I Love My Followers

Blog ini adalah blog peribadi yang berkisar tentang kehidupan seperti usaha untuk hamil, kehamilan, kelahiran, penjagaan semasa pantang, penjagaan dan pendidikan anak, kesihatan dan kecantikan, keibubapaan dan perkahwinan.
Topik-topik lain juga ada mengikut keselesaan penulis.

Wednesday, December 12, 2012

Anak Tak Makan Sayur, Boleh Ganti Dengan Susu Ke?

Sejak akhir-akhir ni saya perasan yang Haziq dah jadi picky eaters bab SAYUR. Saya sendiri sebenarnya tak pasti sejak bila benda ni terjadi, tapi saya perasan yang kalau dalam makanannya ada sayur, Haziq akan kutip satu persatu sayur tu pindah ke mangkuk / pinggan yang lain. Mmmm... macamana nak buat ye?


Alkisahnya, saya dulu pun jenis tak makan sayur sangat. Saya pilih sayur-sayur tertentu je, contoh macam bendi, buncis, tauge, kacang botol, peria, petola, terung, sawi jepun, carrot itu semua saya boleh makan tanpa sebarang masalah. Yang susah nak diterima tekak ni contoh macam sawi dan ulam-ulam. Haziq sekarang ikut Mamanya ke? Jenis tak makan sayur sangat? Huhu...


Masa Haziq baby makan solid food dulu, memang saya bagi dia makan sayur (blender dan tapis terlebih dahulu). Nampak ok je masa tu, semua dia makan. Tapi sekarang, kenapa Haziq dah taknak makan sayur? Haihh.. pening kepala Mama comel ni memikirkannya.


Yang tambah haru sikit lagi, Haziq pun tak suka makan buah. Apsal entah. Yang saya tau, Haziq ni tak suka makan benda-benda manis, aiskrim dia tak suka, air manis dia tak suka. So buah pun dia tak suka mungkin sebab buah tu manis kot. Tapi epal hijau dia makan pulak. Elok je habis makan 2 ke 3 potong. Epal hijau kan masam sikit.


Kebetulan masa shopping barang dapur bulan lepas, ada promosi susu Dumex Dugro Fruit dan Vege. Saya rasa lah sampel susu tu. Mak oi sedapnya! Sampai saya mintak lagi satu cawan (alah cawan kecik kemetot je pun). Tapi serius memang sedap sangat.


Saya mintak lagi satu cawan suruh my hubby rasa, dia pun cakap sedap susu ni. Saya panggil Haziq suruh dia minum sikit, tapi langsung dia taknak datang dekat saya sebab tengah sibuk berlari sana sini. Tau tau jelah anak umur 2 tahun lebih, kalau pergi hypermarket Tesco pon dia dah seronok sangat feeling macam pegi Legoland. Lari sana lari sini last-last tak rasa pun susu tu.


Jadi saya tengoklah harga susu Dumex Dugro ni. RM27.50 untuk 900 gram dan RM18.90 untuk 600 gram.

Susu Dumex Dugro yang sedap sesangat!


Saya dan my hubby sama-sama cakap, "MURAHNYA!!!!!"


Purata Haziq minum 3.6 kg susu untuk 1 bulan. Untuk susu Gain Plus Eye Q yang dia minum sekarang ni, harga untuk stok susu 1 bulan bersamaan RM205.

Susu kegemaran Haziq

Jadi kalau dibandingkan dengan susu Dumex Dugro ni, untuk sebulan baru je RM110 (beli 4 peket yang berat 900 gram satu pek). Dah boleh jimat RM95 sebulan dan RM1140 setahun. Wah, banyak tu!!!


Tapi, betul ke hanya dengan minum susu Dumex ni boleh memenuhi / mengganti keperluan Haziq yang tak makan sayur dalam menu hariannya?


Boleh ke Haziq serasi dengan rasa susu ni? Untuk pengetahuan, Haziq dah try macam-macam jenis susu sebelum ni, ada aje ketidakserasiannya. Bila saya bagi dia Gain Plus Eye Q ni, baru serasi. Nampak Haziq suka sangat susu ni. Perut ok, poo poo pun ok. Sekali minum 1 botol 6 oz, purata satu hari minum dalam 7 ke 8 botol.


Fikir punya fikir, bincang punya bincang, akhirnya, saya KIV dulu susu Dumex ni. Saya dan my hubby buat keputusan untuk teruskan dengan Gain Plus, nanti bila umur Haziq cukup 3 tahun, kami akan cuba bagi Haziq try susu Dumex ni pulak.

Means - after 15 August 2013!

2 comments:

Misz Pinkie Winkie said...

salam kenal..
anak saya susah nak minum susu ingat nak try lah gain plus.

Uni said...

Hai Salam kenal juga.

Cubalah try susu Gain Plus ni. memang sedap, susunya tak berbau, kalau katakan susu dah lama (yang dah buat dalam botol), memang tak bau masam. Kalau katakan anak termuntah susu, pun tak bau masam. Yang penting kalau buat susu, ikutlah sukatan yang ditetapkan dan dari segi kepanasan tu ikut yang anak suka. Contoh macam Haziq, saya letak air panas 1 oz dan air masak 5 oz. Kalau air suam hangat tu, terus letak 6 oz. Gerenti dia minum sampai licin. :)

Oh ye, kalau try gain plus ni tapi tak ok, boleh try Pedia Sure lak, yg tin kaler purple tu. Susu tu khas untuk picky eaters. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like Page Superb Vitamin For Life :)

Like Page Love Natuwrel :)

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *