I Love My Followers

Blog ini adalah blog peribadi yang berkisar tentang kehidupan seperti usaha untuk hamil, kehamilan, kelahiran, penjagaan semasa pantang, penjagaan dan pendidikan anak, kesihatan dan kecantikan, keibubapaan dan perkahwinan.
Topik-topik lain juga ada mengikut keselesaan penulis.

Monday, November 19, 2012

Setiap Kek Adalah Kek Harijadi

Antara pencapaian Haziq pada usia 2 tahun 3 bulan adalah mempunyai satu anggapan bahawa setiap kek yang dilihatnya merupakan kek harijadi. 

Apabila dianggap sebagai kek harijadi, maka wajiblah untuk Haziq memegang pisau, menyanyi lagu Happy Birthday, meniup lilin (walaupun takde letak lilin pun) dan memotong-motong-motong kek mengikut kreativitinya.

Rabu lepas, saya bawak balik kek coklat yang saya order melalui seorang kawan. Niatnya nak makan bersantai-santai bersama keluarga sempena cuti PH keesokan harinya (cuti Awal Muharram).

Sedap betul kek coklat ni, dan sedap juga mata memandang.

Tapi bila Haziq dah nampak saya bawak masuk kek tu (masuk dalam rumah lepas balik kerja), die terus cakap, "Ma, nak kek bebedey to you.."

"Nanti ye sayang, kite tunggu Abah balik. Nanti kita potong kek sama-sama ye.."

"Ma, nak kek. Bebeday to you... Bebeday to you...Bebeday to you.."

Diulangnya Bebeday to you to berkali-kali sampai saya rasa, aduh, ni tak boleh jadi ni. Dalam sekelip mata, Haziq terus menangis, meraung-raung nak potong kek tu. Dan dalam keadaan penat balik kerja dan juga dengan kehamilan yang semakin membesar (sekarang saya cepat letih), saya tak kuasa dan tak larat nak marah-marah Haziq.

Saya terus ambil piring kecil dan bagi pisau kek tu untuk dia potong.

Lepas dah nyanyi lagu Happy Birthday, dan konon-konon tiup lilin, saya dan Haziq sama-sama potong kek tu untuk kami berdua makan.

Dan oh ye, lupa nak cakap, satu lagi pencapaian Haziq sekarang ni ialah, dia nak buat semua benda sendiri. So independent ye anak Mama sorang ni. Haziq nak potong kek sendiri dan taknak saya pegang tangan dia.

Saya dah tau kek tu akan jadi hancus rupa parasnya, tapi memikirkan, alah, yang nak makan nanti pon kitorang anak beranak je, bukan nak bagi kat orang lain pun, jadi saya biarkanlah Haziq "meluahkan kekreatifannya" ke atas kek yang sedap itu. Apa yang saya boleh buat? Capture jelah gambar banyak-banyak!

He was so excited!
Bebeday to youuuuuuuuuuu.....
Apsal cam Donald Duck lak ni?
Hah puas hati dapat potong kek walaupun
pisaunya terbalik!
I wonder what was in his mind at this time

Yang peliknya, saya langsung tak marah Haziq. Serius memang saya langsung tak marah. Saya pun pelik apsal saya tak marah Haziq. Adakah tahap kesabaran saya sudah meningkat? Adakah saya semakin tua? Adakah saya tak peduli apa nak jadi?

Saya tak tau kenapa saya tak marah Haziq walaupun kek tu dah jadi macam tu. Apa yang ada dalam fikiran saya masa tu adalah :


"Biarlah Haziq nak buat apa selagi benda tu tidak memudaratkan dia atau saya..."


"Satu hari tak jumpa, takkanlah bila dah jumpa nak marah-marah anak je kerjanya..."


"Haziq nampak seronok sangat dapat potong kek sendiri, nyanyi-nyanyi lagi, patutkah saya melenting hanya kerana dia hancurkan kek sedap yang saya beli?"


"Haziq baru umur 2 tahun. Kalau umur 12 tahun ke 20 tahun ke, haruslah saya marah kalau dia hancurkan kek sampai macam ni..."


"Mama sayang Haziq, biarlah Haziq explore kek tu sampai puas hati..."


Walaupun saya tak marah Haziq, tapi saya pelan-pelan amik kek tu dan simpan semula dalam kotaknya. Cukuplah explore setakat itu sahaja, kek ni pun satu rezeki, tak baik buat rezeki macam takde nilai, betul tak?

Inilah jadinya bila saya simpan kek tu :

Menangis - salah satu cara melepaskan emosi.

Dan akhirnya, inilah rupa paras kek coklat itu :

Mama sayang Haziq lebih daripada
Mama suka makan kek coklat.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like Page Superb Vitamin For Life :)

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *