I Love My Followers

Blog ini adalah blog peribadi yang berkisar tentang kehidupan seperti usaha untuk hamil, kehamilan, kelahiran, penjagaan semasa pantang, penjagaan dan pendidikan anak, kesihatan dan kecantikan, keibubapaan dan perkahwinan.
Topik-topik lain juga ada mengikut keselesaan penulis.

Tuesday, November 6, 2012

Tutorial : Cara Steril Botol Susu Bayi

Hari ini saya nak tunjuk macamana saya steril botol susu bayi.

Saya guna sterilizer brand Philips Avent. Beli 2 tahun lepas dengan harga RM289 kat Jusco.

Ok, ini caranya saya steril botol susu Haziq guna sterilizer ni.

1) Bersihkan bahagian dalam sterilizer dengan cara bilas dengan air paip. Dalam sterilizer ni ada penapis (warna biru tu) yang saya akan letakkan botol-botol kat situ.

Bahagian dalam sterilizer

2) Cuci botol bersih-bersih. Saya guna Liquid Cleanser jenama Anakku. Baunya just nice dan yang penting sisa kotoran susu ditanggalkan sehabis baik. Go go away...

Pencuci botol kegemaran saya

3) Bila dah habis cuci botol, saya susun ikut susunan macam gambar kat bawah ni. Mula-mula letak puting dulu lepas tu letak adapter ring dan yang putih tu (tempat puting tu) kat bahagian tengah penapis.

Susun macam ni dulu

4) Kemudian saya letak botol susu dalam keadaan terbalik kat bahagian atas puting tu diikuti dengan penutup botol.

Botol-botol dah bersiap sedia untuk disterilkan

5) Saya masukkan 90 ml air ke dalam sterilizer, guna bekas penyukat. Yang ini dapat sekali masa beli sterilizer ni. Yang kat tengah tu ialah pemegang / penyepit, gunanya untuk assemble botol-botol susu ni nanti. Takdelah direct guna jari jemari.

Tuang air ke dalam freezer. Saya guna air masak.

6) On kan suis, botol akan siap disteril dalam masa 8 minit sahaja. Cepat kan!

Sterilization in action!
Cara lain nak steril susu adalah dengan rendam botol ke dalam air panas atau pun rendam kat dalam air mendidih atas api nun. Dulu saya pun buat macam tu jugak, almaklumlah masa tu kurang mampu nak beli sterilizer. 

Tapi seingat saya masa Haziq umur 4-5 bulan, barulah kami suami isteri beli sterilizer ni yang memang banyak berjasa kepada kami sekeluarga. No more rendam-rendam dalam air panas hoccay.... ^_^

1 comment:

Ummi Najla said...

Entry yg sangat membantu sbb kbtulan kawan ada beri saya streluzer inu tp saya x thu guna sbb manual book tak ada .tq so much :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like Page Superb Vitamin For Life :)

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *