. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like Page Superb Vitamin For Life :)

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *