I Love My Followers

Blog ini adalah blog peribadi yang berkisar tentang kehidupan seperti usaha untuk hamil, kehamilan, kelahiran, penjagaan semasa pantang, penjagaan dan pendidikan anak, kesihatan dan kecantikan, keibubapaan dan perkahwinan.
Topik-topik lain juga ada mengikut keselesaan penulis.

Friday, November 16, 2012

Nak Senang Punya Pasal, Akhirnya Rebah Taubat

Dua pelakon utama yang sangat best! Sharnaaz Ahmad & Nabila Huda
Pic kat SINI


Malam tadi Haziq tido awal, dalam kul 9.45 pm dah tido, jadi saya ada can lah nak tengok tv. (Thanks sayang!)

Saya memang ternanti-nanti nak tengok drama "Rebah Taubat" ni, sebab pelakon utamanya adalah Nabila Huda. Pada saya Nabila Huda memang pelakon yang sangat bagus kerana menjiwai satu-satu watak dengan baik, dan ia memberikan kepuasan kepada saya yang menonton.

Bagi sesiapa yang tidak berkesempatan menonton drama ini malam tadi, berikut adalah cerita tentangnya.

Drama ini mengisahkan pasangan suami isteri Halim dan Wati (Sharnaaz Ahmad dan Nabila Huda) yang hidup bahagia dalam keadaan sederhana. Perkahwinan atas dasar suka sama suka itu dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Aina. Halim bekerja di kilang Adabi manakala Wati pula sebagai suri rumah.

Satu hari Wati terserempak dengan kawan lamanya Jeslina. Jeslina dah hidup kaya-raya, punya kereta mewah dan cara berpakaian pun lebih up to date dibandingkan dengan Wati. Mereka berborak pasal kehidupan masing-masing (yang pastinya jauh berbeza la sebab Jeslina dah kaya manakala Wati pulak tinggal kat kampung muka pun tak bemekap bagai). Sebelum berpisah, Jeslina bagi name card dia kat Wati.

Balik ke rumah, Wati asyik teringat je tentang kata-kata Jeslina. Kawin dengan Halim yang cuma bekerja kilang tu sampai bila pun dia takkan merasa hidup senang. Setiap masa dia asyik fikir je kata-kata Jeslina, sampai goreng ikan pun hangus!!! Wakakaka... Time lipat kain pun asyik fikir je, last-last tak lipat pun kain, just gumpal-gumpal je. Wakakakaa... Betapa dahsyatnya Wati fikir nak hidup senang.

Satu hari, Wati call Jeslina. Jeslina bawak Wati pegi rumah dia. Dok kondo rasanya. Jeslina siap tunjuk perabot-perabot mahal, baju cantik, duit banyak bersepah dan cara hidup yang mewah yang membuatkan Wati lagi tak sabar nak rasa hidup senang. Balik ke rumah, Wati terus packing barang, masa tu Aina tengah tidur, Halim pulak tak balik kerja lagi.

Tengah kemas tu, Wati dengar pintu rumah dibuka. Halim baliklah tu. Dia terus buat-buat tido. Halim bukak pintu bilik, tanya - Wati tak masak ke? Boleh pulak Wati tu cakap dia sakit kepala sebab tu dia tak masak. Huhuhuhu... Halim pulak muka cool je, tak marah Wati pun, siap suruh Wati rehat dan tido sebab sakit kepala. (Tiba-tiba saya suka la pulak tengok lakonan Sharnaaz ni, so touching hoccay!!).

Malam tu, masa semua orang tido, Wati bangun pelan-pelan ambil beg baju dan terus lari dari rumah (Haa, bukan remaja je lari dari rumah ye, mak budak pon lari dari rumah. Jangan nanti ada cerita nenek budak pon lari dari rumah!). Rupa-rupanya, Jeslina dah standby baik punya! Terus bawak Wati, dressing cun-cun pegi kelab jumpa Dato'. (pelakon Hafizuddin Razali). Dato' terus suka kat Wati, terus upgrade jadi wanita simpanan! Huhuhu...

Kat sini bermulalah kisah hidup Wati yang curang pada Halim. Tinggal suami, tinggal anak demi mengejar kemewahan dunia. Halim pulak terkial-kial uruskan diri dan anak sepanjang ketiadaan Wati.

Rasa dalam 2-3 tahun ke macam tu, tup-tup Wati muncul balik kat kampung, menangis-nangis mintak Halim ampunkan dia.

Halim pulak sebagai suami, dia masih sayangkan Wati tapi ego orang lelaki la agaknya kan? Takkanlah nak terima Wati macam tu je setelah ditinggalkan bertahun-tahun. Aina pulak kalau nak mandi, nak makan, nak tido, suma nak dengan ayah dia je, langsung taknak dengan mak dia. (Masa ni saya sedihlah pulak, tengok Wati merayu-rayu kat Aina supaya benarkan dia masak dan suap Aina tapi Aina langsung tak nak). Halim pulak cakap, kalau Aina tak terima mak dia, maka dia pun tak terimalah Wati tu. Huhuhu...syahdu syahdan sungguh...

Wati pulak kejenya asyik menaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaagissssss aje, mintak Halim dan Aina maafkan dia. (Tapi yang bagusnya, saya tak menyampah tengok Nabila Huda ni menangis, sebab dia menangis memang real, memang terasa kesedihannya).

Masa nak pergi kerja, Halim tengah sibuk-sibuk uruskan Aina, Wati ni pulak tak habis-habis menangis dan mintak ampun, tengah kalut tu Halim tertolak Aina jatuh ke lantai, sampai pengsan! Terus bawak ke hospital.

Cek punya cek, doktor cakap Wati kurang makan. Halim cakaplah, kalau tak ada apa-apa, dia nak bawak Wati balik. Doktor cakap, kena jaga Wati elok-elok, maklumlah dia kan tengah mengandung.








MENGANDUNG?????????????!!!!!








WATI MENGANDUNG??????????????!!!!!






Wah dramatik sungguh bunyinya di situ... Saya terkejut sampai ternganga mulut tau (tengoklah betapa saya sangat menyokong drama-drama Melayu. Hehehe..)

Yang Halim tu lagilah terkejut sampai besar bijik mata dia. Dan saya rasa, inilah turning point nya. Kalau sebelum ni nampak yang Halim tu masih lagi boleh terima Wati, tapi bila dia tau Wati mengandung (yang pastinya itu bukan anak Halim), Halim tak boleh paksa diri dia untuk terima Wati lagi.

Ada satu malam tu, lepas Halim tidurkan Aina, dia tergerak nak pergi ke dapur dan ternampak Wati tengah nak minum air rebusan nenas (lebih kurang gitulah), sebab dia nak gugurkan kandungan. Apa lagi, Halim teruslah tepis gelas yang Wati nak minum tu, bertekak diorang kat situ. Halim siap cakap, kalau nak mati pun, janganlah mati kat rumah aku. (Sadis kan ayat ni?)

Malam tu jugak Halim hantar Wati ke rumah ibu bapa Wati. Satu perkara yang saya suka kat sini ialah, apabila seseorang lelaki itu dah buat keputusan nak berpisah / bercerai dengan isteri, buatlah dengan cara baik. Hantar semula isteri tu ke rumah ibu bapanya. Cakap elok-elok dengan ibu bapa mertua tu. Senang cakap, ambil dengan cara baik, pulangkanlah semula dengan cara baik. Jangan digantung tak bertali. Eh, melalut lah pulak Mama Uni ni. Kui kui kui... Ok jom kita sambung cerita.

Bulan demi bulan berlalu, kandungan Wati semakin membesar, tapi dia berdepan satu masalah - asyik panas memanjang 24 jam pagi petang siang malam. Bila dimasukkan ke hospital, doktor pun tak boleh detect apa punca dia panas sehinggakan kat muka dia tumbuh macam kudis-kudis merah gitu.

Segmen terkenang - rupanya Wati bukan sekadar skandal dengan Dato' je, tapi ada dengan sorang lagi (pelakon Zul Ariffin ex bf Abby Abadi tu). Mak oi selera, so crazy ok! Wati ingat Zul ni betul-betul setia dengan dia, rupanya Zul ni playboy.

Wati mengamuk la bila nampak Zul dengan pompuan lain, gaduh punya gaduh, Zul belasah Wati gila-gila punya. Mmm... dengan sound efek dan action belasah tumbuk menumbuk pung pang pung pang, saya rasa macam real je Wati tu kena belasah, walaupun hakikatnya berlakon je pun! (Jadi anak yang dikandung tu tak tahulah anak Dato' atau anak Zul tu - sadis sungguh!)

Disebabkan tak tau macamana nak selesaikan masalah Wati, ibu bapa Wati pergi jumpa Halim face to face mintak tolong dia ampunkan Wati. Story punya story, Halim mintak maaf sebab dia tak mampu nak maafkan Wati atas apa yang telah dibuatnya. Halim pun buntu sebenarnya. (Saya suka tengok lakonan Sharnaaz sebab dia menunjukkan karakter sebagai seorang lelaki yang sabar dan tenang dalam menghadapi masalah, dan juga ada part-part yang dia sendiri menangis bila teringat kenangan manis bersama Wati. Syahdunya.. bestnya Sharnaaz berlakon...)

Tengah buntu tu, Halim berdoa moga Allah tunjukkan jalan yang baik untuknya. Mak Halim pun slow talk dengan Halim, suruh Halim ampunkan Wati tu.

Seterusnya, Halim dan Aina pergi ke hospital. Rupanya Wati tengah nazak. Halim bacakan Yasin tapi sekerat jalan je, sebab dia nampak Wati makin susah nak bernafas. Halim cakap dia ampunkan Wati dan bisikkan kalimah syahadah kat telinga Wati. Tak lama lepas tu, Wati pun menghembuskan nafasnya yang terakhir....

Tinggallah Halim dan Aina, Halim dah janji dia akan jaga Aina elok-elok.

Yang ada dalam ingatan Halim hanyalah kenangan manis bersama Wati semasa bercinta dan di awal perkahwinan dulu....


-TAMAT-

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like Page Superb Vitamin For Life :)

Like Page Love Natuwrel :)

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *