I Love My Followers

Blog ini adalah blog peribadi yang berkisar tentang kehidupan seperti usaha untuk hamil, kehamilan, kelahiran, penjagaan semasa pantang, penjagaan dan pendidikan anak, kesihatan dan kecantikan, keibubapaan dan perkahwinan.
Topik-topik lain juga ada mengikut keselesaan penulis.

Monday, December 31, 2012

Goodbye 2012



Apsal tetiba macam syahdu pulak nak buat entry ni? 

*
*
*
*
*
*
*
*

Hari ini hari terakhir dalam tahun 2012. 31 December. Esok dah masuk ke tahun baru, sebelum tu saya nak mengimbas kembali apa yang dah berlaku dalam hidup saya sepanjang tahun ni, ada suka, ada juga duka. Entry ni agak panjang, luahan hati lah katakan... ^_^


January 2012
  • Genap 1 tahun saya duduk sendiri, maksudnya duduk bersama hubby dan anak (sebelum tu duduk kat rumah Mama dan Abah). Masih bertatih menguruskan semua perkara sendiri. Alhamdullilah, rumah yang disewa amat selesa untuk kami bertiga, jiran semua mesra dan suasana kejiranan yang tenang dan senyap. Saya merasakan bukan mudah nak menguruskan rumah, ye sebiji rumah 2 tingkat. Ada masanya saya dan hubby rajin berkemas, ada masanya kalau kami dua-dua penat, rumah pun bersepah mengalahkan tongkang pecah. Janganlah Eric Leong atau sesape datang buat seprais hoccayyy... Tapi sepahlah macamana pun, rumah inilah yang tetap saya rindu dan sayang. Rumah cinta kami. Tahun depan fikir nak beli rumah.
  • Setelah buat savings dan ditambah duit bonus sedikit sebanyak, kami beli penapis air. Sebelum tu, setiap kali nak minum air, kami tadah air paip dan masak. Tau-tau jelah kawasan berdekatan Pasir Gudang ni, kawasan industri, tahap pencemaran agak tinggi. Mana tahan setiap kali nak minum kena masak air paip. Pulak tu kadang-kadang airnya kuning. Ada masanya kami pergi tadah air kat vending machine tu. Ulang alik. Tapi bila dah invest RMxxxx untuk beli penapis air hak milik sendiri, rasa hidup lebih bahagia. Anak minum air yang lebih terjamin kebersihannya. Itu sangat penting bagi kami berdua. Alhamdullillah.
  • Menghadiri Seminar Blogging di KL. Dapat banyak sangat tips berguna yang membantu saya dalam dunia blogging.


February 2012
  • Dapat berita yang sorang kawan saya semasa sekolah menengah dulu sakit tenat. Terkejut sangat. Saya terus ambil cuti dan pergi menziarahinya di Hospital Mersing, sangat terkejut bila melihat perubahan wajahnya. Seolah tak percaya.
  • Adik perempuan saya kawin. Saya sentimental sangat.


March 2012
  • Wedding anniversary yang ke-4. Paling hampeh, sebab saya dan hubby sama-sama sibuk dengan kerja, kitorang langsung tak celebrate pun. Just wish, sayang-sayang, ehem-ehem, dah itu je. Busy and busy as ever.
  • Saya beli laptop baru. Laptop idaman jenama Acer, guna duit bonus juga. Sayang sangat laptop baru ni. ^_^


April 2012
  • Walaupun my PIL gelarkan kami berdua "pasangan paling sibuk dalam dunia" (perli ke tu?), kami sempat juga pergi bercuti. Me, my hubby and baby. Kat Tiara Beach Resort. 3 hari 2 malam. Family holiday merangkap celebrate wedding anniversary yang bulan lepasnya. Hade ke patut? Tapi itulah realitinya. Hahahaha...
  • Shocking news - kawan saya yang sakit tu meninggal dunia. Saya sedih sangat, tapi redha dengan pemergiannya kerana sudah terlalu lama dia menanggung derita.


May 2012
  • Mengantuk, pening, loya - rupanya itu tanda awal saya mengandung. Alhamdulillah. Bersyukur sangat atas kurniaan yang Maha Esa.


June 2012
  • Busiest month ever. Dalam bulan ni, boleh dikatakan 90% saya balik keje lambat. Paling lambat kul 11 pm. Aduiii...bulan yang sangat memenatkan.


July 2012
  • Tahap kesihatan Haziq tak begitu memberangsangkan. Kejap batuk, kejap demam, kejap selsema. Ada masa tu cirit birit. Saya risau sangat. Mulalah rasa bersalah sebab gaknya sibuk sangat dengan keje sampai kesihatan anak terabai. Uwaaaaa... 
  • Bulan puasa - Minggu pertama je beria-ria masak bagai. Lepas tu masak kat bazar Ramadhan jelah jawabnya. Penat keje tak larat nak bertongkah pecah kat dapur.


August 2012
  • Balik raya kat Terengganu. Happy sangat sebab inilah kali pertama dapat bawak my hubby balik beraya ke kampungku (setelah 4 tahun kahwin okayyy).
  • Dah namanya raya kat kampung, dengan panasnya, dengan bersesaknya, Haziq pulak kulit sensitif, habis naik merah satu badan. Penangan raya punya pasal.
  • Big achievement for myself - buat full settlement personal loan RMxxxx.xx. Ringan kepala sebab dah setelkan satu hutang! Yahooo!!


September 2012
  • Haziq kerap muntah. Dalam seminggu tu mesti ada muntah 1 kali. Tapi alhamdulillah takde apa yang serius, saya ketatkan lagi pemantauan pemakanannya. Pesan jugak kat babysitter jangan bagi makan yang bukan-bukan macam jajan etc. Balik kampung & rumah Mama pun saya kontrol makannya. Then everything's coming back to normal. Haziq sihat. Alhamdulillah.
  • Dashboard kete saya problem. Senggat minyak tu dah tak betul. Setiap kali driving, saya tak boleh nak agak minyak ada lagi dalam tank atau tak. My hubby took over the hassle, pegi pasang dashboard baru. Setel masalah.
  • Pergi antenatal class kat Johor Specialist. Best sangat, jauh beza dengan yang kat Penawar dulu.
  • Accident! Keretaku!! Uwaaa!!! Super tension sangat masa ni sebab lepas accident tu, duit mengalir laju sangat. Tapi fikir positif - kami semua selamat, nyawa lebih penting daripada duit.


October 2012
  • Start shopping beli barang baby.
  • Balik keje lewat lagi around 8-9 pm baru sampai rumah. Penat sesangat.
  • Diuji dengan musibah, too personal to be revealed here. Sedih sangat. Rasa hopeless. Uwaaa...


November 2012
  • Sibuk dengan menghadiri jemputan majlis kahwin.


December 2012
  • Result PMR 2012 - Adik saya Top Student 9A's scorer. Saya bangga dengan pencapaiannya. Sebak pun iye jugak. Sentimental. Haihh...rasa macam dah mak-mak sangat saya ni. (Padahal Mama rilek je anaknya jadi Top Student, akaknye je yang lebih-lebih. Heheheh...)
  • Final preparation untuk bersalin. Siap semuanya.

Mmmmmmmm..... habis sudah tahun 2012. Ade lagi beberapa perkara yang berlaku, tapi rasanya ia terlalu peribadi untuk dinyatakan di blog ini. Biarlah ia jadi rahsia hati saya selamanya.


Sejujurnya, saya bersyukur di atas segala nikmat dan rezeki yang Allah kurniakan kepada saya sekeluarga sepanjang tahun ini. Pun begitu, masih banyak lagi kekurangan dalam diri ini yang harus saya perbaiki, agar saya menjadi insan yang lebih baik seiring dengan peningkatan usia. Semoga usaha dan cita-cita saya di masa hadapan akan dipermudahkan laluannya, In Shaa Allah...


Selamat tinggal tahun 2012 yang penuh suka duka.


Dan selamat datang tahun baru 2013. Ya Allah, panjangkanlah umurku dan insan-insan yang ku sayang dan lindungilah mereka di mana jua mereka berada. Amin....

Sunday, December 30, 2012

Yang Manis-Manis Saja

Antara perkara yang manis semasa mengandung kali ni adalah, saya suka makan benda manis.

Dan yang lebih manis lagi, walaupun makan benda manis, tekak saya ni tetap akan rasa pijar. Lawak kan? Lawak campur pelik pun ye jugak.

Apa benda manis yang saya sangat suka makan kali ni :

  1. Kuih cek mek molek - Pernah beli sampai 3 hengget (9 biji) pastu makan sorang langsung taknak share dengan orang lain.
  2. Kuih tepung bungkus - Beli sampai 2 hengget (6 biji) dan habis licin dalam sekelip mata.
  3. Kuih koswi
  4. Puding jagung
  5. Puding span (puding telur)
  6. Aiskrim (saya ni amatlah jarang makan aiskrim, tapi kali ni aiskrim dah jadi feveret la pulak)
  7. Vitagen
  8. Bubur pulut hitam
  9. Bubur jagung
  10. Bubur jagung + barli
  11. Suka sesangat air oren
  12. Seri muka
  13. Ferrero Rocher - suka sangat makan & selalu beli
  14. Hersheys Almond
  15. Cereal Blueberry Morning jenama Post
  16. Kellog's Power Bar (Vanilla)

Itu jelah rasanya. Tapi nasib baik bila cek kat doktor, tiada masalah dengan kandungan gula dalam badan saya. Normal. Tak perlu sampai ke tahap kene minum air gula tu. Eewwww...


Beli Set Bersalin Tanamera (Loose Pack)

Dalam entry sebelum ni, saya ada cerita yang saya beli complete set bersalin Tanamera kan?

Tapi pada kawan-kawan yang berminat nak beli produk Tanamera tapi taknak beli sampai 1 set, boleh juga secara berasingan (loose).

Daripada 11 barang, ada 7 barang yang boleh dibeli berasingan iaitu :
  • Virgin Coconut Oil (VCO) - RM34.00
  • Brown Formulation Body Soap - RM15.00
  • Boreh Body Scrub - RM46 (6 peket)
  • Herbal Bath - RM26.50 (12 peket)
  • Feminine Herbal Wash - RM26.50 (12 peket)
  • Herbal Massage Oil - RM33.00
  • Lavender Floral Water - RM36.00
  • Bengkung - RM50.00

Syarat pembelian : 
Mesti beli minimum RM100 dan perlu bayar harga pos RM15 (Semenanjung Malaysia) atau RM30 (Sabah / Sarawak).


3 barang ni pula memang Tanamera's signature agaknya sebab tu tak dijual berasingan. Kalau nak jugak 3 barang ni, kena beli 1 set lah nampaknya.
  • Herbal Tea
  • Calming Paste (Pilis)
  • Firming Paste (Tapel)

Kesemua maklumat ni saya perolehi daripada bahagian Customer Service Tanamera pada 9 November 2012. 

Saturday, December 29, 2012

Saya Pilih Set Bersalin Tanamera


Kali ni saya dah decide awal-awal, saya taknak makan jamu sebab nak fully bf baby.


Jadi saya cari lah set bersalin yang takde jamu, at 32 weeks, thank God jumpa set bersalin Tanamera. Kenapa saya beli set ni :

Cantik betul kotaknye. I like!
  • Takde jamu, daripada 11 barang yang ada dalam complete set ni, hanya ada 2 barang yang melibatkan masuk ke dalam mulut iaitu VCO dan teh herba. Oklah tu.
  • Terpengaruh dengan testimoni pengguna Tanamera yang saya baca kat Pa&Ma, bersalin tanpa koyakan / koyakan yang minima. Tu yang terus nak beli.
  • Semua complete daripada mandi, cebok, urut, sampailah ke berbengkung.

Dengan harga RM360 satu set, ini dia 11 barang yang saya dapat :


Virgin Coconut Oil (VCO) 100 ml
VCO ni boleh digunakan sebelum bersalin pun, gunanya sapu kat perut dan mana-mana bahagian badan (paha, pinggang, punggung) yang cenderung untuk berlakunya stretch mark, even lepas bersalin pun still boleh guna VCO ni untuk pudarkan stretch mark yang dah memang wujud. Kalau sesape yang ada masalah tumit kering dan merekah, pun boleh guna VCO ni jugak.

Ikut pamplet yang dibagi tu, start 30 weeks dah boleh sapu VCO ni kat bahagian perineum supaya bahagian tu jadi lembut dan mudah membuka sepenuhnya bila nak bersalin ni. Lagi bagus, urut-urut sikit bahagian tu. Kalau tak tahu perineum tu kat mana, sila google ye. Malu lah nak letak gambar kat sini. Hehehehe... Pastu start 37 weeks, amalkan minum VCO ni 3x/day dan bila dah masuk labour room, teruskan minum.

ME : Masa 37 weeks, saya dah minum 1x. Tapi sekali tu jelah, sebab Mama cakap takut terbersalin awal pulak. jadinya bila 39 weeks nanti barulah saya akan start minum semula. Rasa VCO? Macam rasa kelapa lah, bayangkanlah makan pape kuih yang berasaskan kelapa! :)



Brown Formulation Body Soap 125g
Brown Formulation Body Soap - sabun ni kira macam sabun skrub Mustika Ratu dan lain-lain brand kat pasaran tu. Sabun ni tanggalkan sel-sel kulit mati dengan lembut, dan kalau kat bahagian badan yang gelap dan hitam tu, sental je dengan sabun ni, gerenti putih cerah lah sikit lepas tu.

ME : Saya dah guna sabun ni. Guna setiap kali lepas balik keje, wuuuuuu....segar jadinya tau. Memang best! Sekarang sabunnya dah nipis sikit, entah-entah kene beli lagi 1 ketul untuk masa berpantang nanti. Hehehe...



Boreh Body Scrub 4 peket (20 g each)
Boreh Body Scrub gunanya untuk beri kesan panas pada kulit dan segarkan otot-otot kita yang dah letih lesu sebab berjuang melahirkan anak. Saya belum guna lagi. Tunggu time pantang nanti.



Herbal Bath 14 peket (10g each)
Masa first time pantang dulu, dua minggu pertama saya berpantang kat rumah MIL. Gigih MIL sediakan ramuan untuk mandian saya, herba/daun apa pun saya dah lupa, tapi setiap kali saya nak mandi pagi dan petang tu, dia lah dok rebus/rendam daun-daun tu semua. Kesian pulak tengok dia bersusah payah jaga saya, dan kesian juga kat diri saya - apsal lah aku tak pegi cari set mandian khusus untuk berpantang? Kan dah susahkan MIL sendirik? Mmmm... what to do, masa tu amatlah jahil ok. Huhuhu....

Tapi kali ni, dengan adanya Herbal Bath ni, tak payah pikir nak gi cari akar kayu ke, daun maun ke, apa ke, tak payah susah-susah, didihkan je sepeket dalam air, tambah air sejuk ikut kesuaman yang dikehendaki pastu mandi! Tak sabarnya nak guna Herbal Bath ni, harap-harap wangi lah. :)



Feminine herbal Wash 14 peket (10 g each)
Jangan tak tau, lepas bersalin ni, setiap kali buang air kecil dan air besar pun ada pencuci yang khas untuk cebok kat private part tu, namanya Feminine Herbal Wash. Jakun saya tengok benda ni, yelah dalam set bersalin yang dulu mana ada benda ni. Ini lagi senang, gunanya setiap kali lepas cebok, untuk sembuhkan luka jahitan, kurangkan bengkak, menyahbau, kecutkan tisu organ pembiakan dan supaya private part tu lebih bersih.



Herbal Massage Oil 100 ml
Minyak untuk urut seluruh anggota badan. Kalau tukang urut takde minyak urut (ade ke kes macam ni?), suruh je dia guna Herbal Massage Oil ni.



Calming Herbal Blend Paste 4 peket (3g each)
Calming paste ni juga dikenali sebagai pilis. Baguslah sebab ada barang yang khusus sebagai pilis, macam saya dulu, minyak berangin tu sapu jugak kat dahi sebagai pilis, habis pedih mataku dibuatnya, tapi tetap kuatkan semangat supaya taknak angin masuk dalam badan. Tapi pilis Tanamera ni tak taulah macamana rupanya. Nanti saya review ye.



Firming Herbal Blend Paste 14 peket (15 g each)
Firming paste ni dalam bahasa pasarnya dipanggil tapel. Tapel oh tapel, teringat masa first time pantang, saya kena marah dengan misi klinik kesihatan sebab tak beli tapel untuk guna masa pantang. Terkelip-kelip saya masa tu, apekebenda tapel ni? Langsung tak tahu. Last-last misi tu belikan untuk saya, alah rupanya macam minyak panas je pun, kecoh betul. Gunanya sapu kat perut supaya perut cepat kempis. Sapu sebelum pakai bengkung. Ni dia minyak tapel yang misi tu belikan.

Tak suka minyak ni. Sebab apa? Sebab panas!! Sebab
kena marah gila-gila hanya kerana tak tau apa itu TAPEL. Hampeh!


Bengkung
Bengkung Tanamera ni saya dah basuh. Tapi kainnya sangat keras ok. Keras semacam pulak tu. Nasib baik bengkung yang lama saya simpan lagi. Rasanya nak berpantang guna bengkung lama jelah. Yang baru ni buat standby.



Herbal Tea 14 peket (2 g each)
Teh herba untuk diminum. Kata orang kalau campur dengan madu, sedap sikit rasanya compare dengan minum kosong macam tu je. Tapi saya takde beli madulah pulak.



Lavender Floral Water 70 ml
Lavender Floral Water - kata lavender, tapi bau cam kulit kayu manis! Ye...betul...saya tak tipu, bau nye sebijik bau kulit kayu manis, memang tak syok langsung. Saya ada test kat my hubby. Saya spray kat muka dia, dia pun cakap baunya tak best coz bau cam kulit kayu manis. Last-last, tersadailah botol ni kat ceruk gobok sana.


Itulah dia set bersalin Tanamera pilihan saya untuk berpantang kali kedua ni. :)

Barang Nak Bawa Bersalin di Hospital

UPDATED : 20 MAC 2014

Apa barang yang perlu dibawa ke hospital?

Yang paling penting adalah :
  • Kad checkup pregnant bulanan
  • IC
  • Surat/sijil nikah (peraturan sekarang ni - tak kisahlah bersalin anak sulung atau anak kelima sekalipun, tetap kena bawa surat/sijil nikah. Tapi benda ni tak perlu bawa ke hospital, tapi perlu bawa masa nak daftar anak kat Jabatan Pendaftaran Negeri (JPN) nanti. Cuma untuk memudahkan suami kita mendaftar kat JPN, kita standby siap-siap surat/sijil nikah ni supaya suami tak susah-susah nak cari, lagipun masa tu nanti kita dah sibuk dengan baby/berpantang).
  • File plastik berketip - isi semua dokumen berkaitan i.e. kad checkup pregnant bulanan, bil/resit hospital, borang-borang tertentu etc. Nanti dah buat surat beranak baby dan kad perkembangan baby (yang nurse datang cek kat rumah tu) pun simpan semua dalam file ni. Lepas kita dah habis pantang, barulah buat proper filing. 
  • Handbeg - biar suami yang pegang
  • Handphone - untuk memudahkan calling ahli keluarga

Dan kat bawah ni juga antara barang yang penting. Saya senaraikan ikut kategori ye.

1) Barang mommy & baby in labour room
2) Barang baby kat wad
3) Barang mommy kat wad
4) Bakul

Ok jom kite tengok satu-satu.


1) Barang mommy & baby in labour room

Berdasarkan pengalaman saya, apabila saya dah dimasukkan ke dalam labour room, my hubby masih lagi perlu menunggu di satu ruang menunggu kat luar yang dikhaskan untuk untuk suami / ibu bapa.

Apabila saya dah masuk ke fasa aktif, nurse panggil suami saya dan suruh standby baju untuk sambut baby. So untuk bersalin kali kedua ni, saya dah asingkan siap-siap baju baby dalam satu plastik. Jadi bila nurse mintak, senang my hubby terus keluarkan baju tu daripada plastik. Tak payah susah-susah nak cari baju dalam beg besar tu. So ini dia barang yang perlu disediakan bila nurse mintak :
  • Baju L/S (1 pasang) 
  • Mitten and booties (1 pasang)
  • Pampers (1 pc)
  • Barut (1 helai)
  • Bedung (1 helai)

Untuk saya, saya perlukan tuala kecil (hand towel) dan sepasang stokin untuk dipakai. Tuala untuk gigit time sakit contraction dan stokin sebab tak tahan sejuk aircond.


2) Barang baby kat wad

Lepas bersalin, mommy dan baby akan ditempatkan di dalam wad dulu dan tak boleh terus balik ke rumah. Macam saya, saya bersalin dulu pada pukul 3.34 am hari Ahad dan hanya boleh balik ke rumah pada hari Isnin tengahari, sebab masa tu Haziq dah boleh menyusu dan poo poo, tapi belum pee pee lagi. So apabila kite dok kat wad, kite kene jaga anak, bf dia, mandikan (nurse yang buat), tapi selain daripada tu kite kene handle sendiri. So kat bawah ni senarai barang baby yang mesti dibawa sekali ke hospital.
  • Diapers (20 pcs) - saya suka bawak lebih, lebih takper tapi jangan sampai tak cukup
  • Baju S/S dan seluar (5 pasang) - ini untuk pakai di siang hari
  • Baju L/S dan seluar (4 pasang) - ini untuk pakai di malam hari
  • Tuala mandi (1 helai)
  • Toilettries baby - mandian, minyak telon, nappy cream, losyen, baby oil, bedak
  • Tuala kecil (3 helai) - untuk kesat air liur baby, kesat mulut lepas bf dan lain-lain
  • Mitten & booties / stokin (5 pasang)
  • Wet wipes (2 peket) dan cot sheet (1 pc) - wet wipes untuk bersihkan private part baby dan cot sheet untuk alas badan baby masa nak gantikan pampers
  • Barut (4 helai)
  • Bedung (3 helai) - kalau nak jimat, boleh guna kain lampin sebagai bedung. In fact kain lampin lebih praktikal sebab kain lampin lebih lembut dari blanket yang digunakan sebagai bedung tu, jadi senang nak ikat / simpulkan kat bahagian kaki baby
  • Topi / penutup kepala (2 helai) - pakaikan kat baby masa nak keluar hospital nanti

3) Barang mommy di wad
  • T-shirt (3 helai)
  • Sweater (kat HSI saya dok kat wad kelas 3 je, takde aircond, cuma kipas, tapi pada saya itu pun dah cukup sejuk, jadi saya memang perlukan sweater)
  • Tudung (2 helai)
  • Kain batik (3 helai)
  • Nursing bra (2 helai)
  • Stokin (2 pasang) 
  • Disposable panty (5 helai) - tapi saya bawak lebih 
  • Maternity pad (1 peket ada 20 pcs)
  • Tuala mandi (1 helai)
  • Toilettries
  • Selipar

4) Bakul
  • Air masak
  • Air zamzam
  • Air selusuh
  • Cawan dan sudu
  • Milo peket
  • Nestum peket
  • Biskut lemak
  • Termos - air panas nanti mintak je kat nurse
  • Tisu kotak

Dan jangan lupa bawa plastik untuk isi baju kotor ye.

I'm ready!
Itulah dia barang-barang yang saya dah siapkan untuk pergi bersalin. Lebih kurang sama je masa lahirkan Haziq dulu, cuma kali ni lebih rapi sikit, almaklumlah dah ada pengalaman kan. Saya harap senarai ni boleh dijadikan panduan untuk first time mommies to be. :)


Remarks :
L/S - long sleeve
S/S - short sleeve

Akan Merindui Saat Ini

Oleh kerana saya dulu boleh dikatakan agak susah nak 'lekat', maka tak pernah terlintas di hati saya  selepas itu yang saya akan hamil lagi kali kedua dengan cara semulajadi, tanpa ubat, tanpa suntikan dan tanpa sebarang rawatan.


Setelah hampir 8 bulan mencuba, alhamdulillah saya disahkan hamil lagi dan kini dah di minggu 38 pun. Sedang menghitung hari untuk melahirkan anak yang saya kandung dan bawa ke sana ke mari selama ini.

This is me! :)

Dan selepas melahirkannya, pasti hidup saya akan berubah, berapa darjah tu tak pastilah, tapi dengan title "A wife & mother to 2 kids", pastinya ia jauh berbeza dengan kehidupan saya sekarang ni. Life would be much busier, but true enough, I'm looking forward to it. ^_^


Dan selepas melahirkannya juga, saya pasti akan merindui saat-saat anak-anak saya aktif bergerak di dalam rahim saya, pasti akan merindui saat bergelar wanita hamil, rindu dengan perut yang membesar, rindu dengan morning sickness dan segala macam sakit kaki, sakit itu dan sakit ini.


Saya akan sentiasa merindui saat ini...

Sekali tengok macam rupa Guru Besar lah pulak. Hahahaha...

Friday, December 28, 2012

Update Status : Pregnant 38 Weeks

Dah 38 weeks pregnant rupanya saya ni. Mungkin dalam seminggu dua ni saya akan bersalin. Alhamdulillah, dalam kesibukan sehari-hari, dapat juga saya siapkan keperluan untuk baby dan saya, walaupun persiapan semuanya bermula agak last minit.


Beberapa hari ni, selera makan saya agak berkurangan. Pagi ni saya cuma sarapan teh tarik dan kuih dadar gulung je. Malam tadi dinner minum air masak dan makan kuih seri muka beli kat Sedap Corder. Tengaharinya minum fresh orange dan makan mi goreng-tapi-tak-abis-sebab-pedas-sangat-sampai-tekak-jadi-pijar-menyala-sampai-hingus-pun-meleleh. Petangnya minum air soya 1 kotak. Paginya sarapan mihun goreng dan air masak. Sebelum pegi keje minum 1 gelas Mamil Mama. Rupanya satu hari saya langsung tak jamah nasi, tapi perut rasa ok je, tak lapar mana pun. Tak tahulah kenapa selera makan dah berkurang. Bersedia untuk bersalin agaknya kot?


Selain daripada selera makan dah berkurangan, saya banyak sangat buang angin. Tak taulah ini ada kaitan dengan pregnant atau badan saya memang banyak angin. Kalau tido malam masih lagi buka 2 kipas, satu kipas siling dan satu lagi kipas berdiri hala direct kat saya sorang. Selimut memang dah lama tak pakai, just pakai stokin je, sebab tu lah badan saya banyak angin agaknya.


Muka pulak makin tak berseri, amiklah gambar banyak mana pun, dari sudut mana pun, senyumlah macam mana pun, macam tu jugaklah muka saya. Memang tak berseri (ini daripada pandangan mata saya lah). Sekarang macam dah berkilat-kilat sikit, mak bidan cakap itu dah nak dekat hari bersalin. Muka saya sangat berbeza masa mengandungkan Haziq dulu, mungkin sebab kali ni baby girl agaknya? Hahahaha...orang kata kalau kita mengandung baby girl, memang muka maknya jadi tak berseri, sebab seri tu dah pergi kat anak yang dikandung. Kelakar kan statement ni tapi tulah yang berlaku kat saya. Hehehehe...


Saya masih belum rasa sakit pinggang. Masih lagi contraction biasa tu. Dan masih lagi kerja seperti biasa. Hal-hal kerja saya dah transfer kepada colleague saya, harapnya takde masalah lah sepanjang 2 bulan saya cuti bersalin nanti. Fikiran saya ni dah tak fikir pasal keje sangat dah pun, hanya fikir nak bersalin, nak berpantang, nak breastfeed, nak pam pam pam, dan yang penting nak cepat sihat. ^_^


Kawan-kawan, doakan saya semoga mudah bersalin ye nanti dan selamat semuanya. Saya mohon ampun dan maaf sekiranya ada terkasar bahasa yang menyinggung hati dan perasaan kawan-kawan sepanjang saya berblogging ni.

Seventh Pregnancy Checkup (38 Weeks) di Hospital Penawar

Pagi tadi saya pergi checkup lagi, untuk minggu ke 38. Mengikut rekod saya, bila masuk 32 weeks, perlu checkup dengan doktor setiap 2 minggu, dan bila masuk je 38 weeks, kena checkup dengan doktor setiap minggu.


Kali ni berat badan saya naik sikit je, dalam 0.1 kg je, jadi berat saya sekarang ialah 61.6 kg dengan tekanan darah 100/60. Berat baby pulak 3.043 kg, tapi doktor cakap plus minus, means berat baby saya ni kemungkinan dalam 2.8 kg++. Kalau ikutkan berat badan baby ni tak sama ikut jantina, kalau baby boy selalunya lebih berat daripada baby girl, so perkembangan baby saya ni adalah normal.


Takde banyak yang dibincangkan dalam checkup kali ni, cuma saya perlu beri perhatian untuk mengira fetal kick. Doktor suruh saya kira berapa kali baby saya kick dalam tempoh 12 jam. Jika 10 kali kick dan ke atas, itu adalah normal, tapi kalau kurang, kena terus datang ke hospital untuk buat pemeriksaan. 1 kali kick tu bersamaan dengan satu kali pergerakan baby, kalau baby gerak banyak-banyak kali dalam 1 masa, itu dikira 1 kali kick juga, bukan banyak-banyak kick.


Next checkup saya adalah pada hari Jumaat depan 04/01/2013. Tapi doktor cakap saya sekarang dah dikira "term", maksudnya dah cukup masa, dan anytime pun dah boleh bersalin. Rasa tak sabar pulak nak bersalin, nak peluk cium my baby sayang banyak-banyak. Hehehehe...


Masa scan tadi, nampak muka baby (daripada bahagian sisi/tepi), dan terus dalam hati saya rasa macam rindu sangat nak peluk cium anak yang saya kandung selama ini.... ^_^

Ipad oh Ipad

Haziq at the age of 2 y 3 m - tak boleh lepas dengan Ipad
Sekarang ni kalau pegi jalan kat mana-mana, for sure akan nampak bebudak kecik sibuk kelek gadget terkini. Paling ketara, Ipad atau tablet lah. Nasib baiklah, saya takde Ipad, jadi takdelah Haziq sibuk bawa benda tu ke sana ke mari. Tapi setiap kali balik ke rumah Mama, benda pertama yang dia cari adalah Ipad. Ipad pakciknya punya. Tapi dengan selamba cakap "Ipad Ajiq punya", siap tak bagi orang lain sentuh langsung waktu dia nak main.


Tengoklah gambar kat atas ni, time minum susu pun tak leh lepas dengan Ipad tau. Untuk makluman, bantal purple tu dia letak sendiri kat perut dia sebagai stand Ipad tu. Terkejut tul masa saya tengok, pandai anak Mama sorang ni ye. Tu yang terus capture gambar ni.


Tapi dengan adanya Ipad, sekurang-kurangnya dapatlah saya berblogging kat laptop ni tanpa gangguan Haziq. Kalau kat rumah saya sendiri, takdenye saya nak online selagi Haziq belum tido, sebab dia mesti nak main kat laptop saya ni pulak. Saya ada laptop lama brand Acer Travelmate, saya kasi Haziq main laptop tu, tapi dia taknak sebab laptop tu dah lembab sesangat. Pandai anak Mama memilih laptop ye.


Untuk tahun depan, saya terfikir nak beli satu tablet for my family's entertainment. Supaya saya boleh berblogging dengan lebih aman dan Haziq boleh main tablet tu je. Tapi nak spend sampai RM1K++, still saya rasa tak berbaloi. Mmm....takpelah, kiv dulu lah ye buat masa ni. ^_^

Thursday, December 27, 2012

Pampers Selain Drypers Ada Saiz XXL Tak?

Masa Haziq umur 2 tahun 3 bulan (sekarang 2 tahun 4 bulan), saya dah mula pakaikan dia dengan Drypers saiz XXL. Puncanya, bila dia poo poo dengan pampers saiz XL, kadang-kadang pampersnya bocor sampai poo poo nya terkeluar sikit.

Ini yang Haziq pakai sekarang - Drypers XXL

Setakat ni, tiada masalah guna saiz XXL. Cuma yang masalahnya dari segi kuantiti dan harga. 


Sebelum ni satu peket XL ada 56 pcs, saya beli 2 peket untuk kegunaan satu bulan (1 peket letak kat babysitter). Tapi sekarang yang saiz XXL ni, kuantitinya makin kurang lah pulak, 1 peket cuma ada 46 pcs aje, jadi kalau beli 2 peket, saya dah short 20 pcs untuk kegunaan satu bulan. Adui...


Yang harga pun masalah juga. Saiz XXL ni mahal sikit dari saiz XL. My hubby cakap kuantiti pampers tu sikit sebab bila usia anak bertambah, kita kene latih dia untuk buang air kecil dan besar kat bilik air. Kalau nak pakai pampers pun, pakai waktu malam je. Tapi saya fikir, Haziq baru umur 2 tahun 4 bulan, dah nak latih untuk potty training ke? Mmm...rasanya belum lagi, dah nak masuk 3 tahun nanti kot baru saya nak train dia pampers-less. Tapi sebenarnya, umur berapa yang sesuai untuk potty training? Anybody care to share your experience with me?


Saya ada survey kat Tesco, Jusco dan beberapa kedai runcit untuk pampers saiz XXL selain daripada Drypers. Setakat ni baru jumpa Mamy Poko je yang ada saiz tu, sayangnya takde peket kecil lak. Kalau boleh saya nak beli peket kecil dulu, tengok ok atau tak. If pampersnya ok, barulah nak beli yang peket besar.


Ada sesape tau brand apa yang ada saiz XXL?

Planner Baru

Kalau dah namanye Pink Lover, haruslah beli juga planner yang warna pink, walaupun dah beli planner yang lebih kurang sama, cuma kalernya je tak berapa nak cun.


Mula-mula fikir macam membazir je nak beli planner lagi, tapi saya memang tak boleh tahan tengok planner pinky ni. Jadi planner coklat tu saya akan guna sebagai desk planner kat ofis jelah. Lagipun, dah merata cari desk planner tapi langsung takde jual kali ni.


Kenapa saya suka sangat planner ni? Pertamanya, jenis ada spiral ni lah yang saya cari. Pastu harganya RM10.90 je, lepas dah diskaun 20%, lagilah murah. So memang tak tunggu lagi, terus rembat satu. Baru rasa lebih bersemangat nak melangkah ke tahun baru, tak gitu? Hahahaha...


My new 2013 planner. Love it so much!

Wednesday, December 26, 2012

Berkain Batik Semasa Berpantang

Saya bukan jenis orang yang pakai kain batik.

Saya tak reti pakai kain batik.

Saya tak suka pakai kain batik.

Dan dari kecil (remaja), saya tak dibiasakan pakai kain batik.

Alih-alih bila dah bersalin dan masa berpantang, saya KENA pakai kain batik.

Sebelum tu KENA pergi beli kain batik.

Untuk orang yang zero pasal kain batik ni, apalah yang saya tau, nak cari brand apa, jenis kain macamana, apa-apa ke, langsunglah saya tak tahu.

So saya hentam jelah, beli kain batik yang murah pun jadilah.


*****


Masa first berpantang dulu, saya beli 5 helai kain batik dengan harga RM10 sehelai, dan sekarang, 2 helai daripadanya masih ada kat rumah saya, 2 helai dah jadi alas kat rak baju rumah saya dan lagi sehelai dah jadi alas kat iron board rumah Mama. Hahahaha...

Bila nak berpantang kali kedua ni, mana cukup dengan 2 helai yang ada tu je kan, so saya tambah lagi 6 helai.

Semangat nak berpantang dengan adanya kain batik baru.

Saya beli kain batik ni kat Kota Tinggi. Range harga dalam RM18.90 ke RM19.90, saya nego-nego nak RM10 sehelai, tapi tak dapat, last-last saya beli juga dengan harga RM13 sehelai. Oklah tu kan.

Masih lagi seperti dulu, tiada kriteria khas diperlukan semasa membeli kain batik, hentam jelah, yang penting murah dan coraknya tak geli (saya ni ada alergik dengan corak-corak tertentu, boleh geli sampai tergaru-garu badan kalau tengok corak yang menggelikan. Hahahaha...)

Balik kat rumah, terus masuk washing machine then sidai. Lepas dah kering, sekali pegang, mak oi kerasnya kain ni macam kanvas!! Apa nak buat yek dengan kain keras macam ni? Nak kena basuh lagi sekali ke apa?

Esoknya kat ofis, terus tanya kat kawan-kawan macamana nak lembutkan kain batik yang keras. Rerupanya, kain batik ni ada lilin, sebab tu lah dia keras untuk maintainkan bentuk dia (bentuk apa pun saya tak taulah, dan tak rasa pun nak amik tau). So diorang suruh saya rendam semua kain-kain tu guna softener. Biarkan dalam 2-3 jam, pastu bilas dan sidai. Gerenti kain akan jadi lembut.

Balik rumah, pening, nak kene pegi beli softener ke? Untuk makluman, kat rumah saya ada sabun basuh je, tak pernahnya basuh baju guna softener-softener ni. Takkanlah nak pergi beli softener hanya kerana nak rendam kain batik je? Membazir je kan. 

Fikir punya fikir, baru teringat yang saya ada dapat sampel softener jenama Comfort Ultra. Apalagi, terus guna sampel tu. Jimat dan selamat duit saya. Hahahaha...

Kawan-kawan cakap rendam 2-3 jam je, saya pulak gi rendam sampai satu hari! Gila melampau! Hahahaha... Saya nak kain tu semua lembut dan sedap dipakai nanti. Pergi kerja rendam dalam baldi, balik kerja baru bilas dan sidai.

Hasilnya, kain batik ku dah jadi lembut! Ahhh...macam tak caya je kan. Lembut sikit je pun. Tapi sekurang-kurangnya, dapatlah satu ilmu kali ni. Pasni kalau kain keras ke apa ke, rendam je dalam softener. Tak payah pening kan kepala.

Bab kain batik dah setel. So, selamat berpantang to myself! ^_^


Mommies Rumah Apa?

Kalau anda perasan, kat belah kanan blog ni saya ada letak beberapa kategori blog list.


Setakat ni, bilangan blog yang saya dah follow makin bertambah, setiap hari paling kurang mesti ada 2 blog baru yang saya follow.


Bukan apa, menarik baca blog ni semua. Macam-macam kisah, macam-macam tips, macam-macam sharing,  rasa seronok sangat bila saya blogwalking dan baca satu-satu kisah bloggers ni. Ada blog post yang saya baca sampai tersenyum sendiri, tersengih depan skrin ni pun ada, yang tergelak pun ada, yang buatkan saya jadi excited pun ada, yang buat saya rasa insaf pun ada. Yang paling haru - yang buat saya bergenang air mata pun ada.


Kisahnya, malam tadi saya ada blogwalking kat satu blog ni, dia citer pasal adik dia sakit kanser payudara, anak 5, adiknya diabaikan dan diceraikan suami masa tengah sakit. Dan tak sampai berapa bulan, adiknya tu meninggal dunia. Sedih sangat saya baca. Jadi dengan blogging ni, macam-macam yang saya dapat. Pengisian rohani pun ada juga.


Untuk bloggers kategori mommies, saya createkan blog list "Mommies Rumah ......". Bermula dengan Mommies Rumah Pink, sebab saya suka warna pink. Saya limitkan sampai 10 orang bloggers untuk satu rumah, bila cukup 10, saya bukak lagi rumah baru, iaitu kaler purple, so jadilah Mommies Rumah Purple. Setakat ni, yang rumah purple belum cukup 10, kang dah cukup 10, saya akan create rumah baru lak. Hahahaha.. Best kan...Macam organizer rumah pulak rasanya.


Dan kalau yang bukan mommies, saya create blog list lain, kalau nak tau boleh tengok kat right side bar blog saya ni ye.


Oh lupa nak cakap, I love blogging! ^_^

Haziq Love Mak

Mak ialah babysitter Haziq. Mula jaga Haziq masa Haziq umur 10 bulan. Tahun lepas, saya tak sempat nak belikan apa-apa hadiah sempena hari jadinya, sibuk sangat masa tu.


Tapi kali ni saya dah tulis awal-awal dalam planner saya, birthdaynya 22 December. So tahun ni, saya belikan kek harijadi untuk Mak Haziq. Semoga beliau sentiasa sihat, berbahagia dan dipanjangkan umur hendaknya. Amin...

Kek Marshmallow Chocolate bought at SDS. Shedappp!!!

Tuesday, December 25, 2012

Memahami Breast Pump Rumble Tuff

Petang tadi saya dan my hubby sama-sama meluangkan masa untuk memahami breast pump (BP) Rumble Tuff yang kami beli di Fab Mom tempohari. Kami belajar tentang bahagian / komponen Rumble Tuff (RT) dan bagaimana cara ia berfungsi.

Breast Pump Rumble Tuff

Lepas tu saya try la guna RT ni. Dia ada dua cycle, pertama sekali Stimulation Cycle (SC) dan kedua ialah Expression Cycle (EC). Yang SC tu ialah cycle dia mana stimulate / rangsang breast kita (miss b) supaya berlakunya let-down reflex. Let-down reflex ni adalah situasi di mana miss b dah ready untuk mengeluarkan susu. SC ni mengambil masa selama 2 minit. Masa tadi testing SC ni, saya rasa geli lah pulak. Hehehe...almaklumlah belum pernah guna BP sebelum ni. Hahahaa..


Lepas dah abis SC, dia terus automatik masuk ke EC. EC ni dia terus pam susu kita ke dalam botol. Disebabkan belum bersalin lagi, maka my hubby teruslah off RT. Takde maknanya nak EC buat masa sekarang kan. Hehehe..


So far, kami berdua faham komponen dalam RT dan juga fungsinya. Tadi siap praktis buka dan pasang semula bahagian-bahagian dalam RT tu biar senang faham dan ingat. Dah sudah tu, saya packing semula RT untuk simpan. Bila nak guna nantilah baru basuh. Kalau basuh sekarang pun takut berhabuk jugak kan.


Eh, tetiba rasa tak sabar la pulak nak mengepam pam pam nanti! ^_^

Cerita Hari Cuti

Hari cuti adalah hari untuk bermalas-malasan rehat. Memang saya takde buat apa pun pagi ni. Just makan, jaga anak, main dengan anak, bersukaria dan baca majalah. Agak-agak dah boring sikit, terus online.


Actually pagi tadi dah on laptop ni, tapi berebut pulak dengan Haziq, dia pun nak main laptop gak, siap cakap "Itop Ajiq punye" (Laptop Haziq punye). Padahal saya dah kasi dia main Ipad. Tapi still nak main laptop Mama gak ye. Last-last terus off laptop, sekarang ni baru on balik sebab dia tengah syok main kejar-kejar dengan mak sedara kecik dia. ^_^


Disebabkan dah beberapa hari saya tak berkesempatan nak update blog, saya buat summary la ye storymory yang nak diupdate. Hehehe...


Myself

  • Pregnant kali ini saya jadi "gila membaca". Setiap masa nak membaca, tak kisahlah buku ke, majalah ke, suratkhabar ke. Kalau masuk bilik air pun, habis saya baca semua label kat belakang botol syampu dan shower cream. Baca, baca dan baca. Pembawakan budak ke apa ni?
  • Malam tadi saya sakit sangat kat bahagian ari-ari. Tapi bangun pagi ni dah ok dah. Mmm...belum masa nak bersalin lagi ni.
  • Dah 37 weeks sekarang ni, saya mula amalkan minum Virgin Coconut Oil keluaran Tanamera. Baru je start pagi ni, minum 1 sudu. Kalau ikut aturannya, kene minum 3 kali sehari. Tujuannya untuk memudahkan proses melahirkan nanti dan mengurangkan risiko pengoyakan faraj.  Saya juga dah start sapu VCO tu di bahagian perineum bermula minggu ke-33 lagi. Semua atas tujuan yang sama.
  • Tak berapa selera sangat nak makan. Masa lunch kat ofis semalam, makan pun tak abis sebab tiba-tiba rasa loya sangat nak muntah. Malam tadi pun takde rasa nak makan, tapi Mama suruh saya makan jugak sebab takut kena gastrik pulak nanti.
  • Ada masa saya rasa letih sangat-sangat rasa nak tido je. Perlukan bantuan orang lain untuk take care my Haziq seketika.


Haziq

  • Haziq sekarang kena ruam lampin. Puncanya - masa Ahad malam Isnin yang lepas, dia tercirit masa tido. Bangun pagi tu dah bau busuk sangat. Bila dah ganti pampers semua, nampak ok lagi. Tapi bila balik keje petang semalam, tengok habis merah dah bahagian pampers tu. Malam tadi pulak, dia uuk tapi tak bagitau saya. Saya pulak dah tertido sebab letih sangat. Tau-tau je saya tersedar dengar adik saya cakap, ada bau busuk macam bau muntah. Bila cek kat Haziq, lerr...ni bukan muntah, tapi uuk. Bila dah ganti pampers semua, tengok memang merah la kat bahagian tu. So saya sapu Drapolene. Harap-harap cepat baik.
  • Emotional attachment - "Ma, nak kong, Ma, nak kong". Kejap-kejap Haziq mintak didukung. Saya takde hal, terus dukung Haziq, tapi my hubby dan Mama risau tengok saya dukung Haziq dalam keadaan dah sarat macam ni. Tapi pada saya, takde masalahnya, selagi tak sakit apa-apa, saya masih boleh bertahan. Lagipun bila dukung Haziq, terasa sangat mother-child bonding. ^_^


Persiapan Bersalin

  • Dah siap 100%. Takde apa lagi yang perlu dibeli.
  • Beg untuk bawa bersalin di hospital dah siap sedia.
  • Beg untuk bawa balik berpantang kat rumah Mama pun dah siap sedia, cuma belum dihantar ke rumah Mama je.
  • Duit untuk bersalin pun dah sedia. Semoga saya dapat bersalin secara normal tanpa sebarang komplikasi kepada saya dan baby.
  • Abah ada tanye pasal arrangement untuk bersalin. Maksudnya, sekarang kan saya dah duduk sendiri dan dah ada anak sorang, kalau tiba waktu saya sakit nak bersalin nanti, kalau masa tu kat ofis, macamana arrangementnya, anak kat babysitter. Kalau sakit kat rumah, anak nak hantar ke babysitter ke macamana. Sebab Abah dan Mama sama-sama bekerja jadi sapa pulak nak jaga Haziq kan. Kalau sakit bersalin waktu siang macamana, kalau sakit bersalin waktu malam macamana. Semua ni Abah suruh saya dan my hubby fikirkan apa plannya. Betul jugak kan, selama ni kami berdua langsung tak terfikir pasal tu. Yelah, masa time bersalin yang dulu, saya dah my hubby masih tinggal di rumah Mama. Belum ada anak. So sekarang ni, saya dan hubby kene fikir pasal arrangement bersalin sebab kami dah ada Haziq. ^_^


Set Berpantang dan Breastfeeding
  • Kali ni saya beli set bersalin Tanamera, complete set. Semua barangnya untuk kegunaan luaran, hanya ada satu je untuk diminum iaitu Teh Herba.
  • Sekarang saya busy mencari info pasal set berpantang Shaklee. Ingat nak beli trial pack dulu.


Working Machine

  • Saya sangat-sangat takde mood nak keje. Pressure dengan bos, ikutkan hati rasa nak amik MC terus sampai tiba hari bersalin nanti. EDD saya 11 Jan 2013, tapi selagi saya tak cuti, selagi tu lah dia nak lambakkan semua keje kat saya. First week Jan 2013, dia suruh saya arrange few meetings dan siapkan report/summary yang related untuk meeting tu. Hampeh kan? Sampai bila nak habis keje macam ni? Pastu any correspondence by e-mail, hanya saya yang ada in the loop, yang sorang lagi colleague tu die tak masukkan namanya in the loop, padahal budak tu yang akan in-charge sume keje masa saya cuti bersalin nanti. Eiiii...banyak lagilah yang stress pasal bos ni. Sangat takde mood nak keje. Buhsan!

Itulah serba sedikit apa yang berlaku setakat ni. Nanti saya update blog lagi ye.

Friday, December 21, 2012

3 Minggu Selepas Guna Moogoo

Moogoo oh Moogoo. Macamana nak mula ye? Selepas 3 minggu menggunakan produk Moogoo, boleh dikatakan, bahagian kulit Haziq yang ada eczema tu menunjukkan peningkatan yang baik, walaupun pada saya peningkatannya agak minima.


Bahagian bibir yang kering - Yang ini dah ok, dah takde masalah. Cuma kadang-kadang, kalau kering lagi, saya sapu Cow Lick Lip Balm, pastu terus setel masalah.


Bahagian pelipat kat lengan - Yang ini pun dah ok, dah takde merah-merah lagi. Haziq kalau terjaga awal pagi, mesti garu-garu kat bahagian ni, siap sinsing lengan baju tidur semata-mata nak menggaru. Kalau saya nampak, saya akan alihkan tangannya dan ganti dengan usap-usap belakang Haziq. Gerenti dia tido lena semula.


Bahagian betis - Terutamanya bahagian betis kiri, kulitnya agak kasar. Haziq garu jugak kat sini, tapi garu-garu tak jadi merahla. Untuk betis, saya sapu ISB dan MSM (kalau kat rumah) dan kat babysitter sapu Udder Cream. So far, kesannya on off. Kalau rajin sapu, memang lembut je kulitnya. Kalau banyak hari terlupa sapu, jadi kasar balik.


Bahagian leher & tengkuk - Inilah masalah utama yang merisaukan saya. Haziq sangat pantang tido atau berada dalam kawasan yang panas. Pulaknya, Haziq ni aktif, lompat sana, lompat sini, lari sana, lari sini, joget sana joget sini, so berpeluh tu dah macam sinonim dah dengan dia. Bila panas dan berpeluh, mulalah dia gatal dan menggaru-garu, sampai jadi tebal kulit yang gatal tu. Huhuhu, cian anak Mama. Bila letak ISB / MSM / Udder Cream, tak lama pastu Haziq akan berpeluh balik. Jadinya cream tu pun cair la semula. Tak taulah menyerap ke kulit atau tak.

Merah dan kasar

Disebabkan Moogoo ni natural product natural ingredient, saya tahu nak tengok kesan positif tu akan mengambil masa yang lebih lama. So kene sabar dan tunggu lagi, dan teruskan penggunaan, harap-harap masalah eczema ni akan hilang.


p/s : Tertanya-tanya, perlukah bagi Haziq makan supplement untuk atasi masalah eczema ni?

Maternity Pad Pilihan Saya

Another few days to go. Yeahh!! Selamat bersalin to myself. ^_^


Sebelum bersalin, saya nak sharing pasal maternity pad yang saya sangat suka. Apa brandnya?

INTIMATE!!

Kenapa saya suka maternity pad brand INTIMATE ni?

  • Saiznya panjang 28 cm. Actually pad-pad yang biasa pun ada yang lagi panjang, sampai 32 cm pun ada, tapi beza dengan Intimate ni ialah, Intimate ni TEBALLL, jadi selesa bila dipakai, tak rasa darah mengalir ke tepi-tepi tu.
  • Pad ni takde wings tau. Jadi, buka pelekat dan terus tampal kat panty. Apsal entah saya masa first bersalin dulu, macam geli nak pakai pad yang ada wings (sedangkan kalau period mesti nak pakai pad with wings!)
  • Siap ada disposable bag. Jadi lepas dah cuci bersih pad tu, tak payah pening kepala nak cari surat khabar ke apa, terus je lipat, masukkan dalam disposable bag tu dan buang! Senang sangat kan. 

Jangan risau, selain daripada Intimate ni, banyak lagi brand lain kat pasaran. Contohnya macam :

Pureen Madame
Pureen Madame - Saya pernah cuba brand ni. Tapi tak suka, pakai berapa keping je pastu discard usage. Tapi saya dah lupa kenapa saya tak suka brand ni. Kui kui kui...


Pureen Madame

Yang ini Pureen Madame jugak, 32 cm, panjang tuuu... Saya tak pernah cuba lagi.


Kotex Maternity Loop & Adhesive Maternity Pad

Yang ni brand Kotex lak. Ada 2 jenis, satu tu Maternity Loop. 


Haiihhh, sebut perkataan loop ni teringat masa kat hospital dulu. Lepas dah siap jahit kat bahagian bawah sana (awww sakitnya!), doktor pakaikan saya pad lekat kat loop ni, die macam tali tau, sangkut kat pinggang saya,  lepas tu terus tutup dengan kain dan setel.


Mak oi, menderu-deru darah saya keluar tau. Rasa macam takde protection langsung dan amat amat tidak selesa. Saya tak reti nak describe macamana, yang penting pad tu tak stay fit kat saya 'punya', macam tak kemas, macam longgar, tu pasallah darah pun keluar menderu-deru bak Ombak Rindu. So terus saya ban jenis loop ni.


Yang lagi satu Adhesive Maternity Pad. Saya rasa ini lebih kurang macam pad-pad yang lain jugaklah kan. Saya tak pernah cuba brand ni.


M2B dan mommies semua pakai brand apa pulak? Sharing-sharinglah ye.. ^_^

Sixth Pregnant Check Up (36 Weeks) Di Hospital Penawar

Hari Rabu lepas (19 December 2012) saya berjumpa doktor lagi untuk checkup.


Kali ini jumpa sekejap je, dalam setengah jam, doktor pun macam rushing sikit, coz kat luar tu macam ramai patient. Tak banyak yang saya dapat tanya doktor kali ni, padahal dah ada 5 soalan untuk ditanya. Huhu...


Kedudukan baby saya tepat 36 weeks, maksudnya perkembangan baby selari dengan perkembangan minggu. Saya tanya doktor, ada buat scan 3D/4D tak, dia kata ada, tapi disebabkan saya ni dah di akhir third trimester, susah sikit nak capture imej baby sebab bahagian kepala baby pun dah masuk ke ruang pelvis saya.


Cuba punya cuba, memang tak dapat pun. Mmmm.. frust jugak saya dibuatnya. Apsal lah selama ni langsung tak terfikir nak tanya doktor pasal scan 3D/4D ni tapi sibuk-sibuk pergi survey klinik sampai ke JB nun nak cari pasal scan 3D/4D. Mmm.. sabar jelah. Yang lagi frust tu, doktor cakap, caj untuk scan RM11 je, dapat print gambar tapi takde CD. Yang saya survey kat JB tu, scan 3D/4D sampai RM80-RM100. Mahal tu. Huhuhu....


Oh ye, berat saya naik lagi kepada 61.5 kg, masa checkup 34 weeks, berat saya 59.5 kg. Mudah-mudahan, tak over sangatlah berat badan kali ni. Masa mengandungkan Haziq dulu, berat badan saya 63 kg hingga ke waktu bersalin. So yang kali kedua ni macam lebih kurang jelah.


Heartbeat baby pulak 140 beats/minit. Alhamdulillah, suka sangat dengar degupan jantung baby sayang ni. Doktor cek berat baby 2.7 kg. Mmm...macam jauh lagi kan kalau nak sampai ke 3 kg? Doktor cakap kalau betul-betul nak sampai ke 3 kg, maybe saya kena overdue lah (mengandung lebih daripada 40 minggu). Tapi takkanlah nak bersalin sampai minggu ke 41 pulak kan. Ish ish ish...


Saya dimaklumkan bahawa contraction sebenar akan bermula apabila saya merasa sakit di bahagian pinggang terus ke bahagian bawah abdomen. Sakitnya akan berterusan, kalau Braxton Hicks contraction tu, kejap-kejap je rasa sakit dan kalau saya beralih kedudukan, sakit tu akan hilang. Itulah bezanya. Kalau dah mula rasa sakit yang sebenar tu, bolehla bersiap sedia pergi ke hospital. Buat masa sekarang, saya cuma rasa sakit di bahagian bawah abdomen je. Langsung takde rasa sakit pinggang lagi.


Lepas ni kene jumpa doktor setiap minggu. So next checkup saya pada 28/12/12 (Jumaat).

Tertidur Dalam Walker

Segmen kenang kembali. Masa ni Haziq umur 1 tahun 2 bulan. Dah pandai berjalan, tapi kadang-kadang letak dalam walker untuk kasi Haziq rehat. Saya tak sedar bila Haziq tertidur dalam walker ni, tengok-tengok je dah tertidur, cian anak Mama sorang ni. Terus saya angkat Haziq dan baringkan kat tilam.

My baby, always be my baby...

Thursday, December 20, 2012

Harga Bius Epidural di Hospital Penawar

Bagi 1st time mommies to be / 2nd / 3rd / many times mommies yang tertanya-tanya berapa harga bius untuk suntikan epidural masa bersalin nanti, ini dia saya kongsikan info yang saya perolehi di Hospital Penawar.

Harga suntikan ialah RM450.00

Kalau tak boleh view gambar kat atas ni, ni adalah penerangannya ye :

Apakah EPIDURAL?

Epidural merupakan suntikan ubat bius di bahagian belakang yang melalui sejenis tiub halus. Bius ini disuntik di sekitar saraf yang membawa isyarat daripada bahagian badan anda yang merasakan kesakitan ketika hendak bersalin. Kesan daripada itu, bahagian perut akan terasa kebas dan anda tidak akan merasa sakit lagi.


Apakah kelebihan mengambil EPIDURAL?
  • Memberi kelegaan daripada kesakitan ketika hendak bersalin
  • Prosedur anestetik yang ringkas iaitu kurang daripada 40 minit sehingga ubat mula bertindak
  • Anda masih dalam keadaan sedar ketika mengalami kontraksi, cuma anda tidak merasa sakit
  • Sekiranya anda mempunyai tekanan darah tinggi, ia boleh menurunkan tekanan darah
  • Ia boleh ditambahkan dengan anestetik setempat jika anda memerlukan pembedahan Caesarean

Kalau nak tau berapa harga pakej bersalin termasuk bius epidural ni, boleh klik kat SINI


Dan kalau berdasarkan maklumat yang saya perolehi daripada Dr. Mohan @ Johor Specialist Hospital (JSH) semasa antenatal class dulu, harga bius epidural di JSH adalah dalam lingkungan RM800-RM2000. Ini harga bius sahaja tau, belum masuk harga bersalin normal / czer.


Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Hospital Penawar / Johor Specialist Hospital.


p/s : Entry ini adalah entry ke-100 sejak saya mula berblogging. Yeay!!!

Wednesday, December 19, 2012

Update Status : Pregnant 36 Weeks

Wowowowo...Saya dah masuk ke fasa 37 weeks hari ini. Tapi saya nak cerita pasal 36 weeks yang lepas ye. Baca tau jangan tak baca. Hehehe..


Masuk je 35-36 weeks, saya dah mula rasa sakit kat bahagian bawah rahim ni. Tapi takdelah sakit sangat sampai tak boleh buat kerja. Saya masih bekerja seperti biasa, masih lagi drive ke tempat kerja seperti biasa dan  masih lagi dukung my baby Haziq kalau dia still tido waktu sampai kat rumah babysitter.


Cuma yang bestnya saya direhatkan seketika daripada membuat kerja-kerja rumah. Boleh dikatakan semua kerja rumah my hubby lah yang buat (Thank you I love you). Saya punya part cuma lipat kain dan letak kat rak je. Gosok baju pun kadang-kadang aje. Hihihi...Enjoy lah dulu masa-masa ni, sebab lepas dah habis pantang nanti kena kembali lah buat kerja-kerja rumah seperti biasa. Tak boleh nak perasan macam mem BESAR lagi. ^_^


Masa last check-up kat Penawar (05/12/12), doktor cakap my baby dah mula menurun masuk ke ruang pelvis, proses ini dipanggil 'engagement', dan juga berlaku peringanan (lightening) yang mana apabila baby dah menurun, maka bahagian dada saya rasa lebih lapang dan lebih selesa bernafas. Mmm...yeke? Rasanya saya makin mengah sekarang ni, naik turun tangga sikit je dah mengah macam lari pecut 100 meter. Tettt!!!


Pastu, disebabkan baby dah masuk ke ruang pelvis, saya selalu sangat pergi bilik air. Kejap-kejap nak kenc, kejap-kejap nak kenc. Pergi jalan kat mana-mana, mesti kene singgah stesen minyak sebab nak kenc. Yang paling ketara lagi, bahagian rahim saya ni selalu sangat dah mengeras dan ini dipanggil Braxton Hicks contraction. Keras betul. Tapi tak sakit.


Haaaa...itu bezanya dengan contraction real time nak bersalin nanti, sebab yang itu konfem sakit (fuh! nak kene bersiap sedia menghadapi contraction nih!). Saya dah mula merasai Braxton Hicks contraction ni kalau tak silap masa 27 weeks lagi. Dengan konfiden saya tanya kat doktor, "Apsal baby saya selalu mengeras kat dalam ni?" Doktor cakap, itu bukan baby yang mengeras, tapi uterus yang mengeras. Reason? Sebagai persediaan untuk proses kelahiran nanti. Hehehe, malu I di situ.


Mengikut pembacaan saya di Baby Center, pada masa ini, baby dah mula gugurkan rambut/bulu lembut dan verniks kaseosa di sekeliling badannya. Verniks ni kira macam bahan berminyak yang melindungi baby semasa dia dalam kandungan.


Jadi bila semua rambut/bulu lembut dan verniks ni digugurkan, baby akan telan pulak semua tu yang akhirnya bertukar menjadi mekonium. Mekonium ni warnanya hitam, kita boleh tengok masa first time baby kita buang air besar nanti.


Selalunya first time buang air besar ni berlaku kat hospital, sebab sebelum seseorang ibu dan baby tu dibenarkan balik ke rumah, baby tu mestilah dah boleh menyusu serta boleh buang air kecil dan air besar dulu (ini syarat-syaratnya). Masa time Haziq, saya kena tahan kat wad 1 malam lagi, sebab Haziq tak buang air kecil lagi. Esok paginya baru buang air kecil, so by tengahari tu baru boleh balik ke rumah.


Jadi begitulah kisah perkembangan diri saya di usia kandungan 36 weeks. Actually hari ni happy sikit, sebab kawan-kawan cakap walaupun saya pregnant, tapi body masih maintain (maintain ker? padahal dah naik banyak kilo nih!), muka tak sembab, kaki tak bengkak, badan sentiasa aktif dan bertenaga, badan pun tak gemuk, cuma tang perut je yang naik. Hehehehe...mau tak happy mendengarnya kan.. Hahahahaha...(opss, kene control gelak besar, kena maintain comel ni). Kui kui kui... ^_^


p/s : Malam nanti check-up lagi. Stay tuned for the updates ya!

Ma Kasih Mama, Ma Kasih Abah

Perkara ketiga yang buat saya terharu - at the age of 2 years 4 months, Haziq dah pandai cakap "Ma Kasih Mama, Ma Kasih Abah" (maksudnya - terima kasih Mama, terima kasih Abah).


Saya ingat lagi, masa tu Haziq mintak nak makan biskut, so saya ambilkan bekas berisi biskut Tiger feveret dia. Lepas saya bagi biskut tu, Haziq cakap, "Ma Kasih Mama" siap dengan senyum simpul dan mata sepet dia tu. Oh Tuhan, rasa macam cair hati saya mendengarnya. Rasa sebak nak nangis pun ada, sebab saya terharu sangat-sangat, Haziq dah pandai menghargai pemberian dengan ucapan terima kasih.


Dan sekarang ni, kalau saya bagi botol susu, remote tv, telefon atau apa-apa jelah yang Haziq mintak, pasti akan kedengaran ucapan "Ma Kasih Mama". Oh Haziq, Mama love you so much, sayang....


***


Perkara pertama yang buat saya terharu - Haziq cakap "Sayang Mama".

Perkara kedua yang buat saya terharu - Haziq cakap "Sayang Mama" dan lepas tu, terus peluk saya erat-erat.


Ya Allah, aku bersyukur di atas nikmat dan anugerah-Mu ini. Aku bahagia...

Friday, December 14, 2012

Dah Ada Nama Untuk Baby Baru, Yeay!!

Tiada lagi dilema, tiada lagi gundah gulana.


Malam tadi lepas dah puas tengok tv menyaksikan kekalahan Malaysia kepada Thailand, saya dan my hubby sama-sama berhempas pulas menyiapkan 'assignment' kami, iaitu memilih nama untuk baby baru. Hari tu my hubby dah siapkan list nama, semalam saya pun dah siapkan list nama, jadi malam ni kami sama-sama berbincang menentukan gabungan nama yang terbaik untuk anak kami.


Setiap orang sama-sama berhujah menyatakan kebaikan nama yang dipilih. Yang kelakarnya, Haziq pun join sekaki jugak. Satu perkara yang saya observe dalam proses perkembangan anak ni, kalau kita sebagai ibu bapanya jenis yang verbal, means senang bercakap, senang berkomunikasi maka tak mustahil anak pun akan jadi macam tu jugak.


Kalau kita ni jenis pendiam, jenis berat mulut, susah nak melontarkan idea dan pendapat sendiri, nanti anak pun jadi macam tu jugak. Kalau ibu bapanya salah seorang verbal, salah seorang non-verbal, maka anak akan ikut siapa yang lebih dominan.


Jadi sambil-sambil kitorang berhujah tu, Haziq pun turut sama berhujah jugak. Yang pasti, memang tak berbutir langsung apa yang dia cakapkan sebab dia cakap macam orang dewasa but in his own baby language. Hahahaha... Siap dengan mimik muka, kerut-kerut dahi, pastu mengeluh kejap, pastu tunjuk isyarat good, pastu senyum tepuk tangan, pastu cakap lagi, siap jarinya tunjuk-tunjuk kat kertas yang kami tengah hadap tu. Hahahaha.... saya dan my hubby enjoy sangat moment ni, sebab macam kami bertiga sama-sama terlibat dalam proses memilih nama anak / Haziq untuk adiknya. Oh I love this moment so much!! ^_^


Cukup setengah jam, kami tiba di akhir perbincangan.


Seia sekata sehati sejiwa, kami telah bersepakat dengan nama ini untuk anak kami. Nama yang hebat, nama yang mempunyai maksud yang baik, nama yang kami harapkan akan membentuk segala kebaikan dari segi jiwa, peribadi, rohani, karakter dan tingkah laku anak kesayangan kami hingga ke akhir usianya nanti. Nama yang kami sukai dan kami cintai. Dan paling penting, kami YAKIN dengan nama ini, tiada lagi masalah tersasul atau terbalik balik nama seperti sebelum ini.


"Untuk anak Mama yang Mama kandungkan, yang Mama cintai dan rindui setiap masa, yang sentiasa menemani Mama dalam apa jua keadaan Mama selama ni, Mama dah siapkan nama yang terbaik untukmu sayang. Mama menanti masa kelahiranmu ke dunia ini dengan penuh harapan, dan Mama akan sentiasa melindungimu dengan kehangatan cinta dan kasih sayang Mama...."

Wednesday, December 12, 2012

Dilema Memilih Nama Anak

Pada usia kandungan 35-36 weeks, saya masih lagi belum memilih nama yang ingin diberikan kepada anak yang bakal dilahirkan ini. Jantinanya sudah diketahui melalui antenatal checkup, tapi saya masih lagi dalam dilema untuk memberi nama kepadanya. My hubby pun sama.


Untuk anda yang dah sedia maklum ataupun belum maklum, nama penuh anak pertama saya adalah Ahmad Haziq Hafiz. Jadi untuk anak kedua ni saya nak letak nama Nur H.... H.... jugak. Actually saya dah pilih satu nama ni, memang saya suka sangat dengan nama ni, tapinya, itu dah nama sepupu saya, dan bunyi belakang nama tu pulak sama dengan nama panggilan adik saya.


Seboleh mungkin, saya nak nama itu eksklusif, tidak mempunyai sebarang persamaan dengan mana-mana ahli keluarga, ipar duai atau sanak saudara yang lain. Bila fikir-fikir balik, biarlah sama pun kan, apa masalahnya, bukannya saya duduk serumah dengan diorang semua, bukannya jumpa tiap-tiap hari pun, tapi hati kecil saya ni tetap cakap taknak sama dengan orang lain. Dan yang betul-betul buat saya jadi turn off pulak bila my hubby tersasul sebut nama baby kami dengan nama anak sedaranya.


Alkisahnya gini. Masa tu my hubby tengah usap-usap perut saya, kira tengah bercakap-cakap lah dengan baby. But instead of saying our baby's name yang kita dah persetujui bersama, dia boleh pulak tersasul pegi sebut nama anak saudara dia yang bunyi pun seakan-akan sama dengan nama baby weols tu.


Haihh!!! It's a big NO NO NO and a big TURN OFF for me. Terus taknak guna nama tu lagi. Anak belum lahir tapi Abahnya dah tersasul-sasul pergi sebut nama anak orang lain. Sorry no cure.


Lepas tu kami cari nama lain pulak. 3 suku kata. Dah siap sedia nama penuh dengan nama panggilan. Masa tu dah happy sangat dah. Tup-tup saya pulak yang problem, tersalah sebut nama tu (terbalikkan nama). Faham tak macamana terbalik nama tu?


Ha ini contohnya, ini contoh je ye, bukan nama ini yang saya pilih taw.


Contoh nak letak nama AZILA, tapi tersalah sebut pegi panggil ALIZA lah pulak. Haihh...


Jadinya, it's a big NO NO NO and a big TURN OFF for me, again! Anak belum lahir tapi Mamanya dah terbalik balik sebut nama anak. Sorry no cure (Hahahaha....Mama Abah sama je, kepala pusing...)


Akhirnya pejam celik pejam celik, dah nak masuk 36 weeks, tapi masih belum ada nama lagi. My hubby ada cakap, kalau susah sangat nak cari nama Nur H..... H...., kite letak jela nama lain. Dia bagi cadangan Nur A... A..... Saya rasa ok jugak, tapi belum lagi bukak kitab senarai nama anak tu. Ingat malam ni nak cari lah nama sesuai untuk my baby cayang ni.


My hubby dah bagi kriteria dan maksud nama yang dia nak. Dah siap bagi senarai nama pilihan dia. Just sekarang tinggal bahagian saya jela. Lepas tu kami akan satukan nama.


Pada saya, kita sebagai ibu bapa harus bangga dengan nama yang kita berikan kepada anak-anak kita. Jadi semua itu bermula dengan pemilihan nama dan maksud nama yang baik, kerana nama itu yang akan kita panggil sepanjang hayatnya, nama itu yang anak kita akan bawa ke mana-mana dia pergi dan nama itu jugalah yang akan membentuk peribadi dan karakternya. Dan bila sekali dah bagi nama, mana boleh sesuka hati nak tukar nama kan. Maka haruslah teliti dan berhati-hati dalam membuat keputusan yang terbaik untuk masa depan anak tersayang.


So, all the best to me! (Motif? Malam nanti nak pilih nama anak... ^_^)

Anak Tak Makan Sayur, Boleh Ganti Dengan Susu Ke?

Sejak akhir-akhir ni saya perasan yang Haziq dah jadi picky eaters bab SAYUR. Saya sendiri sebenarnya tak pasti sejak bila benda ni terjadi, tapi saya perasan yang kalau dalam makanannya ada sayur, Haziq akan kutip satu persatu sayur tu pindah ke mangkuk / pinggan yang lain. Mmmm... macamana nak buat ye?


Alkisahnya, saya dulu pun jenis tak makan sayur sangat. Saya pilih sayur-sayur tertentu je, contoh macam bendi, buncis, tauge, kacang botol, peria, petola, terung, sawi jepun, carrot itu semua saya boleh makan tanpa sebarang masalah. Yang susah nak diterima tekak ni contoh macam sawi dan ulam-ulam. Haziq sekarang ikut Mamanya ke? Jenis tak makan sayur sangat? Huhu...


Masa Haziq baby makan solid food dulu, memang saya bagi dia makan sayur (blender dan tapis terlebih dahulu). Nampak ok je masa tu, semua dia makan. Tapi sekarang, kenapa Haziq dah taknak makan sayur? Haihh.. pening kepala Mama comel ni memikirkannya.


Yang tambah haru sikit lagi, Haziq pun tak suka makan buah. Apsal entah. Yang saya tau, Haziq ni tak suka makan benda-benda manis, aiskrim dia tak suka, air manis dia tak suka. So buah pun dia tak suka mungkin sebab buah tu manis kot. Tapi epal hijau dia makan pulak. Elok je habis makan 2 ke 3 potong. Epal hijau kan masam sikit.


Kebetulan masa shopping barang dapur bulan lepas, ada promosi susu Dumex Dugro Fruit dan Vege. Saya rasa lah sampel susu tu. Mak oi sedapnya! Sampai saya mintak lagi satu cawan (alah cawan kecik kemetot je pun). Tapi serius memang sedap sangat.


Saya mintak lagi satu cawan suruh my hubby rasa, dia pun cakap sedap susu ni. Saya panggil Haziq suruh dia minum sikit, tapi langsung dia taknak datang dekat saya sebab tengah sibuk berlari sana sini. Tau tau jelah anak umur 2 tahun lebih, kalau pergi hypermarket Tesco pon dia dah seronok sangat feeling macam pegi Legoland. Lari sana lari sini last-last tak rasa pun susu tu.


Jadi saya tengoklah harga susu Dumex Dugro ni. RM27.50 untuk 900 gram dan RM18.90 untuk 600 gram.

Susu Dumex Dugro yang sedap sesangat!


Saya dan my hubby sama-sama cakap, "MURAHNYA!!!!!"


Purata Haziq minum 3.6 kg susu untuk 1 bulan. Untuk susu Gain Plus Eye Q yang dia minum sekarang ni, harga untuk stok susu 1 bulan bersamaan RM205.

Susu kegemaran Haziq

Jadi kalau dibandingkan dengan susu Dumex Dugro ni, untuk sebulan baru je RM110 (beli 4 peket yang berat 900 gram satu pek). Dah boleh jimat RM95 sebulan dan RM1140 setahun. Wah, banyak tu!!!


Tapi, betul ke hanya dengan minum susu Dumex ni boleh memenuhi / mengganti keperluan Haziq yang tak makan sayur dalam menu hariannya?


Boleh ke Haziq serasi dengan rasa susu ni? Untuk pengetahuan, Haziq dah try macam-macam jenis susu sebelum ni, ada aje ketidakserasiannya. Bila saya bagi dia Gain Plus Eye Q ni, baru serasi. Nampak Haziq suka sangat susu ni. Perut ok, poo poo pun ok. Sekali minum 1 botol 6 oz, purata satu hari minum dalam 7 ke 8 botol.


Fikir punya fikir, bincang punya bincang, akhirnya, saya KIV dulu susu Dumex ni. Saya dan my hubby buat keputusan untuk teruskan dengan Gain Plus, nanti bila umur Haziq cukup 3 tahun, kami akan cuba bagi Haziq try susu Dumex ni pulak.

Means - after 15 August 2013!

Tuesday, December 11, 2012

At 35 Weeks - Persiapan Bersalin dan Berpantang

Waaaaa!!!! Dah 35 weeks dah!! Cepat betul masa berlalu, rasa baru je cek UPT positive. Hahahaaha... Busy betul Mama kali ni kan.


Jom tengok apa yang saya dah siapkan pada usia kandungan 35 weeks ni :


Persiapan Bersalin

1) Beg bersalin baju baby - 100% siap. Baju untuk bagi kat nurse nanti pun dah siap packing dah.

2) Beg bersalin baju Mama baby - 80% siap. Belum masukkan kain batik dan tudung je.

3) Bakul nak bawa ke hospital - Barang-barang nak letak dalam bakul dah siap dah, macam milo peket, sudu, cawan, termos, etc. Masalahnya - bakul belum dibeli lagi!! Hahahaha... Nampak gaya pakai jelah bakul yang sekarang ni digunakan untuk letak barang-barang susu Haziq time balik umah Mama / MIL.

4) Air zam-zam - Dah ada (dalam tong besar). Cuma nak tuang dalam botol air kecil dan letak dalam bakul je.

5) Air selusuh - Belum buat lagi. Tapi katanya Virgin Coconut Oil dalam Set Bersalin Tanamera tu pun boleh dijadikan sebagai air selusuh jugak.

6) Tuala nak gigit kat labour room nanti - Dah standby siap dah. Kali ni standby tuala kaler biru pulak. Nak menahan sakit contraction, sakit meneran, sakit bersalin, saya memang perlukan tuala untuk gigit bagi menahan sakit! Di samping tu, saya juga gigit tangan suami. Oppss!!

7) Stokin nak pakai kat labour room - Dalam labour room tu sejuk tau. Aircond. Saya mana lah tahan sejuk. Jadi sama macam bersalinkan Haziq dulu, saya tetap akan pakai stokin juga.

8) Kain batik - Ada 2 helai je, kena beli lagi ni nampaknya.

9) Maternity Leave - dah apply dan dah approve pun. Kiranya sekarang tunggu masa nak bersalin je. Kadang-kadang bila gi ofis tu, dah tak rasa nak keje dah. Kaki dan bahagian bawah rahim ni dah mula sakit. Braxton Hicks contraction most of the time.


Persiapan Berpantang

1) Dulu saya guna Set Bersalin Leesa Formula. Kali ni saya guna Set Bersalin Tanamera pulak. Dah beli complete set.

2) Kali ni berpantang di rumah Mama, jadi minggu lepas (34 weeks), saya dah hantar barang-barang kat bawah ni ke rumah Mama yang akan digunakan masa berpantang nanti :
- Set Bersalin Tanamera
- Nursing Pillow
- Mattress Set
- Drypers 2 peket (Newborn & Saiz S)

Barang-barang lain macam breastfeeding items dan lain-lain akan dihantar dalam minggu depan.

3) Tukang urut - Kali ni saya dah booking tukang urut awal-awal iaitu masa usia kandungan 25 weeks.

4) Bilik untuk berpantang - kali ni saya tumpang bilik adik, sebab bilik dia kat tingkat bawah.  Actually ada bilik kosong kat tingkat atas tapi tak kuasalah nak naik turun tangga time berpantang ni. Saya nak cepat sihat! :)


Itulah dia persiapan saya setakat ini. Alhamdulillah kebanyakannya dah siap, cuma tinggal 2 ke 3 benda je lagi. Saya berharap akan bersalin pada EDD iaitu 11 January 2013, tapi doktor ada cakap selalunya untuk kehamilan kali kedua ni, ada kemungkinan baby akan keluar lebih awal. Plus minus 2 minggu from EDD.


Heeee...nervous lah pulak. Tapi harapnya saya akan bersalin pada bulan January. Bulan baru, tahun baru. ^_^

Free Sample Pampers

Syok betul pregnant kali ni. Apa taknya, saya dapat baaaaaaaaaanyak free sample pampers. Dulu checkup kat klinik biasa je, mana ada dapat goodie bag ni. Pergi antenatal class dulu pun rasanya dapat free sample pampers sekeping dua je. Tapi kali ni, wahhhh, memang syok, happy Mama ni dibuatnya taww...


Actually saya pun tak peduli sangat pasal free sample ni. Setiap kali dapat Mummy Tummy Bag atau Happy Baby Bag tu, saya tengok sikit-sikit je pastu simpan terus begnya. Tapi bila minggu lepas saya berkemas-kemas beg untuk persiapan bersalin, barulah saya perasan yang stok free sample yang saya dapat agak banyak.


Drypers Newborn = 8 pcs
Huggies Newborn = 8 pcs
Mamy Poko Newborn = 4 pcs

Total = 20 pcs. Wah best tu, kalau 20 pcs, rasa-rasanya lepas jugak untuk kegunaan 3-4 hari. Jimat!


Saya juga ada dapat Drypers saiz S 8 pcs dan Baby Love Pants saiz M 4 pcs. Total = 12 pcs, ini bila baby dah besar sikit bolehlah guna yang ni pulak.


Antara tips untuk dapat free sample pampers ni adalah :

1) Hantar SMS ke toll free number syarikat pampers tu, request sample, nanti diorang akan pos ke rumah.

2) Rajin-rajinkan pergi ke Mom & Baby Expo. Selalunya untuk early registration, mommies akan dapat goodie bag, dalam tu ada macam-macam barang free, termasuk juga pampers.

3) Pergi ke kelas antenantal yang diadakan di hospital. Dalam goodie bag pun ada pampers jugak.

4) Kadang-kadang kat klinik biasa pun ada free sample.. Boleh tanya kat nurse atau doktor.

5) Kat hypermarket (Jusco / Tesco / Giant) - tak pernah pulak nampak their representative ada kat sana untuk bagi free sample pampers. Kalau free sample susu ibu mengandung tu adalah.


Bila dapat free sample ni, kita sebagai ibu dapatlah bagi anak kita cuba pakai dulu dan tengok sama ada anak kita serasi atau tak dengan satu-satu jenis pampers tu.


Perhatikan sama ada, pampersnya menyerap basah atau tak, menyebabkan ruam lampin atau tak, jenis cepat bocor ke tak dan pelekat tu jenis tahan lekatnya atau tak. Kalau kita dah berpuas hati, barulah beli pampers peket besar, betul tak? Jadi takdelah isu membazir pampers ye. ^_^

Monday, December 10, 2012

Harga Pakej Bersalin di Hospital Penawar

Minggu lepas pergi check-up. Dah sudah tu, bermesra-mesraan dengan staff kat situ tanya pasal harga pakej bersalin kat Hospital Penawar (macamlah nak bersalin kat sini, padahal dah tetapkan awal-awal nak bersalin kat HSI).


Kalau ikutkan hati wanita ni, memanglah nak bersalin kat Penawar je, yelah, checkup bulan-bulan dengan doktor kat situ, kalau bersalin kat situ memang konfem doktor yang sama akan sambut baby kat labour room nanti. Jadi rasa selesa lah nak bersalin sebab dah biasa dengan doktor tu.


Tapi bila fikir-fikir balik, nak spend duit sampai beribu untuk bersalin, rasanya macam tak berbaloi lah pulak. Ini cuma pendapat peribadi sayalah. Sebab saya rasa duit nak pakai untuk lepas bersalin tu lagi banyak, lagi penting keperluannya, contoh macam nak amik insurans untuk anak, buka akaun simpanan, buka akaun SSPN, standby duit kalau mommy atau anaknya sakit masuk wad dan lain-lain. Semua tu memang banyak pakai duit (ini berdasarkan pengalaman saya sendiri).


Dan apa kurangnya dengan HSI? Berdasarkan pengalaman pertama saya bersalin di HSI tahun 2010 dulu, semuanya ok, paling saya suka dengan nurse yang nama Miss Lai tu, dia memang sangat best orangnya. Layan saya baik sangat, takde menengking atau mengeluh dengan kerenah saya, sampai sekarang saya teringat-ingat layanannya. Hopefully kali kedua bersalin ni boleh jumpa Miss Lai lagi.


Doktor yang sambut baby saya pula agak tegas orangnya. Tegas sangat sampai saya terlupa nama doktor tu. Hehehhe... Tapi adatlah hospital kerajaan kan, doktor / nurse ni pun manusia biasa, ada masa diorang pun stress jugak kan.


Ok berbalik semula kepada topik, di sini saya sertakan senarai harga pakej bersalin di Hospital Penawar. Pesan saya, kalau bersalin di hospital private ni, janganlah bawak duit cukup-cukup paras hidung saja. Bawaklah duit lebih, takut nanti ada kos-kos yang tak dijangka yang terpapar dalam bil masa discharge nanti.


Pakej Bersalin (Tunai)

Normal = RM1990*
Normal + Bengkung = RM2040
Normal + Epidural = RM2440
* Harga adalah termasuk penginapan 2 hari 1 malam untuk ibu dan anak di bilik 6 katil.


Pembedahan (Caesarean) = RM4850*
* Harga adalah termasuk penginapan 2 hari 1 malam untuk ibu dan anak di bilik 6 katil.


Selain itu, saya juga telah mendapatkan maklumat tentang harga pakej sekiranya kita taknak duduk kat bilik 6 katil. Maksudnya, nak duduk bilik single ke, double ke, 3 katil ke, etc. Kat bawah ni harga bilik untuk bilangan katil yang berbeza :

Single = RM150
Double = RM90
3 katil = RM80
4 katil = RM70
6 katil = RM60


Saya tanya kat staff tu, contohnya kalau saya ambil pakej bersalin normal dan nak duduk di bilik 3 katil, macamana kiraan harganya? Staff tu cakap RM1990 + RM80 = RM2070.


Jadi kalau mommies semua nak bilik single ke double ke, etc., kira je RM1990 tambah dengan harga bilik dengan jumlah katil yang dikehendaki.


Haaa...itu cuma harga pakej bersalin basic je tau, belum termasuk kalau ada guna perkhidmatan lain. Apa contoh perkhidmatan lain tu?


Vacum = RM150
Forcep = RM150
Bersalin Secara Paksa (Induce) = RM250
Kelahiran Kembar = RM300
Kelahiran Anak Songsang = RM150
Berkhatan Baby Boy = dari RM250
Berkhatan Baby Girl = RM50


Saya tak sempat nak tanya pula tentang perbezaan harga yang begitu ketara bila berkhatan baby boy dan baby girl. Mmmm...


Oklah, itu sedikit sebanyak maklumat yang dapat saya kongsi untuk panduan mommies yang mungkin sedang merancang untuk bersalin di Hospital Penawar. Apa-apapun, saya cadangkan dapatkan maklumat lanjut dengan pihak hospital sekiranya mommies memang nak bersalin kat sini.


Oh ye, deposit yang perlu dibayar di kaunter adalah RM1000. Selebihnya dibayar masa keluar daripada hospital nanti.


Selamat Bersalin! ^_^


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like Page Kedai Vitamin Bandar Seri Alam :)

Like Page Love Natuwrel :)

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *