I Love My Followers

Blog ini adalah blog peribadi yang berkisar tentang kehidupan seperti usaha untuk hamil, kehamilan, kelahiran, penjagaan semasa pantang, penjagaan dan pendidikan anak, kesihatan dan kecantikan, keibubapaan dan perkahwinan.
Topik-topik lain juga ada mengikut keselesaan penulis.

Monday, November 5, 2012

Seronok Outing Bersama Hubby

Hujung minggu baru-baru ini saya rasa seronok sangat sebab dapat keluar outing bersama hubby.

Bukanlah pergi ke mana-mana tempat special, sekadar tempat-tempat biasa di JB ni sahaja, tapi saya cukup happy. Dah lama kami tak keluar berdua begini, atas kekangan masa, faktor kerja dan lain-lain perkara yang tak mengizinkan. Huhuhu...

Day 1 (Sabtu) 3-Nov-12

Selepas hantar Haziq ke babysitter (thanks a lot to my babysitter yang sudi jaga Haziq), destinasi pertama yang kami tuju adalah ke Fabulous Mom di Skudai.

Kenapa kami ke sana?

Sebab nak mendapatkan maklumat lanjut tentang breastpump. Penerangan staff di situ amat memuaskan hati, tapi kami KIV dulu pembelian breastpump sebab nak finalize sama-sama nak beli breastpump yang mana satu coz ini big investment kan.

Satu perkara yang saya tak sangka campur terharu, sebab my hubby betul-betul menunjukkan minatnya dalam usaha saya untuk breastfeeding baby kali ini. Dia turut sama bertanya, turut sama melihat barang-barang yang dipamerkan, turut sama memberikan pandangan dan pendapat yang menunjukkan bahawa dia sangat mengenali saya luar dan dalam. Syahdu betullah...

Kami juga round satu Fab Mom tu dari rak ke rak. Memang style kami kalau survey atau shopping sesuatu kedai tu, kami akan buat tinjauan dari rak ke rak. Ini memang amalan daripada mula-mula kahwin lagi.

Percaya atau tak, my hubby siap cakap,

"Kenapalah kita tak tau pasal kedai Fab Mom ni time nak dapat Haziq dulu? Bestlah kat sini, semua barang ada, staff pun peramah, seronok datang kat sini".

Saya cuma tersenyum lebar...

"Sebab masa tu tak reti blog blog ni. Sekarang baru tau".

My hubby mengangguk tanda faham dan senyum jugak.



Selepas itu kami pergi pulak ke kedai QQ Kids City, alah, kat area-area situ jugak. My hubby pun suka jugak kedai ni sebab penuh dengan barang. Meriah gitu. Saya pulak tak payah tanyalah, asalkan kedai tu penuh dengan barang dan selesa, konfem saya akan suka.

Kat sini kami cuma beli susu Haziq je sebab murah doploh sen daripada kedai Fu Heng yang kami selalu beli tu.

Susu Gain Plus Eye Q (1-3 yrs)
1.8 kg RM102.30

Sebab perut pun dah lapar, kami pergi lunch kat Jusco Bukit Indah. Late lunch la kiranya, mase tu dah pukul 3pm. Lunch kat Arena Foodcourt tu je, saya makan mee goreng (pedas sangatlah pulak!) dan my hubby makan sizzling mee macam biasa. Memula tu rase nak makan Subway, tapi kami berdua tak reti nak order. Hahahaha... belum pernah makan Subway lah...

Lepas dah kenyang, kami mulakan sesi berjalan-jalan dari floor tu floor. Gila kan? Tapi memang macam tu lah style kami berjalan-jalan. Dan fokusnya dah tentulah ke kedai yang jual barangan bayi.

Kami masuk ke satu kedai tu, nama dia The Baby Shop, kat sini pun best, staff sangat peramah dan mesra.

The Baby Shop @ Jusco Bukit Indah

Round punya round, saya cuma beli set stokin je untuk baby. Hanya itu je yang menarik hati (pada masa tu lah).

Stokin Bumblee Bee

Tapi saya ada marking la 2-3 barang yang best, maybe untuk pembelian yang akan datang.


Masuk Jusco pulak nak cari baju baby, mmm...same je macam yang kat JTC, sudahnya saya tak beli apa-apa pun. Baik beli kat JTC atau Jusco Permas je, lagi puas hati. Tapi kat dalam ni ada satu barang best, nama dia Milk Storage Organizer. Nanti saya tunjuk kat next entry ye.


Bila dah penat berjalan, sebelum balik, kami beli pretzel Caramel Almond dan Jumbo Cheese Hotdog kat Auntie Anne. Memang favourite dari zaman berkapel lagi. Hehehehe..


Day 2 (Ahad) 4-Nov-12

Hari ni keluar outing jugak dengan hubby tapi diiringi cinta hati kami iaitu Haziq. Tak rasa pulak nak hantar Haziq kat babysitter hari ini.

Mula-mula kami pergi ke Senai Airport sebab nak hantar adik ipar saya balik belajar kat Sarawak. Masa sampai kat airport, tengok orang punyelah ramai, sebab rupanya ada kepulangan jemaah haji. Bila tengok ahli keluarga (orang lain lah) menangis sambut kepulangan ibu / bapa / atok / nenek / suami / isteri dari haji, tiba-tiba kami berdua jadi sebak sendiri sampai bergenang air mata.

Syahdu sungguh moment ini. Saya tengok mata my hubby, dia tengok mata saya, saya cakap saya sebak tengok situasi ni, then dia cakap dia faham apa yang saya maksudkan.


Lepas tu kami pergi ke butik Sara Kids di Taman Daya. Haih, punyelah berpusing-pusing nak cari kedai ni, sikit je lagi nak give up. Mana taknya dalam keadaan panas terik tengahari, cari jalan pulak tak jumpa-jumpa, memang cepatlah naik hangin. At last, jumpa jugak butik ni.

Butik Sara Kids @ Taman Daya

Kat sini sama jugak, get info pasal breastpump. Owner kedai sangat peramah, saya rasa semua orang yang kerja kat kedai-kedai jual barangan ibu dan bayi ni memanglah kena peramah kan, kalau tak, jangan haraplah orang nak beli barang, betul tak?

Akhir sekali sebelum lunch (late lunch lagi), kami singgah kat butik The Baby Shop kat Desa Tebrau. Cawangannya yang kat Jusco Bukit Indah tu lah, yang kami dah pergi semalam.

Kedai ni memang best, sangat best, tapi kedai jelah. Staffnya memang haru, ikut je montot kita, tapi langsung tak tanya kita cari botol susu ke, apa ke, last-last kitorang keluar dari kedai tu sebab boring sangat. Hahahaha...

Finally tamat sudah outing bersama hubby minggu ini. Saya seronok sangat dapat spend time dengan hubby macam ni (walaupun penat dan sakit kaki sebab banyak berjalan).

The next task after this ---> kena finalize nak beli breast pump yang mana satu! ^_^

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like Page Superb Vitamin For Life :)

Like Page Love Natuwrel :)

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *