Blog ini adalah blog peribadi yang berkisar tentang kehidupan seperti usaha untuk hamil, kehamilan, kelahiran, penjagaan semasa pantang, penjagaan dan pendidikan anak, kesihatan dan kecantikan, keibubapaan dan perkahwinan. Topik-topik lain juga ada mengikut keselesaan penulis.

Followers

Thursday, December 20, 2012

Harga Bius Epidural di Hospital Penawar

Bagi 1st time mommies to be / 2nd / 3rd / many times mommies yang tertanya-tanya berapa harga bius untuk suntikan epidural masa bersalin nanti, ini dia saya kongsikan info yang saya perolehi di Hospital Penawar.

Harga suntikan ialah RM450.00

Kalau tak boleh view gambar kat atas ni, ni adalah penerangannya ye :

Apakah EPIDURAL?

Epidural merupakan suntikan ubat bius di bahagian belakang yang melalui sejenis tiub halus. Bius ini disuntik di sekitar saraf yang membawa isyarat daripada bahagian badan anda yang merasakan kesakitan ketika hendak bersalin. Kesan daripada itu, bahagian perut akan terasa kebas dan anda tidak akan merasa sakit lagi.


Apakah kelebihan mengambil EPIDURAL?
  • Memberi kelegaan daripada kesakitan ketika hendak bersalin
  • Prosedur anestetik yang ringkas iaitu kurang daripada 40 minit sehingga ubat mula bertindak
  • Anda masih dalam keadaan sedar ketika mengalami kontraksi, cuma anda tidak merasa sakit
  • Sekiranya anda mempunyai tekanan darah tinggi, ia boleh menurunkan tekanan darah
  • Ia boleh ditambahkan dengan anestetik setempat jika anda memerlukan pembedahan Caesarean

Kalau nak tau berapa harga pakej bersalin termasuk bius epidural ni, boleh klik kat SINI


Dan kalau berdasarkan maklumat yang saya perolehi daripada Dr. Mohan @ Johor Specialist Hospital (JSH) semasa antenatal class dulu, harga bius epidural di JSH adalah dalam lingkungan RM800-RM2000. Ini harga bius sahaja tau, belum masuk harga bersalin normal / czer.


Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Hospital Penawar / Johor Specialist Hospital.


p/s : Entry ini adalah entry ke-100 sejak saya mula berblogging. Yeay!!!

4 comments:

Fiza Rahman said...

Saya tak pernah amik epidural untuk ketiga² anak masa bersalin. Cuma masa anak 1st amik ubat tahan sakit, itu pon tak jalan. Untuk anak 2nd & 3rd...natural parenting, tak der suntik2 langsung. Alhamdulillah ☺☺

Uni said...

Wah dahsyat! Respek kat Fiza. :)

Ziana Wanita said...

Tak elok ambik epidural ni. Nanti cepat rosak pinggang. Cuba google hypnobirth or gentle birth. Teknik2 hilangkan rasa takut nak beranak n cara mudah bersalin secara natural

Uni said...

Saya ada tanye kat doktor (Consultant O&G) pasal ni. Dia cakap, takkanlah saintis / doktor nak cipta sesuatu yang boleh merosakkan pesakit untuk jangka masa panjang. Dia cakap dia bersalin (4 orang anak) semuanya operate, semuanya inject epidural. Takde apa2 efek pun. Terdiam juga saya masa tu. Tapi pepun, keputusan di tangan kita sendiri, kan? :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like FB Colourful Craft by UNI

Like FB Krunchy Karamel Seri Alam Johor

Contact Me

Name

Email *

Message *