I Love My Followers

Blog ini adalah blog peribadi yang berkisar tentang kehidupan seperti usaha untuk hamil, kehamilan, kelahiran, penjagaan semasa pantang, penjagaan dan pendidikan anak, kesihatan dan kecantikan, keibubapaan dan perkahwinan.
Topik-topik lain juga ada mengikut keselesaan penulis.

Saturday, December 29, 2012

Saya Pilih Set Bersalin Tanamera


Kali ni saya dah decide awal-awal, saya taknak makan jamu sebab nak fully bf baby.


Jadi saya cari lah set bersalin yang takde jamu, at 32 weeks, thank God jumpa set bersalin Tanamera. Kenapa saya beli set ni :

Cantik betul kotaknye. I like!
  • Takde jamu, daripada 11 barang yang ada dalam complete set ni, hanya ada 2 barang yang melibatkan masuk ke dalam mulut iaitu VCO dan teh herba. Oklah tu.
  • Terpengaruh dengan testimoni pengguna Tanamera yang saya baca kat Pa&Ma, bersalin tanpa koyakan / koyakan yang minima. Tu yang terus nak beli.
  • Semua complete daripada mandi, cebok, urut, sampailah ke berbengkung.

Dengan harga RM360 satu set, ini dia 11 barang yang saya dapat :


Virgin Coconut Oil (VCO) 100 ml
VCO ni boleh digunakan sebelum bersalin pun, gunanya sapu kat perut dan mana-mana bahagian badan (paha, pinggang, punggung) yang cenderung untuk berlakunya stretch mark, even lepas bersalin pun still boleh guna VCO ni untuk pudarkan stretch mark yang dah memang wujud. Kalau sesape yang ada masalah tumit kering dan merekah, pun boleh guna VCO ni jugak.

Ikut pamplet yang dibagi tu, start 30 weeks dah boleh sapu VCO ni kat bahagian perineum supaya bahagian tu jadi lembut dan mudah membuka sepenuhnya bila nak bersalin ni. Lagi bagus, urut-urut sikit bahagian tu. Kalau tak tahu perineum tu kat mana, sila google ye. Malu lah nak letak gambar kat sini. Hehehehe... Pastu start 37 weeks, amalkan minum VCO ni 3x/day dan bila dah masuk labour room, teruskan minum.

ME : Masa 37 weeks, saya dah minum 1x. Tapi sekali tu jelah, sebab Mama cakap takut terbersalin awal pulak. jadinya bila 39 weeks nanti barulah saya akan start minum semula. Rasa VCO? Macam rasa kelapa lah, bayangkanlah makan pape kuih yang berasaskan kelapa! :)



Brown Formulation Body Soap 125g
Brown Formulation Body Soap - sabun ni kira macam sabun skrub Mustika Ratu dan lain-lain brand kat pasaran tu. Sabun ni tanggalkan sel-sel kulit mati dengan lembut, dan kalau kat bahagian badan yang gelap dan hitam tu, sental je dengan sabun ni, gerenti putih cerah lah sikit lepas tu.

ME : Saya dah guna sabun ni. Guna setiap kali lepas balik keje, wuuuuuu....segar jadinya tau. Memang best! Sekarang sabunnya dah nipis sikit, entah-entah kene beli lagi 1 ketul untuk masa berpantang nanti. Hehehe...



Boreh Body Scrub 4 peket (20 g each)
Boreh Body Scrub gunanya untuk beri kesan panas pada kulit dan segarkan otot-otot kita yang dah letih lesu sebab berjuang melahirkan anak. Saya belum guna lagi. Tunggu time pantang nanti.



Herbal Bath 14 peket (10g each)
Masa first time pantang dulu, dua minggu pertama saya berpantang kat rumah MIL. Gigih MIL sediakan ramuan untuk mandian saya, herba/daun apa pun saya dah lupa, tapi setiap kali saya nak mandi pagi dan petang tu, dia lah dok rebus/rendam daun-daun tu semua. Kesian pulak tengok dia bersusah payah jaga saya, dan kesian juga kat diri saya - apsal lah aku tak pegi cari set mandian khusus untuk berpantang? Kan dah susahkan MIL sendirik? Mmmm... what to do, masa tu amatlah jahil ok. Huhuhu....

Tapi kali ni, dengan adanya Herbal Bath ni, tak payah pikir nak gi cari akar kayu ke, daun maun ke, apa ke, tak payah susah-susah, didihkan je sepeket dalam air, tambah air sejuk ikut kesuaman yang dikehendaki pastu mandi! Tak sabarnya nak guna Herbal Bath ni, harap-harap wangi lah. :)



Feminine herbal Wash 14 peket (10 g each)
Jangan tak tau, lepas bersalin ni, setiap kali buang air kecil dan air besar pun ada pencuci yang khas untuk cebok kat private part tu, namanya Feminine Herbal Wash. Jakun saya tengok benda ni, yelah dalam set bersalin yang dulu mana ada benda ni. Ini lagi senang, gunanya setiap kali lepas cebok, untuk sembuhkan luka jahitan, kurangkan bengkak, menyahbau, kecutkan tisu organ pembiakan dan supaya private part tu lebih bersih.



Herbal Massage Oil 100 ml
Minyak untuk urut seluruh anggota badan. Kalau tukang urut takde minyak urut (ade ke kes macam ni?), suruh je dia guna Herbal Massage Oil ni.



Calming Herbal Blend Paste 4 peket (3g each)
Calming paste ni juga dikenali sebagai pilis. Baguslah sebab ada barang yang khusus sebagai pilis, macam saya dulu, minyak berangin tu sapu jugak kat dahi sebagai pilis, habis pedih mataku dibuatnya, tapi tetap kuatkan semangat supaya taknak angin masuk dalam badan. Tapi pilis Tanamera ni tak taulah macamana rupanya. Nanti saya review ye.



Firming Herbal Blend Paste 14 peket (15 g each)
Firming paste ni dalam bahasa pasarnya dipanggil tapel. Tapel oh tapel, teringat masa first time pantang, saya kena marah dengan misi klinik kesihatan sebab tak beli tapel untuk guna masa pantang. Terkelip-kelip saya masa tu, apekebenda tapel ni? Langsung tak tahu. Last-last misi tu belikan untuk saya, alah rupanya macam minyak panas je pun, kecoh betul. Gunanya sapu kat perut supaya perut cepat kempis. Sapu sebelum pakai bengkung. Ni dia minyak tapel yang misi tu belikan.

Tak suka minyak ni. Sebab apa? Sebab panas!! Sebab
kena marah gila-gila hanya kerana tak tau apa itu TAPEL. Hampeh!


Bengkung
Bengkung Tanamera ni saya dah basuh. Tapi kainnya sangat keras ok. Keras semacam pulak tu. Nasib baik bengkung yang lama saya simpan lagi. Rasanya nak berpantang guna bengkung lama jelah. Yang baru ni buat standby.



Herbal Tea 14 peket (2 g each)
Teh herba untuk diminum. Kata orang kalau campur dengan madu, sedap sikit rasanya compare dengan minum kosong macam tu je. Tapi saya takde beli madulah pulak.



Lavender Floral Water 70 ml
Lavender Floral Water - kata lavender, tapi bau cam kulit kayu manis! Ye...betul...saya tak tipu, bau nye sebijik bau kulit kayu manis, memang tak syok langsung. Saya ada test kat my hubby. Saya spray kat muka dia, dia pun cakap baunya tak best coz bau cam kulit kayu manis. Last-last, tersadailah botol ni kat ceruk gobok sana.


Itulah dia set bersalin Tanamera pilihan saya untuk berpantang kali kedua ni. :)

15 comments:

cik effa said...

mcm mane pakai set bersalin tanamera? ok x? senang x? logo halal dia pki logo apa yer? saya berminat nk beli set tanamera, tp nak tanya2 dulu experience org yang pernah pakai.

Uni said...

Hai Cik Effa, oh nak tau jugak ye pasal review tanamera ye. Nanti saya update satu entry k. :)

ConnieAgAhmad said...

Set tanamera ni kira dah cukup la ye utk bpantang? Ke perlu mkn supplement lain lg contohnya produk shaklee?

Uni said...

Hai Connie, saya tak pasti untuk orang lain, tapi saya sendiri ada amik supplemen shaklee dan vitamin C jenama Kordel's semasa berpantang. Juga ada minum Air Anugerah dan sapu losyen untuk perut (bukan jenama Tanamera).

JUTAWANSHAKLEE (001873431-W) said...

Salam kenal,
Mcm best plak set tanamera ni.
Ptama kali baca review custmer dtail mcm ni.bguslah..
Review shaklee yg guna apa ye? :-)

Uni said...

Salam kenal. Tulis detail-detail supaya ingat di kemudian hari. Hehehe..
Yang shaklee, saya amik set berpantang + ostematrix + esp. :)

Ema Rose said...

salam sis. sy pun plan berpantang dgn shaklee + tanamera. dh beli pun kedua2 set. nak tanya, teh herba tanamera tu time bila sis mnum? ada jarak masa tak b4 mkn vitamin shaklee?

Uni said...

Teh herba tu sebenarnya saya langsung tak minum, sebab dia warna kuning, saya agak mesti ada kunyit. Saya tak minum sebab anak saya kena sakit kuning, jadi doktor dah pesan jangan minum atau makan benda yang berasaskan kunyit sebab ia boleh meninggikan lagi kadar bacaan kuning anak (through breast milk). Lepas anak dah ok dari sakit kuning, saya still tak minum jugak teh herba tu.

Pakar Kesihatan Wanita dan Kanak-Kanak said...

Salam

seronok baca review puan

saya dulu pun suka sangat nak try set tanamera sebab ikut kata kawan saya (Dynaz) bau spray tu sangat refreshing dan dia sangat suka pakai.


tapi tak terbeli jugak sebab tak sempat beli baby dah keluar :)


btw

izinkan saya share pengalaman saya bersama puan dan pembaca lain :)


keluarga kami pengguna Shaklee sejak tahun 1997


makcik saya yang makan Shaklee mula2, dan introduce kepada kami

sekarang beliau dah berumur 51 tahun

tapi bila di FB orang ingat beliau umur early 40s


dan beliau pengguna Set Bersalin Shaklee dan Set Penyusuan Shaklee sejak tahu 1997


saya pula menggunakan Set Bersalin Shaklee sejak tahun 2007

Set Kehamilan Shaklee sejak tahun 2006


dan tak pernah guna sebarang jamu

alhamdulillah

anak saya tak pernah sorang pun dapat kuning (anak saya 4 orang)

tak pernah kembung

alhamdulillah

dapat menyusu penuh (dah 6 tahun menyusu)

sayangnya set bersalin shaklee ni takde untuk external care,tu yg nak beli tanamera tu :)



cadangan saya jika nak buat pilihhan set bersalin, selain dari meminta cadangan dan recommendation kawan2, boleh juga ikut Panduan Memilih Set Bersalin di sini....

dalam memilih set bersalin, yang penting ialah ianya selamat untuk ibu dan bayi

semoga perkongsian saya ini bermanfaat ya

terima kasih

Uni said...

Hai Pakar Kesihatan Wanita dan Kanak-kanak.

Terima kasih di atas perkongsian yang penuh manfaat. Saya juga pengguna Shaklee (baru je guna 4 bulan). :)

Sharz said...

thanks kongsi info ni sebab memang mencari jugak set berpantang selain shaklee untuk luaran.. :)

Uni Aqilah said...

Sama-sama. :)

mawar berduri said...

mahal juga yer set nie..dah 30w nie pun masih tak tau nak plih set yg mana...

Sheila Salim said...

Assalamualaikum, last week baru beli tanamera tapi vco je lah. hehe ingat nak pakai set anugerah masa berpantang nanti. heee ~~~

Hafiza AizZawa said...

Fiza pun pilih set tanamera utk berpantang nnt..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like Page Superb Vitamin For Life :)

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *