I Love My Followers

Blog ini adalah blog peribadi yang berkisar tentang kehidupan seperti usaha untuk hamil, kehamilan, kelahiran, penjagaan semasa pantang, penjagaan dan pendidikan anak, kesihatan dan kecantikan, keibubapaan dan perkahwinan.
Topik-topik lain juga ada mengikut keselesaan penulis.

Saturday, December 29, 2012

Barang Nak Bawa Bersalin di Hospital

UPDATED : 20 MAC 2014

Apa barang yang perlu dibawa ke hospital?

Yang paling penting adalah :
  • Kad checkup pregnant bulanan
  • IC
  • Surat/sijil nikah (peraturan sekarang ni - tak kisahlah bersalin anak sulung atau anak kelima sekalipun, tetap kena bawa surat/sijil nikah. Tapi benda ni tak perlu bawa ke hospital, tapi perlu bawa masa nak daftar anak kat Jabatan Pendaftaran Negeri (JPN) nanti. Cuma untuk memudahkan suami kita mendaftar kat JPN, kita standby siap-siap surat/sijil nikah ni supaya suami tak susah-susah nak cari, lagipun masa tu nanti kita dah sibuk dengan baby/berpantang).
  • File plastik berketip - isi semua dokumen berkaitan i.e. kad checkup pregnant bulanan, bil/resit hospital, borang-borang tertentu etc. Nanti dah buat surat beranak baby dan kad perkembangan baby (yang nurse datang cek kat rumah tu) pun simpan semua dalam file ni. Lepas kita dah habis pantang, barulah buat proper filing. 
  • Handbeg - biar suami yang pegang
  • Handphone - untuk memudahkan calling ahli keluarga

Dan kat bawah ni juga antara barang yang penting. Saya senaraikan ikut kategori ye.

1) Barang mommy & baby in labour room
2) Barang baby kat wad
3) Barang mommy kat wad
4) Bakul

Ok jom kite tengok satu-satu.


1) Barang mommy & baby in labour room

Berdasarkan pengalaman saya, apabila saya dah dimasukkan ke dalam labour room, my hubby masih lagi perlu menunggu di satu ruang menunggu kat luar yang dikhaskan untuk untuk suami / ibu bapa.

Apabila saya dah masuk ke fasa aktif, nurse panggil suami saya dan suruh standby baju untuk sambut baby. So untuk bersalin kali kedua ni, saya dah asingkan siap-siap baju baby dalam satu plastik. Jadi bila nurse mintak, senang my hubby terus keluarkan baju tu daripada plastik. Tak payah susah-susah nak cari baju dalam beg besar tu. So ini dia barang yang perlu disediakan bila nurse mintak :
  • Baju L/S (1 pasang) 
  • Mitten and booties (1 pasang)
  • Pampers (1 pc)
  • Barut (1 helai)
  • Bedung (1 helai)

Untuk saya, saya perlukan tuala kecil (hand towel) dan sepasang stokin untuk dipakai. Tuala untuk gigit time sakit contraction dan stokin sebab tak tahan sejuk aircond.


2) Barang baby kat wad

Lepas bersalin, mommy dan baby akan ditempatkan di dalam wad dulu dan tak boleh terus balik ke rumah. Macam saya, saya bersalin dulu pada pukul 3.34 am hari Ahad dan hanya boleh balik ke rumah pada hari Isnin tengahari, sebab masa tu Haziq dah boleh menyusu dan poo poo, tapi belum pee pee lagi. So apabila kite dok kat wad, kite kene jaga anak, bf dia, mandikan (nurse yang buat), tapi selain daripada tu kite kene handle sendiri. So kat bawah ni senarai barang baby yang mesti dibawa sekali ke hospital.
  • Diapers (20 pcs) - saya suka bawak lebih, lebih takper tapi jangan sampai tak cukup
  • Baju S/S dan seluar (5 pasang) - ini untuk pakai di siang hari
  • Baju L/S dan seluar (4 pasang) - ini untuk pakai di malam hari
  • Tuala mandi (1 helai)
  • Toilettries baby - mandian, minyak telon, nappy cream, losyen, baby oil, bedak
  • Tuala kecil (3 helai) - untuk kesat air liur baby, kesat mulut lepas bf dan lain-lain
  • Mitten & booties / stokin (5 pasang)
  • Wet wipes (2 peket) dan cot sheet (1 pc) - wet wipes untuk bersihkan private part baby dan cot sheet untuk alas badan baby masa nak gantikan pampers
  • Barut (4 helai)
  • Bedung (3 helai) - kalau nak jimat, boleh guna kain lampin sebagai bedung. In fact kain lampin lebih praktikal sebab kain lampin lebih lembut dari blanket yang digunakan sebagai bedung tu, jadi senang nak ikat / simpulkan kat bahagian kaki baby
  • Topi / penutup kepala (2 helai) - pakaikan kat baby masa nak keluar hospital nanti

3) Barang mommy di wad
  • T-shirt (3 helai)
  • Sweater (kat HSI saya dok kat wad kelas 3 je, takde aircond, cuma kipas, tapi pada saya itu pun dah cukup sejuk, jadi saya memang perlukan sweater)
  • Tudung (2 helai)
  • Kain batik (3 helai)
  • Nursing bra (2 helai)
  • Stokin (2 pasang) 
  • Disposable panty (5 helai) - tapi saya bawak lebih 
  • Maternity pad (1 peket ada 20 pcs)
  • Tuala mandi (1 helai)
  • Toilettries
  • Selipar

4) Bakul
  • Air masak
  • Air zamzam
  • Air selusuh
  • Cawan dan sudu
  • Milo peket
  • Nestum peket
  • Biskut lemak
  • Termos - air panas nanti mintak je kat nurse
  • Tisu kotak

Dan jangan lupa bawa plastik untuk isi baju kotor ye.

I'm ready!
Itulah dia barang-barang yang saya dah siapkan untuk pergi bersalin. Lebih kurang sama je masa lahirkan Haziq dulu, cuma kali ni lebih rapi sikit, almaklumlah dah ada pengalaman kan. Saya harap senarai ni boleh dijadikan panduan untuk first time mommies to be. :)


Remarks :
L/S - long sleeve
S/S - short sleeve

25 comments:

Anna R. said...

I'm a 31 weeks first time mommy to be and i found this veryyyy informative ! Terima kasih sebab share ye ! :)

Uni said...

Hai Anna. Thanks! :)

fatin ainina said...

blog you more detail la,thanz:) firstime nk jadi mummy jugak.. excited!

fatin ainina said...

blog you detail lebih bagus,mudah faham,hehe maklum lah fistime to be mummy:) thanzz ya!

fatin ainina said...

blog you more detail la,thanz:) firstime nk jadi mummy jugak.. excited!

Uni said...

Hai Fatin, ye memang saya tulis detail sedetailnya supaya semua mommy to be lebih faham dan pada yang sama memudahkan daddy to be jugak. Takdelah asyik nak ulang alik dari spital ke rumah / kedai nak amik / beli barang itu barang ini. kan kan kan...

cik effa said...

Sgt byk info yg dpt. tq...

Uni said...

Alhamdulillah. Semoga info ini memudahkan urusan anda suami isteri.

Suri d'Laman said...

Slm Uni.. thanks utk infonya.. mmg ngh dlm mggu packing2 brg tuk ready nih.. follow ur blog ya..

Uni said...

Hai Suri, sama-sama. thanks follow blog saya. Moga semuanya selamat nanti. :)

baby besh said...

Diaper Bag Simple Dimple, sesuai untuk di bawa ke hospital dan juga stylo untuk bapa.. Jom singgah dan Like https://www.facebook.com/babybeshshop

Alis Qalesya said...

tips sgt2 berguna...walaupun ank dah nak masuk 3..tapi igt2 lupa nak bawak barang ape mse bersalin nanti...

Nuratul Farryha said...

Salam...Thanks for da info sis...sy pregnant anak sulung...msh kelam lg apa yg nk kna prepare...27/52 now n counting....

Uni_Aqilah said...

Thanks! :)

Uni_Aqilah said...

Semoga dipermudahkan urusan kelahiran baby nanti. :)

Aden Radin said...

nak share ye..

Uni Aqilah said...

Silakan. Mohon letak kredit ke blog saya ye.

wan nadzirah said...

sjil nikah pn kne bwa skali ke smasa nk dischrge nnti ?

Uni Aqilah said...

wan nadzirah - tak perlu bawa sijil nikah semasa discharge. Tapi perlu bawa semasa nak buat pendaftaran anak di Jabatan Pendaftaran.

mawar berduri said...

ok...masih belum prepare lagi..huhu

Sheila Salim said...

Assalamualaikum kak, sheila bookmark entri ni. heee nervous tunggu next month tu~~~

Sihat Cergas said...

Terima kasih uni utk peringatan tentang barang kelengkapan nak dibawa ke hospital... walaupun kali ni kali ke 3, saya agak blur jugak nak sediakan keperluan ke hospital, sebab dah lupa apa yang perlu dan dan tak perlu... terimakasih lagi sekali yer...

Radin Aden said...

Kak munirah sorry aritu saya amik terlupa letak kredit tapi saya da edit balik post saya..

Nur Amirah Ramlee said...

Terima ksh ..sis..sngt2 mmbntu..mklumlh sy tgh hamil ank pertma dan skrg dh 35 mngu dh kndungn sy..sngt exited..tip dri sis memg mmbntu sya yg memg zero knowlage fsl benda ni semua...

NURUL KHAIRAH said...

saya dah minggu 37 ini kali pertama jadi nak semak balik ap yang x da..terima kasih maklumatnya..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like Page Superb Vitamin For Life :)

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *