I Love My Followers

Blog ini adalah blog peribadi yang berkisar tentang kehidupan seperti usaha untuk hamil, kehamilan, kelahiran, penjagaan semasa pantang, penjagaan dan pendidikan anak, kesihatan dan kecantikan, keibubapaan dan perkahwinan.
Topik-topik lain juga ada mengikut keselesaan penulis.

Wednesday, December 26, 2012

Mommies Rumah Apa?

Kalau anda perasan, kat belah kanan blog ni saya ada letak beberapa kategori blog list.


Setakat ni, bilangan blog yang saya dah follow makin bertambah, setiap hari paling kurang mesti ada 2 blog baru yang saya follow.


Bukan apa, menarik baca blog ni semua. Macam-macam kisah, macam-macam tips, macam-macam sharing,  rasa seronok sangat bila saya blogwalking dan baca satu-satu kisah bloggers ni. Ada blog post yang saya baca sampai tersenyum sendiri, tersengih depan skrin ni pun ada, yang tergelak pun ada, yang buatkan saya jadi excited pun ada, yang buat saya rasa insaf pun ada. Yang paling haru - yang buat saya bergenang air mata pun ada.


Kisahnya, malam tadi saya ada blogwalking kat satu blog ni, dia citer pasal adik dia sakit kanser payudara, anak 5, adiknya diabaikan dan diceraikan suami masa tengah sakit. Dan tak sampai berapa bulan, adiknya tu meninggal dunia. Sedih sangat saya baca. Jadi dengan blogging ni, macam-macam yang saya dapat. Pengisian rohani pun ada juga.


Untuk bloggers kategori mommies, saya createkan blog list "Mommies Rumah ......". Bermula dengan Mommies Rumah Pink, sebab saya suka warna pink. Saya limitkan sampai 10 orang bloggers untuk satu rumah, bila cukup 10, saya bukak lagi rumah baru, iaitu kaler purple, so jadilah Mommies Rumah Purple. Setakat ni, yang rumah purple belum cukup 10, kang dah cukup 10, saya akan create rumah baru lak. Hahahaha.. Best kan...Macam organizer rumah pulak rasanya.


Dan kalau yang bukan mommies, saya create blog list lain, kalau nak tau boleh tengok kat right side bar blog saya ni ye.


Oh lupa nak cakap, I love blogging! ^_^

2 comments:

fifi tiez said...

sy ada baca blog tu,apa ntah blog dia..anak dia sakit sejak lahir.memang stay kat hospital je.pas brp bln,bby tu mninggal.nangis2 sy baca..

Uni said...

Yang awak baca tu baby kan? Yang saya baca ni kisa ibu kepada 5 orang anak. Ibu tu yang meninggal sebab sakit kanser payudara. Sedih sangat. Huhuhu...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like Page Superb Vitamin For Life :)

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *