I Love My Followers

Blog ini adalah blog peribadi yang berkisar tentang kehidupan seperti usaha untuk hamil, kehamilan, kelahiran, penjagaan semasa pantang, penjagaan dan pendidikan anak, kesihatan dan kecantikan, keibubapaan dan perkahwinan.
Topik-topik lain juga ada mengikut keselesaan penulis.

Monday, December 31, 2012

Goodbye 2012



Apsal tetiba macam syahdu pulak nak buat entry ni? 

*
*
*
*
*
*
*
*

Hari ini hari terakhir dalam tahun 2012. 31 December. Esok dah masuk ke tahun baru, sebelum tu saya nak mengimbas kembali apa yang dah berlaku dalam hidup saya sepanjang tahun ni, ada suka, ada juga duka. Entry ni agak panjang, luahan hati lah katakan... ^_^


January 2012
  • Genap 1 tahun saya duduk sendiri, maksudnya duduk bersama hubby dan anak (sebelum tu duduk kat rumah Mama dan Abah). Masih bertatih menguruskan semua perkara sendiri. Alhamdullilah, rumah yang disewa amat selesa untuk kami bertiga, jiran semua mesra dan suasana kejiranan yang tenang dan senyap. Saya merasakan bukan mudah nak menguruskan rumah, ye sebiji rumah 2 tingkat. Ada masanya saya dan hubby rajin berkemas, ada masanya kalau kami dua-dua penat, rumah pun bersepah mengalahkan tongkang pecah. Janganlah Eric Leong atau sesape datang buat seprais hoccayyy... Tapi sepahlah macamana pun, rumah inilah yang tetap saya rindu dan sayang. Rumah cinta kami. Tahun depan fikir nak beli rumah.
  • Setelah buat savings dan ditambah duit bonus sedikit sebanyak, kami beli penapis air. Sebelum tu, setiap kali nak minum air, kami tadah air paip dan masak. Tau-tau jelah kawasan berdekatan Pasir Gudang ni, kawasan industri, tahap pencemaran agak tinggi. Mana tahan setiap kali nak minum kena masak air paip. Pulak tu kadang-kadang airnya kuning. Ada masanya kami pergi tadah air kat vending machine tu. Ulang alik. Tapi bila dah invest RMxxxx untuk beli penapis air hak milik sendiri, rasa hidup lebih bahagia. Anak minum air yang lebih terjamin kebersihannya. Itu sangat penting bagi kami berdua. Alhamdullillah.
  • Menghadiri Seminar Blogging di KL. Dapat banyak sangat tips berguna yang membantu saya dalam dunia blogging.


February 2012
  • Dapat berita yang sorang kawan saya semasa sekolah menengah dulu sakit tenat. Terkejut sangat. Saya terus ambil cuti dan pergi menziarahinya di Hospital Mersing, sangat terkejut bila melihat perubahan wajahnya. Seolah tak percaya.
  • Adik perempuan saya kawin. Saya sentimental sangat.


March 2012
  • Wedding anniversary yang ke-4. Paling hampeh, sebab saya dan hubby sama-sama sibuk dengan kerja, kitorang langsung tak celebrate pun. Just wish, sayang-sayang, ehem-ehem, dah itu je. Busy and busy as ever.
  • Saya beli laptop baru. Laptop idaman jenama Acer, guna duit bonus juga. Sayang sangat laptop baru ni. ^_^


April 2012
  • Walaupun my PIL gelarkan kami berdua "pasangan paling sibuk dalam dunia" (perli ke tu?), kami sempat juga pergi bercuti. Me, my hubby and baby. Kat Tiara Beach Resort. 3 hari 2 malam. Family holiday merangkap celebrate wedding anniversary yang bulan lepasnya. Hade ke patut? Tapi itulah realitinya. Hahahaha...
  • Shocking news - kawan saya yang sakit tu meninggal dunia. Saya sedih sangat, tapi redha dengan pemergiannya kerana sudah terlalu lama dia menanggung derita.


May 2012
  • Mengantuk, pening, loya - rupanya itu tanda awal saya mengandung. Alhamdulillah. Bersyukur sangat atas kurniaan yang Maha Esa.


June 2012
  • Busiest month ever. Dalam bulan ni, boleh dikatakan 90% saya balik keje lambat. Paling lambat kul 11 pm. Aduiii...bulan yang sangat memenatkan.


July 2012
  • Tahap kesihatan Haziq tak begitu memberangsangkan. Kejap batuk, kejap demam, kejap selsema. Ada masa tu cirit birit. Saya risau sangat. Mulalah rasa bersalah sebab gaknya sibuk sangat dengan keje sampai kesihatan anak terabai. Uwaaaaa... 
  • Bulan puasa - Minggu pertama je beria-ria masak bagai. Lepas tu masak kat bazar Ramadhan jelah jawabnya. Penat keje tak larat nak bertongkah pecah kat dapur.


August 2012
  • Balik raya kat Terengganu. Happy sangat sebab inilah kali pertama dapat bawak my hubby balik beraya ke kampungku (setelah 4 tahun kahwin okayyy).
  • Dah namanya raya kat kampung, dengan panasnya, dengan bersesaknya, Haziq pulak kulit sensitif, habis naik merah satu badan. Penangan raya punya pasal.
  • Big achievement for myself - buat full settlement personal loan RMxxxx.xx. Ringan kepala sebab dah setelkan satu hutang! Yahooo!!


September 2012
  • Haziq kerap muntah. Dalam seminggu tu mesti ada muntah 1 kali. Tapi alhamdulillah takde apa yang serius, saya ketatkan lagi pemantauan pemakanannya. Pesan jugak kat babysitter jangan bagi makan yang bukan-bukan macam jajan etc. Balik kampung & rumah Mama pun saya kontrol makannya. Then everything's coming back to normal. Haziq sihat. Alhamdulillah.
  • Dashboard kete saya problem. Senggat minyak tu dah tak betul. Setiap kali driving, saya tak boleh nak agak minyak ada lagi dalam tank atau tak. My hubby took over the hassle, pegi pasang dashboard baru. Setel masalah.
  • Pergi antenatal class kat Johor Specialist. Best sangat, jauh beza dengan yang kat Penawar dulu.
  • Accident! Keretaku!! Uwaaa!!! Super tension sangat masa ni sebab lepas accident tu, duit mengalir laju sangat. Tapi fikir positif - kami semua selamat, nyawa lebih penting daripada duit.


October 2012
  • Start shopping beli barang baby.
  • Balik keje lewat lagi around 8-9 pm baru sampai rumah. Penat sesangat.
  • Diuji dengan musibah, too personal to be revealed here. Sedih sangat. Rasa hopeless. Uwaaa...


November 2012
  • Sibuk dengan menghadiri jemputan majlis kahwin.


December 2012
  • Result PMR 2012 - Adik saya Top Student 9A's scorer. Saya bangga dengan pencapaiannya. Sebak pun iye jugak. Sentimental. Haihh...rasa macam dah mak-mak sangat saya ni. (Padahal Mama rilek je anaknya jadi Top Student, akaknye je yang lebih-lebih. Heheheh...)
  • Final preparation untuk bersalin. Siap semuanya.

Mmmmmmmm..... habis sudah tahun 2012. Ade lagi beberapa perkara yang berlaku, tapi rasanya ia terlalu peribadi untuk dinyatakan di blog ini. Biarlah ia jadi rahsia hati saya selamanya.


Sejujurnya, saya bersyukur di atas segala nikmat dan rezeki yang Allah kurniakan kepada saya sekeluarga sepanjang tahun ini. Pun begitu, masih banyak lagi kekurangan dalam diri ini yang harus saya perbaiki, agar saya menjadi insan yang lebih baik seiring dengan peningkatan usia. Semoga usaha dan cita-cita saya di masa hadapan akan dipermudahkan laluannya, In Shaa Allah...


Selamat tinggal tahun 2012 yang penuh suka duka.


Dan selamat datang tahun baru 2013. Ya Allah, panjangkanlah umurku dan insan-insan yang ku sayang dan lindungilah mereka di mana jua mereka berada. Amin....

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like Page Superb Vitamin For Life :)

Like Page Love Natuwrel :)

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *