I Love My Followers

Blog ini adalah blog peribadi yang berkisar tentang kehidupan seperti usaha untuk hamil, kehamilan, kelahiran, penjagaan semasa pantang, penjagaan dan pendidikan anak, kesihatan dan kecantikan, keibubapaan dan perkahwinan.
Topik-topik lain juga ada mengikut keselesaan penulis.

Thursday, December 6, 2012

Guna Moogoo Untuk Mengatasi Masalah Ekzema

Rasanya saya belum sempat nak cerita yang Haziq ni telah disahkan oleh doktor menghidap ekzema, tapi bukan yang serius la. Light light aje. Sungguhpun light, saya memang kena betul-betul peka dengan situasi yang boleh trigger ekzema nye jadi serius.


Melalui pembacaan saya, saya bersyukur sebab ekzema Haziq ni hanya akan terjadi apabila dia terdedah kepada cuaca / keadaan yang panas sangat dan juga apabila tidur di tilam, toto atau cadar yang tak berapa bersih. Setakat ni Haziq takde tunjukkan apa-apa reaksi alahan terhadap makanan. Alhamdulillah.


Saya dah try macam-macam jenis produk, bermula dengan krim Hydrocort, Momate, etc. yang saya perolehi di klinik. Sapu krim klinik ni memang cepat baik, tapi tulah, saya difahamkan krim-krim ni semua mengandungi steroid yang mempunyai kesan jangka panjang yang tak bagus untuk kulit kita (menipiskan kulit). Kalau kita selalu sangat pakai / sapu krim ni, lama-lama boleh jadi "ketagih" pulak, mesti nak sapu banyak-banyak. Ok bab steroid ni saya citer di lain entry ye.


Straight to Moogoo. Setelah puas mencari, akhirnya saya beli starter pack Moogoo ni di Watson Jusco Tebrau City. Harganya RM187 sekotak. Agak mahal tapi yang penting produknya chemical-free.

Ada 4 barang dalam 1 kotak.
Dalam starter pack ni ada :

1) Moogoo Milk Wash - guna bila Haziq mandi. Saya transfer dalam satu botol kecil untuk tinggal kat babysitter. Ingredientnye adalah protein susu, coconut oil dan glucose-based (sugar).

2) Irritable Skin Balm (ISB) - guna bila bahagian leher dan pelipat lengan Haziq tumbuh merah-merah dan dok garu sana garu sini, selalunya terjadi bila Haziq kat tempat panas. Kalau balik kampung, konfem jadi merah. Kalau tido kat tilam / toto yang tak bersih, konfem merah jugak. So saya sapu ISB ni. ISB ni sesuai untuk kulit kering, merah dan gatal. 

3) MSM Soothing Cream (MSM) - Lepas sapu ISB dan biarkan ia meresap sekejap, saya sapu MSM pulak, MSM ni alcohol-free dan fragrance-free. Tujuannya untuk melembapkan kulit dan mempercepatkan penyembuhan (healing).

4) Udder Cream - Yang ini FOC dalam starter pack tu. Ini untuk skin repair dan kelembapan tambahan. Saya tinggal Udder Cream ni kat babysitter, kalau Haziq naik merah-merah, terus sapu Udder cream ni. Yang ISB dan MSM tinggal kat umah.


Gambar botol label biru tu Moogoo Milk Shampoo nama dia. Yang ini tak termasuk dalam starter pack tu, saya beli asing. Ini takde sebab nak beli sebenarnya, saja je Mama Haziq yang gatal nak beli. Saya dah try guna shampoo ni, baunya lembut je, tapi takde banyak buih la macam syampu-syampu komersial tu, sebab produk Moogoo ni takde SLS (agen pembuihan dalam krim mandian atau syampu). Harga Moogoo Milk Shampoo ni RM59 sebotol 500 ml.


Untuk pengetahuan produk Moogoo ni bebas daripada SLS, parabens, mineral oil, harsh chemical dan STEROID. 100% natural lagi. Jadi untuk mommies yang anaknya menghidap ekzema, bolehlah try produk ni pulak.


