I Love My Followers

Blog ini adalah blog peribadi yang berkisar tentang kehidupan seperti usaha untuk hamil, kehamilan, kelahiran, penjagaan semasa pantang, penjagaan dan pendidikan anak, kesihatan dan kecantikan, keibubapaan dan perkahwinan.
Topik-topik lain juga ada mengikut keselesaan penulis.

Wednesday, November 7, 2012

Tips : Cara Pisahkan Anak Dengan Puting (Pacifier)

Puting - bff Haziq dulu, sekarang tidak lagi.

Antara perkara yang memeningkan kepala saya dulu adalah dok memikirkan cara macamana nak pisahkan Haziq dengan puting dia (pacifier)?

Sebagai young parents, awal-awal dulu saya dan hubby dah decide yang kami taknak bagi puting pada Haziq, sebab taknak dia ada masalah gigi (gigi jarang etc.) di kemudian hari dan juga risau kot-kot dia nak terus berputing walaupun dah besar.

Tapi, nama pun young parents kan, first time pulak tu, keputusan kita ni kadang-kadang boleh diganggu gugat oleh mereka yang terdekat dengan kita (setuju tak?).

Both MIL and my mama suruh kasi puting kat Haziq, katanya kesian tengok if Haziq melalak dan hisap puting takkan rosakkan gigi pun.

Haihhh.. Mula-mula kitorang refuse jugakla, tapi lama-lama ikutkan jelah sebab taknak orang tua terasa hati. Huhuhu...

Tapi saya sendiri ada target, sebelum Haziq genap umurnya 2 tahun, dia mesti dipisahkan sepenuhnya daripada puting. Means before 15 August 2012, no more puting-puting ni.

Saya mulakan proses pemisahan puting ni masa Haziq umur 1 tahun 10 bulan. Ini apa yang saya dah buat :


1) Letak susu manis kat puting.

Untuk pengetahuan, Haziq pada masa tu sangat tak suka makan benda yang manis, kalau dia rasa manis, dia akan reject makanan tu siap buat muka lagi. Tapi yang harunya, yang susu manis ni dia hisap-hisap macam biasa pastu terus hisap puting tu!!! FAILED!


2) Letak serbuk nes kat puting - punyelah banyak.

Ni my hubby yang letak. Sudahnya, dia hisap serbuk nes tu dan terus hisap puting macam biasa. Sabau jelah. FAILED!


3) Cakap kat Haziq - puting kotor yek yek.

Dia diam dan tengok je, lepas tu terus continue hisap puting seolah-olah maknya ni tak wujud ni situ, FAILED!


4) Bila Haziq mintak puting - saya cakap puting hilang. Siap buat gaya lagi.

Mula-mula dia okay, tapi lama-lama dia menangis, pastu melalak, pastu mengamuk, pastu tak berenti-renti nangisnya. Huwaaaaaaaaaaaa......!!!!

Dalam hati saya ada taman, jadinya saya bagi puting tu kat Haziq. Huhuhu... FAILED!


5) Saya amalkan konsep HATI KERING. Yakni saya tanamkan dalam hati, pasni saya nak cakap puting hilang dan saya nekad taknak kasi Haziq puting lagi. Biarlah dia menangis ke, melalak ke, mengamuk ke, saya akan bulatkan hati saya. Bulat dan kering. Saya akan pujuk dia tapi saya takkan offer puting lagi.

Saya mula bersikap hati kering pada 15 July 2012. Fuh, memang dahsyat dan kuat dugaannya, lagi-lagi time drive balik kerja dan time nak tido (sebab tu lah masa Haziq nak puting).

Bayangkanlah macamana saya drive balik kerja dengan jalan jem lepas tu anak kat sebelah meraung-raung nak puting dan saya keraskan hati je. Stress ok. Bingit pun ye jugak.

Haziq pulak, kalau die menangis teruk sangat, dia akan muntah. Saya taknaklah dia muntah dalam kereta, tapi saya juga taknak bagi dia puting. So saya teruskan amalkan konsep HATI KERING. Saya buat semua ni demi kebaikan Haziq yang saya sayangi.

Bila time nak tido, Haziq menangis (seolah-olah merayu) nak puting dia. Dalam hati, timbul rasa kesian, tapi saya tak boleh mengalah. Saya kena terus berjuang demi kebaikan Haziq.

Jadi saya terus pujuk Haziq dan bagitau yang Haziq dah besar, dah nak sambut birthday jadi tak boleh hisap puting lagi. Puting untuk baby-baby kecik je.

Akhirnya, tanpa saya sedari, lepas 3 minggu (yakni 1 minggu sebelum birthday Haziq 2 tahun), Haziq dah tak menangis lagi dalam kereta atau menangis time nak tido sebab nak puting. Dia pun dah tak sebut-sebut lagi pasal puting, seolah-olah puting ni dah dilupakan terus dalam hidup dia. SUCCEED!


Alhamdulillah. Usaha saya berjaya dengan izin Allah. Jadi ini adalah ringkasan tips yang saya amalkan :


1) Mesti bersikap HATI KERING demi kebaikan anak tersayang. Biar dia menangis sekarang, jangan dia menangis di kemudian hari.

2) Terangkan elok-elok kepada anak kenapa dia tak boleh hisap puting.

3) Jangan marah atau tengking anak bila dia melalak nak puting. Ingatlah, bukan senang untuk melepaskan sesuatu yang disukai. Ia perlukan masa, dan berikanlah anak masa yang dia perlukan.

4) Minta kerjasama suami sekiranya diri sendiri tak boleh nak handle situasi anak melalak nak puting. Dengar budak menangis lama-lama ni boleh sakit kepala sampai stress tau.

5) Libatkan anak dalam aktiviti keluarga contohnya macam tengok rancangan kartun, menyanyi lagu kanak-kanak, main basikal, mewarna buku dan lain-lain, supaya setiap masa anak diisi dengan aktiviti yang sedikit sebanyak dapat melupakan dia kepada puting.

6) Beri penghargaan apabila anak dah berjaya mencapai tahap PACIFIER-FREE. Berikan pelukan dan ciuman kepadanya beserta kata-kata pujian, insya-Allah dia akan memahami kenapa ibunya buat semua tu untuk dia.





Mama sayang Haziq, so much...

Cinta hati Mama. Tahniah sayang...

2 comments:

Roslan Putra said...

bagus gak cara tu... anak saya BF dah nak masuk 2 tahun. kadang terfikir nk suruh stop. sbb cam dah besar jer...

Uni said...

BF? breast feeding kan? Ada juga ibu-ibu yang BF anak hingga lebih daripada umur 2 tahun. Tapi lama-lama stopla.

Uni recently posted...

Tutorial : Cara Steril Botol Susu Bayi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like Page Superb Vitamin For Life :)

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *