I Love My Followers

Blog ini adalah blog peribadi yang berkisar tentang kehidupan seperti usaha untuk hamil, kehamilan, kelahiran, penjagaan semasa pantang, penjagaan dan pendidikan anak, kesihatan dan kecantikan, keibubapaan dan perkahwinan.
Topik-topik lain juga ada mengikut keselesaan penulis.

Thursday, December 27, 2012

Pampers Selain Drypers Ada Saiz XXL Tak?

Masa Haziq umur 2 tahun 3 bulan (sekarang 2 tahun 4 bulan), saya dah mula pakaikan dia dengan Drypers saiz XXL. Puncanya, bila dia poo poo dengan pampers saiz XL, kadang-kadang pampersnya bocor sampai poo poo nya terkeluar sikit.

Ini yang Haziq pakai sekarang - Drypers XXL

Setakat ni, tiada masalah guna saiz XXL. Cuma yang masalahnya dari segi kuantiti dan harga. 


Sebelum ni satu peket XL ada 56 pcs, saya beli 2 peket untuk kegunaan satu bulan (1 peket letak kat babysitter). Tapi sekarang yang saiz XXL ni, kuantitinya makin kurang lah pulak, 1 peket cuma ada 46 pcs aje, jadi kalau beli 2 peket, saya dah short 20 pcs untuk kegunaan satu bulan. Adui...


Yang harga pun masalah juga. Saiz XXL ni mahal sikit dari saiz XL. My hubby cakap kuantiti pampers tu sikit sebab bila usia anak bertambah, kita kene latih dia untuk buang air kecil dan besar kat bilik air. Kalau nak pakai pampers pun, pakai waktu malam je. Tapi saya fikir, Haziq baru umur 2 tahun 4 bulan, dah nak latih untuk potty training ke? Mmm...rasanya belum lagi, dah nak masuk 3 tahun nanti kot baru saya nak train dia pampers-less. Tapi sebenarnya, umur berapa yang sesuai untuk potty training? Anybody care to share your experience with me?


Saya ada survey kat Tesco, Jusco dan beberapa kedai runcit untuk pampers saiz XXL selain daripada Drypers. Setakat ni baru jumpa Mamy Poko je yang ada saiz tu, sayangnya takde peket kecil lak. Kalau boleh saya nak beli peket kecil dulu, tengok ok atau tak. If pampersnya ok, barulah nak beli yang peket besar.


Ada sesape tau brand apa yang ada saiz XXL?

10 comments:

fifi tiez said...

adik bongsu sy dulu guna brand giant..

Fiza Rahman said...

Yer lah. Pampers mangkin kurang lah isinya.

Klo nak potty train umur 2 tahun pon dah bley start. Klo haziq dah bersedia...ok jer. Tapi perlu kesabaran yg tinggi lah. Anak 1st saya umur nak masuk 3 tahun dah tak pakai pampers.

Uni said...

Brand Giant yer? ok, nanti bolehlah saya try. tq.

Uni said...

Wah kalau macam tu saya kena start google lah pasal potty training ni kan. Kene juga bagi masa kat anak untuk sesuaikan diri dengan sesuatu yang baru.

awanungu said...

cuba guna Huggies. anak saudara saya guna brand tuh dulu. rasanya ada pek kecik utk saiz xxl

Uni said...

Huggies ok ker? pernah try dulu, cepat bocor.

Muhammad Haziq said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Adriana Qairyna said...

salam,sy pun tgh nk cari pampers size XXL yg ok...skg tgh pkai petpetXL...so skg awak pkai brand ape? drypers yg awak pkai ok x?klau mamy poko mhl sgt..

Uni_HAZ said...

Sekarang Haziq masih pakai Drypers saiz XXL. Memang puas hati dengan brand ni.

Anira Yahya said...

Whoope pn ada XXL

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like Page Superb Vitamin For Life :)

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *