I Love My Followers

Blog ini adalah blog peribadi yang berkisar tentang kehidupan seperti usaha untuk hamil, kehamilan, kelahiran, penjagaan semasa pantang, penjagaan dan pendidikan anak, kesihatan dan kecantikan, keibubapaan dan perkahwinan.
Topik-topik lain juga ada mengikut keselesaan penulis.

Friday, March 29, 2013

Jaundis Tinggi, Kene Check Telinga

Pagi ni saya bawa Aimi ke Hospital Sultan Ismail, Johor (HSI) untuk follow-up ujian pendengaran (telinga). Untuk makluman, beberapa hari selepas dilahirkan, Aimi kene jaundis (kuning) yang agak tinggi hingga perlu warded di hospital selama 3 hari. Masa nak kuar hospital tu, doktor dah tetapkan tarikh temujanji untuk cek telinga pada 29/03/13 dan untuk cek perkembangannya (growth and development) pada bulan April nanti.


(Saya rasa bahasa blogging saya agak tunggang langgang setelah banyak hari tak update blog. Kalau korang baca entry ni tapi susah nak faham, sila baca sebanyak 2-3 kali lagi, lepas tu gerenti korang akan faham... Huwaa...)


Saya sampai di HSI jam 9.20 am. Sampai je kat sana, saya terus pergi ke kaunter pendaftaran yang dikhususkan untuk pesakit yang ada appointment. Dapat nombor 1098, current number 1089. Haih, rasa macam lame je nak tunggu.


But guess what, saya tunggu dalam 10 minit je, lepas tu terus nombor saya dipanggil dan saya daftar kat kaunter. Efisien sungguh HSI ni buat kerja. Baguslah macam ni, sesuai dengan orang yang kurang sabar sibuk macam saya ni. Pastu kene bayar RM5 sebab saya dan suami kerja swasta. Hehehe...


Dah sudah tu, terus turun tangga pergi ke bahagian Ear, Nose and Throat (ENT) clinic. Kat sana, saya tengok macam ramai je orang yang menunggu. Ade juga satu baby ni umur 1 bulan setengah yang datang untuk cek telinga due to jaundice jugak.


Tunggu punya tunggu, Aimi tidur. Mana taknya, suka dia dalam pelukan Mama dia yang comel ni, rasa macam dibuai-buai gitu sebab Mamanya tak reti duduk diam.


Untuk makluman, sesiapa yang bawa baby untuk cek telinga ni, korang kene pastikan baby tido ye semasa ujian tu dijalankan. Kalau baby tak tido, doktor tak boleh cek. Saya pula awal-awal lagi dah bf Aimi dan bagi susu botol biar dia kenyang, sebab nurse dulu dah bagitau yang anak kene tido masa buat ujian pendengaran ni.


Tak lama lepas tu, doktor panggil Aimi untuk cek telinga, masuk kat satu bilik ni, die letak macam headfon kat telinga Aimi dan ada 3 tempat besi yang dia letak gel dan letak kat kepala Aimi. Gel tu sejuk, Aimi terus terjaga dan menangis.


Saya dodoikan dia tapi dia taknak tido. Saya pulak taknaklah sebab Aimi tak tido, saya kena kuar dari bilik tu dan bagi turn saya kat orang lain dan saya kene tunggu lagi. Jadinya saya terus bf Aimi kat situ (nasib baik doktor tu pompuan) dan Aimi terus pejam mata dan tido. Good girl Aimi sayang. Then ujian tu diteruskan semula. Mula-mula kat telinga kiri lepas tu kat telinga kanan. Sekejap je, rase dalam 5-10 minit gitu. Then doktor interpret result, dia cakap semua normal takde masalah. Lega hati saya. Lepas tu saya terus balik.


Ringkasan :

1) Siapa kata anak kene kuning tak bahaya? Takde benda perlu dirisaukan? It's a no no no ok. Doktor cakap, kalau anak kene kuning lepas lahir dan bacaan kuningnya tinggi sampai perlu buat PEMINDAHAN DARAH, itu bermakna something serious yang boleh beri kesan kepada pendengaran anak nanti. Korang nak ke pendengaran anak yang tersayang ade masalah? (Sila jawab dalam hati, sebab hati takkan menipu).


2) Kalau korang nampak mata baby kuning, badannya kuning walaupun SIKIT JE, segeralah buat pemeriksaan di klinik kesihatan / hospital. Jangan memandai-mandai judge "ala, sikit je, takde apa tu". Pergi buat pemeriksaan dan dapatkan result bertulis. Jangan fikirkan diri sendiri aje, tapi fikirkan baby tu.


3) Sistem kat HSI sangat cekap. Staff dan nurse semua memang mesra. Saya suka. Tapi perlu ingat, kalau kita ni muka masam dan asyik nak marah dan komplen je, janganlah kita harap orang akan mesra dengan kita.


4) Semua urusan follow-up hari ini selesai dalam masa 1 jam 40 minit. Pantas dan tuntas. I like.


5) Aimi sangat behave. Mama sayang Aimi... :)

Semua Emel Sudah Dibalas

Marathon!!!


Tengahari ini saya luangkan masa untuk membalas SEMUA emel yang bertanyakan tentang Mak Aji. Masa saya dok menaip membalas emel tu, timbul juga rasa sebak di hati. Betapa ramainya di kalangan kita yang masih menunggu, masih berharap untuk merasai momen-momen indah hamil dan menjadi ibu. Saya berharap, dengan maklumat tentang Mak Aji yang saya berikan, dapat membantu rakan-rakan semua untuk terus berikhtiar dan berusaha untuk menimang cahaya mata.


Apapun, saya ingin pesan, janganlah sampai ada di antara kita yang bertaklid dan menganggap Mak Aji itu punya "kuasa superpower" untuk menjadikan kita hamil. Yang punya kuasa itu hanya Allah s.w.t. Kalau Dia izinkan kita untuk hamil dan menjadi ibu, maka kita akan jadi ibu, tapi jika sebaliknya, kita harus sabar dan terus berikhtiar.


Setakat jam 2.40 pm ni, saya dah balas semua emel. Tapi kalau ada lagi yang masih belum dapat reply daripada saya, tolong send e-mel anda semula ye?


p/s : Kalau ada sesiapa yang nak dapatkan maklumat tentang Mak Aji, please e-mail to me first and not the other way round ya?. :)

Thursday, March 21, 2013

Sabar Menanti Ye

'Curi' sedikit masa sekejap untuk update blog yang amat saya rindui...


Untuk pembaca blog ini yang telah emel kepada saya untuk mendapatkan nombor telefon Mak Aji (untuk tujuan urut untuk hamil), saya mohon maaf kerana lambat balas emel anda semua. Saya agak sibuk buat masa ini dengan urusan kerja dan juga keluarga. Kalau ada yang dah emel tapi masih belum dapat reply daripada saya lepas seminggu, saya harap anda dapat emel semula kepada saya, takut saya terlepas pandang emel anda. Tapi yang pastinya saya akan balas emel-emel anda semua. :)


Dan juga kepada my silent readers yang tak jemu-jemu bertanya khabar kepada saya melalui emel dan berharap saya kembali berblogging dengan aktif, terima kasih atas sokongan anda semua. Terharunye iols ada orang sudi baca blog iols yang tak seberapanya ini. Terharu ada orang yang sentiasa menantikan entry-entry terbaru setiap hari. Terharu sangat2. Sob...sob...


Sabar menanti ye kawan-kawanku.... Sayang korang semua... :)

Sunday, March 17, 2013

Huggies Dry Pants - Tukarlah Untuk Lebih Senang Dipakai

Menjadi seorang ibu adalah tugas yang sangat mencabar, apatah lagi untuk mereka yang baru pertama kali bergelar ibu. Untuk mereka yang dah masuk kali kedua menjadi ibu (dapat anak kedua) macam saya ini, maka lebih mencabarlah tugas saya sehari-hari. Antara yang mencabarnya ialah pada masa nak pakaikan lampin untuk anak. Untuk anak yang sihat ceria dan aktif macam Haziq, proses memakaikan lampin padanya boleh buat saya yang dah mandi wangi-wangi ni jadi sampai berpeluh dan rasa macam kena mandi balik tau. =)


Apa taknya, lepas dah baringkan Haziq, bila nak pakaikan lampin tu, dia boleh bangun dan berlari gembira ke sana sini dalam keadaan tanpa seurat benang ibarat bayi baru lahir. Jenuh saya mengejarnya hanya semata-mata nak pakaikan lampin. Tau-tau sajalah, anak tengah nak membesar, mana boleh duduk diam kan.


Tapi sekarang ni, tugas memakaikan lampin yang merupakan antara tugas mencabar tu dah jadi tugas yang amat memudahkan saya. Tak perlu lagi saya nak kejar Haziq bila nak pakaikan lampin. Hanya dalam masa kurang 30 saat, dah siap pakai lampin dan Haziq boleh sambung bermain sambil meneroka alam sekelilingnya. Makanya, Mama Haziq ni tetap maintain comel gitu. J


Apa rahsiaku? Haaa…kalau nak tau, meh sini, meh rapat. Sekarang ni saya pakaikan Haziq dengan Huggies Dry Pants!!




Ye, Huggies Dry Pants ni lampin tapi berseluar. Haa..camno tu.. Rupa bentuknya memang macam lampin, tapi hanya perlu pakaikan saja tanpa perlu pelekat sana sini bagai. Pastu tak payah nak cari alas atau tilam nak baringkan Haziq untuk pakaikan lampin, cukupla dengan Haziq perlu berdiri sahaja dan pegang bahu Mama dia ni supaya senang dia masukkan kaki kat Huggies Dry Pants tu.


Tak faham jugak? OK jom kita tengok gambar :


Ni gambarnya. Tangan yang gagah itu bukan tangan saya ye. Saya sedang ambil gambar. Abah Haziq yang tolong pakaikan dry pants ni.



Cuba tengok ye, kita pakaikan Huggies Dry Pants ni sebijik macam kita pakaikan seluar kat anak kita. Sekejap je kan dah siap. Confirm kita tak berpeluh-peluh nak mengejar anak sebab nak pakaikan lampin. Saya suka sangat Huggies Dry Pants sebab ia mempercepatkan kerja saya memakaikan lampin anak, jadi saya boleh terus membuat kerja rumah yang lain dan Haziq pun boleh terus bermain dengan gembiranya.



Dialog dalam hati Haziq : “Eh sekejap nya Mama pakaikan lampin Haziq hari ni. Belum apa-apa Haziq dah siap pakai lampin. Bestnya. Efisien sungguh Mama Haziq buat kerja. Bangga Haziq dapat Mama yang pantas buat kerja ni…Tapi persoalannya, macamana Mama boleh jadi sepantas Ultraman Cosmos ni?”




Dialog dalam hati Haziq : “Oh patutlah.. Mama pakaikan Haziq lampin baru rupanya. Namanya Huggies Dry Pants. Patutlah selesa sangat.  Haziq nak posinglah dengan lampin baru ni”.



“Comel tak Haziq pakai Huggies Dry Pants?”




Ini rupanya Huggies Dry Pants bile dilihat dari tepi.




Mandi time!!! Senangnya nak buka lampin, hanya perlu koyakkan lampin di bahagian tepi kiri dan kanan.



Itulah kisahnya bila saya pakaikan Haziq dengan Huggies Dry Pants. Hanya dengan 3 langkah mudah iaitu “Koyak, Salin, dan Lepas”, kini saya tak perlu lagi bersusah payah nak pakaikan lampin untuk Haziq. 


Tambahan lagi, dry pants ni sama je corak depan dan belakang. Jadi boleh pakaikan dari belah mana pun sama sahaja. Sesuailah untuk saya Mama Moden yang always on the go ni. Tak perlu tengok, eh mana depan, mana belakang. Just ambil Huggies Dry Pants dan terus sarungkan kat Haziq. Oh my, I always love innovative technologies that make my life easier and Huggies Dry Pants really make my life much easier! J


Pastu dengan adanya peregang lembut kat bahagian tepi dry pants ni, dapat membantu menghalang kesan merah dan Haziq lebih selesa walaupun bermain dan berlari tanpa henti kat dalam rumah ni. Tau-tau sajalah, kulit Haziq ni agak sensitif, kalau peregang lampin tu keras semacam, kesian dia nanti jadi merah kulitnya. Yang buat saya suka lagi, Huggies ni jenama lampin bayi pakai buang PERTAMA di Malaysia yang TERBUKTI SECARA KLINIKAL dapat membantu MENGHALANG RUAM LAMPIN. I likeee..!!



Haaa, kalau mommies semua nak rasai kehebatan Huggies Dry Pants ni, apalagi, jom pakat ramai-ramai dapatkan sampel percuma daripada Huggies. Klik kat http://www.huggies.com.my/huggies-community/request-a-sample.aspx ye.




Dan jangan lupa klik like kat Facebook page Huggies juga di www.facebook.com/Huggies.Malaysia


***This is a sponsored post***
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like Page Superb Vitamin For Life :)

Like Page Love Natuwrel :)

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *