I Love My Followers

Blog ini adalah blog peribadi yang berkisar tentang kehidupan seperti usaha untuk hamil, kehamilan, kelahiran, penjagaan semasa pantang, penjagaan dan pendidikan anak, kesihatan dan kecantikan, keibubapaan dan perkahwinan.
Topik-topik lain juga ada mengikut keselesaan penulis.

Thursday, November 1, 2012

Third Pregnant Check Up (29 Weeks) di Hospital Penawar


Malam tadi (31/10/12) saya pergi checkup di Hospital Penawar.

Masa saya sampai, dah ada 1 org tengah jumpa doktor, ada 1 orang tengah menunggu dan saya adalah orang ketiga. Tak ralat pun walaupun sampai lewat, sebab saya suka dok kat ruang ibu dan anak ni, very cozy sesangat tau, dengan kerusi yang gebus dan empuk, ada tv, ada majalah, kalau nak tido dulu pon sempat sangat. Hahahaha...

Masa timbang berat, saya agak terkejut dengan berat saya sekarang ini ---> 58.5 kg!!! Beratnya! Kalau compare dengan last checkup masa tu 54.3 kg, means dalam masa 4 minggu berat saya dah naik sebanyak 4.2kg! Drastik sungguh. Terkaku sampai tertelan air liur sendiri. Inilah penangannya sebab saya amat-amat berselera makan dalam 4 minggu ni.

Bayangkanlah, mase tu saya nak gi cucuk duit kat ATM, tengah jalan nampak orang makan aiskrim cornetto, saya punyalah terliur meliur-liur, siap telan air liur lagi (hahahaha...), menunjukkan betapa selera makan saya memang menggebu-gebus.

Tapi doktor cakap berat badan ni ok, normal. Takde pape yang perlu dirisaukan. Mmmm...

Tekanan darah 90/60, rendah kan, untuk pengetahuan, sememangnya tekanan darah saya memang rendah macam ni, sebelum dan selepas mengandung. Baguslah macam ni, kalau tekanan darah tinggi harulah pulak!

Doktor scan baby seperti biasa, alhamdulillah, perkembangan baby positif seiring dengan usia 29-30 minggu dengan beratnya sekarang 1.5 kg.

Saya bagitau doktor yang saya ada buat check up di klinik swasta lain. Sebab saya nak get second opinion. Dan doktor kat klinik tu bagitau jantina baby belum dapat disahkan, sama ada lelaki atau perempuan. Jadinya walaupun sekarang saya dah pregnant 29 weeks, saya belum betul-betul start shopping baju baby.

Bila doktor dengar macam tu, terus dia cek kat private part my baby dalam ni. Betul-betul fokuskan kat situ.

"OK, sekarang awak tengok kat tempat saya scan ni ye. Ini peha kiri dan ini peha kanan baby".

"Ok, nampak doktor".

"Sekarang tengok kat bahagian antara peha ni".

"OK".

"Ini bahagian bibir luar dan bibir dalam.."

Saya dah tersenyum sendiri...

"Kalau boy, kita akan terus nampak zakarnya kat sini"

"Ye doktor, dulu masa saya mengandungkan Haziq, memang nampak jelas"

"Jadi kali ni, tiada. Yang ada ialah bahagian bibir ini. Jelas dan cantik kejadiannya. So baby awak kali ini adalah girl. Confirm and confirm."

Saya tersenyum lagi... "Terima kasih doktor, Alhamdulillah.."

Dan saya terus mengucap syukur tanpa henti di dalam hati...

"Tahniah ye, lepas ni dah ada sepasang lah. Insya-Allah, doa banyak-banyak moga semuanya dipermudahkan ye".

"Insya-Allah, terima kasih doktor".




Jadi, dah tau kan jantina baby, so boleh lah shopping lepas ni... ^_^

3 comments:

fiza said...

Tahniah. Sepasang sudah.

Uni said...

thanks kak fiza. :)

izzeyda said...

tahniah..apapun take care..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like Page Superb Vitamin For Life :)

Like Page Love Natuwrel :)

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *