I Love My Followers

Blog ini adalah blog peribadi yang berkisar tentang kehidupan seperti usaha untuk hamil, kehamilan, kelahiran, penjagaan semasa pantang, penjagaan dan pendidikan anak, kesihatan dan kecantikan, keibubapaan dan perkahwinan.
Topik-topik lain juga ada mengikut keselesaan penulis.

Monday, January 14, 2013

Overdue : 40 Weeks 3 Days

Apa nak citer yek? Tetiba kepala saya jadi buntu. Masuk hari ni (Isnin 14 January 2013) sudah 3 hari saya overdue daripada tarikh dijangkakan bersalin (EDD 11 January 2013). Masih belum ada sebarang tanda sakit, kecuali sakit kat bahagian bawah abdomen yang memang saya dah rasa sakit berminggu yang lepas.


11 January 2013 (Jumaat)
Masa tu saya kat rumah saya sendiri. MC kan. Tak banyak perkara yang saya buat seharian di rumah.


12 January 2013 (Sabtu)
Saya sekeluarga balik ke rumah Mama, sebab saya akan berpantang di situ. Angkut semua barang-barang untuk bawa bersalin di hospital termasuk juga barang-barang dan pakaian yang akan digunakan sepanjang tempoh berpantang nanti. Petangnya saya dan suami sibuk mengemas bilik yang akan saya gunakan untuk berpantang. Susun barang kat mana tempat yang patut.

Malamnya kami sekeluarga dinner kat Mama Chops Papa Grill. Enjoyed the moment so much. ^_^

Balik rumah, rehat-rehat jap pastu tido. My hubby dan Haziq dah letih sangat-sangat. Tapi saya takde rase ngantuk pun. Kejap-kejap pergi bilik air, excited nak tengok sama ada keluar darah ataupun air ketuban pecah, tapi langsung takde. Mmm..frust sikit rasanya.

Malam tu saya tak tido lena. Bersedia sekiranya datang rasa sakit. Anda semua boleh bayangkan tak macamana perasaan saya masa tu? Tertunggu-tunggu, ternanti-nanti. Antara lena dan tak lena tu, saya termimpi yang air ketuban saya pecah sampai basah tilam. Saya tersedar, terus selak kain (tido pakai kain batik dah, dah tak muat nak pakai seluar). Tapi kering je, takde basah pun. Frust lagi. Terus menidurkan diri.


13 January 2013 (Ahad)
Bangun tido pagi ni rasa macam takde mood sangat. Blank. Blur. Apsal tak sakit-sakit lagi ni? Saya banyakkan baca surah Maryam dan buat solat sunat Hajat sepanjang hari ni.


14 January 2013 (Isnin)
Bangun pagi dalam kul 5.30 am. My hubby siap-siap nak pergi keja dan hantar Haziq ke babysitter. Ikutkan hati, saya nak Haziq teman saya kat rumah ni, sebab saya pun belum bersalin, tapi my hubby nak saya rest betul-betul, takyah fikir pasal jaga anak atau buat kerja rumah. Saya iyakan jelah, walaupun saya tau saya akan keboringan keseorangan melayan blues sendiri.


Plannya esok nak pergi check up di HSI. Sebelum tu nak pergi dapatkan referral letter terlebih dahulu daripada doktor. So apa-apa nanti saya akan update ye.

Bayi Susu Ibu

Melalui pelbagai info yang saya kumpul daripada pembacaan dan pengalaman daripada bf mom, kebanyakannya mengatakan bayi yang menyusu ibu sepenuhnya lebih sihat berbanding bayi yang diberi fm (formula milk). Malah kesihatan mereka itu berpanjangan hingga apabila bayi itu dewasa kelak.


Soalnya, ada juga orang yang masa kecilnya disusukan sampai umur 2 tahun lebih, tapi bila dewasa ada sakit darah tinggi juga. So macamana tu? Ada juga yang kena diabetis walaupun fully bf masa kecil. How?


Point saya di sini ialah, walaupun seseorang ibu itu fully bf anak sampai umur 3-4 tahun sekalipun, tapi kalau Allah nak beri penyakit, memang akan berpenyakit jugalah. Jadi janganlah taksub sangat dengan kemampuan dan keupayaan diri sendiri kerana berjaya fully bf anak sampai kondem ibu-ibu lain yang bagi anak fm.


Beringatlah, apa-apa pun yang kita berjaya lakukan, semuanya dengan izin Allah juga, dan dengan kelebihan yang Allah beri pada kita, janganlah pulak sampai kita merendahkan kelemahan orang lain.


Kat bawah ni saya nak share tentang kebaikan yang diperolehi oleh seseorang anak yang diberikan susu ibu. Moga anak saya nanti beroleh semua kebaikan ini, Insya-Allah.



Walau bagaimanapun, yang pastinya, saya tidak akan kondem / hentam ibu-ibu yang bagi anak fm, kerana saya juga bagi Haziq fm. Saya pernah berada dalam situasi dihentam dan diperli kaw-kaw hanya kerana tak berjaya bf anak. Sedih tau. Tapi itu semua adalah pengalaman. Alhamdulillah semua tu sekarang hanyalah kenangan. :)


Untuk mereka yang pernah menghentam dan memerli saya dulu, terima kasih banyak-banyak, kerana hentaman dan perlian anda itu telah menjadikan saya seorang ibu yang lebih kuat berjuang untuk anak saya. :)

Sunday, January 13, 2013

Bertelefon Baru di Tahun Baru

Haii...telefon baru tak pernah ada dalam senarai wish list saya, sebab saya nak pakai telefon Sony Ericsson K770i ni sampai dia rosak (hakikatnya sekarang pun dah start rosak sikit-sikit).


Saya sebenarnya tak pernah hiraukan pasal telefon saya. Kalau dah habis bateri ke, dah ter off ke, saya tak pernah ambil kisah, sebab keje-keje mengecas bateri tepon pon saya serahkan pada suami saya (malasnya saya!). Bukan saya malas, tapi suami saya yang sangat prihatin dan rajin, die tau gaknya kalau harapkan isteri dia ni memang kong lah bateri tepon tu sampai bila-bila. Hahahaa..


HP tu dah prob, dah tak boleh direct cas, so kene tukar bateri. Luckily my hubby pun guna telefon yang sama sebijik, cuma dia punya kaler brown, saya punya kaler black. So setiap kali bateri saya abis, dia akan cas dulu tepon dia then tukar bateri tu dengan bateri kat tepon saya. Mmm...saya tak rajinlah nak buat keje-keje tu sume.


Prob kedua pulak, bila saya nak taip sms, dia akan kuar huruf yang sama banyak-banyak. Stress tul! Tapi still saya nak pakai tepon tu jugak.


Last-last my hubby suruh beli tepon baru. Dia kata kang nanti time bersalin kat hospital, kat wad, bateri habis, sapa yang nak tolong caskan. Dan dia juga mengemukakan 1001 hujah kenapa saya perlu pakai tepon baru. Sebagai isteri yang mendengar kata suami tersayang (cewahhh...) saya fikir ada juga kebenaran apa yang dia cakapkan. So ini lah hasilnya :



Sony Xperia Sole nama hp baruku


Saya pakai SMARTPHONE!!!! Mode gembira sebab selama ni pakai tepon yang tak berapa smart.


Memula rasa susah sangat nak membiasakan diri sebab featuresnya jauh berbeza dengan hp lama. Tapi lama kelamaan saya dah jatuh cinta dengan hp baru ni. Thanks to my hubby, kalau tak kerana 1001 hujahnya itu, saya masih setia dengan hp lama. Hihihihi..


Yang bestnya, boleh berFB dan berinternet! (Sebelum ni saya cuma berFB kalau online kat rumah je, itupun bukan selalu online). Cumanya line fon saya ni bukan pakej internet, jadinya agak terhad sikit lah. Tapi kalau balik rumah Mama memang syok sebab ada wifi, jadi berinternet jelah saya jawabnya. :)


Sekarang my hubby and me masih terfikir-fikir nak amik pelan internet untuk rumah kami. Celcom out sebab line Celcom sangat poor kat area rumah ni. The best is U Mobile, in fact saya guna broadband U Mobile RM68 / month (5 GB).


Siapakah penghias dan penyeri smartphone baru saya?

Haziq! :)

Saturday, January 12, 2013

Happy Birthday Suamiku Sayang

10 January 2013 yang lepas merupakan harijadi suami saya yang ke-??... (umur terpaksalah dirahsiakan ye...hehehe..). Tiada apa-apa persiapan yang saya lakukan, sebab saya hanya berada di rumah (mc due to false labour) dan tak larat nak keluar beli apa-apa.


Cuma pada malamnya, kami pergi ke kedai kek dan roti, sebab saya teringin sangat nak makan 2 jenis roti yang dijual di kedai tu. Sambil-sambil tu, saya cakap kat suami, pilihlah mana-mana kek yang dia suka, saya belanja untuk birthday dia, sebab tak sempat nak beli apa-apa hadiah kali ni.


Memula my hubby tu taknak, ala-ala malu-malu kucing gitu, last-last beli jugak kan. Hahahaha... Ini kek yang dipilihnya :

We love you... so much!!!

Tau tak sape yang paling excited nak potong kek ni? Bukan birthday boy ye, tapi anak kepada birthday boy iaitu Haziq lah. Tak sabar-sabar nak potong kek, siap nak pegang pisaulah, nak tiup lilinlah, nak nyanyi lah, nak posing lah...nak makan kek pun tak sabar-sabar sampai comot sume muka dan hidungnya..Hahahaha...


Di kesempatan ini, saya nak mengucapkan Selamat Harijadi untuk suami ku yang tersayang. Semoga dipanjangkan umur dalam iman, diberi kesihatan yang baik dan dilimpahruahkan lagi rezeki. Semoga sentiasa menjadi suami dan bapa yang baik untuk kami semua yang menyayangimu setiap masa. (Sebenarnya panjang lagi ucapan ni, tapi untuk edisi di blog, terpaksa lah cut sikit, malu lah saya nak tulis detail-detail...hehehhe..)


Happy Birthday my dear husband... Abg, I love you so much.... :)

Friday, January 11, 2013

Set Berpantang Shaklee

Persedian untuk berpantang saya dah mulakan daripada awal lagi. Bila kandungan masuk usia 25 weeks, saya dah start cari tukang urut. Bincang pasal servis dan harga, then deal. Setel bab tukang urut.


Pastu set berpantang untuk bahagian luaran. Seperti yang dah saya bagitau sebelum ini, saya beli set bersalin Tanamera, sebabnya boleh dikatakan kali ini saya akan berpantang sendiri walaupun duduk kat rumah Mama, sebab Mama keje, full time working mother day to night. Jadi saya tak nak susahkan Mama untuk sediakan ramuan mandian saya etc. jadi saya beli set complete Tanamera.


Dan apa pula persediaan saya untuk set berpantang bahagian dalaman? Dulu masa first berpantang, saya gunakan set yang berasakan jamu-jamu dengan segala macam pil yang saya rasa macam terpaksa je nak telan, tapi telan jugak sebab dah beli full set kan. Pastu tukang urut saya dulu ade buat pil sendiri (bentuk kapsul), manjakani ke apa entah saya dah lupa. Tau-tau jelah kalau buat sendiri, mana ada label, mana ada laporan ujian makmal, sijil pengesahan, etc. Tapi saya tetap telan jugak pil tu sebab masa tu saya berpantang di rumah mil.


Tapi kali ni, saya rasa saya lebih berani buat keputusan untuk diri saya sendiri, apa yang saya nak dan apa yang saya tak nak, saya sendiri yang decide. Jadinya, untuk set berpantang bahagian dalaman, saya telah membeli Set Berpantang Shaklee. Saya pernah dengar nama Shaklee dulu-dulu, masa kecik dulu, tapi tak pernah amik port pun. Hehehehe...


Kenapa saya beli set ni? Sebab ia adalah vitamin dan bukan jamu. Saya ni dibesarkan dengan tak pernahnya makan jamu, kalau makan vitamin dan supplemen tu dah biasalah, so kalau kena makan jamu lagi untuk kali kedua ni, saya memang taknak. Saya juga pernah baca yang mengatakan kalau kita makan jamu time pantang dan anak kita pulak kene jaundis, kita kene stop pengambilan jamu sebab jamu meningkatkan lagi risiko jaundis pada baby (jika bf). 


Dalam set berpantang Shaklee ni ada 4 jenis vitamin asas, pastu saya ada tambah 2 jenis yang lain. Jom tengok apa ada dalam set ni :

Set Berpantang Shaklee

Set berpantang Shaklee (trial pack) mengandungi :

1) Vitalea Iron Formula (a.k.a. multivitamin) (40 biji)
Vitalea ni lengkap dengan pelbagai jenis vitamin dan nutrien yang diperlukan oleh ibu yang berpantang, sebabnya masa berpantang banyak makanan yang perlu dielakkan makan (berpantang makan). Iron pula penting untuk tubuh sebab kita kehilangan banyak darah semasa bersalin.


2) B Complex (40 biji)
B Complex penting untuk menstabilkan hormon kita selepas bersalin, penting untuk mengelakkan kemurungan (meroyan) dan juga sebagai penenang (anti-stress). Sapa kata masa pantang tak stress? Hahahahaha...banyak benda yang boleh buat jadi stress tau. Apatah lagi first time mommies yang kebanyakannya terkial-kial menguruskan diri sendiri dan baby, ditambah pulak banyak benda yang tak tau nak buat dan mendapat "nasihat percuma daripada mereka yang terlebih bertauliah" (ni cakap based on pengalaman sendirilah...). Sume tu memang akan buat kita cepat stress tau. Jadi B Complex ni sangat-sangatlah perlu.


3) Vitamin C (40 biji)
Vitamin C penting untuk memperbaiki sel tisu yang rosak akibat bersalin, mempercepatkan penyembuhan luka dan membantu pembentukan kolagen. Tapi malangnya dalam trial pack yang saya beli ni takde stok Vitamin C. Reason - out of stock eventhough kat cawangan Shaklee pun. Haihhh.. takpelah, dah takde nak buat macamana kan. 


4) Zinc Complex (40 biji)
Zinc Complex ni bagus untuk mempercepatkan proses baik luka terutama luka dalaman (rahim). Selain itu turut mengurangkan masalah rambut gugur. Haaa, ini memang penting, dulu lepas saya lahirkan Haziq, saya mengalami masalah rambut gugur yang sangat teruk tapi saya tau itu adalah perubahan normal selepas bersalin. Jadinya kali ni nak makan Zinc supaya masalah rambut gugur ni dapat dikurangkan, lagi bagus kalau langsung takde rambut gugur kan. Kalau dah ambil pati ikan haruan masa pantang, tak perlu ambil Zinc ni, sebab Zinc ni kire alternatif kepada mereka yang tak makan pati ikan haruan (saya lah tu!). Zinc juga bantu masalah "kedinginan" selepas bersalin.


Selain daripada tu, saya tambah 2 jenis lagi vitamin / supplemen iaitu :


5) OsteMatrix (120 biji)
Masa first berpantang dulu, saya ada masalah sembelit. Teruk sangat ok. Kalau diingatkan balik rasa macam haihh...tak bestnya pengalaman pertama tu. Bayangkanlah, nak buang air kat tandas duduk, saya takut nak teran kuat-kuat sebab takut jahitan terbuka balik. Bila teran sikit, langsung tak keluar apa. Rasanya pernah lah 3-4 hari tak membuang. Pastu bila sekali nak membuang, faham-faham jelah macamana kan.

Jadinya kali ni saya beli OsteMatrix sebab ianya dikatakan melancarkan sistem penghadaman dengan cara yang lembut. Dan seller tu cakap memang recommended product untuk mereka yang ada  masalah sembelit lepas bersalin / masa dalam pantang ni.


6) Energizing Soy Protein (1 canister = 850 g)
ESP ni dikatakan dapat memberi tenaga untuk ibu berpantang. I tell u what, saya sangat penat, sangat letih masa berpantang dulu. Kenapa? sebab saya punya jadual kene ikut baby punya jadual. Bila dia tido, saya kene tido. Bila dia bangun, saya kene bangun, kene susukan dia. Pendek kata, kene ikut jadual baby. Pening seketika. 

Pastu dalam sehari dalam 7-8 kali ganti pampers, ada masanya muntah, kena ganti baju saya dan baby, ada masa time nak ganti pampers, dia terkencing kena baju saya, kene ganti baju lagi. Pastu dengan masalah sembelitnya, pastu dengan menerima "nasihat percuma daripada mereka yang terlebih bertauliah" lagi, saya jadi letih, jadi stress nak cope dengan dunia baru saya. Tambahan lagi, masalah bengkak susu dan nipple crack. Hahahaha...tak sangka saya berjaya melalui semua tu tau.

Tapi kali ni, I love myself much more. Saya taknak diri saya sampai flat out semata-mata berpantang. Itu sebabnya saya beli ESP ni untuk beri tenaga kepada saya dan bantu melancarkan my breastfeeding journey nanti. ESP juga boleh membantu mengurangkan rasa lapar sebab time pantang kan kene disiplin, mana boleh sebat macam-macam kan. So di sinilah ESP dapat membantu saya.


Menurut seller tu, semua vitamin ni boleh diambil seawal hari pertama bersalin lagi. Wah, bagus ni, so saya terus letak semua vitamin ni siap-siap dalam bakul nak bawa ke hospital tu. Tapi ESP tu saya tak bawak, sebab dah tak muat bakul dah. 


Nanti bila saya dah amalkan set berpantang ni, saya akan buat review pulak. Nak tengok apa kesannya kepada saya kali ni. Saya berharap saya akan lebih cepat sihat dan lebih bertenaga dengan pengambilan vitamin ni, dan semoga ianya sedikit sebanyak dapat membantu saya menghasilkan susu yang berkhasiat dan terbaik untuk baby. Amin...

Thursday, January 10, 2013

Cemburukah? Takutkah?

Ayah saya (Abah) daripada awal-awal saya preggy lagi dah berpesan : persiapkan Haziq secara mental dan fizikal untuk menerima kehadiran adik baru, yang mana dia perlu berkongsi kasih sayang dan perhatian.


Saya terdiam sejenak, Haziq anak yang baik, maka perlukah saya persiapkan dia dengan apa-apa? Tetapi saya percaya kepada Abah yang terlebih dahulu makan garam, jadi saya mulakan persiapan sedikit demi sedikit.

#1
Saya lukis kat drawing block gambar orang lidi (saya tak pandai melukis). Saya cakap,

"Ni Abah, ni Mama, ni Ajiq, ni adik. Mama sayang Ajiq, Mama sayang adik. Ajiq sayang adik tak?"

"Sayang adik. Nak com (cium)"

Then Haziq cium gambar org lidi yang saya lukis itu.


#2
Saya baca majalah Pa&Ma tiap-tiap bulan. Majalah ni kan banyak gambar baby, so saya cakap dengan Haziq,

"Banyaknya baby. Mama sayang baby, baby ni adik tau. Ajiq sayang adik tak?"

"Sayang adik. Nak com (cium)"

Then Haziq cium setiap mukasurat yang ada gambar baby.


#3
Saya bagitau Haziq,

"Dalam perut Mama ada baby, baby ni nama dia adik. Ajiq sayang adik tak?"

"Tak.."

"Mama sayang adik. Mama nak cium adik tapi tak sampai, Ajiq tolong cium adik boleh tak?"

"Boleh. Ajiq com eh?"

Dan Haziq pun muncungkan mulut dia untuk mencium perut saya yang bulat ni.


Itulah 3 perkara yang saya selalu ulang. Kalau pergi shopping complex pun sama, kalau time tengok tv pun sama. Ada juga cakap kat Haziq yang pasni Haziq akan jadi abang, tolong Mama jaga adik, sayang adik, etc. etc.


Disebabkan saya sentiasa melihat reaksi positif daripada Haziq setiap kali saya membicarakan soal adik baby, saya membuat anggapan bahawa Haziq ok, Haziq sedia menerima kehadiran adiknya dan takde apa yang perlu saya risaukan.


*****


Masuk usia kandungan 38 weeks, saya perasan perubahan Haziq, dia jadi cepat meragam, mengamuk tak tentu pasal, menangis kuat-kuat tanpa henti, pukul-pukul perut saya tapi lepas tu dia akan peluk saya kuat-kuat. Mula-mula saya ingat takde apelah, saya fikir biaselah budak kan. Tapi makin dekat ke EDD saya, Haziq makin kuat meragam dan menangis tanpa sebab.


Contohnya malam tadi, my hubby tengah masak untuk dinner, saya kat ruang depan layan Haziq. Tengah main-main tu, entah apa yang tak kena, dia start mengamuk, pukul perut saya, pukul lengan saya, boleh tahan kuat jugak tau. Sakit saya dibuatnya. Tapi alhamdulillah, tahap kesabaran saya sangat tinggi. Saya tau Haziq cuma nakkan perhatian. Saya langsung tak marah, saya pujuk Haziq elok-elok.


Tapi makin lama makin kuat dia menangis. Yang paling ketara, dia kerap pukul perut saya! Saya perasan sangat. So saya cakaplah


"Haziq, sakitlah sayang. Takmo pukul Mama ye, cian Mama, sakit perut Mama".


Tapi makin kuat dia pukul. (Saya taknak mention perkataan "adik")


Bila makin kuat bunyi menangis melalak tu, my hubby muncul dari dapur, terus marah Haziq (supaya dia behave), apalagi, meraunglah anak saya sorang ni, dia terus peluk saya erat-erat dan menangis tersedu-sedan dalam pelukan saya. Entah kenapa, saya rasa syahdu sangat. Saya berharap dapat menyelami dan memahami apa yang ada dalam fikiran Haziq pada masa itu. Mmm...


*****

Malam tadi kami sekeluarga tidur awal, pukul 10.30 pm. Pukul 12.15 am, kami terjaga, Haziq muntah! Tapi kami tak risau sangat sebab kami tau puncanya. Masa dinner, Haziq makan banyak, lepas makan terus mintak susu, Saya taknak buat susu tapi Haziq berkeras nak jugak. So saya bagi jelah. Tapi saya dah tau dia pasti akan muntah lepas tu.


Lepas dah muntah dan bersihkan apa yang patut, kami tidur semula. Yang buat saya syahdu sangat, Haziq peluk saya, letak tangannya kat leher saya dan cium muka saya. Dalam kegelapan malam tu, airmata saya bergenang. 


Adakah Haziq cemburu / takut saya takkan sayang dia lagi lepas dah ada baby baru? 

Adakah Haziq cemburu / takut saya takkan beri perhatian pada dia lagi lepas ni?

Adakah Haziq cemburu / takut dia perlu mengalah sepanjang masa demi adik?

Adakah Haziq cemburu / takut kena tinggal kat babysitter semasa saya bersalin di hospital nanti?


Saya renung wajah Haziq lama-lama. Mengharapkan saya punya kuasa untuk masuk ke dalam fikirannya dan ke dalam hatinya, agar saya tahu apa yang dia rasakan.


Makin saya tengok Haziq, makin syahdu saya dibuatnya. Mungkin Haziq sedang mengalami konflik emosi dan perasaan, mengetahui yang keadaan bakal berubah sedikit masa lagi.


Apa yang boleh saya janjikan? Sebagai ibu, saya sayang Haziq, sayang Haziq sangat-sangat, dialah cinta pertama saya, pengalaman pertama saya, dialah segalanya bagi saya dan saya berusaha untuk menjadi ibu yang adil untuk Haziq dan adiknya nanti. Saya tak boleh berjanji, saya hanya boleh berusaha, kerana walaupun saya seorang ibu, saya masih lagi hamba Allah yang punya kelemahan. 


Saya cium Haziq sepuas-puasnya. Airmata saya tumpah di pipi gebunya. Mama sayang Haziq, sentiasa sayang Haziq, takkan pernah berkurang cinta dan kasih sayang Mama untuk Haziq..


Padamkan cemburu dan takutmu itu ya sayang... Mama sentiasa menyayangi Haziq...dunia dan akhirat In Shaa Allah...

Mama sayang Haziq, selamanya.....

Berdosa Ke Kalau Pamerkan Hasil Perahan Susu Ibu?

Semenjak saya bercita-cita dan berazam kuat untuk fully breastfeed (bf) my second baby nanti, saya banyak google and collect info pasal breastfeeding. Semuanya memang baru pada saya, almaklumlah dulu cuma sempat bf Haziq sampai 2 months aje, itupun dah campur dengan fm (formula milk). Cian Haziq, maafkan Mama ye sayang, Mama sangat jahil mase tu, memang silap Mama sebab Mama tak cari ilmu. Huhuhu.. (masih lagi diselubungi rasa bersalah kat Haziq bila citer bab bf ni. huhuhu..)


Lately saya ada cari supplemen untuk bf mom, so sana sini banyaklah saya jumpa gambar ibu-ibu yang dok  upload susu perahan memasing (dalam botol dan storage bags) kat fb / fanpage / blog memasing. Suka betul saya tengok, malah rasa makin bersemangat nak fully bf baby nanti.


Tup-tup ari ni leh terbaca pulak kat blog Fiza pasal hukum mempamerkan hasil susu ibu. Mmmm... tak pernah pulak terlintas di fikiran saya yang mempamerkan hasil susu ibu tu ada berkait dengan apa-apa hukum.


Anyway, jom kita tengok print screen kat bawah ni yang dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus sendiri.


Tak nampak jelas ye? Ok takpe, sila baca hasil taipan saya kat bawah :


Soalan :

Salam ustaz.. saya ni seorang ibu yang masih menyusukan anak..nak tanye sikit mengenai penyebaran atau post gambar susu badan di FB ni, apa hukumnya? adakah susu badan itu juga aurat bagi wanita? sebabnya perkara ini telah dibangkit dalam isu seorang hamba Allah yang tidak saya kenali, yang saya rasa berpelajaran tinggi telah menegur dan menyalahkan seolah wanita yang berbuat demikian (menayangkan stok badan yang berbotol-botol) membuka aib sendiri sampaikan ada followers hamba ini menghentam dengan ayat-ayat kesat...bagi kami yang menyusukan anak menganggap gambar2 tersebut sebagai pendorong dan motivasi untuk diri sendiri.. macamana pulak kalau ada sesetengah ibu yang menyusukan anak di tempat terbuka, tapi masih menjaga aurat?


Jawapan :

Wsalam...susu sama dengan darah yang tidak dikategorikan sebagai aurat...menyusu anak di khalayak harus dengan syarat menjaga aurat..


*****


Ok, itulah dia penerangan yang telah diberikan oleh Ustaz Azhar Idrus berhubung isu ini. Mmm...manusia ni pelik kan, ade je benda / cara yang dia tak puas hati yang dia nak cari pasal dengan orang lain, siap pandai-pandai nak jatuhkan hukum sendiri tanpa merujuk kepada alim ulama.

Wednesday, January 9, 2013

False Labour Rupanya

Semalam saya pergi jumpa doktor. Puncanya, tak tertahan menanggung sakit di bahagian bawah abdomen ni. Itu jelah satu sakitnya, pinggang tak sakit, kaki pun tak sakit. Saya tak larat nak drive ke ofis pagi semalam, jadi saya hanya terbaring dan tidur je kat rumah sementara tunggu my hubby balik keje. Sampai je my hubby kat rumah, terus bawa saya ke hospital.


Sampai ke hospital, doktor terus cek bukaan. Rupanya dah buka 1 cm, tapi masih belum aktif lagi sebab dinding serviks saya masih lagi tebal iaitu dalam anggaran 1.5 cm. Semakin dekat menuju ke hari bersalin, ketebalan tu akan menipis sehingga ke 0 cm then barulah ia dikatakan sebagai fasa aktif untuk bersalin. Dengan bukaan yang hanya 1 cm (amatlah jauh lagi nak sampai ke 10 cm), ditambah pulak saya masih belum rasa lagi sakit contraction, doktor mengesahkan yang keadaan saya adalah "false labour" bukan "true labour". Doktor menjangkakan ada dalam 4-5 hari lagi untuk merasakan true labour.


Saya ada tanya doktor, ada kemungkinan tak yang saya akan overdue? Doktor cakap, boleh jadi, tapi mungkin dalam 1-2 hari jelah, sebab saya dah ada tanda sakit di bahagian abdomen tu. So, sekarang cuma tunggu sakit contraction tu datang. Ataupun kalau ada keluar tanda seperti darah atau air ketuban pecah, doktor suruh saya cepat-cepat ke hospital supaya pemeriksaan lanjut boleh dilakukan.


Baru jap tadi saya search info pasal False Labour. Kalau nak tau lebih lanjut, jom sama-sama baca ye? ^_^


Apakah itu False Labour?

  • Apabila semakin dekat dengan EDD (estimated due date / hari dijangkakan bersalin), kontraksi Braxton Hicks yang selalu dirasakan di pertengahan kehamilan yang selama ini tidak sakit dan tidak kerap akan menjadi lebih kerap dengan frekuensi tertentu malah boleh jadi menyakitkan. Apabila ini berlaku, kita akan merasakan bahawa kita semakin hampir dengan masa untuk bersalin (false labour). 
  • Tetapi tidak seperti true labour, false labour ini selalunya tidak signifikan di mana ia tidak menyebabkan penipisan dinding serviks dan juga kontraksi yang dirasakan masih tidak konsisten.

Macamana nak tau saya ni dalam keadaan false labour atau true labour?
  • Kalau usia kandungan belum sampai 37 minggu, false labour ini boleh bermaksud kelahiran pramatang. Sila buat pemeriksaan dengan doktor secepat mungkin.
  • Kalau usia kandungan dah 37 minggu atau lebih, ini beberapa perkara penting yang perlu diberi perhatian :
  1. Kontraksi false labour tidak boleh diramal (unpredictable). Frekuensi tidak tetap, kejap sakit sejam sekali, tak lama pulak sakit setengah jam sekali, lepas tu sakit 3 jam sekali. Kalau true labour, sakitnya makin lama makin cepat, contohnya, mula-mula sejam sekali, pastu setengah jam sekali, pastu 15 minit sekali, pastu setiap 5 minit. 
  2. Sakit yang diakibatkan oleh false labour biasanya hanya tertumpu ke bahagian bawah abdomen sahaja (ini lah yang buat saya rasa sakit sangat semalam). Tapi kalau true labor, sakit kontraksi akan bermula daripada bahagian belakang bawah pinggang hingga ke bahagian bawah abdomen.
  3. Kontraksi false labour akan berkurang / hilang apabila kita bertukar posisi / aktiviti. Contohnya, masa kite tengah duduk buat kerja, kite rasa kontraksi tu, then kita cuba bangun dan jalan-jalan, sakit tu hilang. Tapi kalau true labour, buatlah macamana sekalipun (tukar posisi / aktiviti), sakitnya tetap tak akan hilang malah akan makin bertambah.

Eighth Pregnant Checkup (39 Weeks) di Hospital Penawar

Agak terlambat nak update pasal pregnancy checkup kali ni. Kenapa ye? Last saya update blog pada 5 January yang lepas, dan lepas tu blog ni terus senyap daripada update terkini, apapun terima kasih saya ucapkan kepada my followers / silent readers yang sudi membaca di blog saya, meninggalkan komen malah ada juga yang menghubungi saya secara peribadi melalui e-mail. Ye, apa yang saya ceritakan di blog ini adalah secebis kisah perjalanan hidup saya untuk kenangan dan ingatan di masa depan. Sekiranya ada kebaikan yang boleh diambil daripada blog ini, silakanlah. Tapi sekiranya ada keburukan, harap tak perlulah diikut ye. Bak kata pepatah, "jadikanlah sempadan".


Ok back to the story, saya pergi checkup pada 4 January 2013 yang lepas. Dah masuk 39 weeks dengan berat saya 62 kg dan tekanan darah 110/60. Takde apa-apa sangat yang dibincangkan kali ni dengan doktor, cuma saya bagitau doktor yang saya dah mula rasa sakit di bahagian bawah abdomen dan kadang-kadang susah sikit nak berjalan. Doktor cakap ini normal sebab bahagian kepala baby dah masuk ke ruang pelvis dan saya akan terus rasa macam ni sehinggalah ke hari bersalin nanti.


Sebenarnya, saya risau jugak sebab fetal movement 10 kicks in 12 hours yang doktor suruh saya buat tu, macam susah untuk saya monitor. Kalau nak start dari pukul 9am to 9pm, ada masanya saya terlupa sebab masa tu kan dah kat ofis dah sibuk dengan kerja, drive balik kerja etc. Kalau nak start dari pukul 9pm to 9am, lagilah susah nak kira sebab kul 11-12 am macam tu saya dah tido, macamana pulak nak kira kan.


Saya juga rasa baby sangat kurang bergerak. Sangat kurang. Saya risau sangat. Haihh...worried too much la di akhir pregnancy ni kan. Tapi nak buat macamana, saya dah memang risau. So saya bagitaulah kat doktor. Doktor cakap cuba usap-usap perut tu sebab kadang-kadang baby kurang gerak ni because of stress. Haaa.. baby ku stress??? Jadi bila kita usap-usap perut, talk to the baby, baby akan jadi lebih relaks dan dia akan respond kat kita.


Disebabkan saya susah nak bergerak ke sana ke mari, doktor bagi saya mc ari tu. Baguslah, sebab saya pun sebenarnya dah takde mood sangat nak keje. Keje tu takde masalah, in fact masa saya mengandungkan Haziq dulu, saya bekerja sampai ke hari saya sakit bersalin! Tapi kali kedua ni, kat ofis tu ada seseorang yang buat saya sangat tak happy + stress di kala sarat ni, so bila doktor bagi saya rehat (mc), saya rasa lega sangat.


Next checkup pada 11 January 2013.

Saturday, January 5, 2013

Dumex Dugro Fruit and Vege Buat Anakku Cirit Birit

Saya ni jenis orang yang kalau suka pada sesuatu benda tu, saya akan stick/kekal suka pada benda tu sampailah bila-bila selagi ia tak mendatangkan mudarat kepada saya. Mungkin dalam erti kata yang lain, agak resist to change.


*****


Apabila saya menjadi ibu, konsep yang sama terus saya amalkan. Proses mencari susu formula untuk Haziq tersayang merupakan suatu perjalanan yang agak panjang (sedih sebenarnya sebab tak dapat bf Haziq, huwaaa...) Macam-macam susu yang saya dah cuba, dan akhirnya susu Gain Plus Eye Q lah yang buat saya paling berpuas hati. Haziq suka minum susu ni, poo poo ok, sehari dalam 2-3 kali pasti dia akan poo poo dan selera makannya juga sangat bagus.


Saya pernah storymory dulu yang Haziq sekarang dah tak suka makan sayur, jadi kami sibuk cari alternatif susu, dan jumpa dengan Dumex Dugro Fruit and Vege. My hubby dah cakap lepas Haziq umur 3 tahun baru nak try susu ni, tapi tup-tup baru ni dia sendiri pergi beli susu tu. Terkejut saya. Katanya tak boleh tahan tengok Haziq kais keluar semua sayur dalam mangkuk dia setiap kali waktu makan. Saya tak boleh nak cakap apelah, susu dah dibeli takkan nak buang pulak. Rugi ok.


Memandangkan kami perlu tukar sedikit rutin pemberian susu pada Haziq, saya mulakan dengan bagi satu botol susu Dumex pada hari Sabtu malam Ahad lepas sebelum tido. Apa yang saya perhatikan, Haziq menyusu sangat lambat! Kalau dia minum Gain Plus, dia boleh habiskan 6oz dalam masa 3 minit. Habis licin tau. Tapi yang susu Dumex ni, dia amik masa 10 minit untuk habiskan 190 ml (6oz+) susu. Ini tak bagus.


Saya pun duduklah sebelah Haziq sepanjang dia menyusu. Selalu bila dia habis minum, dia akan cakap, "Ma, dah habis". Nanti saya akan cakap, "Wah bagusnya Haziq anak Mama, habis minum susu ye" dan kami akan sama-sama buat tanda good. Tapi lepas habis minum susu Dumex ni (tetap habiskan satu botol), dia terus letak botol tu kat tepi dan buat dek je. Saya tanya lah "Sedap tak susu?"


Tau tak Haziq cakap apa?


"Tak sedap". Siap kerut-kerut dahi tu. Hahahaha...so funny ok. Tak sedap tapi tetap habiskan 1 botol. Baguslah sebab kalau membazir tu kan amalan syaitonnirrojim.


*****


Esoknya hari Ahad. Haziq cirit 2 kali. Yang pertama tu sampai tembus ke seluar. Yang kedua tu tak tembus tapi poo poo sangat banyak sampai pening kepala saya menahan bau mucuk. Dalam hati saya cakap, baguslah coz sayur dan buah tu sebagai serat dan memudahkan pembuangan najis.


Ahad malam Isnin, saya terlupa nak buat susu Dumex. Jadi pagi Isnin sebelum hantar ke babysitter, saya bagi Haziq minum satu botol lagi.


Petang tu masa amik kat babysitter (bs), bs cakap "Uni ada kasi Haziq makan apa-apa ke masa kat rumah?"


Erk! Terkejut saya? Kenapa tanya macam tu, Haziq tak ok ke?


"Makan apa kak, makan biasa je"


"Taklah, Haziq ni macam cirit birit ni. 2 kali dah hari ni. Tapi najisnya tak macam biasa. Memang macam cirit birit ni, cair sangat. Tapi dia tak sakit perut. Aktif main macam biasa".


"Oh itu". Dan baru saya perasan muka Haziq macam kecik. Dehydrated ke?


So saya pun ceritalah kat bs yang saya ada bagi susu lain kat Haziq.


*****


Esoknya pergi jumpa doktor untuk dapatkan kepastian.


To cut the story short, doktor cakap ada pelbagai reaksi yang seseorang anak akan tunjukkan apabila dia tidak serasi dengan sesuatu susu. Ada yang tunjuk reaksi cepat dalam masa 2-3 hari, ada pulak dah seminggu baru kita leh tau dia serasi atau tak.


Tanda tidak serasi dengan susu ada beberapa contoh, pertamanya sembelit. Susah nak poo poo. Yang ni memang saya setuju sangat. Dulu saya pernah bagi Haziq try Enfagrow, sampai merah muka dia nak poo poo. Keras pulak tu. Saya pernah sampai menangis tengok Haziq macam tu. Rasa macam seksa sangat dia nak poo poo. So terus ban susu tu. Haziq juga tak sesuai dengan susu Anmum. Poo poo problem juga.


Tanda lain adalah muntah. Tak pernah experience macam ni.


Tanda lain adalah cirit birit. Doktor cakap Haziq looked dehydrated sebab dah banyak cecair / bendalir badan yang keluar apabila dia cirit. The only way to solve is Haziq kena minum banyak air. Tapi being a small kid, berapa banyaklah yang dia boleh minum kan? Jadinya still tak boleh ganti air yang dah keluar daripada badan tu. Doktor cakap, selang 2 hari nanti, cuba bagi lagi susu tu, if cirit jugak, means Haziq memang tak serasi dengan susu tu.


But for me, to be on the safe side, saya terus stop. Saya tak nak ambil risiko jadikan anak sebagai bahan eksperimen, apatah lagi dia dah tunjukkan tanda-tanda tak ok dengan susu baru tu. Buat apa nak teruskan lagi? Kalau cirit sampai kering sampai kena masuk hospital, sanggup ke? Oh tidak, saya tak sanggup tengok anak sakit.


*****


Kesimpulannya, sori Dumex Dugro Fruit and Vege, walaupun saya suka rasamu yang sedap, tapi malangnya anakku cakap susumu tak sedap, malah boleh cirit pulak selepas meminummu. Agaknya kita tiada jodoh.


Kami akan terus setia bersama Gain Plus dan semoga kamu akan serasi dan berbahagia bersama keluarga yang lain! ^_^

Friday, January 4, 2013

Menunaikan Nazar

Percayakah anda pada nazar?


Pernahkah anda bernazar?


Seumur hidup saya, saya sudah beberapa kali bernazar. Dah tak ingat lagi dah sebenarnya. Tapi setakat ini yang saya ingat, saya telah bernazar 3 kali.


Rasanya untuk anda yang setia mengikuti cerita di blog saya, pastinya tahu yang saya dulu termasuk dalam kategori susah nak hamil atau dalam bahasa omputehnya trying to conceive gitu.


Untuk first time pregnant, macam-macam yang saya dah usahakan, termasuklah berurut.


Saya juga pernah try Biodex, fuh, banyak ringgit melayang, beratus-ratus tapi akhirnya saya stop sebab ragu-ragu dengan produknya. Saya takde masalah cyst pon, tapi disuruh makan Noni Chewable Tablet tu atas alasan untuk kecikkan cyst. Cyst ape kebendanya kan? Yang saya suka pulak Supreme Diet perisa coklat. Sedap sangat. Tapi kene makan together beberapa produk yang lain, termasuk Noni tu. Last-last, give up.


Saya juga pernah amik pil Clomid kat doktor, dalam 2 cycle gitu (ingat-ingat lupa lah). Pun tak berjaya jugak. Huwaaaa....


Dan disebabkan saya nak sangat dapat anak sendiri, saya telah bernazar. 


Apa yang saya nazarkan?


Saya bernazar mendermakan RMxxx ke Masjid X sekiranya saya dikurniakan zuriat oleh Allah s.w.t. Saya bernazar pada 5 June 2009 hari Ahad jam 3.30 am. Pagi buta tuh..


Dengan kuasa Allah pastinya, dan mungkin juga law of attraction, saya telah disahkan hamil pada 11 December 2009, lebih kurang 6 bulan selepas saya bernazar.


Saya menunaikan nazar saya apabila kandungan saya berusia 18 minggu, iaitu pada 18 March 2010.


*****


Pada 28 Februari 2011, saya bernazar lagi, kerana pada masa tu Haziq ada masalah kesihatan. On and off continuously - batuk, selsema, demam dan sakit mata, dan pada masa tu Haziq baru je berusia 6 bulan. Terlalu kecil untuk menanggung sakit yang berterusan.


Tapi apalah daya saya, saya ibu bekerja yang belum berkemampuan untuk menggajikan seorang pembantu rumah bagi menjaga anak saya seorang. Pilihan saya pada masa itu, menghantar anak ke nursery dan di situlah segalanya bermula - sakit tak habis-habis. Fikiran saya sangat terganggu pada masa tu, mana boleh nak cuti memanjang, tapi kat ofis pulak asyik fikir pasal anak je. Makan ubat habis berbotol-botol, sihat semula tapi belum apa-apa sakit mata pulak coz ade budak kat nursery tu sakit mata lepas baru balik bercuti di kampung, and Haziq, being the youngest in the nursery, haruslah berjangkit kat dia pulak.


Allah bantu saya. Saya diketemukan dengan seorang babysitter yang sudi menjaga Haziq dan lagi best dia takde jaga anak sapa-sapa pun, jadi fokusnya hanya untuk Haziq seorang. Pada masa tu Haziq umur 8 bulan.


Cukup sebulan dijaga, Haziq sihat sepenuhnya. Saya bersyukur sangat, lega rasa hati dan saya boleh bekerja dengan tenang. Saya menunaikan nazar saya pada 13 May 2011, iaitu mendermakan RMxxx ke surau X. Alhamdulillah.


*****


Dan yang terkini, saya juga bernazar dalam usaha saya dan suami untuk mendapatkan zuriat kedua.  Sekitar bulan January / February 2012, saya bernazar mendermakan RMxxx ke surau Y jika saya hamil kali kedua, Alhamdulillah doa saya dimakbulkan oleh-Nya. Saya disahkan hamil pada 9 May 2012 ketika kandungan berusia 5 minggu. Saya juga telah selamat menunaikan nazar saya pada tahun baru ini iaitu pada 2 January 2013 ketika kandungan berusia 38 minggu. 


Semua nazar saya telah saya tunaikan. Semoga saya akan selamat melahirkan nanti. Amin....

Apa Yang Diharapkan Pada Tahun 2013?

Entry pertama saya di tahun 2013. Woooo...macam busy gitu kan beberapa hari tak update blog. Nak kata busy sangat tu takla, cuma lebih kepada letih, letih yang amat sangat sampai tak larat nak bukak laptop ni nak beronline. Kat ofis pun sama, time lunch hour tu, saya banyak blogwalking je, takde feel nak update blog.




By they way, HAPPY 2013!!! Harapnye belum terlambat lagi nak wish untuk semua yang setia membaca blog saya ni. Mmm..tahun ni saya akan menjejak usia 3 series In Shaa Allah, moga Allah panjangkan umur saya, suami dan anak-anak dalam usaha kami sekeluarga untuk membanyakkan lagi amal ibadat kepada-Nya.


Apa yang saya harapkan pada tahun 2013 ini? Well, saya takderla set azam-azam tertentu. Tak sempat nak sit down quietly specifically nak fikir apa nak dicapai. Cuma secara keseluruhannya, ini yang saya ingin capai pada tahun 2013 ini :


1) Kesihatan
  • Seumur hidup saya, rasanya saya tak pernah jadikan KESIHATAN sebagai salah satu matlamat utama dalam resolusi hidup yang ingin saya capai. Tetapi, sejak saya menjadi seorang ibu, menjadi sihat adalah perkara utama yang saya pentingkan. Saya pernah diuji, masa Haziq sakit sampai masuk hospital pada usia 3 bulan (tahun 2010), air mata saya ni seolah tak mampu nak berhenti. Menangis dan menangis risaukan anak yang sakit. Risau takut apa-apa berlaku padanya. Dan daripada situ, timbul kesedaran bahawa sebanyak manapun duit atau harta yang saya ada di dunia ini, ia takkan mampu ditukar ganti dengan nikmat kesihatan. 
  • Tahun ini, saya nak berusaha memastikan tahap kesihatan kami sekeluarga berada di tahap yang terbaik. Kurangkan makan kat luar, banyakkan makan makanan yang masak sendiri kat rumah, teruskan kawal jangan makan makanan yang tak sihat (jajan etc.) dan makan supplemen yang sesuai. Untuk makluman, saya memang amalkan makan supplemen sejak daripada sekolah menengah lagi, tapi dah few months stop amik sebab takleh catch up dengan harganya yang makin mahal. Looking for other better brands with cheaper price.


2) Keluarga
  • Dunia saya adalah keluarga kecil saya. Saya sedar di sepanjang tahun 2012, masa saya banyak habis untuk kerja, kerja, kerja. Balik lewat memanjang. Bila diingatkan semula, rasa macam mmmm.... ada masa-masanya saya terlepas waktu melihat perkembangan anak tersayang. Lantaran kepenatan bekerja jugalah, saya tak mampu melayan keletah anak saya di kala dia amat memerlukan saya dan juga kehendak suami. So bad, kan? Ampun...
  • Jadi tahun ini pastinya dengan kehadiran ahli keluarga baru kami nanti In Shaa Allah, fokus saya haruslah lebih kepada keluarga, apatah lagi saya berazam kuat nak fully bf anak kedua ini, yang mana saya dah terlepas peluang nak fully bf Haziq dulu. Saya nak kerap memasak untuk keluarga saya, biarlah tak sedap pon asalkan mereka makan air tangan saya (tapi kalau dah boring, kenela pegi makan kat luar jugak, ye tak? Hahahaha..)
  • Saya nak luangkan lebih banyak masa untuk bercuti bersama keluarga tersayang.


3) Amal Ibadat
  • Alhamdullilah, banyak nikmat yang Allah kurniakan pada saya selama ni, dan saya berdoa moga saya akan terus istiqamah menunaikan tanggungjawab saya pada Yang Maha Esa. 
  • Saya nak meningkatkan lagi pengetahuan dalam ilmu agama. Saya rasa jiwa saya ni amat perlu kepada pengisian rohani. 


4) Kerjaya
  • Hahahaha...ini tak taulah macamana nak cakap ye. Dengan pengalaman kerja lebih 7 tahun, saya rasa saya semakin bijak (ceh, perasan lah pulak) dalam menilai sesuatu perkara. Dalam setiap tahun tu, bermula daripada tahun pertama bekerja hinggalah tahun ketujuh sekarang, ade je benda baru yang saya discover. 
  • Contoh pada tahun ketujuh bekerja ni, saya discover yang ada sesetengah orang tu dia sebenarnya tak tau apa benda pun tentang sesuatu keje, tapi dia soal siasat kita macamlah kite ni buat salah/tak tau satu apa pun, jadi kite ni dengan jujurnya cerita semua benda yang kite tau. Itu tak kisahlah, tapi the worst part was, orang itu guna segala kepakaran/pengetahun kite tadi tu untuk up kan diri dia sendiri kepada Top Management dan kenakan kite pulak lepas tu. Too bad, huh? Saya dah terkena 2 kali. First time tu sebab memang saya bersikap jujur, I was so naive. Yang second time pulak, saya still fikir positif pada orang itu, ended up, I was wrong, totally wrong.
  • Jadinya untuk tahun 2013 bersamaan tahun kelapan saya bekerja, saya akan bekerja dengan lebih bijak. Janganla harap senang-senang nak manipulate my skill/knowledge/experience, u won't get a bit of it. I've learned the lesson in a very very hard way. 
  • Kisah benar - petang semalam baru je orang itu nak "kenakan" saya lagi. Hahaahahahaha...saya rasa nak gelak kuat-kuat je, dia ingat saya tak tau "permainan" dia. So saya balas dengan cara yang halus, yang akhirnya dia malu sendiri. Itu baru sikit je, yang penting, keje ni biarlah jujur ikhlas, janganlah asyik nak tikam orang je, kang nanti bila tertikam diri sendiri, baru tau langit tu tinggi atau rendah. Ye tak?

Akhir kata, itulah sedikit lebih kurang harapan saya untuk tahun 2013. Yang lain-lain tu adalah jugak, tapi takyahlah nak citer semua kat blog ni kan. Semoga saya berjaya mencapai apa yang saya harapkan, insya-Allah...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like Page Superb Vitamin For Life :)

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *