I Love My Followers

Blog ini adalah blog peribadi yang berkisar tentang kehidupan seperti usaha untuk hamil, kehamilan, kelahiran, penjagaan semasa pantang, penjagaan dan pendidikan anak, kesihatan dan kecantikan, keibubapaan dan perkahwinan.
Topik-topik lain juga ada mengikut keselesaan penulis.

Friday, December 7, 2012

Akibat Lewat Dinner Semasa Hamil

Poor me.  (Belum pape dah cakap poor me...huhu...)


Masa Rabu malam Khamis yang lepas, saya ada antenatal checkup di Hospital Penawar. My hubby pulak ada hal petang hingga malam tu, so tak dapat temankan saya checkup kali ni. Jadinya lepas abis kerja pukul 5.30 pm, saya sambung stayback kat ofis sampai lepas Maghrib dan terus pergi checkup lepas tu. Haziq tinggal kat babysitter.


Saya sampai kat hospital pukul 7.50 pm. Masuk-masuk je, tengok dah ada 5 preggy mommies yang tengah tunggu turn. Saya orang keenam. Sempat lagi mengeluh dalam hati, pukul berapa lah nak habis checkup nanti, dengan tak dinnernya lagi. Pastu tengaharinya tak sempat lunch pulak. Cuma petang je makan biskut kering. Perut pulak dah start lapar.


Pukul 8.00 pm, dua orang staff yang incharge kat situ masuk, terus tanya "Sapa yang datang dulu ye?"


Hah tu dia, semua mommies meluru pergi kat kaunter, berebut gaknya semua nak jadi nombor satu. Saya pulak membatukan diri, dah tau for sure saya bukan orang pertama yang sampai.


Bila keadaan dah reda sikit, saya pergi kat staff tu dan bagi kad checkup saya. Saya cakap, appointment saya dengan doctor memang dah ditetapkan hari ni.


Last-last staff tu cakap, "Kite panggil akak dulu ye, yang pertama, sebab akak memang dah ada appointment".


Dalam hati saya punyelah happy rasa macam nak lompat bintang. Tapi saya sedar saya harus kontrol comel. Tengah mengandung wehhh...


Pukul 8.10 pm, saya dipanggil masuk, masa tu rasa happy sebab walaupun my hubby tak dapat temankan (mommies lain suma datang dengan hubbies masing-masing), saya turn pertama yang masuk. Hahahaha...


Pukul 8.40 pm, keluar daripada bilik doktor. Lepas buat payment, saya terus pergi ambil Haziq dan drive balik. Masa tu my hubby dah ada kat rumah, disebabkan malas tak sempat nak cooking cooking, kitorang pergi tapau je makanan kat kedai. Pukul 10.15 pm baru dinner. So lambat okay, tapi disebabkan tengah lapar, dalam masa 10 minit habis licin makanan semuanya.


Bila dah letih + kenyang, cepatlah pulak mata ni mengantuk. So pukul 11.30 pm terus masuk bilik nak tido, tapi masalahnya saya tak boleh nak tido.


Sebab apa? Bila saya baring dan terus terlelap, tak lama lepas tu dalam 10-15 minit macam tu saya terus terbangun dan terus duduk sebab makanan yang baru dimakan tadi tu macam mengalir semula sampai ke bahagian tekak saya ni. Perit sungguh. Terasa macam nak muntah, tapi saya tak naklah muntah. Bila dah perit, saya minum air dan tido semula.


Tak lama pastu, terbangun lagi, haih seksa sungguh rasanya bila makan lewat then terus tido. Makanan tak sempat turun ke perut dah nak tido, tu pasallah jadi macam ni. My hubby pulak dah letih sangat, terus tido lena tak bangun pun temankan saya yang kejenya kejap baring kejap bangun kejap baring kejap bangun ni. Haziq pun dah tido lena. Huhuhuhu...


Saya cuba tido meniarap, pun sama jugak. Rasanya ada lah dalam 5-6 kali saya terbangun mengejut macam tu. Last-last disebabkan tak tahan sangat mengantuk, saya tido duduk (bersila) je dalam gelap tu. Sabau jelah. Yang bagusnya saya tak pulak tersengguk ke apa. Elok je tido duduk.


Saya tak tau saya tersedar pukul berapa, saya tengok saya masih dalam keadaan duduk cuma rasa lebih baik dan selesa sikitlah. Tekak pun takde rasa perit dan pijar lagi. So saya sambunglah tidur macam biasa. Tido baring lah pulak. Saya sempat tengok my hubby dan Haziq, wah syok betul diorang berdua ni tido sampai tak sedar Mama berhempas pulas berusaha gigih melawan muntah di tengah malam.


Moral of the story is - time mengandung janganlah lewat makan, kalau tak, jadilah masalah makanan naik semula sampai ke tekak, lagi-lagi bila dah masuk 3rd trimester. Seeloknya dinner pastu ada masa 3-4 jam lagi sebelum tido, itu baru betul. Ini peringatan untuk diri saya sendiri. ^_^


2 comments:

Fiza Rahman said...

Heartburn ker?

Uni said...

Bukan... rasanye kat tekak. Macam kita makan, pastu makanan tu mengalir semula sampai nak terkeluar balik. Rasa pedih dan perit kat tekak ni.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like Page Superb Vitamin For Life :)

Like Page Love Natuwrel :)

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *