I Love My Followers

Blog ini adalah blog peribadi yang berkisar tentang kehidupan seperti usaha untuk hamil, kehamilan, kelahiran, penjagaan semasa pantang, penjagaan dan pendidikan anak, kesihatan dan kecantikan, keibubapaan dan perkahwinan.
Topik-topik lain juga ada mengikut keselesaan penulis.

Thursday, December 6, 2012

Apa Yang Dicatatkan Dalam Planner?

Pejam celik pejam celik, tinggal berapa hari je lagi nak masuk tahun 2013. Cepat sungguh masa berlalu, tau-tau je dah akhir tahun.


Saya teringat satu ceramah agama yang saya dengar di radio IKIM, nama ustaz tu saya dah lupa, tapi yang saya ingat, beliau cakap apabila kita merasakan semakin cepat masa berlalu, maka semakin cepatlah kita dengan akhir umur. Erkkk!! Takut pulak dengar statement tu. Tapi memang betul pun, makin cepat masa berlalu bermakna makin bertambahlah usia kita. Betul tak?


Selain sibuk dengan persiapan menyambut baby baru, saya juga sibuk mencari weekly planner untuk tahun 2013 nanti. Saya ini orangnya cepat pelupa, kalau saya tak tulis, maksudnya lupa lah kejap lagi tu.


Jadi antara cara saya supaya mudah ingat sesuatu perkara, saya gunakan weekly planner. Catatkan perkara-perkara penting dalam ni. Saya dah guna weekly planner ni rasanya dari tahun 2009 lagi.


Ini weekly planner saya tahun 2012 ni. Cantik tak? Merah-merah gitu...Harga RM10.90...

Planner saya tahun ini


Ini pula weekly planner saya tahun 2013. Kaler kayu jer, tapi harga mahal, RM15.60!!

Planner saya tahun 2013. Yang tak bestnya, dia takde spiral bind macam planner tahun ni.

Pada saya, planner ni SANGAT-SANGAT membantu diri saya. Apa yang saya catatkan dalam planner ye? Jeng jeng jeng...


1) Tarikh penting - Dapat je planner, terus tulis tarikh-tarikh penting (birthday, anniversary, wedding, party, etc.) tak dilupakan juga tarikh-tarikh cuti umum dan cuti sekolah. Jadi takde lagi masalah terlupa tarikh penting orang tersayang. ^_^


2) Perancangan cuti - Contohnya, kalau cuti umum hari Ahad, dah tentu esoknya Isnin pun cuti, jadi  saya boleh terus plan Sabtu hingga Isnin tu nak buat apa. Nak gi jalan-jalan je, balik kampung ke, holiday ke, shopping je, gathering ke etc. Wah, banyak benda yang boleh dirancang tau!


3) Medical history - Saya juga catatkan tarikh bila anak sakit, saya demam, abahnya tak sihat. Jadi dalam sebulan tu, saya boleh kenalpasti berapa kali kami sekeluarga tak sihat dan apa tindakan yang perlu diambil supaya kami sekeluarga lebih sihat dan kurang sakit. Dan ini juga membantu apabila kami berjumpa doktor (sekiranya perlu), sebab doktor mesti tanya soalan macam, dah berapa lama sakit, last sakit bila, selalu sakit macamana keadaan anak ni, etc.


4) Amaun shopping - Haaa, jangan tak tau, berapa banyak RM habis untuk shopping / belanja rumah bulan-bulan pun saya tulis dalam planner ni. Senang nak ingat dan senang nak sedarkan diri sendiri kalau asyik nak shopping je tak habis-habis! Hehehehe...


5) Jadual kerja - Kat ofis saya kerja alternate Saturdays. Minggu ni keje, minggu depan cuti. Supaya tak tersalah minggu (kot-kot ingatkan minggu tu cuti padahal minggu tu keje), jadi saya tulis siap-siap minggu yang kene keje. Juga berguna kalau pasangan jenis keje tak tentu masa atau keje syif. Contoh 2 minggu offshore, pastu balik rumah. Outstation 1 minggu, pastu balik rumah. Semua ni kene tulis tau. Penting!!!


6) Turn balik umah parents / parents in law - Hik hik hik, ini pun saya tulis dalam planner. Minggu mana nak  balik rumah mak saya, minggu mana nak balik rumah mak mertua, minggu mana untuk kami sekeluarga bergembira, minggu mana nak bermalas-malasan dan rehat je kat rumah. Dah tulis siap-siap dah... ^_^


7) OT untuk babysitter - Kerja saya ni tak menentu, ada masa balik sharp on time, ada masa balik lewat, so kalau balik lewat, babysitter kene kerja lebih masa untuk jaga anak tersayang. Jadi saya catatkan pukul berapa saya ambil anak, senang nak buat kiraan OT babysitter masa hujung bulan nanti.


8) Tak dapat puasa / Ganti puasa - Bulan Ramadhan memanglah saya tak dapat puasa penuh sebab period kan. Saya tulis hari apa yang tak dapat puasa dan berapa jumlah hari tak puasa. Nak ganti pun senang, tengok balik apa yang saya dah tulis tu, takde lah masalah eh lupa la dah ganti berapa hari. Hari yang saya ganti puasa pun saya tulis jugak.


9) Tarikh appointment - Semua tarikh appointment saya tulis dalam planner. Nak pegi antenatal checkup, antenantal class, dentist, jumpa orang bank, itu ini, bla bla bla... tarikh nak gi bersukaria bersama family atau tarikh dating dengan hubby pun saya tulis gak.


10) Apa saja yang saya rasa nak tulis - Contohnya, hari ni pergi ziarah kawan sakit, saya tulis. Hari ni saya sedekah kepada orang susah / wakaf, saya tulis. Hari ni Haziq tumbuh gigi, saya tulis. Hari ni saya rasa happy sebab kawan belanja makan, saya tulis. Hari ni my hubby buat surprise kat saya belikan coklat Ferrero Rocher kegemaran, saya tulis. Senang kata, ikut kata hati sendiri rasa nak tulis apa...


Fuh, banyak betul benda dalam planner saya. Sebab tu lah kalau saya tersalah letak planner atau tertinggal ia kat mana-mana, boleh jadi jiwa kacau tau. 


Walaupun kini orang lebih suka guna gadget yang fungsinya lebih canggih, siap ada alarm untuk ingatkan, etc., saya masih setia guna planner ni, sebab saya bukan gadget-freak. Hehehehe...

2 comments:

awanungu said...

bagusnya. kalau saya awal2 tahun je rajin hihihi

Uni said...

Kalau guna diary yang 1 hari 1 mukasurat tu, saya pun tak rajin. Tapi sekarang ni saya guna weekly planner sebab lebih praktikal. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like Page Superb Vitamin For Life :)

Like Page Love Natuwrel :)

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *