I Love My Followers

Blog ini adalah blog peribadi yang berkisar tentang kehidupan seperti usaha untuk hamil, kehamilan, kelahiran, penjagaan semasa pantang, penjagaan dan pendidikan anak, kesihatan dan kecantikan, keibubapaan dan perkahwinan.
Topik-topik lain juga ada mengikut keselesaan penulis.

Friday, January 11, 2013

Set Berpantang Shaklee

Persedian untuk berpantang saya dah mulakan daripada awal lagi. Bila kandungan masuk usia 25 weeks, saya dah start cari tukang urut. Bincang pasal servis dan harga, then deal. Setel bab tukang urut.


Pastu set berpantang untuk bahagian luaran. Seperti yang dah saya bagitau sebelum ini, saya beli set bersalin Tanamera, sebabnya boleh dikatakan kali ini saya akan berpantang sendiri walaupun duduk kat rumah Mama, sebab Mama keje, full time working mother day to night. Jadi saya tak nak susahkan Mama untuk sediakan ramuan mandian saya etc. jadi saya beli set complete Tanamera.


Dan apa pula persediaan saya untuk set berpantang bahagian dalaman? Dulu masa first berpantang, saya gunakan set yang berasakan jamu-jamu dengan segala macam pil yang saya rasa macam terpaksa je nak telan, tapi telan jugak sebab dah beli full set kan. Pastu tukang urut saya dulu ade buat pil sendiri (bentuk kapsul), manjakani ke apa entah saya dah lupa. Tau-tau jelah kalau buat sendiri, mana ada label, mana ada laporan ujian makmal, sijil pengesahan, etc. Tapi saya tetap telan jugak pil tu sebab masa tu saya berpantang di rumah mil.


Tapi kali ni, saya rasa saya lebih berani buat keputusan untuk diri saya sendiri, apa yang saya nak dan apa yang saya tak nak, saya sendiri yang decide. Jadinya, untuk set berpantang bahagian dalaman, saya telah membeli Set Berpantang Shaklee. Saya pernah dengar nama Shaklee dulu-dulu, masa kecik dulu, tapi tak pernah amik port pun. Hehehehe...


Kenapa saya beli set ni? Sebab ia adalah vitamin dan bukan jamu. Saya ni dibesarkan dengan tak pernahnya makan jamu, kalau makan vitamin dan supplemen tu dah biasalah, so kalau kena makan jamu lagi untuk kali kedua ni, saya memang taknak. Saya juga pernah baca yang mengatakan kalau kita makan jamu time pantang dan anak kita pulak kene jaundis, kita kene stop pengambilan jamu sebab jamu meningkatkan lagi risiko jaundis pada baby (jika bf). 


Dalam set berpantang Shaklee ni ada 4 jenis vitamin asas, pastu saya ada tambah 2 jenis yang lain. Jom tengok apa ada dalam set ni :

Set Berpantang Shaklee

Set berpantang Shaklee (trial pack) mengandungi :

1) Vitalea Iron Formula (a.k.a. multivitamin) (40 biji)
Vitalea ni lengkap dengan pelbagai jenis vitamin dan nutrien yang diperlukan oleh ibu yang berpantang, sebabnya masa berpantang banyak makanan yang perlu dielakkan makan (berpantang makan). Iron pula penting untuk tubuh sebab kita kehilangan banyak darah semasa bersalin.


2) B Complex (40 biji)
B Complex penting untuk menstabilkan hormon kita selepas bersalin, penting untuk mengelakkan kemurungan (meroyan) dan juga sebagai penenang (anti-stress). Sapa kata masa pantang tak stress? Hahahahaha...banyak benda yang boleh buat jadi stress tau. Apatah lagi first time mommies yang kebanyakannya terkial-kial menguruskan diri sendiri dan baby, ditambah pulak banyak benda yang tak tau nak buat dan mendapat "nasihat percuma daripada mereka yang terlebih bertauliah" (ni cakap based on pengalaman sendirilah...). Sume tu memang akan buat kita cepat stress tau. Jadi B Complex ni sangat-sangatlah perlu.


3) Vitamin C (40 biji)
Vitamin C penting untuk memperbaiki sel tisu yang rosak akibat bersalin, mempercepatkan penyembuhan luka dan membantu pembentukan kolagen. Tapi malangnya dalam trial pack yang saya beli ni takde stok Vitamin C. Reason - out of stock eventhough kat cawangan Shaklee pun. Haihhh.. takpelah, dah takde nak buat macamana kan. 


4) Zinc Complex (40 biji)
Zinc Complex ni bagus untuk mempercepatkan proses baik luka terutama luka dalaman (rahim). Selain itu turut mengurangkan masalah rambut gugur. Haaa, ini memang penting, dulu lepas saya lahirkan Haziq, saya mengalami masalah rambut gugur yang sangat teruk tapi saya tau itu adalah perubahan normal selepas bersalin. Jadinya kali ni nak makan Zinc supaya masalah rambut gugur ni dapat dikurangkan, lagi bagus kalau langsung takde rambut gugur kan. Kalau dah ambil pati ikan haruan masa pantang, tak perlu ambil Zinc ni, sebab Zinc ni kire alternatif kepada mereka yang tak makan pati ikan haruan (saya lah tu!). Zinc juga bantu masalah "kedinginan" selepas bersalin.


Selain daripada tu, saya tambah 2 jenis lagi vitamin / supplemen iaitu :


5) OsteMatrix (120 biji)
Masa first berpantang dulu, saya ada masalah sembelit. Teruk sangat ok. Kalau diingatkan balik rasa macam haihh...tak bestnya pengalaman pertama tu. Bayangkanlah, nak buang air kat tandas duduk, saya takut nak teran kuat-kuat sebab takut jahitan terbuka balik. Bila teran sikit, langsung tak keluar apa. Rasanya pernah lah 3-4 hari tak membuang. Pastu bila sekali nak membuang, faham-faham jelah macamana kan.

Jadinya kali ni saya beli OsteMatrix sebab ianya dikatakan melancarkan sistem penghadaman dengan cara yang lembut. Dan seller tu cakap memang recommended product untuk mereka yang ada  masalah sembelit lepas bersalin / masa dalam pantang ni.


6) Energizing Soy Protein (1 canister = 850 g)
ESP ni dikatakan dapat memberi tenaga untuk ibu berpantang. I tell u what, saya sangat penat, sangat letih masa berpantang dulu. Kenapa? sebab saya punya jadual kene ikut baby punya jadual. Bila dia tido, saya kene tido. Bila dia bangun, saya kene bangun, kene susukan dia. Pendek kata, kene ikut jadual baby. Pening seketika. 

Pastu dalam sehari dalam 7-8 kali ganti pampers, ada masanya muntah, kena ganti baju saya dan baby, ada masa time nak ganti pampers, dia terkencing kena baju saya, kene ganti baju lagi. Pastu dengan masalah sembelitnya, pastu dengan menerima "nasihat percuma daripada mereka yang terlebih bertauliah" lagi, saya jadi letih, jadi stress nak cope dengan dunia baru saya. Tambahan lagi, masalah bengkak susu dan nipple crack. Hahahaha...tak sangka saya berjaya melalui semua tu tau.

Tapi kali ni, I love myself much more. Saya taknak diri saya sampai flat out semata-mata berpantang. Itu sebabnya saya beli ESP ni untuk beri tenaga kepada saya dan bantu melancarkan my breastfeeding journey nanti. ESP juga boleh membantu mengurangkan rasa lapar sebab time pantang kan kene disiplin, mana boleh sebat macam-macam kan. So di sinilah ESP dapat membantu saya.


Menurut seller tu, semua vitamin ni boleh diambil seawal hari pertama bersalin lagi. Wah, bagus ni, so saya terus letak semua vitamin ni siap-siap dalam bakul nak bawa ke hospital tu. Tapi ESP tu saya tak bawak, sebab dah tak muat bakul dah. 


Nanti bila saya dah amalkan set berpantang ni, saya akan buat review pulak. Nak tengok apa kesannya kepada saya kali ni. Saya berharap saya akan lebih cepat sihat dan lebih bertenaga dengan pengambilan vitamin ni, dan semoga ianya sedikit sebanyak dapat membantu saya menghasilkan susu yang berkhasiat dan terbaik untuk baby. Amin...

10 comments:

IntaNBerliaN said...

set berpantang ni mmg bagus.. saya bersalin gna yg ni lah

*umo 2 tahun ada lagi ke garis tu ek?.. rasanya xda dah kot.. sbb alisha dah xda... :-)

Uni said...

oh same ye? lepas dah habis tu ina continue lagi ke? atau amik set lain pulak?

*baru nak tengok peha Haziq ade tak garis tu... :)

Fiza Rahman said...

Saya pon amik set nih. Memang cergas.

cik effa said...

Mcm mana rasa lepas amik set shaklee?

Uni said...
This comment has been removed by the author.
Uni said...

Biase-biase je. Tapi kalau bandingkan dengan berpantang mase bersalin anak first dulu (tak makan vitamin shaklee), rasenye pantang kali kedua ni lebih baik dan lebih cergas.

nurul azwani said...

Assalamualaikum.. Seronok baca blog uni psl trying to conceive n pengalaman berpantang ni :) . Saya pun guna produk shaklee. Jadi ahli terus. Tp set berpantang belum lg sbb belum hamil lagi. Sedang berusaha. X sabarnye nak hamil..

Uni said...

Waalaikumussalam. Memang berbaloi jadi ahli shaklee. Harga berpatutan. I like!

Suzz Idris said...

Bleh xplain dtail x nk kna mkn bpe bj pil2 2 smua? Sy dh bli n skang dlm pntang tp xthu cmne nk mkn..

Uni Aqilah said...

Salam Suzz, awak boleh refer kat pengedar yang awak beli tu. Kalau sempat, saya up entry pasal ni ye.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like Page Superb Vitamin For Life :)

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *