I Love My Followers

Blog ini adalah blog peribadi yang berkisar tentang kehidupan seperti usaha untuk hamil, kehamilan, kelahiran, penjagaan semasa pantang, penjagaan dan pendidikan anak, kesihatan dan kecantikan, keibubapaan dan perkahwinan. Topik-topik lain juga ada mengikut keselesaan penulis.

Monday, December 10, 2012

Harga Pakej Bersalin di Hospital Penawar

Minggu lepas pergi check-up. Dah sudah tu, bermesra-mesraan dengan staff kat situ tanya pasal harga pakej bersalin kat Hospital Penawar (macamlah nak bersalin kat sini, padahal dah tetapkan awal-awal nak bersalin kat HSI).


Kalau ikutkan hati wanita ni, memanglah nak bersalin kat Penawar je, yelah, checkup bulan-bulan dengan doktor kat situ, kalau bersalin kat situ memang konfem doktor yang sama akan sambut baby kat labour room nanti. Jadi rasa selesa lah nak bersalin sebab dah biasa dengan doktor tu.


Tapi bila fikir-fikir balik, nak spend duit sampai beribu untuk bersalin, rasanya macam tak berbaloi lah pulak. Ini cuma pendapat peribadi sayalah. Sebab saya rasa duit nak pakai untuk lepas bersalin tu lagi banyak, lagi penting keperluannya, contoh macam nak amik insurans untuk anak, buka akaun simpanan, buka akaun SSPN, standby duit kalau mommy atau anaknya sakit masuk wad dan lain-lain. Semua tu memang banyak pakai duit (ini berdasarkan pengalaman saya sendiri).


Dan apa kurangnya dengan HSI? Berdasarkan pengalaman pertama saya bersalin di HSI tahun 2010 dulu, semuanya ok, paling saya suka dengan nurse yang nama Miss Lai tu, dia memang sangat best orangnya. Layan saya baik sangat, takde menengking atau mengeluh dengan kerenah saya, sampai sekarang saya teringat-ingat layanannya. Hopefully kali kedua bersalin ni boleh jumpa Miss Lai lagi.


Doktor yang sambut baby saya pula agak tegas orangnya. Tegas sangat sampai saya terlupa nama doktor tu. Hehehhe... Tapi adatlah hospital kerajaan kan, doktor / nurse ni pun manusia biasa, ada masa diorang pun stress jugak kan.


Ok berbalik semula kepada topik, di sini saya sertakan senarai harga pakej bersalin di Hospital Penawar. Pesan saya, kalau bersalin di hospital private ni, janganlah bawak duit cukup-cukup paras hidung saja. Bawaklah duit lebih, takut nanti ada kos-kos yang tak dijangka yang terpapar dalam bil masa discharge nanti.


Pakej Bersalin (Tunai)

Normal = RM1990*
Normal + Bengkung = RM2040
Normal + Epidural = RM2440
* Harga adalah termasuk penginapan 2 hari 1 malam untuk ibu dan anak di bilik 6 katil.


Pembedahan (Caesarean) = RM4850*
* Harga adalah termasuk penginapan 2 hari 1 malam untuk ibu dan anak di bilik 6 katil.


Selain itu, saya juga telah mendapatkan maklumat tentang harga pakej sekiranya kita taknak duduk kat bilik 6 katil. Maksudnya, nak duduk bilik single ke, double ke, 3 katil ke, etc. Kat bawah ni harga bilik untuk bilangan katil yang berbeza :

Single = RM150
Double = RM90
3 katil = RM80
4 katil = RM70
6 katil = RM60


Saya tanya kat staff tu, contohnya kalau saya ambil pakej bersalin normal dan nak duduk di bilik 3 katil, macamana kiraan harganya? Staff tu cakap RM1990 + RM80 = RM2070.


Jadi kalau mommies semua nak bilik single ke double ke, etc., kira je RM1990 tambah dengan harga bilik dengan jumlah katil yang dikehendaki.


Haaa...itu cuma harga pakej bersalin basic je tau, belum termasuk kalau ada guna perkhidmatan lain. Apa contoh perkhidmatan lain tu?


Vacum = RM150
Forcep = RM150
Bersalin Secara Paksa (Induce) = RM250
Kelahiran Kembar = RM300
Kelahiran Anak Songsang = RM150
Berkhatan Baby Boy = dari RM250
Berkhatan Baby Girl = RM50


Saya tak sempat nak tanya pula tentang perbezaan harga yang begitu ketara bila berkhatan baby boy dan baby girl. Mmmm...


Oklah, itu sedikit sebanyak maklumat yang dapat saya kongsi untuk panduan mommies yang mungkin sedang merancang untuk bersalin di Hospital Penawar. Apa-apapun, saya cadangkan dapatkan maklumat lanjut dengan pihak hospital sekiranya mommies memang nak bersalin kat sini.


Oh ye, deposit yang perlu dibayar di kaunter adalah RM1000. Selebihnya dibayar masa keluar daripada hospital nanti.


Selamat Bersalin! ^_^


13 comments:

BitsBest said...

wah TQ for info..
mmg best bersalin kt hospital private ni..layanan mmg kelas!
BB pon rasa mcm nak.
tapi memandangkan mcm awk ckp...lepas bersalin tu byk nk pakai duit, tu yg buat BB pikir byk kali..

hehehe, xpe lah kt hospital kerajaan pon ok jugak kan...

selamat ebrsalin juga..
due sy 23 jan 2013

Uni said...

Hai BB...

Sebenarnya takde masalah pun nak bersalin di hospital private ni. Kalau ada duitnya, teruskan jelah.

Tapi dalam kehidupan ni ada masanya kita perlu bersikap rasional, perlu utamakan mana yang lebih penting. Contoh macam saya dulu, masa baby umur 3 bulan, warded in hospital 3 hari je (baby sakit), tapi bil nak dekat RM3K sebab warded kat private. Jadi antara nikmat bersalin di private dengan dapatkan rawatan untuk anak yang sakit di private, yang mana lebih utama? Tepuk dada tanya hati.. :)

fifi tiez said...

Sy bsyukur dengar ckp suami supaya bsalin kat gov.skurang2nya,duit yg ada sekarang boleh guna beli brg baby..jimat2..

Uni said...

Ya betol! :)

Wahidah Zahril said...

Hm,sy xde pengalaman lg bsalin kat gov.3 anak kat private.tapi org kata kalu kita ataunsuami keje best,bsalin kat gov,mmg lynan ok.just imagine kalu keje kilang.mesti lynan acuh xacuh

Uni said...

La...kenapa pulak mcm tu? tak boleh ade double standard. org yg keje govt kene igt yang duit drpd pembayar cukai (yg keje kilang mcm saya ni lah) yang antaranya digunakan untuk beli segala kemudahan kat hospital tu.

Duit kerajaan datang dari rakyat juga, jadi semestinya segala kemudahan tu diberikan semula kepada rakyat tanpa mengira sama ada keje kilang atau keje best (manager / bisnesman?).

Just my two cents. :)

Unknown said...

Saya jururawat di klinik kerajaan.dan saya tidak pon mengamalkan double standard dgn patient-patient saya.malah saya sendiri pun bersalin di hospital kerajaan saya juga pernah dilayan acuh tak acuh oleh seorang jururawat kerajaan walaupun dia tau saya staff.tentang masalah jururawat kerajaan yang double standard,itu masalah peribadi jururawat tu sendiri.dan tak semua jururawat kerajaan macam tu.

Uni said...

Ye, saya setuju. Semua tu berbalik semula kepada peribadi seseorang itu. Sekiranya dia jujur dan ikhlas bekerja, maka tiadalah istilah double standard dalam melayan pesakit. :)

Shidah Jad said...

Kalau sepanjang mengandung buat pemeriksaan kat hospital penawar dan bersalin di HSI boleh ke? HSI boleh terima tak?

Shidah Jad said...

Kalau sepanjang mengandung buat pemeriksaan di hospital penawar, then masa bersalin ke HSI boleh ke?

Uni said...

Hai Shidah Jad. Boleh, tiada masalah. Masa anak yang first, saya checkup di klinik swasta dan bersalin di HSI. Masa anak yang second, saya checkup di Hospital Penawar dan bersalin juga di HSI. Memang tiada sebarang masalah, yang penting kene bawak kad / buku checkup pregnant.

NUR RINI said...

salammm ~~ kak boleh share tak .. biase check up bulanan dekat swasta berape ye bayaran ??

encik lelaki said...

Tq for the info. Sgt berguna.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Recent Comments

Like FB Jana Wang Dengan Bisnes Online - Panduan Untuk Suri Mula Berniaga

Like FB Colourful Craft by UNI

Like FB Krunchy Karamel Seri Alam Johor

Contact Me

Name

Email *

Message *