Oh ye, Haziq ni kadang-kadang ada masalah bibir kering. Minum air banyak pun bibir kering. My hubby cakap Haziq ni ikut dia dan makciknya (adik ipar saya) yang juga ada masalah bibir kering. Jadi saya beli Moogoo Cow Lick (jilatan lembu?) Lip Balm berharga RM14.90. Saya sapu kat bibir Haziq masa dia tido. Yang bestnya, bangun pagi esok tengok bibir Haziq dah lembap. Takde lagi kering mengelupas tu. Sukanya Mama!!!

Saya suka bau lip balm ni. Macam ada bau lemon / citrus. Yummy lah pulak.

Setakat ni, baru satu minggu lebih Haziq guna produk Moogoo. Dah nampak perubahannya, dari segi bibir yang kering dah banyak improve. Cuma bab yang leher dan pelipatnya merah-merah tu on off, sebab kadang-kadang saya sendiri terlupa nak sapu krim-krim tu kat Haziq. Huhuhu...sori sayang...lepas ni Mama promise Mama akan sapu krim Haziq ye... :)


Harapnya produk Moogoo ni berkesanlah. Nak tau berkesan ke tak kene teruskan penggunaannya lagi... ^_^

14 comments:

fiza said...

Kesiannya haziq. Nasib ekzema nya tak teruk kan.

Uni said...

Harap-harap cepat pulih. Amin...

Hafnidah said...

salam kak. anak saya pun ada light ekzema jugak. so tengah cari produk yang sesuai tuk dia. agaknya produk ni kat Watson mana2 pun ada jual kot ..?

Uni said...

Hai Hafnidah. Moogoo ni memang berkesan. Cubalah. Tapi bukan semua Watson jual produk Moogoo ni tau. Saya cadangkan Hafnidah check kat Facebook Moogoo. Kat sina ade senaraikan list Watson yang jual Moogoo, siap ade gambar kedai Watson tu lagi tau. :)

Azrina Jaafar said...

Terima kasih di atas info yg disharekan di sini.. Sy pon mengidap ekzema. Sangat alah dgn sabun. Ingat nk try juga produk moogoo ni sbb ramai juga yg kata bagus.. Jemput ke singgah ke blog saya ye di http://mommatwinz.blogspot.com

Uni said...

Ye Azrina. Produk ni memang bagus. Anak saya Haziq dah kurang dah ekzemanya.

Ibu Dhia said...

gud info.. baby saye baru 7 bulan (anak kedua), die ada ekzema teruk jugak.. puas dah cuba mcm2 produk.. perlu cuma moogoo pulak..

Uni said...

Hai Ibu Dhia, cubalah Moogoo. Fragrance-free dan mild je. Tapi ambil masa jugalah baru nampak kesannya. :)

Shiela Mustaffa said...

Salam. Suggest try natural healing – guna Tropika Baby Skin Care Set. Based on minyak kelapa dara. Chemicals-free, steroid-free, parabens free. Keluaran bumiputera muslim. Byk feedback dr ibu2 anak ekzema. Boleh visit www.tropikababies.blogspot.com ataupun FB – Tropika VCO & Medela Swing Maxi utk info lanjut.

Harap membantu.

Uni Aqilah said...

Terima kasih. :)

Kenari Putih said...

terima kasih atas perkongsian mengenai brand moogoo ni. detail.. saya pon seorg yg ada eczema.. lama dok kata nak try moogoo ni tapi belum lagi try2.. sbb ramai review moogoo antara brand yg bagus sbb organic.

nur sabrina said...

assalamualaikum

terima kasih kerana sudi berkongsi. saya pun sedang cuba moogoo untuk masalah eczema anak saya. singgah blog sis untuk baca review tentang moogoo

jemput ke blog saya sis, salam perkenalan :)

sitihamizah sanip said...

Assalamualaikum, boleh tau tak macam mana guna milk wash? Direct ke kulit atau dalam bath tub atau guna wet towel ye?

Siti Munirah said...

@sitihamizah sanip

Waalaikumussalam. saya guna milk wash direct je. pump atas tapak tangan, letak air sket dan ratakan ke seluruh badan. memang takde buih sangat pun.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like Page Superb Vitamin For Life :)

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *