I Love My Followers

Blog ini adalah blog peribadi yang berkisar tentang kehidupan seperti usaha untuk hamil, kehamilan, kelahiran, penjagaan semasa pantang, penjagaan dan pendidikan anak, kesihatan dan kecantikan, keibubapaan dan perkahwinan.
Topik-topik lain juga ada mengikut keselesaan penulis.

Saturday, January 5, 2013

Dumex Dugro Fruit and Vege Buat Anakku Cirit Birit

Saya ni jenis orang yang kalau suka pada sesuatu benda tu, saya akan stick/kekal suka pada benda tu sampailah bila-bila selagi ia tak mendatangkan mudarat kepada saya. Mungkin dalam erti kata yang lain, agak resist to change.


*****


Apabila saya menjadi ibu, konsep yang sama terus saya amalkan. Proses mencari susu formula untuk Haziq tersayang merupakan suatu perjalanan yang agak panjang (sedih sebenarnya sebab tak dapat bf Haziq, huwaaa...) Macam-macam susu yang saya dah cuba, dan akhirnya susu Gain Plus Eye Q lah yang buat saya paling berpuas hati. Haziq suka minum susu ni, poo poo ok, sehari dalam 2-3 kali pasti dia akan poo poo dan selera makannya juga sangat bagus.


Saya pernah storymory dulu yang Haziq sekarang dah tak suka makan sayur, jadi kami sibuk cari alternatif susu, dan jumpa dengan Dumex Dugro Fruit and Vege. My hubby dah cakap lepas Haziq umur 3 tahun baru nak try susu ni, tapi tup-tup baru ni dia sendiri pergi beli susu tu. Terkejut saya. Katanya tak boleh tahan tengok Haziq kais keluar semua sayur dalam mangkuk dia setiap kali waktu makan. Saya tak boleh nak cakap apelah, susu dah dibeli takkan nak buang pulak. Rugi ok.


Memandangkan kami perlu tukar sedikit rutin pemberian susu pada Haziq, saya mulakan dengan bagi satu botol susu Dumex pada hari Sabtu malam Ahad lepas sebelum tido. Apa yang saya perhatikan, Haziq menyusu sangat lambat! Kalau dia minum Gain Plus, dia boleh habiskan 6oz dalam masa 3 minit. Habis licin tau. Tapi yang susu Dumex ni, dia amik masa 10 minit untuk habiskan 190 ml (6oz+) susu. Ini tak bagus.


Saya pun duduklah sebelah Haziq sepanjang dia menyusu. Selalu bila dia habis minum, dia akan cakap, "Ma, dah habis". Nanti saya akan cakap, "Wah bagusnya Haziq anak Mama, habis minum susu ye" dan kami akan sama-sama buat tanda good. Tapi lepas habis minum susu Dumex ni (tetap habiskan satu botol), dia terus letak botol tu kat tepi dan buat dek je. Saya tanya lah "Sedap tak susu?"


Tau tak Haziq cakap apa?


"Tak sedap". Siap kerut-kerut dahi tu. Hahahaha...so funny ok. Tak sedap tapi tetap habiskan 1 botol. Baguslah sebab kalau membazir tu kan amalan syaitonnirrojim.


*****


Esoknya hari Ahad. Haziq cirit 2 kali. Yang pertama tu sampai tembus ke seluar. Yang kedua tu tak tembus tapi poo poo sangat banyak sampai pening kepala saya menahan bau mucuk. Dalam hati saya cakap, baguslah coz sayur dan buah tu sebagai serat dan memudahkan pembuangan najis.


Ahad malam Isnin, saya terlupa nak buat susu Dumex. Jadi pagi Isnin sebelum hantar ke babysitter, saya bagi Haziq minum satu botol lagi.


Petang tu masa amik kat babysitter (bs), bs cakap "Uni ada kasi Haziq makan apa-apa ke masa kat rumah?"


Erk! Terkejut saya? Kenapa tanya macam tu, Haziq tak ok ke?


"Makan apa kak, makan biasa je"


"Taklah, Haziq ni macam cirit birit ni. 2 kali dah hari ni. Tapi najisnya tak macam biasa. Memang macam cirit birit ni, cair sangat. Tapi dia tak sakit perut. Aktif main macam biasa".


"Oh itu". Dan baru saya perasan muka Haziq macam kecik. Dehydrated ke?


So saya pun ceritalah kat bs yang saya ada bagi susu lain kat Haziq.


*****


Esoknya pergi jumpa doktor untuk dapatkan kepastian.


To cut the story short, doktor cakap ada pelbagai reaksi yang seseorang anak akan tunjukkan apabila dia tidak serasi dengan sesuatu susu. Ada yang tunjuk reaksi cepat dalam masa 2-3 hari, ada pulak dah seminggu baru kita leh tau dia serasi atau tak.


Tanda tidak serasi dengan susu ada beberapa contoh, pertamanya sembelit. Susah nak poo poo. Yang ni memang saya setuju sangat. Dulu saya pernah bagi Haziq try Enfagrow, sampai merah muka dia nak poo poo. Keras pulak tu. Saya pernah sampai menangis tengok Haziq macam tu. Rasa macam seksa sangat dia nak poo poo. So terus ban susu tu. Haziq juga tak sesuai dengan susu Anmum. Poo poo problem juga.


Tanda lain adalah muntah. Tak pernah experience macam ni.


Tanda lain adalah cirit birit. Doktor cakap Haziq looked dehydrated sebab dah banyak cecair / bendalir badan yang keluar apabila dia cirit. The only way to solve is Haziq kena minum banyak air. Tapi being a small kid, berapa banyaklah yang dia boleh minum kan? Jadinya still tak boleh ganti air yang dah keluar daripada badan tu. Doktor cakap, selang 2 hari nanti, cuba bagi lagi susu tu, if cirit jugak, means Haziq memang tak serasi dengan susu tu.


But for me, to be on the safe side, saya terus stop. Saya tak nak ambil risiko jadikan anak sebagai bahan eksperimen, apatah lagi dia dah tunjukkan tanda-tanda tak ok dengan susu baru tu. Buat apa nak teruskan lagi? Kalau cirit sampai kering sampai kena masuk hospital, sanggup ke? Oh tidak, saya tak sanggup tengok anak sakit.


*****


Kesimpulannya, sori Dumex Dugro Fruit and Vege, walaupun saya suka rasamu yang sedap, tapi malangnya anakku cakap susumu tak sedap, malah boleh cirit pulak selepas meminummu. Agaknya kita tiada jodoh.


Kami akan terus setia bersama Gain Plus dan semoga kamu akan serasi dan berbahagia bersama keluarga yang lain! ^_^

13 comments:

Fiza Rahman said...

Baru tau, cirit birit pon salah satu tanda susu tak serasi dgn anak yer.

Anak saya minum dumex dugro.

IntaNBerliaN said...

alahai siannya.. tukar susu asal lah.. sian haziq..

*eh, haziq tua sikit je dr anak saya, si alisha.. alisha 2 tahun 4 bulan 2 hari.. hihii

tgh sarat nak bersalinkan.. moga semuanya selamat.. minum air zam2, insyaAllah cepat je jalan terbukak.. :-)

Zana Adieyza said...

semoga terus serasi dgn pilihan sekarang.. :)

Uni said...

ye betul...selain cirit birit, ada budak yang tak serasi, akan tumbuh macam rashes / ruam kat badan die (ni contoh anak kawan saya).

Uni said...

ye Ina, sekarang maintain susu asal. dah taknak tukar-tukar lagi. heeheh..

ye skrg tgh tunggu ari. moga selamat semuanya, amin...

Uni said...

thanks! :)

Myvitrd said...

baru test 3 hari.. tak pasti lagilah mcm mana.. tapi anak semalam memang ada berak.. tapi tak sampai cirit2.. masih tengah buat xperiment lagi ni

Uni said...

Mungkin takde masalah tu sebab dah 3 hari masih ok kan... Cuba bagi anak minum lagi sampai seminggu...

Mar Mansor said...

haziq start minum susu gain plus IQ sejak umur berapa?

Uni_HAZ said...

start minum mase umur setahun.

Mar Mansor said...

nice sharing..plan nak bagi Aisyah..dpt sample 2 pack.nak reduce kos..

Rinah said...

nak banding review susu. baru perasan sis Uni ada review susu Dumex.

eda razali said...

Klau nk bg dlm botol mcm mana dgn sukatan dea ?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like Page Superb Vitamin For Life :)

Like Page Love Natuwrel :)

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *