I Love My Followers

Blog ini adalah blog peribadi yang berkisar tentang kehidupan seperti usaha untuk hamil, kehamilan, kelahiran, penjagaan semasa pantang, penjagaan dan pendidikan anak, kesihatan dan kecantikan, keibubapaan dan perkahwinan.
Topik-topik lain juga ada mengikut keselesaan penulis.

Sunday, December 2, 2012

My Day

Lama rasanya tak update blog.

Sibuk sikit lah minggu ni. Sibuk dengan kerja, maklumlah sekarang dah 34 weeks, saya masih lagi struggle menyiapkan kerja-kerja kat ofis sebelum start maternity leave. Kalau dihitung dicongak didarab dibahagi, rasanya memang tak sempatlah nak siap semua kerja-keja tu. Tapi saya buatlah yang terbaik yang saya mampu pada masa ini.

Borang permohonan saya untuk maternity leave, bos dah sign. EDD 11 January 2013, so cuti selama 60 hari insya-Allah saya akan mula bekerja semula pada 12 March 2013. Masa nak mintak sign bos tu, boleh pulak dia tanya soalan bodoh yang tak perlu ditanya --> "Awak tak nak cuti macam gomen ke? 90 hari?"

Saya senyum kambing jelah. Nak cuti 90 hari? Alahai...dulu nak mintak cuti 1 hari je pun sebab adik nak kawin, punyelah susah dia nak approve cuti. Siap suruh saya kerja macam biasa. Inikan pulak nak tambah 30 hari maternity leave? Kalau saya mohon pun, macamlah dia nak approvekan? Tunggu bulan jatuh ke riba lah jawabnya. Sangat menyampah ok.

Apa-apa pun, bab borang cuti dah setel. Tinggal satu lagi benda ---> appraisal form!

Tau-tau jelah bila dah hujung tahun ni, masa untuk menilai pekerja. Tahun ni appraisal form jadi sampai 4 helai, apa benda entah, tahun lepas cuma 2 helai je. Saya dah diskas dengan bos pasal form tu, haihh...banyak benda lah pulak nak kena buat. Dia siap cakap, kalau awak rasa awak perlu dinaikkan pangkat tahun depan, prove it to me masa appraisal nanti.

Excited kah saya? Nak naik pangkat kah saya?

Entahlah...

Tak fikir pun pasal ni.

Yang ada dalam kepala ni hanyalah nak setelkan kerja supaya saya boleh cuti 2 bulan dengan aman tanpa sebarang gangguan.


p/s : Tapak kaki dah start sakit bila berjalan. Yang kat pangkal paha pun rasa sakit bila nak beralih dari satu posisi ke posisi yang lain. Sentiasa mengah...

4 comments:

awanungu said...

bila due? apa2 pun semoga semuanya selamat

Uni said...

Insya-Allah dijangka lahir pada 11 January 2013 nanti. Tapi doc cakap plus minus 2 minggu. So kene bersiap sedia ni. :)

annie anne said...

aslkum sis...boleh saya minta detail mak aji nie email saya syazzieanne@gmail.com
trima kasih sis....

Uni Aqilah said...

Hai annie,

Kalau nak tau details Mak Aji, please e-mail to me at z.munirah@gmail.com. TQ!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like Page Superb Vitamin For Life :)

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *