I Love My Followers

Blog ini adalah blog peribadi yang berkisar tentang kehidupan seperti usaha untuk hamil, kehamilan, kelahiran, penjagaan semasa pantang, penjagaan dan pendidikan anak, kesihatan dan kecantikan, keibubapaan dan perkahwinan.
Topik-topik lain juga ada mengikut keselesaan penulis.

Sunday, March 17, 2013

Huggies Dry Pants - Tukarlah Untuk Lebih Senang Dipakai

Menjadi seorang ibu adalah tugas yang sangat mencabar, apatah lagi untuk mereka yang baru pertama kali bergelar ibu. Untuk mereka yang dah masuk kali kedua menjadi ibu (dapat anak kedua) macam saya ini, maka lebih mencabarlah tugas saya sehari-hari. Antara yang mencabarnya ialah pada masa nak pakaikan lampin untuk anak. Untuk anak yang sihat ceria dan aktif macam Haziq, proses memakaikan lampin padanya boleh buat saya yang dah mandi wangi-wangi ni jadi sampai berpeluh dan rasa macam kena mandi balik tau. =)


Apa taknya, lepas dah baringkan Haziq, bila nak pakaikan lampin tu, dia boleh bangun dan berlari gembira ke sana sini dalam keadaan tanpa seurat benang ibarat bayi baru lahir. Jenuh saya mengejarnya hanya semata-mata nak pakaikan lampin. Tau-tau sajalah, anak tengah nak membesar, mana boleh duduk diam kan.


Tapi sekarang ni, tugas memakaikan lampin yang merupakan antara tugas mencabar tu dah jadi tugas yang amat memudahkan saya. Tak perlu lagi saya nak kejar Haziq bila nak pakaikan lampin. Hanya dalam masa kurang 30 saat, dah siap pakai lampin dan Haziq boleh sambung bermain sambil meneroka alam sekelilingnya. Makanya, Mama Haziq ni tetap maintain comel gitu. J


Apa rahsiaku? Haaa…kalau nak tau, meh sini, meh rapat. Sekarang ni saya pakaikan Haziq dengan Huggies Dry Pants!!




Ye, Huggies Dry Pants ni lampin tapi berseluar. Haa..camno tu.. Rupa bentuknya memang macam lampin, tapi hanya perlu pakaikan saja tanpa perlu pelekat sana sini bagai. Pastu tak payah nak cari alas atau tilam nak baringkan Haziq untuk pakaikan lampin, cukupla dengan Haziq perlu berdiri sahaja dan pegang bahu Mama dia ni supaya senang dia masukkan kaki kat Huggies Dry Pants tu.


Tak faham jugak? OK jom kita tengok gambar :


Ni gambarnya. Tangan yang gagah itu bukan tangan saya ye. Saya sedang ambil gambar. Abah Haziq yang tolong pakaikan dry pants ni.



Cuba tengok ye, kita pakaikan Huggies Dry Pants ni sebijik macam kita pakaikan seluar kat anak kita. Sekejap je kan dah siap. Confirm kita tak berpeluh-peluh nak mengejar anak sebab nak pakaikan lampin. Saya suka sangat Huggies Dry Pants sebab ia mempercepatkan kerja saya memakaikan lampin anak, jadi saya boleh terus membuat kerja rumah yang lain dan Haziq pun boleh terus bermain dengan gembiranya.



Dialog dalam hati Haziq : “Eh sekejap nya Mama pakaikan lampin Haziq hari ni. Belum apa-apa Haziq dah siap pakai lampin. Bestnya. Efisien sungguh Mama Haziq buat kerja. Bangga Haziq dapat Mama yang pantas buat kerja ni…Tapi persoalannya, macamana Mama boleh jadi sepantas Ultraman Cosmos ni?”




Dialog dalam hati Haziq : “Oh patutlah.. Mama pakaikan Haziq lampin baru rupanya. Namanya Huggies Dry Pants. Patutlah selesa sangat.  Haziq nak posinglah dengan lampin baru ni”.



“Comel tak Haziq pakai Huggies Dry Pants?”




Ini rupanya Huggies Dry Pants bile dilihat dari tepi.




Mandi time!!! Senangnya nak buka lampin, hanya perlu koyakkan lampin di bahagian tepi kiri dan kanan.



Itulah kisahnya bila saya pakaikan Haziq dengan Huggies Dry Pants. Hanya dengan 3 langkah mudah iaitu “Koyak, Salin, dan Lepas”, kini saya tak perlu lagi bersusah payah nak pakaikan lampin untuk Haziq. 


Tambahan lagi, dry pants ni sama je corak depan dan belakang. Jadi boleh pakaikan dari belah mana pun sama sahaja. Sesuailah untuk saya Mama Moden yang always on the go ni. Tak perlu tengok, eh mana depan, mana belakang. Just ambil Huggies Dry Pants dan terus sarungkan kat Haziq. Oh my, I always love innovative technologies that make my life easier and Huggies Dry Pants really make my life much easier! J


Pastu dengan adanya peregang lembut kat bahagian tepi dry pants ni, dapat membantu menghalang kesan merah dan Haziq lebih selesa walaupun bermain dan berlari tanpa henti kat dalam rumah ni. Tau-tau sajalah, kulit Haziq ni agak sensitif, kalau peregang lampin tu keras semacam, kesian dia nanti jadi merah kulitnya. Yang buat saya suka lagi, Huggies ni jenama lampin bayi pakai buang PERTAMA di Malaysia yang TERBUKTI SECARA KLINIKAL dapat membantu MENGHALANG RUAM LAMPIN. I likeee..!!



Haaa, kalau mommies semua nak rasai kehebatan Huggies Dry Pants ni, apalagi, jom pakat ramai-ramai dapatkan sampel percuma daripada Huggies. Klik kat http://www.huggies.com.my/huggies-community/request-a-sample.aspx ye.




Dan jangan lupa klik like kat Facebook page Huggies juga di www.facebook.com/Huggies.Malaysia


***This is a sponsored post***

2 comments:

Fiza Rahman said...

Ceria jer muka haziq ☺☺

Uni said...

Fiza, dia memang ceria je 24 jam. Penghibur hati kami sekeluarga. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like Page Superb Vitamin For Life :)

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *