I Love My Followers

Blog ini adalah blog peribadi yang berkisar tentang kehidupan seperti usaha untuk hamil, kehamilan, kelahiran, penjagaan semasa pantang, penjagaan dan pendidikan anak, kesihatan dan kecantikan, keibubapaan dan perkahwinan.
Topik-topik lain juga ada mengikut keselesaan penulis.

Thursday, January 10, 2013

Cemburukah? Takutkah?

Ayah saya (Abah) daripada awal-awal saya preggy lagi dah berpesan : persiapkan Haziq secara mental dan fizikal untuk menerima kehadiran adik baru, yang mana dia perlu berkongsi kasih sayang dan perhatian.


Saya terdiam sejenak, Haziq anak yang baik, maka perlukah saya persiapkan dia dengan apa-apa? Tetapi saya percaya kepada Abah yang terlebih dahulu makan garam, jadi saya mulakan persiapan sedikit demi sedikit.

#1
Saya lukis kat drawing block gambar orang lidi (saya tak pandai melukis). Saya cakap,

"Ni Abah, ni Mama, ni Ajiq, ni adik. Mama sayang Ajiq, Mama sayang adik. Ajiq sayang adik tak?"

"Sayang adik. Nak com (cium)"

Then Haziq cium gambar org lidi yang saya lukis itu.


#2
Saya baca majalah Pa&Ma tiap-tiap bulan. Majalah ni kan banyak gambar baby, so saya cakap dengan Haziq,

"Banyaknya baby. Mama sayang baby, baby ni adik tau. Ajiq sayang adik tak?"

"Sayang adik. Nak com (cium)"

Then Haziq cium setiap mukasurat yang ada gambar baby.


#3
Saya bagitau Haziq,

"Dalam perut Mama ada baby, baby ni nama dia adik. Ajiq sayang adik tak?"

"Tak.."

"Mama sayang adik. Mama nak cium adik tapi tak sampai, Ajiq tolong cium adik boleh tak?"

"Boleh. Ajiq com eh?"

Dan Haziq pun muncungkan mulut dia untuk mencium perut saya yang bulat ni.


Itulah 3 perkara yang saya selalu ulang. Kalau pergi shopping complex pun sama, kalau time tengok tv pun sama. Ada juga cakap kat Haziq yang pasni Haziq akan jadi abang, tolong Mama jaga adik, sayang adik, etc. etc.


Disebabkan saya sentiasa melihat reaksi positif daripada Haziq setiap kali saya membicarakan soal adik baby, saya membuat anggapan bahawa Haziq ok, Haziq sedia menerima kehadiran adiknya dan takde apa yang perlu saya risaukan.


*****


Masuk usia kandungan 38 weeks, saya perasan perubahan Haziq, dia jadi cepat meragam, mengamuk tak tentu pasal, menangis kuat-kuat tanpa henti, pukul-pukul perut saya tapi lepas tu dia akan peluk saya kuat-kuat. Mula-mula saya ingat takde apelah, saya fikir biaselah budak kan. Tapi makin dekat ke EDD saya, Haziq makin kuat meragam dan menangis tanpa sebab.


Contohnya malam tadi, my hubby tengah masak untuk dinner, saya kat ruang depan layan Haziq. Tengah main-main tu, entah apa yang tak kena, dia start mengamuk, pukul perut saya, pukul lengan saya, boleh tahan kuat jugak tau. Sakit saya dibuatnya. Tapi alhamdulillah, tahap kesabaran saya sangat tinggi. Saya tau Haziq cuma nakkan perhatian. Saya langsung tak marah, saya pujuk Haziq elok-elok.


Tapi makin lama makin kuat dia menangis. Yang paling ketara, dia kerap pukul perut saya! Saya perasan sangat. So saya cakaplah


"Haziq, sakitlah sayang. Takmo pukul Mama ye, cian Mama, sakit perut Mama".


Tapi makin kuat dia pukul. (Saya taknak mention perkataan "adik")


Bila makin kuat bunyi menangis melalak tu, my hubby muncul dari dapur, terus marah Haziq (supaya dia behave), apalagi, meraunglah anak saya sorang ni, dia terus peluk saya erat-erat dan menangis tersedu-sedan dalam pelukan saya. Entah kenapa, saya rasa syahdu sangat. Saya berharap dapat menyelami dan memahami apa yang ada dalam fikiran Haziq pada masa itu. Mmm...


*****

Malam tadi kami sekeluarga tidur awal, pukul 10.30 pm. Pukul 12.15 am, kami terjaga, Haziq muntah! Tapi kami tak risau sangat sebab kami tau puncanya. Masa dinner, Haziq makan banyak, lepas makan terus mintak susu, Saya taknak buat susu tapi Haziq berkeras nak jugak. So saya bagi jelah. Tapi saya dah tau dia pasti akan muntah lepas tu.


Lepas dah muntah dan bersihkan apa yang patut, kami tidur semula. Yang buat saya syahdu sangat, Haziq peluk saya, letak tangannya kat leher saya dan cium muka saya. Dalam kegelapan malam tu, airmata saya bergenang. 


Adakah Haziq cemburu / takut saya takkan sayang dia lagi lepas dah ada baby baru? 

Adakah Haziq cemburu / takut saya takkan beri perhatian pada dia lagi lepas ni?

Adakah Haziq cemburu / takut dia perlu mengalah sepanjang masa demi adik?

Adakah Haziq cemburu / takut kena tinggal kat babysitter semasa saya bersalin di hospital nanti?


Saya renung wajah Haziq lama-lama. Mengharapkan saya punya kuasa untuk masuk ke dalam fikirannya dan ke dalam hatinya, agar saya tahu apa yang dia rasakan.


Makin saya tengok Haziq, makin syahdu saya dibuatnya. Mungkin Haziq sedang mengalami konflik emosi dan perasaan, mengetahui yang keadaan bakal berubah sedikit masa lagi.


Apa yang boleh saya janjikan? Sebagai ibu, saya sayang Haziq, sayang Haziq sangat-sangat, dialah cinta pertama saya, pengalaman pertama saya, dialah segalanya bagi saya dan saya berusaha untuk menjadi ibu yang adil untuk Haziq dan adiknya nanti. Saya tak boleh berjanji, saya hanya boleh berusaha, kerana walaupun saya seorang ibu, saya masih lagi hamba Allah yang punya kelemahan. 


Saya cium Haziq sepuas-puasnya. Airmata saya tumpah di pipi gebunya. Mama sayang Haziq, sentiasa sayang Haziq, takkan pernah berkurang cinta dan kasih sayang Mama untuk Haziq..


Padamkan cemburu dan takutmu itu ya sayang... Mama sentiasa menyayangi Haziq...dunia dan akhirat In Shaa Allah...

Mama sayang Haziq, selamanya.....

2 comments:

IntaNBerliaN said...

saya yg baca entry ni pun rasa sedih... macam saya dulu.. sr awal lg saya dah biasakan alisha dgn bbay... sellau cite pasal baby...

Uni said...

Budak kecil pun dah pandai beremosi kan... Kita sebagai ibu kene banyakkan sabar dan tingkatkan ilmu dalam menghadapi kerenah anak-anak...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like Page Superb Vitamin For Life :)

Like Page Love Natuwrel :)

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *