I Love My Followers

Blog ini adalah blog peribadi yang berkisar tentang kehidupan seperti usaha untuk hamil, kehamilan, kelahiran, penjagaan semasa pantang, penjagaan dan pendidikan anak, kesihatan dan kecantikan, keibubapaan dan perkahwinan.
Topik-topik lain juga ada mengikut keselesaan penulis.

Friday, November 2, 2012

Update Status : Pregnant 29 Weeks

Minggu ke-29 kehamilan saya bermula pada 24 hingga 30 Oktober 2012.

Dalam minggu ni, boleh dikatakan saya dapat merasa pergerakan baby SETIAP MASA. Saya seronok sangat, rasa ada teman, ada kawan, yang teman saya waktu stay up memalam buta melipat kain sambil tengok tv. Kadang-kadang tu, saya bercakap-cakap dengan baby, cakap dengan dia, "Mama tengah lipat kain ni sayang. Abah dengan Abg Haziq dah tido dulu, sayang teman Mama ye, nanti kita tido sama-sama". Pastu lajulah saya dapat rasa dia kicking dan bergimnastik ke sana ke mari. Comel kan? Mungkin itu caranya baby saya berkomunikasi dengan Mamanya ni. I'm so in love with you, sayang...mmmuahhh...

Satu lagi yang ketara, saya dah start SAKIT KAKI. Sakit sungguh tapak kaki kiri dan kanan ni, rasa macam badan dah bertambah berat (mau tak berat, makan tak hingat!). Bulan 9 hari tu dah mc sebab sakit kaki, bulan 10 baru ni pun mc sebab sakit kaki jugak. Urat-urat dah keluar menjalar macam akar kayu kat betisku yang gebus ni. Owhhhh... Pastu celah-celah peha ni pon sakit...Tapi alhamdulillah pinggang tak sakit pulak...Cuma sakit bahagian kaki jelah..

Bersolek? Berbedak? Langsung tak ambil peduli. Ade ke patut gi keje pakai toner aje? Moisturizer, sunblock sume tak tau pegi mana. Cuci muka pon terus cuci pakai cleanser, patutnya tanggalkan lah bekas-bekas bedak tu dulu. Kadang-kadang tak cuci muka pon. So bad, am I? Pastu disebabkan malas nak ambil kisah bab skin care ni, muka pon jadi kusam, kat tepi-tepi hidung ni kulit jadi kering mengelupas. Tapi, still tak kisah pun. Nak salahkan hormon ke? ^_^

Tido malam sekarang ni wajib bukak 2 KIPAS. Satu kipas siling, satu lagi stand fan yang hala direct kat saya sorang je. Gile kuasa nampaknya di situ ye. Panas sungguhlah tido malam sekarang ni, bangun pagi je rambut kat bahagian leher habis basah. t-shirt pun basah. Dah bukak 2 kipas pon still panas jugak. Haihh...

Tapi bila bab tido siang atau nak tidokan anak, memang no problem sebab saya yang akan tido dulu. Letak je kepala kat bantal, terus lena selena-lenanya. Apa dah jadi dengan diriku yang comel ini? Itulah realiti kehidupan saya sekarang ini. Hahahaha...

Dalam minggu ini, saya dilanda mood MALAS NAK PEGI KEJE. Malas sangat-sangat. Susah nak cakap tapi memang malas sangat nak pegi keje.

Dengan kandungan yang semakin membesar dan menekan bahagian pelvis saya, saya makin kerap rasa nak buang air kecil. Kejap-kejap nak gi toilet, tak lama pastu pergi toilet lagi, padahal kadang-kadang tak sempat nak minum air pon sebelum tu. Kiranya dalam minggu ini saya dan toilet tak dapat dipisahkan. Dengan keadaan fizikal yang macam ni juga, saya cepat mengah. Jalan sikit aje, tapi mengahnya mengalahkan orang lari pecut 100 meter.

Tekak pulak masih rasa pijar, ini takleh nak cakap apelah, makan sup kosong pun rasa pijar. Pelik kan, tapi itulah keindahan mengandung kali ini. ^_^

And last but not least, suka sangat makan nasi goreng SOTONG! Yum Yum Yum...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like Page Superb Vitamin For Life :)

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *