I Love My Followers

Blog ini adalah blog peribadi yang berkisar tentang kehidupan seperti usaha untuk hamil, kehamilan, kelahiran, penjagaan semasa pantang, penjagaan dan pendidikan anak, kesihatan dan kecantikan, keibubapaan dan perkahwinan.
Topik-topik lain juga ada mengikut keselesaan penulis.

Sunday, December 2, 2012

Akhirnya Beli Jugak Breastpump!

Awal bulan lepas, pergi survey breastpump, akhirnya awal bulan ni dapat jugak beli breastpump! Yeay!! (Mode happy senyum lebar sampai telinga).


Setelah berbincang panjang lebar pros and cons dengan my hubby, akhirnya kami buat keputusan untuk beli breastpump jenama Rumble Tuff (RT). Ikutkan hati, saya memang dah jatuh cinta sesangat dengan Medela Swing (MS), tapi apakan daya, harganya boleh tahan. Masa tengok kat Fab Mom dulu tu, harga pam je dah RM799, tu belum masuk aksesori penting yang lain.


My hubby suruh beli pump Rumble Tuff ni kerana harganya yang jauh lebih murah, iaitu RM449 sahaja. Kalau beli dengan aksesori penting lain macam storage bottle, cooler bag, ice pack etc. (pakej), harganya maybe dalam RM500~RM600 lebih je, compare dengan MS tu amatlah jauh beza.


Lagipun RT ni banyak function tau, leh guna secara manual, bateri dan elektrik. Boleh double pumping lagi tu! So berbaloi sangatlah dengan harganya tu kan. Tapi saya tak taulah sama ada ia boleh menandingi Medela Freestyle, coz saya tak pernah guna pun sebelum ni. ^_^


Jadi pagi semalam kami bergerak pergi ke Fab Mom (FM). Punyelah rushing sikit pagi tu, sebab staff FM tu ada call semalamnya bagitau stok baru RT dah sampai, tapi very very limited. Cuma ada dalam 5 ke 6 unit je. Mmm...heran pulak saya, kalau dah tau barang laku macam goreng pisang panas, apsal cuma order 5-6 unit aje? Orderlah banyak-banyak kan, dah memang customer cari.


Masa sampai kat Fab Mom, my hubby terus tengok kat rak breastpump tu, RT tinggal 3 unit je lagi!!! Hamboi memang laku betul. Saya beli satu, pastu datang sorang customer pun beli RT jugak 1 unit, so yang tinggal kat rak tu cuma 1 unit je lagi, padahal baru sampai ari Jumaat sebelumnya. Hebat jugak penangan RT ni kan! Hehehe...


Saya beli pakej Rumble Tuff - Jingle Jungle Ardent Mom Set dengan harga RM459 sahaja!!! Fuhh, beza dalam tiga ratus lebih kalau compare dengan MS. Takpela, lagipun RT ni pilihan my hubby, saya ikutkan jelah, yang penting usaha nak breastfeeding anak nanti berjaya, Amin In Shaa Allah... (Harap maklum, link yang saya bagi kat atas tu mungkin sah selagi FM buat sale sampai 1-Jan-13 - seperti dinyatakan di website. Kalau sale dah habis / stok dah habis, maybe link tu pun akan invalid jugaklah ye).



Dengan harga RM459, saya dapat :

NP = Normal Price

1) Pam Rumble Tuff (NP = RM449)

2) Jingle Jungle Breast Milk Storage Bottle (6 bottles, 5oz) (NP = RM24.90)

3) Jingle Jungle Ice Pack (3 pcs) - yang ini saya upgrade, so tambah RM5 (NP = RM26.70)

4) Ardent Mom Cooler Bag (NP = RM49.90)

5) Ardent Mom Breastfeeding Bag (NP = RM129.90)


Haaa...cuba kira berapa banyak saya dah jimat kat situ, dengan beli harga pakej pada masa SALE!!


Dan disebabkan saya buat pembelian lebih RM100, maka saya entitled untuk PWP (Purchase With Purchase), iaitu setiap RM100 boleh beli satu barang dengan harga RM10. Saya dah beli RM400 lebih, jadi boleh beli 4 barang dengan harga RM10 setiap satu. Woww weee bestnya kan!! Shopping memang best! Shopping time sale laaaaaaaaaaaaaaaaaaaagiii best!! Hahahaha...


Yang PWP tu saya KIV dulu. Saya beli barang lain dulu (dah siap list barang panjang lebar ok).


Seterusnya saya beli storage bottle brand Bumble Bee (BB). Harga RM38.90, yang ini best buy, langsung takde diskaun, ada 10 botol (5 oz) dalam ni.


Kalau ikutkan, baik beli brand Jingle Jungle (JJ) sebab ada diskaun, tapi hati ni meronta-ronta nak BB jugak. So belilah BB tu. Then saya beli 2 pcs puting brand NUK sebab saya nak padankan dengan 2 botol BB as feeding bottle for my baby nanti. Harganya RM15.12 selepas diskaun.


Saya juga beli 2 kotak JJ Storage Milk Bag, guess what, 2 kotak ni hanya RM10 je tau! Giler murah ok. Kalau tak, NP ialah RM25.80. Huuuu, untung I shopping macam ni! ^_^

JJ Breast Milk Storage Bag : 25pcs/box.
So total ada 50 pcs (1 pc = 12 oz)
BB Breastmilk Bottle : Ini for storage je, takde puting
NUK : Saya beli 2 pcs puting untuk padankan dengan BB bottle

Barang penting lain yang saya beli adalah Disposable Maternity Panty. Kesian saya, dulu mase melahirkan Haziq, langsung tak tau benda alah ni, jadinya dok sental habis-habisan lah my panty yang kena darah banyak tu. Huuuu.. sangat penat (Percaya tak my hubby pun tolong sental jugak?)


So sekarang bila dah tau, saya terus borong 3 peket sekaligus dengan harga RM15.90 semua sekali. 1 peket ada 5 pcs panties, jadi total ada 15 pcs. Harus pakai ni masa kat hospital nanti. Tak kuasa dah nak menyental panty macam dulu!


Saya nak saiz M, tapi saiz paling kecik yang ada adalah saiz L, so beli jelah saiz L. Kepada sesiapa yang tak tau rupa disposable panty ni, boleh tengok gambar kat bawah. And of course ia tak selembut, sehalus atau seselesa panty yang kita pakai setiap hari tu. Nama pun disposable kan?

Inilah rupa panty itu.

Bila nak bagi baby minum susu yang dah disimpan dalam storage bottle dalam fridge / freezer, haruslah susu itu dipanaskan. Untuk pengetahuan, susu ibu ni tak boleh dipanaskan atas api ataupun masuk dalam microwave, sebab ia akan merosakkkan segala khasiat yang ada dalam susu ibu. 


Yang terbaiknya, susu harus dipanaskan dengan cara merendamkannya dalam air panas. Tapi rasanya saya malas tak begitu rajin nak buat macam tu. Jadi saya request kat my hubby nak beli Bottle Warmer. Setelah mempersembahkan hujah-hujah saya dengan begitu menyakinkan sekali, maka dapatlah juga saya memiliki bottle warmer tersebut. Hahahaha... ^_^

Jingle Jungle Bottle & Baby Food Warmer : Harga RM63.92 selepas diskaun

Yang bestnya warmer ni bukan saja boleh panaskan susu, tapi juga boleh panaskan makanan baby yang simpan kat peti sejuk tu. 


Anyway, sehingga ke hari ini, saya belum pernah lagi masak banyak-banyak dan simpan dalam bekas-bekas kecil dalam peti sejuk untuk Haziq makan. I just don't like the idea of doing it. 


Setiap kali nak bagi Haziq makan, setiap kali tu jugaklah saya masak untuk Haziq, fresh punya. Bukan apa, saya sendiri pun jenis tak suka nak panaskan lauk yang dah berusia berhari-hari, inikan pulak nak kasi Haziq makan makanan yang dah berusia berhari-hari. No way.


OK tadi saya cakap saya dapat beli 4 barang PWP yang bernilai RM10 setiap satu. Bila saya dah tambah lagi pembelian, saya entitled dapat beli 2 lagi barang PWP, juga bernilai RM10 setiap satu (paham tak ayat Bahasa Melayu saya ni? Hehehe..) jadi saya kena pilih 6 barang lagilah. 


Staff FM tu cakap, if taknak beli pun takpe, tapi hakikatnya saya lah rugi, kalau boleh beli bra yang harga RM39.90 dengan harga RM10 je, takkanlah tak beli pulak kan? Hehehhee...


Jadi ini pulak senarai barang PWP yang saya beli tu :


1) Beli 2 pcs Kelly Nursing Bra (NP = RM39.90/pc). Macam saya pernah cerita dulu, ia super duper selesa!

Dah ada 4 helai nursing bra sekarang ni. Cukuplah tu...

2) Beli 1 box Treenie Disposable Breast Pad (NP = RM15.90). Dalam ni ada 32 pcs.

Yang Baby Kiko ni saya beli kat Jusco.
RM18.90  untuk 28 pcs, mahal kan? Tapi dah beli dah pun. Takpelah...

3) Jingle Jungle Cooler Bag RM15 (NP = 29.90) & Jingle Jungle Ice Pack RM15 untuk 3 pcs (NP = 26.70)

See, beg pink lagi. I LOVE PINK!! ^_^

Jadi itulah dia hasil penshoppingan saya di Fab Mom semalam. Memang best. Memang berbaloi. Memang puas hati.


Satunya, sebab cuma tambah RM60++ daripada duit gaji untuk topup beli barang-barang ni semua, sebab kami memang dah saving sikit-sikit setiap bulan untuk beli barang. Jadi bila beli banyak macam ni, takdelah terasa apa sangat. Tapi, cuba kalau tak saving, pastu nak fork out RM7-8ratus dari duit gaji selepuk macam tu, tak sangguplah rasanya. 


Keduanya, sebab harga masa sale ni memang betul-betul murahlah pada saya. Sebab saya dah compare harga sebelum dan semasa sale. Memang jauh beza. So pembelian kali ini saya klasifikasikan sebagai PEMBELIAN BIJAK OLEH PENGGUNA BIJAK (hah, boleh gitu? Hew...hew..hew...)


Ketiganya, staff FM siap demo cara guna pam RT tu. Disebabkan saya belum bersalin lagi, takdelah demo real punye. Just demo cara nak pumping je. Tapi oklah tu, banyak yang kami berdua belajar. Really appreciate it, thank you Fab Mom staffs!! ^_^


Keempatnya, my hubby berusaha jugak luangkan masa pegi shopping bersama-sama dengan saya, di sebalik jadual kerjanya yang tak menentu tu. Terharu ok. Huwaaaa...Huwaaa...terima kasih Abg, love you so much mmuah mmuahhh.. ^_^


Kelimanya, setel shopping menyopping ni pada masa yang saya tetapkan. Kiranya ikut plan lah iaitu by Week 1 Dec-12, kene setel shopping sebab start Week 2 onwards, saya nak start packing barang  dah. At 34 weeks, rasa macam lambat je persediaan saya kali ni, berbanding time nak sambut Haziq dulu, tapi tu lah nak wat macamana, komitmen kerja dan keluarga sama-sama menuntut perhatian saya, dan inilah yang terbaik yang boleh saya lakukan. ^_^


OK OK cukuplah tu, kang sampai tahun depan entry ni takde ending. ^_^

10 comments:

fifi tiez said...

Disposable panty ni penting kan..sy masa kat hospital dan dlm 2 minggu berpantang memang guna.sebab orang kata xboleh pegang air sangat kan..hehe..sy memula guna pureen tp besar sangat.yg brand guardian paling bagus.material lembut..saiz pun elok jer..

Uni said...

Saya ni masuk second pregnancy baru tau pasal disposable panty. Hehehehe... harapnya lepas ni jadi lebih mudah lah, takde lagi keje menyental2 panty seperti dulu. Brand guardian best eh? klu gitu, saya boleh try gak nanti. :)

fiza said...

Wah...banyak borong ☺☺

Uni said...

Borong time sale jer...hik hik..

deja rahim said...

sy pun t'ingin sgt nk beli breastpump RT ni,tp tggu sale..ntah bilanya..ank pun dh 3 bulan..pkai pump biasa je lg..huhu..
singgah la blog sy nurdejarahim.blogspot.com..=)

Uni said...

Hai Deja, RT ni jauh lebih murah compare to medela, tp klu compare dgn yg pump biase, RT quite pricey la coz harganya pun dah jejak RM400++. Tapi sebenarnya, pakai pump biase pun takde masalah asalkan kite sendiri selesa guna dan memudahkan kita bile nak pam, basuh dan simpan. :)

DrNurolSainuri said...

akak, kalau tak upgrade icepack, icepack kena pakai buang ke?

Uni said...

Takla. Boleh terus pakai icepack selagi ia boleh menyejukkan susu yang dah dipam. Kalau nampak icepack tu dah tak perform as usual, bole tukar yang lain. :)

Ummi Alyaanas Life said...

salam sis....
sy br je keluarkn ice pack dr freeze smlm..
br perasan sy simpan dr bulan berapa ntah..hadoyai..
lps dah keluarkn dr freeze..sy simpan dlm box balik means msh ok kan..
risau pulak..

Uni_HAZ said...

Salam Ummi Alyaanas,
Rasanye takde masalah. Ikut staff kat Fabulous Mom (tempat pertama saya beli ice pack), diorang cakap, ice pack ni takde expired date. Yang jadi expired hanyalah bila ia tak berfungsi lagi nak menyejukkan (chill) susu kita yang dah diperah tu. Itu saja. Harap jawapan ini membantu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like Page Superb Vitamin For Life :)

Like Page Love Natuwrel :)

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *